You are on page 1of 2

TUTORIAL 4

1(a) Huraikan perbezaan individu

Setiap individu adalah berbeza dari segi fizikal mereka. Borich (2002) telah
membahagikan individu kepada dua jenis, iaitu interindividu dan intraindividu.

Perbezaan interindividu ialah perbezaan yang terdapat dalam diri individu


mengikut pengaruh masa, tempat dan keadaan. Perbezaan intraindividu pula
merupakan perbezaan-perbezaan yang terdapat antara individu dengan individu
yang lain.

Ramlah Jantan dan Mahani Razali (2002) telah membahagikan aspek-aspek


perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan.

Aspek Fizikal

Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi. Perbezaan ini boleh dilakukan
melalui pemerhatian individu dari segi luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak
dan jumlah neuron. Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-
kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10
tahun sehingga 12 tahun semasa belajar di sekolah rendah. Contohnya, kanak-
kanak perempuan akan mencapai kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada
kanak-kanak lelaki hal ini demikian kerana perempuan berfikiran lebih matang ketika
berusia 9 tahun hingga 15 tahun berbanding remaja lelaki.

Aspek Emosi

Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan. Ini adalah kerana mereka
berasal keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran
sosial yang berlainan. Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa. Tahap kecerdasan
emosi ini adalah berbeza. Contoh emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu,
pasif dan sebagainya. Kanak-kanak lelaki lebih bersifat temperamen daripada kanak-
kanak perempuan. Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan
menangani dengan cara yang sesuai serta mendisiplin mereka. Guru-guru perlu
merancangkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut
personaliti murid- murid supaya dapat mempertingkatkan tahap keyakinan mereka
semasa pembelajaran dijalankan.

dengan rapi. Jadi, guru perlu mengenal pasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa
menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai di dalam kelas.

Aspek bakat dan minat

Bakat merupakan satu anugerah. Setiap orang dilahirkan dengan membawa bakat
yang tersendiri. Pembawaan bakat-bakat yang dimaksudkan adalah seperti
kebolehan menyanyi, melukis, membaca dan berlakon. Ramsel (2000)
menyatakan bahawa bakat ialah anugerah semulajadi. Seseorang yang berbakat
memudahkan pengajar untuk menyampaikan ilmu yang disukai oleh oindividu
tersebut.
Manakala minat pula ialah kecenderungan individu yang tingi terhadap sesuatu
aktiviti atau bijak. Minat seseorang terhadap jenis sukan adalah berbeza-beza.
Ada individu yang berminat terhadap sukan bola sepak, ada juga yang meminati
sukan renang dan lain-lain lagi.

Aspek Sosial

Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-
ciri semulajadi iaitu perangai yang akan tentukan sama ada individu itu permalu,
pendiam, mengasingkan diri, gugup, gelisah mahupun impulsif. Manakala minat,
sikap, keperluan, kecenderungan serta temperamen juga turut mempengaruhi
individu. Manakala Bandura (1997) menekankan pengaruh model ke atas tingkah
laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui pemerhatian terhadap orang
lain. Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latar belakang
sosio-ekonomi seperti individu yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang
tinggi, maka nustrisi yang dibekalkan adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga

(b) Bagaimanakah ilmu perbezaan individu dapat membantu guru merancang


pengajaran yang berkesan?

Guru dapat mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Strategi


yang berkesan adalah diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada
umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu strategi
pemusatan, yakni pemusatan kepada guru, murid atau pada bahan. Pemilihan
strategi pengajaran oleh guru bergantung pada situasi murid. Pemusatan strategi
yang dipilih adalah tidak tetap kerana ia boleh diubah-ubah mengikut keadaan
semasa murid.

Selain itu, ilmu perbezaan individu dapat membolehkan guru mempelbagaikan


kaedah mengajar. Pada masa kini terdapat pelbagai kaedah mengajar telah
dicipta. Antara kaedah mengajar yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah
kumpulan, kooperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, dan sebagainya.
Kaedah-kaedah mengajar ini disukai oleh murid-murid secara berbeza-beza.

Di samping itu, ilmu perbezaan individu membolehkan guru menggunakan teknik


motivasi. Motivasi bermakna penggerak untuk memandu tingkah laku murid ke
arah yang lebih dinamik. Guru mungkin bertemu kumpulan murid-murid yang tidak
bermaya, malas belajar, tidak bercita-cita, dan suka ponteng kelas. Seseorang
yang malas belajar dengan seseorang yang tidak mempunyai cita-cita
memerlukan tenaga penggerak yang berbeza. Oleh itu, guru perlu biasa dan
memahirkan diri dengan pelbagai teknik motivasi.

Guru juga dapat memberi peneguhan positif dan peneguhan negatif. Ahli
psikologi mengambil berat tentang kemahiran guru menggunakan peneguhan di
dalam bilik darjah. Peneguhan postif bermaksud guru memberikan pujian atau
ganjaran jika murid menunjukkan tingkah laku positif. Manakala, peneguhan
negatif boleh digunakan oleh guru sekiranya sesuatu tingkah laku yang dibentuk
murid tidak diingini atau negatif.

You might also like