You are on page 1of 15

KURSUS

PENGUJIAN PSIKOLOGI (COU 320)


PENSYARAH :
DR R.ZIRWATUL AIDA BINTI R.IBRAHIM
TAJUK:
INVENTORI KEPINTARAN EMOSI MALAYSIA (DEWASA)/
MALAYSIAN EMOTION QUOTION INVENTORY
( IKEM-MEQI )

NAMA AHLI : NO. MATRIK:

MUHAMAD IZUDDIN BIN YUZAIDI UK34270

ASMAWI BIN AHMAD UK36339

PHANG KUOK WEI

NURAISHAH BT MOHAMAD ALI SABRI UK35248


PELOPOR INSTRUMEN

Instrumen ini dibina oleh Profesor Dato’ Dr. Noriah binti Mohammad Ishak dari Universiti
Kebangsaan Malaysia,beliau lahir di Melaka.Beliau menerima pendidikan
BScE(UMALAYA),DipPsi(Kaunseling),Spend(UKMALAYSIA),PhD(W.MICHIGAN),Adv.Di
p.Holistic Health(W.Michigan),Cert. in Nutrition(Michigan State) and Guidance and
conseling,Holistic Health.Beliau juga terlibat dalam Qualitative Research Accociataio of
Malaysia(QRAM).15/01/2007-01/10/2020,Persatuan Kaunseling Malaysia,Lembaga Kaunseling
Malaysia.01/01/2006 dan Comparative Education Society Of Asia,01/01/2006,Beliau
berpengalaman selama 11 tahun menjadi tenaga pengajar di Univrsiti Kebangsaan Malaysia
dalam fakulti pendidikan.
1.0 PENGENALAN
Inventori Kepintaran Emosi Malaysia ini mempunyai sebelas bahagian (Bahagian A hingga
Bahagian K). bahagian A,C,D,F,G,I dan J menggambarkan tahap persetujuan seseorang
tahap pernyataan yang diberikan bagi setiap tujuh domain yang akan diterangkan dalam
kerangka konsep. Domain- domain kepintaran emosi tersebut ialah: kesedaran kendiri,
regulasi kendiri, motivasi kendiri, empati, kemahiran social,kerohanian dan kematangan.
Individu yang menggunakan inventori ini dikehendaki menggambarkan persetujuan mereka
terhadap pernyataan-pernyataan yang diberikan dengan menandakan (/) di petak bernombor
yang disediakan. Tahap persetujuan tersebut adalah seperti berikut:

1 – sangat tidak setuju


2 – tidak setuju
3 – tidak pasti
4 – setuju
5 – sangat setuju

Setelah menandakan tahap persetujuan individu yang mengambil ujian diminta


meletakkan skor mentah yang diperoleh di petak yang disediakan. Penjumlahan nombor
dilakukan mengikut arahan berikut.

1. Jumlahkan setiap nombor yang ditandakan di bahagian kecil dan masukkan ke dalam
petak markah yang disediakan.
2. Di akhir setiap bahagian dapatkan jumlah bahagian dengan mencampurkan semua
markah di bahagian kecil. Masukkan jumlah tersebut dalam petak jumlah markah
bahagian yang disediakan dan kirakan nilai min peratus.

Bahagian Kecekapan iaitu Bahagian B,E,H dan K mempunyai arahan yang ditulis
dibahagian tersebut. Setiap individu diminta untuk membaca dengan teliti arahan-arahan
yang dinyatakan sebelum memulakan aktiviti yang diarahkan. Skor mentah yang
diperolehi seterusnya dikira semula dalam bentuk min peratus dan dimasukkan ke dalam
kotak skor yang disediakan. Seterusnya skor min peratus tersebut ditukarkan dalam
bentuk graf dan perbandingan dilakukan dengan templat graf yang disediakan.
2.0 KERANGKA KONSEP

Model Kecerdasan Emosi Goleman-Noriah et al. (UKM)

Goleman (1999) telah mencadangkan bahawa kecerdasan emosi boleh dikaitkan dengan dua
jenis kompetensi iaitu: kompetensi peribadu dan kompetensi sosial. Kedua-dua kompetensi
tersebut diwakili oleh lima domain iaitu: kesedaran kendiri, regulsi kendiri, motivasi kendiri,
empati dan kemahiran bersosial. Bagaimanapun, daripada kajian yang telah dijalankan oleh
sekumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (Noriah et al. 2003), didapti
wujud penambahan dua domain yang memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada
kecerdasan emosi seseorang, Dua domain tambahan tersebut adalah kesedaran kerohanian dan
kematangan ( Sila Rujuk Rajah 1).

Kompetensi Peribadi menentukan bagaimana seseorang menguruskan diri sendiri. Ia


mempunyai tiga domain iaitu kesedaran kendiri dan regulasi kendiri.

i. Kesedaran kendiri adalah kebolehan mengetahui keadaan dalaman, pemilihan yang ingin
dilakukan, sumber-sumber dan intuisi yang terdapat dalam diri seseorang. Domain ini
mempunyai empat sudomain iaitu kesedraa emosi, penilaian kendiri yang tepat, keyalinan
diri dan niat yang baik. Individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
berupaya mengenal pasti emosi yang wujud dalam dirinya dan kesannya terhadap prestasi
diri, dapat merasakan perasaan yang sedang bergolak dalam dirinya serta
menghubungkan antara fikiran, tingakahlaku dan emosi. Mereka sedar kesan tingkahlaku
mereka ke atas orang lain serta menyedari nilai dn matlamat diri yang dijadikan panduan
dalam menilai emosinya. Individu ini juga mempunyai keupayaan untuk mengetahui
kekuatan dan kelemahan dirinya dan dapat menghargai kelebihan dan kekurangan orang
lain. Mereka sentiasa bersikap terbuka dalam menerima maklumbalas dan cuba meihat
idea atau pandangan baru dari perspektif yang baru. Ini dianggap sebagai pembelajaran
sepanjang hayat yang dilakukan untuk mengembangkan potensi diri. Mereka menghargai
diri sendiri dan percaya dengan kebolehan diri dalam melakukan sesuatu tugas dan tidak
mudah terpengaruh dengan gaya hidup ornga lain. Individu ini tidak akan mengharap
bantuan orang lain. Jika mereka mampu melaksanakan sesuatu tugas yang diamanahkan,
berani mengeluarkan pendapat dan idea walaupun mungkin tak digemari oleh orang lain
dan seterusnya boleh membuat keputusan yang tepat walaupun terdapat tekanan dan
kekeliruan. Akhir sekali, individu yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
sentiasa membuat niat yang baik dalam melakukan sesuatu tugas, kerana mereka
beranggapan bahawa kerja yang baik adalah satu amal yang harus dilakukan.
ii. Regulasi Kendiri
Regulasi kendiri ialah kebolehan seseorang untuk menilai keadaan dalaman, naluri dan
sumber-sumber yang wujud dalam dirinya. Ia digambarkan melalui lima subdomain iaitu
kawalan diri, kebolehkpercayaan, bertanggungjawab, kebolehsuaian, inovatif. Individu
yang mempunyai regulasi kendiri yang tinggi berupaya mengawal naluri dan emosi-
emosi yang destruktif. Mereka dapat memantau perasaan dan menghalang cetusan emosi
yang negatif daripada timbul. Mereka juga boleh dipercayai terutama apabila diberikan
tugasan untuk diselesaikan. Mereka sentiasa mengekalkan kejujuran dan mempunyai jati
diri yang tinggi, ikhlas dalam menjalin hubungan dan juga dalam melaksanakan tugasan
atau memegang amanah, Mereka boleh megakui kesilapan sendiri dan berani menegur
perbuatan tidak beretika orang lain. Mereka juga berani membuat pendirian yang tegas
berdasarkan prinsip yang dipegang walaupun tidak disukai oleh orang lain. Selain itu,
mereka mempunyai sifat bertangungjawab yang tinggi terhadap diri ke arah pencapaian
peribadi. Individu itu boleh menilai prestasi diri pada setiap masa dan sangat teliti dalam
merancangkan sesuatu tugas, menyelesaikan tugas pada waktunya dan berdisiplin.
Mereka boleh menyesuaikan diri terutama dalam menangani sebarang perubahan, cekap
dalam menangani pelbagai cabaran, terutama yang melibatkan perubahan yang drastik
dan memerlukan respond dan taktik yang selari dengan situasi yang anjal (fluid).
Kebolehan meregulasikan diri ini juga menjadikan mereka seorang yang inovatif, dan
dapat menerima idea-idea, pendekatan dan maklumat baru daripada sesiapa sahaja tanpa
perasaan negatif. Mereka sentiasa mencari idea-idea baru daripada pelbagai sumber di
samping menjana idea-idea baru. Individu begini melihat sesuatu perkara daripada
perspektif yang berbeza dan berani mengambil risiko dalam membuat sesuatu.
Motivasi Kendiri

Motivasi kendiri ialah kecendrungan emosi dalam membimbing atau memudahkan


seseorang untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia digambarkan oleh kebolehan seseorang
untuk membina dorongan pencapaian yang tinggi, komitmen terhadap tugas,optimistic
dan berminat terhadap apa yang dilakukan.Individu yang bermotivasi tinggi mempunyai
semangat untuk mencapai satu matlamat atau kecermelangan diri dengan meletakkan
sasaran yang mencabar. Mereka juga sentiasa suka menimba ilmu untuk mengurangkan
ketidaktentuan dan mencari jalan untuk memperbaiki diri sendiri. Individu sedemikian
mempunyai komitmen yang tinggi dan sentiasa mensejajarkan matlamat diri dengan
matlamat kumpulan atau organisasi. Mereka sentiasa mengambil initiatif, mempamerkan
sikap proaktif dan sentiasa bersedia merebut peluang. Mereka melaksanakan tugas
melangkaui matlamat yang ditetapkan akan terus berusaha hingga tercapai apa yang
dicita-citakan. Justeru, ini menjadikan seseorang yang bermotivasi sebagai seorang yang
optimistic yang sentiasa beristiqamah dalam mencapai cita-cita walaupun terdapat
halangan dan masalah. Mereka sentiasa melihat dari sudut “harapan untuk Berjaya” dan
bukannya dari sudut “kemungkinan akan gagal”. Hal ini meningkatkan minat mereka
terhadap apa yang mereka sedang atau akan lakukan di masa hadapan.

Kecekapan Sosial ialah kebolehan seseorang dalam membina hubungan dengan orang lain,dan
ini termasuk kebolehan membina sifat berempati dan menggunakan kemahiran social dalam
intraksi seharian mereka.

i. Empati
Indidvidu yang mempunyai kebolehan empati dapat menyedari
perasaan,keperluan,kehendak,dan masalah orang lain.Mereka boleh memahami orang
lain seperti mengesan perasaan orang lain,serta dapat member perhatian terhadap tingkah
laku,emosi dan dapat mendengar secara aktif luahan perasaan orang lain.Mereka sedia
membantu berdasarkan pemahaman tentang keperluan dan perasaan orang lain dan bukan
dari perspektif mereka.Selain itu,mereka juga berkebolehan mengenalpasti dan
mengembangkan potensi orang lain,mengakui dan memberi ganjaran atas cirri-ciri
kekuatan dan pencapaian orang lain,menawarkan maklumbalas yang berguna,dan
mengenalpasti keperluan orang lain untuk perkembangan diri.Mereka juga boleh menjadi
mentor yang berkesan dan menawarkan tugasan yang mencabar yang dapat membentuk
kemahiran individu lain.Kebolehan ini adalah penting untuk membina proses jati diri
yang membawa kearah kepimpinan yang efektif.Mereka juga akan sentiasa
menjangka,mengenalpasti dan menjangka keperluan orang lain,dan sanggup mencari
pelbagai kaedah untuk meningkatkan kepuasan dan kesetiaan rakan,menghulur bantuan
dengan rela.Justeru,seorang yang berempati boleh bekerja dengan sesiapa sahaja,malah
boleh mencungkil kepelbagaian di kalangan rakan-rakan serta memupuk peluang untuk
kebaikan bersama.Ini menjadikan mereka seorang pemimpin yang sedar tentang tentang
dinamika kelompok yang berlaku diprsekitaran.

ii. Kemahiran social

Kemahiran social merujuk kepada kemahiran mencetuskan respon yang sesuai daripada
orang lain. Ini digambarkan sub-domain yang menjelaskan kebolehan
berikut:mempengaruh,berkomunikasi,mengurus konflik,kepimpinan,pemangkin
perubahan,membina hubungan dan bekerja sebagai satu pasukan.Seorang yang
mempunyai kemahiran social yang tinggi mempunyai kebolehan menggunakan taktik
yang efektif untuk memujuk,mahir mempengaruhi orang lain untuk membina konsesus
dan sokongan serta mencetuskan suasana yang dramatic untuk menonjolkan idea secara
kolektif.Mereka sentiasa menjadi pendengar yang aktif dan sentiasa menyampaikan ese
yang meyakinkan.Mereka boleh bertolak ansur,berterus terang dala isu yang rumit,serta
memahami dan mengalu-alukan perkongsian maklumat sepenuhnya.Mereka juga sentiasa
menggalakan komunikasi yang terbuka dan setia mendengar berita baik dan buruk.Ini
boleh menjadikan mereka seorang yang dapat menguruskan konflik dengan baik.Mereka
boleh mengesan konflik dengan baik dalam sesuatu suasana dan dapat melakukan
perbincangan terbuka sambil merancang penyelesaian menang-menang.Ini menjadikan
merela seorang yang boleh memimpin kerana boleh member inspirasi dan bimbingan
kepada orang lainMereka juga bertindak sebagai pemangkin perubahan dan mewujudkan
sinergi kumpulan dalam mencapai matlamat bersama.

Kerohanian

Dalam bahagian kerohanian merangkumi beberapa aspek seperti keredhaan, rasa


tanggungjawab kepada pencipta serta kebolehan menghayati nilai-nilai agama.
Keredhaan merupakan kebolehan seseorang individu untuk menerima peraturan-
peraturan tertentu dengan hati yang rela yang digariskan oleh agama masing-masing.
Sehubungan dengan itu, peraturan-peraturan ini telah menjadi garis panduan yang harus
diterima oleh seseorang individu dalam menjalani kehidupan. Selain itu, kesedaran
seseorang individu tentang tanggungjawabnya terhadap penciptanya membantu seseorang
itu untuk menjalankan tugas tanpa rasa jemu dan ini seterusnya boleh meningkatkan
semangat kepada individu tersebut untuk terus bekerja. Sehubungan dengan itu,
seseorang individu dapat membina aras kerohanian yang tinggi dalam kehidupan
hariannya dengan aktif bekerja untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang
manusia kepada penciptanya. Untuk mengamalkan tanggungjawab dengan sebaik
mungkin, seseorang itu perlu sentiasa berhubung dengan penciptanya di samping
menguasai ilmu pengetahuan yang perlu untuk memenuhi tuntutan kerohaniannya.
Seterusnya, seseorang individu akan sentiasa berfikir dulu tentang dunia akhirat sebelum
melakukan sesuatu perkara. Tahap kekuatan kerohanian seseorang dikaitkan dengan
tahap kesabaran, keimanan, ketakwaan dan keikhlasan seseorang dalam melakukan
kewajiban agamanya.

Kematangan

Dalam domain kematangan meliputi aspek usia, pengalaman dan pengetahuan seseorang
dan kesannya terhadap kecerdasan emosi. Dari segi usia, didapati seseorang itu apabila
bertambah usia biasanya akan menjadi lebih matang. Sifat kematangan ini dapat
digambarkan melalui kebolehan seseorang itu untuk mengawal tingkah laku apabila usia
meningkat. Usia yang meningkat dapat membantu seseorang itu untuk melaksanakan
muhasabah diri untuk mengenal kekuatan dan kelemahan diri masing-masing. Dalam
aspek pengalaman, didapati pengalaman mempunyai perkaitan yang rapat dengan
kecerdasan emosi. Jika seseorang itu mempunyai pengalaman yang positif, makanya
dapat mengawal emosinya dengan baik dan sebaliknya. Selain itu, peningkatan ilmu
pengetahuan juga boleh membantukan seseorang meningkatkan kematangan diri.
Pengetahuan tersebut boleh diperolehi melalui pembelajaran secara formal atau tidak
formal. Walaubagaimanapun, kebanyakan pembelajaran berjalan secara tidak formal.
Seseorang yang boleh menyerap ilmu pengetahuan secara tidak formal dan
menggunakannya dan mengaplikasikannya secara berkesan akan dapat meningkatkan
kecerdasan emosinya.
3.0 inventori kepintaran emosi Malaysia (D)

Instrument yang dibina mempunyai dua bahagian. (i) bahagian persepsi (A,C,D,F,G,I,J) dan (ii)
bahagian kecekapan (B,E,H,K). Sebelum analisis factor dijalankan,instrument yng dibina
mempunyai sejumlah 249 item. Bahagian Persepsi mempunyai 210 item pada skala Likert 5-
mata dan Bahagian Kecekapan pula mempunyai 39 item dengan berbagai bentuk penilaian.
Selepas analisis factor dijalankan, didapati hanya sejumlah 183 item sahaja yang mempunyai
nilai melebihi .30. justeru, hanya item-item tersebut sahaja dipilih sebagai item yng bakal
digunakan dalam IKEM versi ke dua. Bahagian Persepsi mempunyai 157 item dan Bahagian
Kecekapan mempunyai 26 item. Jadual satu menunjukkan sub-domain yang telah digabungkan
dan bilangan item bagi setiap sub-domain setelah dianalisis menggunakan analisis factor.Item
yang mempunyai nilai factor loading telah digugurkan.

JADUAL 1

DOMAIN SUB-DOMAIN SUB-DOAIM YANG BILANGA


DIGUGURKAN/DIKELOMPOKK N ITEM
AN
KESEDARAN KESEDARAN EMOSI TIADA SUB-DOMAIN YANG 2
KENDIRI DIKELOMPOKKAN
KETEPATAN
PENILAIAN KENDIRI 5

KEYAKINAN DIRI

NIAT 6
7
REGULASI KAWALAN DIRI 8
KENDIRI
KEBOLEHPERCAYA 5
AN

TANGGUNGJAWAB 6
TERHADAP DIRI

KEBOLEHSUAIAN 6

INOVASI 6
MOTIVASI DORONGAN 5
KENDIRI PENCAPAIAN
7
KOMITMEN
4
INITIATIF

OPTIMIS GUGUR -

MINAT 2
EMPTI MEMAHAMI ORANG 6
LAIN

MEMBANTU 5

BERORIENTASIKAN 5
PERKHIDMATAN
5
MEMBINA POTENSI
5
MENCUNGKIL
KEPELBAGAIAN 5

KESEDARAN 5
POLITIK
5
PENYAYANG
KEMAHIRAN PENGARUH 5
SOSIAL
MENGURUS 4
KONFLIK
4
KEPIMPINAN
4
BEKERJASAMA
6
BEKERJA DALAM
KUMPULAN
5
PEMANGKIN
PERUBAHAN
3
PENJALIN
HUBUNGAN
6
KOMUNIKASI

KEROHANIA TIADA SUB-DOMAIN 9


N
KEMATANGA TIADA SUB- 6
N DOAMIAN
JUMLAH KESELURUHAN 187

JADUAL 2:ITEM BAHAGIAN KECEKAPAN

DOMAIN BILANGAN ITEM


KESEDARAN KENDIRI 8

REGULASI KENDIRI 6

MOTIVASI KENDIRI 7

EMPATI 5

JUMLAH KESELURUHAN ITEM 156+26=182

KEBOLEHPERCAYAAN

Cronbach Alpha telah dilakukan ke atas 9 (a) instrument secara keseluruhan,(b) kedua-dua
persepsi dan kecekapan,dan (c) setiap domain
4.0 Kebolehpercayaan

Analisis kebolehpercayaan Cronbach Alpha telah dilakukan ke atas (a) instrument secara
keseluruhan, (b) kedua-dua bahagian Persepsi dan Kecekapan, dan (c) setiap domain. Secara
keseluruhan didapati nilai kebolehpercayaan bagi instrument yang telah dibina adalah tinggi dan
melebihi .80. hanya terdapat dua nilai Alpha yang kurang daripada .80 (nilai Alpha untuk
Bahagian Kecekapan; domain Empati dan Regulasi Kendiri). Nilai Alpha yang diperoleh adalah
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4

Nilai kebolehpercayaan.

Kategori

Keseluruhan Instrumen IKEM-MEQI

Kategori Nilai Alpha


Keseluruhan Instrumen IKEM-MEQI .978
Bahagian Persepsi(Secara Keseluruhan) .980
DOMAIN
a.Kesedaran kendiri .843
b.Regulasi kendiri .924
c.Motivasi kendiri .957
d.Empati .957
e.Kemahiran social .930
f.Kerohanian .935
g.Kematangan 934

Bahagian Kecekapan(secara keseluruhan) .839


a.Kesedaran kendiri .859
b.Regulasi kendiri .795
c.Motivasi kendiri .965
d.Empati .667
5.0 Kesahan Konstruk

Untuk menentukan kesahan konstruk bagi semua item yang telah dibina, analisis factor
menggunakan Putaran Varimax telah dilakukan. Daripada sejumlah item yang digunakan hanya
183 item didapati mempunyai nilai melebihi .30. item selebihnya telah digugurkan daripada
instrument IKEM versi 1. Nilai Factor Loading bagi setiap item adalah seperti yang dicatatkan
dalam jadual 5(Nilai Factor Loading Bahagian Persepsi) dan jadual (Nilai Factor Loading untul
item di Bahagian Kecekapan).

6.0 Kesimpulan

Instrument yang dibina adalah sesuai untuk digunapakai oleh individu yang ingin mengetahui
tahap kepintaran emosi mereka serta melihat kedudukan mereka berbanding dengan individu
yang bekerja sebagai penjawat awam di Malaysia. Secara keseluruhannya, instrument IKEM (D)
ini sesuai dugunakan bagi membantu

I. Mengenalpasti tahap kepintaran emosi seseorang


II. Membuat proses saringan bakal pekerja
III. Membuat proses saringan bakal pelajar yang memohon untuk mengikuti kursus di
IPTA dan IPTS
IV. Membina pengkalan data kepintaran emosi dalam kalangan populasi yang ingin
dikaji
V. Menentukan latihan kepintaran emosi ysng sesuai bagi seseorang.

Instrument IKEM (D) ini harus duguna dengan berhati-hati. Perlu diingatkan bahawa instrument
ini bukan bertujuan untuk melabel kepintaran emosi seseorang. Ia harus digunakan sebagai garis
panduan untuk menilai kepintaran emosi seseorang berdasarkan respons yang diberikan oleh
individu tersebut semasa menjawab item-item yang diberikan.

You might also like