You are on page 1of 1

uru memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita.

Walau bagaimanapun, sebahagian


daripada murid di negara kita tidak menghargai jasa guru. Oleh sebab itu, murid-murid mestilah
mengenali jasa guru agar tidak menjadi seperti kacang lupakan kulit. Marilah kita sama-sama
memahami peranan guru.

Salah satu peranan guru yang penting amat ialah guru berkorban masa dan tenaga untuk mendidik
murid-murid. Bagi semua guru, pendidikan seseorang sungguh penting. Oleh itu, mereka mengambil
masa untuk mendidik murid-murid. Dengan berbuat demikian, semua murid akan menjadi
berpendidikan serta cerdik. Dengan berbuat demikian, pemuda menjadi harapan bangsa, pemudi
menjadi tiang negara. Oleh hal yang demikian, saya ingin menegaskan bahawa peranan amat
penting guru ialah mendidik murid-murid.

Selain itu, guru-guru berperanan untuk memberikan kasih sayang kepada pelajar mereka. Selain
mempelajari murid-murid, guru juga mesti memberikan kasih sayang kepada murid agar murid akan
menghargai jasa guru serta menumpukan perhatian pada pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Semua guru mesti bersikap adil dan memberikan kasih sayang yang sama kepada semua pelajar
supaya mendapat kerjasama mereka. Oleh sebab itu, guru mestilah menunjukkan kasih sayang
kepada semua pelajar.

Di samping itu, guru-guru berperanan membentuk institusi sekolah yang bahagia dan cemerlang. Hal
ini dikatakan penting kerana institusi sekolah yang bahagia dan cemerlang akan menarik tumpuan
murid. Oleh itu, guru-guru mestilah mengambil tindakan yang betul, patut serta baik terhadap
murid-murid yang nakal atau murid-murid yang tidak mementingkan pelajaran mereka. Saya ingin
menegaskan bahawa guru-guru berperanan untuk membentuk sekolah cemerlang dalam semua
bidang.

Kesimpulannya, guru berperanan banyak dalam kehidupan kita. Oleh hal yang demikian, semua
murid mestilah menghargai jasa guru supaya tidak menjadi seperti kacang lupa kulit. Semua pihak
murid mestilah menyambut Hari Guru semua tahun untuk membuktikan penghargaan terhadap
guru. Secara tuntas, saya ingin menegaskan bahawa peranan guru sangat penting dalam kalangan
masyarakat.

You might also like