You are on page 1of 2

4.

ISI PERBINCANGAN

Masalah-masalah yang timbul dari aspek kejuruteraan yang dikenal pasti ialah :

4.1 LUKISAN ATAU REKAAN YANG TIDAK TEPAT MENIMBULKAN


SALAH FAHAM JURUTERA YANG MEMBAWA KEPADA
KEGAGALAN SESEBUAH BINAAN

Terdapat banyak jenis lukisan di dalam sektor pembinaan antaranya ialah


lukisan pembinaan, lukisan tender dan lukisan seperti dibina. Tujuan lukisan
atau pelan ialah menjadi menjadi alat menyampaikan hasrat pereka kepada
kontraktor bagi tujuan pembinaan dan untuk memudahkan proses pembinaan
bangunan. Sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak tepat maka akan timbul
masalah di tapak pembinaan. Jurutera tapak pembinaan akan tersalah faham
sesebuah lukisan yang dilukis samada oleh arkitek atau konsultan. Salah
faham yang berlaku akan menyebabkan kesilapan di tapak pembinaan.
Sebagai contoh, jarak antara tiang ke tiang yang tidak tepat akan menyebabkan
kegagalan struktur bangunan untuk menahan beban yang ditanggung. Hal ini
menyebabkan kegagalan pembinaan sesebuah bangunan diakhir fasa
pembinaan yang mengakibatkan keruntuhan bangunan sehingga meragut
nyawa.

4.2 MEMERLUKAN TENAGA KERJA PROFESIONAL YANG BANYAK

Setelah mendapat lukisan dan rekaan sesebuah bangunan yang disahkan


daripada arkitek. Jurutera perlu mengira daya tahan sesebuah bangunan yang
diambil kira daripada beberapa faktor seperti berat bangunan itu sendiri, berat
tanggungan dan berat yang tak dijangka seperti hujan atau ribut. Untuk
mengira daya tahan sesebuah bangunan secara manual mengambil masa yang
agak lama. Bagi mengurangkan masa, syarikat kontraktor perlu mengupah
ramai jurutera bagi mempercepatkan pengiraan daya tahan seterusnya dapat
menentukan jenis-jenis bahan binaan yang perlu digunakan. Ini menjadi
masalah kepada sesebuah syarikat kontraktor apabila kekurangan jurutera
yang bekerlayakan. Sebagai akibat, jurutera-jurutera yang sedia ada perlu
bekerja lebih masa bagi memastikan kelancaran projek.
4.3 PENGIRAAN KEUPAYAAN BANGUNAN SECARA MANUAL
MENGAMBIL MASA YANG LAMA

Untuk mengira keupayaan sesebuah bangunan syarikat kontraktor


memerlukan jurutera yang sentiasa fokus dan teliti. Hal ini untuk memastikan
tiada kesalahan pengiraan yang dilakukan. Jika terdapat kesalahan di dalam
proses pengiraan maka pengiraan tersebut perlu diulang semula daripada awal.
Ini menyebabkan kerugian masa yang diperuntukan kepada sesebuah syarikat
yang akan mengakibatkan ia dikenakan saman atau pampasan jika projek
tersebut tertangguh atau tidak siap pada tarikh yang diberikan.

5.0 PENUTUP

Dengan adanya inovasi baru seperti teknologi perisian autowork proses


pembinaan bangunan menjadi lebih lancar. Masa yang diambil untuk
menyiapkan sesebuah projek dapat dipendekkan. Selain itu, tenaga kerja
professional dapat dikurangkan dan persefahaman antara jurutera dan arkitek
dapat dicapai.

You might also like