You are on page 1of 1

PENGENALAN PERNIAGAAN

Saya ROBIN A/L STEVEN telah menubuhkan sebuah kedai burger yang bernama Venria
Burger Shop pada 1 Mac 2021. Perniagaan ini terletak di 48, Laluan Saujana II, Taman
Saujana I, Batu Gajah, 31550, Perak. Saya memulakan perniagaan ini iaitu menjual burger
menggunakan modal sebanyak RM9,000. Saya mempunyai dua pekerja yang dibayar gaji
sebanyak RM980 untuk sebulan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan ialah menjual burger
secara tumai dan perkhidmatan membekalkan burger untuk tempahan khas. Saya menjual
pelbagai jenis burger antaranya ialah burger ayam, burger ayam special, burger benjo, burger
benjo special, burger oblong dan burger oblong special.

Dua sebab saya memilih perniagaan Millikan Tunggal ialah saya bebas untuk membuat
sebarang keputusan sebagai seorang pemilik dan saya tidak perlu berkongsi keuntungan yang
terdapat dari perniagaan ini.

Kelebihan menjalankan perniagaan ini ialah lokasi perniagaan burger yang startegik .ia
terletak di kawasan perumahan dan tidak mempunyai saingan perniagaan seperti, Warung
makanan dan restoran.
Risiko yang bakal dihadapi oleh saya dalam perniagaan burger ini ialah risiko kecurian pada
kios kerana terletaknya peralatan niaga di dalam kios tersebut.

You might also like