B Kebangsaan Assig 3 Paraphase

You might also like

You are on page 1of 1

Bagi negara Malaysia yang berbilang bangsa, 

satu bahasa perlu untuk menyatukan ke


semua bangsa tersebut. Budaya akan wujud dengan adanya kelompok bahasa atau
kaum. Di Malaysia konsep ‘bangsa Malaysia’ juga didefinisikan dalam Perlembagaan
Negara 1957 yang menekankan sekurang-kurangnya tiga elemen utama yang dapat
menerangkan sifat dan ciri ‘bangsa Malaysia’ iaitu berkaitan dengan kewarganegaraan,taat
setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara dan penguasaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi negara. Disini saya akan membincangkan peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa yang boleh menyatukan pelbagai kaum dan dapat
membuktikan bahasa itu mampu membentuk perpaduan dan mampu menyatupadukan
kaum di Malaysia.
Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati
sejak. Bahasa Melayu juga digunakan dalam komunikasi, acara rasmi, segala surat-
menyurat rasmi pentadbiran, minit mesyuarat dan sebagainya. Bahasa Melayu juga amat
penting dalam bidang ilmu, sains, teknologi, sains komputer selain dijadikan bahasa ilmiah.
Kepentingan Bahasa Melayu dalam membentuk perpaduan dapat dibincangkan dalam
empat cara iaitu melalui pendidikan, masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka dan media
massa.

You might also like