You are on page 1of 1

Pengenalan Kokurikulum

DEFINISI KOKURIKULUM
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerakerja
yang terancang. Gerakerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh itu,aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar untuk menambah, mengukuh dan
mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di
dalam bilik darjah. Gerakerja kokurikulum dikelompokkan kepada tiga kumpulan
iaitu:
A. Unit Badan Beruniform B. Persatuan/Kelab C. Sukan/Permainan

RASIONAL GERAKERJA KOKURIKULUM


1. Mengamalkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan yang diperolehi di bilik
darjah
2. Memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara
sekolah dengan masyarakat.
3. Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan
berfaedah, disamping memelihara kesihatan fizikal dan mental.
4. Membantu pelajar melengkapkan bidang akademik dengan memupuk
kesedaran tentang pemilihan kerjaya.
5. Memberi peluang kepada pelajar melengkapi bidang akademik dengan
memupuk sikap yakin kepada diri sendiri dan berdikari

MATLAMAT GERAKERJA KOKURIKULUM


Memperkembangankan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan
bersepadu meluputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi
melahirkan insane yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

OBJEKTIF GERAKERJA KOKURIKULUM


Bagi mencapai matlamat tersebut, gerakerja kokurikulum bertujuan untuk
membolehkan pelajar:-
1. Membentuk pelajar berkualiti, berdaya maju dan berani menghadapi cabaran.
2. Mempertingkatkan kecekapan kepimpinan dan dapat berkomunikasi dengan
berkesan
3. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
rasional, kritis dan kreatif
4. Memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta dapat
mengamalkan
dalam kehidupan seharian
5. Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk
memeliharanya.

You might also like