semua bangsa tersebut. Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bahasa atau kaum. Di Malaysia konsep ‘bangsa Malaysia’ juga didefinisikan dalam Perlembagaan Negara 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat menerangkan sifat dan ciri ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan,taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Disini saya akan membincangkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh menyatukan pelbagai kaum dan dapat membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan dan mampu menyatupadukan kaum di Malaysia. Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati sejak. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat- menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu juga amat penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah. Kepentingan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media massa.