You are on page 1of 1

bagaimana anda menilai sistem ekonomi semasa

Pada pandangan saya, sistem ekonomi semasa pada hari ini agak teruk dan mempunyai
banyak cabaran yang perlu ditangani oleh kerajaan. Hal ini kerana, negara kita telah dilanda
dengan Pandemik Covid-19. Bahkan bukan sahaja di negara kita, malah seluruh dunia telah
dilanda penyakit ini. Selain itu, penularan Pandemik ini juga, banyak perniagaan kecil
mahupun besar terjejas teruk kerana kurang pendapat sambutan daripada masyarakat dari
dalam dan luar negeri. Disebabkan itu, pihak kerajaan telah menguatkuasakan undang-
undang pergerakan bagi seluruh negeri bagi mengelakkan berlakunya penularan penyakit
dalam kalangan manusia. Oleh kerana terjejasnya perniagaan kecil serta sektor-sektor
ekonomi yang lain maka struktur ekonomi semasa menjadi tidak stabil dan teruk.

You might also like