You are on page 1of 22

KERTAS KERJA CADANGAN

Projek UMMM

Tajuk

PENETAPAN STANDARD PENYERUPAAN (AL-TASYABBUH) YANG

DILARANG DALAM REALITI MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Ketua Projek

Dr Mohd Anuar Ramli

Ahli Penyelidik

1) Dr Sayuti

2) Dr Ali

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Fenomena penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dilarang dengan orang bukan

Islam semakin menular dalam masyarakat Islam di Malaysia. Gejala ini

berlaku ekoran interaksi secara terbuka dan bebas tanpa batasan yang

ditetapkan syariat Islam. Ia mampu menjerumuskan umat Islam di

Malaysia dalam kancah pluralisme agama yang ditegah, di mana semua

agama dianggap sebagai sama dan tiada batasan akidah yang membezakan

antara orang Islam dan bukan Islam. Gejala penyerupaan ini jelas dalam

sambutan perayaan utama seperti kongsi perayaan atau perayaan

berkembar, memakai pakaian keagamaan, dan turut serta dalam perarakan


1
candle light vigil. Selain itu turut menyumbang kepada penularan gejala ini

adalah sambutan rumah terbuka bagi meraikan perayaan tiap kaum dan

agama di samping kehadiran orang Islam ke upacara keagamaan di rumah

ibadat orang bukan Islam. Hasil interaksi sosial dan antara agama ini,

terdapat sebilangan orang Melayu yang mengadaptasi budaya kaum lain

yang mana kesannya, mereka kian hilang jati diri dan dalam masa yang

sama berlaku peleburan jati diri iaitu penyerupaan dengan orang bukan

Islam. Sehubungan itu satu pendekatan yang bersifat wasatiyyah

(sederhana) wajar dibangunkan agar interaksi antara agama ini

berlangsung dalam suasana yang harmoni dan selaras dengan tuntutan

Syarak. Ia perlu mengambil kira realiti semasa dan setempat. Justeru, untuk

membangunkan pendekatan wasatiyyah (sederhana) dalam penentuan

kriteria tasyabbuh yang dilarang ini, pengkaji akan meneliti asas dalam al-

Quran, al-Sunnah dan pandangan ulama di samping disesuaikan dengan

konteks masyarakat majmuk di Malaysia. Ia merupakan pendekatan yang

moderate dalam mengimbangi antara pendekatan liberalisme yang

cenderung kepada pluralisme agama dan radikalisme yang cenderung

kepada konflik antara agama. Pengkaji juga akan menjalankan kajian

lapangan bagi kawasan yang telah ditetapkan untuk mengenalpasti realiti

tasyabbuh (penyerupaan) yang berlaku dalam masyarakat Islam. Antara

hasil kajian, satu pendekatan wasatiyyah dalam penentuan kriteria

tasyabbuh yang dilarang dapat dibangunkan bagi mewujudkan suasana

harmoni tanpa sebarang konflik dalam hubungan antara agama di

Malaysia.

2
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN

Masyarakat Malaysia ibarat miniatur Asia, iaitu sebuah model mini keragaman

rantau Asia yang dikenali sebagai masyarakat majmuk. Ia terdiri daripada pelbagai

kaum dan agama, terutama adalah Melayu yang keseluruhannya beragama Islam,

Cina yang sebahagiannya beragama Buddha dan sebahagian yang lain beragama

Kristian, dan India yang rata-rata beragama Hindu di samping minoriti beragama

Kristian.

Dalam huraian Furnivall (1967),1 masyarakat majmuk merujuk kepada idea

bahawa dalam masyarakat majmuk terdapat beberapa masyarakat yang tinggal

sebelah menyebelah di dalam satu unit politik yang sama tetapi dalam beberapa hal,

hidup mereka terpisah. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan agama,

kebudayaan, bahasa, idea dan cara hidup yang tersendiri. Pembahagian masyarakat

atau kaum ini berlanjutan dalam sektor ekonomi, yang mana terdapat pembahagian

jenis pekerjaan berasaskan bangsa.2 Pendek kata, masyarakat majmuk yang

berkembang di Malaysia boleh dilihat dalam empat dimensi iaitu politik, ekonomi,

sosial dan budaya.3 Hasilnya, berlaku pengkhususan (specialisation) pekerjaan,

pengasingan (segregation) tempat tinggal, pemisahan proses sosialisasi dan mobiliti,

dan pemencilan (isolation) budaya.4

Walau bagaimana pun, empat jurang perbezaan ini cuba dirapatkan dengan

penawaran pelbagai dasar dan program yang khusus bagi mewujudkan perpaduan

1 Dikemukakan oleh J.S. Furnivall, seorang ahli ekonomi kolonial.


2 John Sydenhem Furnivall (1967), Netherlands India: A Study of Plural Economy, Cambridge:
Cambridge University Press, h. 446.
3 Maurice Freedman (1960), h. 159.
4 Alvin Rabushka (1973), hh. 19-27.

3
dan integrasi kaum.5 Antaranya yang melibatkan aspek perayaan utama Negara

seperti kongsi perayaan seperti Gong Xi Raya (antara Tahun Baru Cina dengan

Aidilfitri), Deepa raya (antara Deepavali dengan Aidilfitri). Selain itu sambutan

rumah terbuka turut diadakan bagi meraikan perayaan tiap kaum dan agama,

menghadiri upacara keagamaan di rumah ibadat dan sebagainya.6 Hasil interaksi

sosial dan budaya ini, setiap kaum cuba untuk mendekati budaya kaum lain dan

saling kenal mengenali. Masyarakat Melayu dengan mudah mengadaptasi budaya

kaum lain yang mana kesannya, mereka kian hilang jati diri (al-tamayyuz iaitu yang

membezakan dengan orang bukan Islam) dan dalam masa yang sama berlaku

peleburan jati diri (al-tasyabbuh iaitu penyerupaan dengan orang bukan Islam).

Program-progran yang dianjurkan ini walaupun asasnya bertujuan positif

untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, tetapi ia melibatkan ketetapan hukum

Islam. Pihak-pihak terlibat perlu merujuk kepada panduan syariat Islam ketika

berhubungan dengan agama lain. Ini kerana dalam konteks hukum Islam,

fenomena penyerupaan (al-tasyabbuh) ini menimbulkan implikasi hukum sama ada

ia boleh menjerumuskan ke kancah kekufuran, maksiat dan dosa. Syariat Islam

walaupun dengan terang menjelaskan prinsip saling kenal mengenali (ta’aruf) (QS,

49: 13), tetapi tetap menekankan mengenai larangan orang Islam menyerupai orang

bukan Islam (al-tasyabbuh). Terdapat hadis Nabi SAW yang tegas melarang umat

Islam daripada menyerupai kaum lain. Sabda Nabi SAW yang bermaksud

“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk darinya”. 7

5 Wan Hashim Wan Teh,.4-5


6 Ridzwan bin Ahmad, 2006.
7 Muhammad Ibn Abi Syaibah, al-Musannif.

4
Berdasarkan hadis di atas, Nabi SAW melarang dengan tegas mana- mana

orang Islam meniru amalan orang bukan Islam. Ia menunjukkan sesiapa yang

menyerupai atau meniru orang fasik atau orang bukan Islam atau orang yang

berbuat bid’ah dalam perkara yang dikhususkan oleh mereka atau selainnya maka

dia akan menjadi sebahagian daripada mereka.8 Larangan ini secara asasnya adalah

bersifat umum dan tiada satu standard yang jelas berdasarkan realiti masyarakat

majmuk di Malaysia.

Justeru kajian ini akan menganalisis realiti sosial dalam kalangan masyarakat

Islam di Malaysia dalam berinteraksi dengan orang bukan Islam sama ada terjebak

dalam amalan penyerupaan yang dilarang atau yang dibenarkan syariat Islam.

Sejajar dengan itu, satu standard penetapan terhadap perbuatan-perbuatan

penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dilarang akan dibangunkan agar bersesuaian

dengan realiti masyarakat berbilang kaum di negara ini.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Sehubungan dengan itu, pengkaji telah merumuskan persoalan kajian seperti

berikut:

i. Apakah bentuk-bentuk penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dibenarkan dan

dilarang dalam hukum Islam?

ii. Apakah tahap kefahaman dan penglibatan orang Islam di Malaysia dalam

aspek penyerupaan (al-tasyabbuh)?

8 ‘Abd Allah al-Sa’di al-Ghamidi (t.t.), , h. 24.

5
iii. Apakah kriteria yang sederhana dalam penetapan penyerupaan (al-tasyabbuh)

yang dilarang oleh Syariat Islam dalam konteks masyarakat Majmuk di

Malaysia.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pengkaji telah merumuskan lima objektif kajian, iaitu:

i. Mengenalpasti bentuk-bentuk penyerupaan (al-tasyabbuh)yang dibenarkan

dan dilarang dalam hukum Islam.

ii. Menganalisis tahap kefahaman dan penglibatan orang Islam di Malaysia

dalam aspek penyerupaan (al-tasyabbuh).

iii. Mengemukakan kriteria penetapan penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dilarang

oleh Syariat Islam dalam konteks masyarakat Majmuk di Malaysia.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting dalam pengenalpastian elemen penyerupaan (al-tasyabbuh) dalam

masyarakat Malaysia, yang mana ia mempunyai implikasi hukum di sebalik amalan

yang dilakukan. Ini disebabkan terdapat beberapa pendekatan sarjana Islam dalam

menggarisbawahi tiap amalan itu sama ada adanya penyerupaan (al-tasyabbuh) atau

tidak. Kajian ini akan mengemukan pendekatan yang sederhana dalam isu

penyerupaan (al-tasyabbuh) agar hubungan sosial yang berlangsung tidak terencat

serta interaksi sosial dan budaya berjalan lancar. Dengan itu, proses integrasi kaum

dapat dipertingkatkan dalam koridor yang dibenarkan Syarak.

6
6.0 SKOP KAJIAN

Pengkaji membataskan kajian ini kepada:

i. Penelitian terhadap bentuk penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dibenarkan dan

dilarang Syarak.

ii. Tinjauan terhadap kefahaman serta amalan responden dan informan terpilih

dalam isu penyerupaan (al-tasyabbuh).

iii. Penetapan beberapa kriteria penyerupaan (al-tasyabbuh) yang dilarang di

dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

7.0 SOROTAN LITERATUR

Secara umumnya, dalam perbincangan mengenai isu penyerupaan (al-

tasyabbuh), terdapat tiga aliran utama dari dalam kalangan ulama, iaitu:

a) Bersikap tegas dan ketat (tasyadud) dalam menentukan sesuatu perbuatan

sebagai sebuah tindakan penyerupaan (al-tasyabbuh) dan menetapkan

hukum ke atas perbuatan-perbuatan berkenaan. Aliran ini menyamakan

status penyerupaan terhadap perbuatan agama dan adat orang bukan Islam

sebagai tasyabbuh.

b) Bersikap sederhana (tawasut) dalam mengklasifikasikan sesuatu perbuatan

penyerupaan (al-tasyabbuh) dan menetapkan hukum ke atasnya. Aliran ini

cenderung membezakan antara status penyerupaan terhadap perbuatan

agama dan adat. Penyerupaan dalam amalan adat dilihat sebagai perkara

yang dibolehkan oleh Syarak.

7
c) Bersikap terlalu terbuka (tasahul) dan bermudah-mudahan dalam menilai

amalan penyerupaan dengan tidak menganggap penyerupaan dalam hal

berkaitan agama ataupun adat orang bukan Islam sebagai al-tasyabbuh.

Sikap tegas dan ketat dalam menanggapi isu ini kebiasannya terdapat pada

kelompok fundamentalis (khususnya yang beraliran fiqh Hanbali) yang mewarisinya

daripada karya-karya fiqh klasik seperti pada penulisan Ibn Taymiyyah9, al-Suyuti10

dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah11. Ibn Taymiyyah misalnya, sebagai seorang ahli fiqh

mazhab Hanbali, walaupun memuatkan pendapat pelbagai mazhab mengenai isu

penyerupaan (al-tasyabbuh), hakikatnya lebih cenderung kepada pendapat pengasas

mazhab tersebut, iaitu Imam Ahmad bin Hanbal yang agak tegas dalam mendepani

persoalan ini. Sikap sedemikian diambil diakibatkan oleh suasana tegang yang

wujud antara masyarakat Islam dan bukan Islam serta status Muslim yang

mendominasi suasana sosio-politik ketika mana karya tersebut dihasilkan.12. Selain

itu ia juga adalah hasil daripada perspektif yang bersifat literal ke atas nass-nass

Syarak. Misalnya Ibn Taymiyyah menyatakan larangan Muslim untuk terlibat dalam

sebarang bentuk penyertaan dalam aktiviti orang bukan Islam sama ada berbentuk

9 Ibn Taymiyyah(1421H/2001M), Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim, Nasir bin
`Abd al-Karim (tahqiq), (Riyadh : Maktabah al-Rusd, 1421H.2001M dan al-Fatawa al-Kubra, 725.
Walau bagaimanapun tidak dinafikan bahawa Ibn Taymiyyah juga pada hakikatnya meletakkan
asas-asas yang bersifat terbuka dalam melihat isu al-tasyabbuh ini.
10 Al-Suyuti, al-Amr ‘an al-Ittiba` wa al-Nahy `an al-Ibtida`, 90
11 Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, Ahkam Ahl al-Dhimmah, 725
12 Lihat Muhammad ‘Uzair Syams & ‘Ali bin Muhammad al-‘Imran, Al-Jami’ li Sirah Syeikh Al-Islam
Ibn Taimiyyah Khalal Sab’ah Qurun, (Dar Al’Alim wa Al-Fawa’id, 1419H). 435-438, Abul Hasan Ali
An-Nadwi(1423H/2002M), Rijal al-Fikr Wa Al-Da’wah, Damsyik: Dar Al-Qalam, jil.2, h. 31 dan
Mar’iy bin Yusuf Al-Karamiy Al-Hanbaliy(1986), Al-Kawakib Al-Durriyah fi Manaqib Al-Mujtahid Ibn
Taimiyyah, Najm al-Din ‘Abd al-Rahman Khalaf, Beirut : Dar al-Gharb al-Islamiy, h. 88
8
adat atau upacara keagamaan13, menghadiri jemputan perayaan masyarakat bukan

Islam, menjemput mereka ke perayaan orang Islam, serta sebarang aktiviti termasuk

urusan jualbeli yang menyokong aktiviti mereka14.

Secara khususnya dalam sorotan literatur kajian ini, dapat dikategorikan

kepada dua bentuk karya, iaitu:

i) Karya klasik

Terdapat beberapa karya klasik yang membahaskan mengenai isu al-tasyabbuh.

Karya utama dalam kategori adalah yang dihasilkan oleh Ibn Taimiyyah yang

berjudul Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah ashab al-Jahim. Ia merupakan sebuah

karya yang membahaskan isu ini secara komprehensif, namun fokus yang banyak

diberikan kepada isu tasyabbuh dalam aspek perayaan. Ibn Taymiyyah

membahaskan persoalan ini dari sudut dalil-dalil al-Qur’an dan al-Hadis yang

menunjukkan larangannya, pendapat Sahabat dan para tabi`in, serta pendapat para

Imam Mazhab berkenaan isu-isu terperinci berhubung masalah ini. Ibn

Taimiyyah(728H) dalam karya ini cenderung kepada pandangan Imam Ahmad bin

Hanbal dalam isu tasyabbuh ini. 15 Antara karya klasik lain yang membawa tema

yang hampir sama adalah seperti al-Dhahabi (748H) dengan karyanya al-Tashbih al-

Khasis bi Ahl al-Khamis : fi Radd al-Tashabbuh bi al-Musyrikin16.

13 Ibn Taymiyyah(1421H/2001M), Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim li Mukhalafah Ashab al-Jahim, Nasir bin
`Abd al-Karim (tahqiq), (Riyadh : Maktabah al-Rusd, 1421H.2001M), 1, .444 & 471
14 Ibn Taimiyyah(1426H.2006M), Majmu’ al-Fatawa, h.332
15 Ibn Taymiyyah , Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim Mukhalafah ashab al-Jahim , (Riyadh : Dar Isbiliya, 1998)
16 Al-Dhahabi, Tasybih al-Khasis li Ahl al-Khamis : fi Radd al-Tasyabbuh bi al-Musyrikin, Muhammad
Hassan Isma`il (tahqiq), ( Dar al-Kitab al-`Ilmiyyah : Beirut, 1423H/2003H)

9
ii) Karya kontemporari

Terdapat juga karya-karya kontemporari berhubung dengan isu al-tasyabbuh dalam

bahasa Arab. Kebanyakannya merupakan kajian-kajian pada peringkat tesis

kedoktoran atau disertasi sarjana yang dihasilkan di institut pengajian tinggi di

timur tengah dan kebanyakkan dari Arab Saudi. Antara karya-karya tersebut adalah

seperti yang dihasilkan oleh Jamil Habib al-Luwaihiq, berjudul al-Tasyabbuh al-

Munhi ‘anhu fi al-Fiqh al-Islami yang merupakan disertasi MA, di Universiti Umm al-

Qura, Mekah. Ia membincangkan secara terperinci mengenai tasyabbuh dan bentuk-

bentuk tasyabbuh. Selain itu, penulisan al-Luwaihiq bermanfaat untuk kajian ini

kerana ia turut menggariskan beberapa prinsip asas dalam menanggapi sesebuah

perbuatan tasyabbuh 17. Kajian Ashraf ibn `Abd al-Hamid al-Barqa’an pula berjudul

Mazahir al-Tasyabbuh bi al-Kuffar fi al-`Asr al-Hadis wa Atharuha `ala al-Muslimin

sebuah disertasi sarjana di Fakulti Akidah, Universiti Ummu al-Qura 18 ,

membawakan perbincangan intensif mengenai bentuk-bentuk tasyabbuh terhadap

non-muslim dan kesannya ke atas pemikiran dan akidah ummat ini khususnya.

Sehubungan dengan itu, pengkaji mendapati dari konseptualnya telah ada

perbincangan mengenai tasyabbuh, serta terdapat juga kajian-kajian tasyabbuh dalam

konteks masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun tidak terdapat sebarang kajian

yang cuba memberikan garis panduan yang tepat mengenai hukum perbuatan al-

tasyabbuh dengan mengambilkira kondisi hubungan dan interaksi sosial dalam

masyarakat di Malaysia.

Sehubungan itu, kajian yang akan dijalankan ini akan melihat fenomena

penyerupaan (al-tasyabbuh) dalam skop yang lebih luas, iaitu di Malaysia dan fokus

17 Jamil Habib Al-Luwaihiq al-Matiri.


18 Ashraf ibn `Abd al-Hamid al-Barqa’an.

10
juga diperluaskan bukan setakat dalam aspek perayaan malah merangkumi dimensi

sosio-budaya yang lain. Hasil penelitian ini akan dibangunkan satu kriteria larangan

al-tasyabbuh sebagai panduan dalam interaksi orang Islam dan bukan Islam dalam

konteks Malaysia.

8.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan dua metode agar dapat

menghasilkan kajian yang berkualiti dan mencapai objektif yang digariskan.

Rekabentuk kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggabungkan antara kajian perputakaan dan kajian

lapangan.

i) Kajian perpustakaan

Kajian perpustakaan merupakan pendekatan penting bagi pengkaji untuk

mengumpul data- data yang diperlukan untuk memahami tentang konsep dan

kriteria al-tasyabbuh. Ia melibatkan kajian berorientasikan dokumentasi, iaitu satu

cara pengambilan data dengan cara meneliti dokumen-dokumen yang ada

hubungan dengan masalah yang dikaji. Metode ini digunakan dengan merujuk

kepada buku-buku, artikel-artikel dan bahan bertulis. Pengkaji telah merujuk data-

data dari sumber primer tanpa mengenepikan data berbentuk sekunder.

11
ii) Kajian lapangan

Kajian lapangan digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data-data terpilih

yang berkaitan dengan kajian amalan masyarakat Islam di Malaysia. Pengkaji akan

membahagikan dalam beberapa zon khusus, iaitu utara, selatan, timur , tengah,

barat dan kepulaun Borneo (Sabah & Sarawak). Pengkaji turut mengaplikasikan

metode temubual (interviews) 19 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai

bidang yang dikaji. Metode temubual ialah cara yang digunakan untuk

mendapatkan maklumat secara lisan dari seseorang responden melalui cara

percakapan secara berhadapan muka dengan seseorang (face to face). Informan yang

terlibat termasuklah pihak autoriti agama seperti majlis agama, jabatan agama dan

institusi fatwa bagi negeri berkenaan. Temu bual ini adalah bertujuan untuk

mendapatkan pandangan yang berkaitan dengan al-tasyabbuh dan fatwa-fatwa

berkaitan.

Pengkaji turut menjalankan kajian tinjauan (survey) yang dilaksanakan dalam

bentuk kuantitatif. Kajian tinjauan ialah kaedah penyelidikan deskriptif bukan

eksperimental yang dapat mengumpul data berhubung fenomena yang tidak dapat

dilihat secara langsung20. Kaedah ini dapat memperoleh banyak maklumat daripada

sampel yang besar dalam masa yang singkat. Pengkaji memilih reka bentuk tinjauan

(survey) adalah untuk meninjau dan mengumpul maklumat berkaitan tahap

kefahaman tentang tasyabbuh dalam kalangan masyarakat di sekitar Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.

19 William Foddy (1993).


20 Noraini Idris (2010).
12
Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di beberapa kawasan di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur. Lokasi ini dipilih kerana memenuhi kriteria kajian dari segi latar belakang

responden di samping mampu menjawab persoalan kajian.

Sampel dan Persampelan Kajian

Suatu masalah atau fenomena yang ingin dikaji dalam sebuah populasi tidak

semestinya hanya akan mampu difahami dengan menggunakan kesemua ahli

dalam populasi tersebut. Menurut Gall, Gall & Borg (2005), pemilihan sampel

berdasarkan populasi kajian sudah memadai untuk memahami keadaan sebenar

suatu masalah atau fenomena yang ingin dikaji.21 Sejumlah 451 orang responden

daripada masyarakat Melayu Muslim di sekitar 11 buah parlimen di dalam Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur telah dipilih menggunakan kaedah proportional random

stratified sampling bagi ditemubual secara terbuka. Bagi menjayakan kajian ini,

sebuah kajiselidik telah dibentuk. Soalan kajiselidik terbabit melibatkan tiga

bahagian. Bahagian pertama ialah soalan-soalan yang melibatkan kefahaman

masyarakat mengenai konsep al-tasyabbuh. Bahagian kedua pula melibatkan soalan

mengenai kefahaman masyarakat mengenai amalan tasyabbuh. Manakala pada

bahagian yang terakhir, adalah soalan-soalan berhubung keterlibatan masyarakat

Muslim dalam aktiviti tasyabbuh.

21 Gall, J.P; Gall, M.D & Borg, W.R. (2005).


13
Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai intrumen kajian yang disediakan

kepada sampel kajian bagi mendapatkan data kuantitatif. Soal selidik ini

distrukturkan kepada 3 bahagian.

Bahagian A : Latar belakang responden.

Bahagian B : Kefahaman responden.

Bahagian C: Amalan responden.

Dalam aspek kaedah pemungutan data, penyelidik memilih untuk

menggunakan kaedah pemungutan data secara skala jawapan jenis Likert lima mata

sebagai skala jawapan responden terhadap semua penyataan yang digunakan

dalam instrumen kajian. Kesemua soalan-soalan yang diutarakan mempunyai lima

skala likert (1= Sangat Tidak Setuju, 2= Tidak Setuju 3=Tidak Pasti, 4=Setuju, 5=

Sangat Setuju) yang telah ditetapkan.

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Instrumen-instrumen kajian yang dibina perlu melalui proses kesahan dan

kebolehpercayaan agar data-data yang diperoleh tepat dan boleh dipercayai.

Kesahan dan kebolehpercayaan digunakan bagi mengukur data kajian yang dibuat

agar lebih tepat dan berkualiti. Menurut Mohd Majid Konting22 pengukuran data

kajian melalui kesahan dan kebolehpercayaan dapat meningkatkan mutu

penyelidikan dengan pernyataan item yang tepat dan jelas, item-item yang

digunakan mestilah homogenus, arahan-arahan ujian yang jelas, ringkas dan padat,

22 Mohd Majid Konting (2005).


14
mengelakkan gangguan semasa peserta kajian menjawab ujian dan pengumpulan

data secara terkawal dan sama rata.

Kajian Rintis

Satu kajian rintis akan dijalankan sebelum kajian sebenar dilakukan bagi mengukur

kebolehpercayaan, kesesuaian struktur ayat dan istilah-istilah yang digunakan

dalam soal selidik kajian. Kajian rintis akan dijalankan dalam beberapa buah

kawasan di Pulau Pinang yang terkenal dengan masyarakat yang majmuk lagi

terbuka. Soal selidik diedarkan kepada 50 orang respoden.

Metode Pengumpulan Data Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data kuantitatif melalui soal selidik. Data-

data kajian ini merangkumi maklumat secara bertulis yang dikumpulkan melalui

aktiviti-aktiviti soal selidik. Pengkaji akan akan melantik beberapa orang

enumerator untuk membantu menjalankan aktiviti pengedaran dan pengumpulan

soal selidik. Sebelum pelaksanaan kajian dijalankan di lokasi yang terlibat,

responden kajian akan diberi taklimat ringkas berkaitan kajian yang dijalankan.

Metode Menganalisis Data Kajian

Penganalisisan data dalam kajian ini adalah berbentuk data kuantitatif melalui

maklumat yang dikumpulkan menerusi instrumen soal selidik. Data-data yang

diperolehi daripada responden kajian melalui soal selidik akan dianalisis secara

deskriptif menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (Statistical Package for the

Social Sciences) atau lebih dikenali sebagai program SPSS. Statistik deskriptif yang

digunakan dalam kajian ini adalah kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai

bagi soal selidik tentang kefahaman responden tentang tasyabbuh.

15
Analisis Statistik Inferensi

Analisis statistik inferensi turut digunakan dalam kajian ini untuk menguji objekitf

seperti yang telah digariskan. Analisis statistik inferensi berguna untuk mengenal

pasti sama ada suatu penemuan dalam suatu kajian berlaku secara semula jadi atau

dipengaruhi oleh suatu pemboleh ubah. Menurut Alias Baba (1997), statistik

deskriptif digunakan untuk memperihalkan keadaan data yang terdapat pada

sampel kajian. Ianya ialah proses mengumpul data, membuat rumusan dan

menyampaikan rumusan dan bentuk yang senang difahami oleh kumpulan

sasaran.23

Statistik inferensi akan dilaksanakan dengan menggunakan ujian ANOVA sehala

untuk menguji kebarangkalian perbandingan skor min untuk pemboleh ubah bebas

yang mempunyai lima buah kumpulan iaitu taraf pendapatan. Analisis statistik

korelasi Spearman (r) turut digunakan dalam kajian ini untuk mengukur tahap

korelasi antara dua pemboleh ubah kuantitatif.

23 Alias Baba (1997).

16
Lampiran 1 : Carta Aliran Fasa Gerak Kerja Penyelidikan

Fasa 1 (6 bulan)
- Membuat literature review & siri brainstorming
- Mengumpul data mengenai tasyabbuh
- Merumuskan soalan soal selidik
- Mengenalpasti responden yang terlibat dalam soal selidik.

Fasa 2 (6 bulan)
- Menyiapkan kerangka teori kajian (Laporan 1)
- Menjalankan pilot test.
- Menjalankan kajian lapangan: Observasi & Soal selidik
- Mengenal pasti tokoh-tokoh ulama untuk ditemubual

Fasa 3 (3 bulan)
- Menganalisis soal selidik yang diterima berpandukan
perisian SPSS.
- Menyiapkan Laporan 2
- Menjalankan kajian lapangan: Temu bual tokoh agama

Fasa 4 (3 bulan)
- Menganalisis data yang dikumpulkan semasa kajian
lapangan.
- Menyiapkan Laporan akhir
- Mengadakan pembentangan dapatan kajian dan
menyiapkan artikel ISI/Schopus/Berwasit.

17
Lampiran 2 : Gantt Chart & Milestones

AKTIVITI & MASA


Tahun 2014 2015 2016
Bulan O N D J F M A M J J O S O N D J F M
Aktiviti 1 2 3 4 5 6 7 8 9 1 1 1 1 1 1 1 1 1
0 1 2 3 4 5 6 7 8
Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3 Fasa 4
Merangka kerangka X
teori kajian
Mengenalpasti data X X X
kajian literature
(literature search)
mengenai kajian
tasyabbuh.
Mengumpul data X X X
kajian berkenaan
pendekatan sarjana
hukum Islam
mengenai
tasyabbuh sama
ada dari website,
buku, dan bahan
bertulis lain.
Merumus dapatan X X
awal kajian
literature berkaitan
kriteria larangan al-
tasyabbuh
Satu kriteria X
larangan tasyabbuh
telah siap
dibangunkan.
Menyiapkan X X
laporan 1 (6 bulan
awal) dan
menyiapkan artikel
Mengenal pasti X X
senarai informan
dan golongan
responden kajian
Menyediakan draf X X
awal soalan
temubual dan soal
selidik
Melantik X

18
enumerator bagi
urusan edaran soal
selidik
Menjalankan kajian X
rintis
Membaiki soal X
selidik sekiranya
mempunyai
kelemahan
Satu set soal selidik X
telah dibangunkan.
Menjalankan kajian X
Lapangan:
observasi dan soal
selidik (Zon utara)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
observasi dan soal
selidik (Zon barat)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
observasi dan soal
selidik (Zon timur)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
observasi dan soal
selidik (Zon
selatan)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
observasi dan soal
selidik (Zon
Sabah/Sarawak)
Soal selidik telah X
diedar dan
dikumpulkan.
Menganalisis data X X
terkumpul
mengikut perisian
SPSS
Menyiapkan X
Laporan 2 (6 bulan
kedua) dan
penerbitan artikel
Dapatan awal X
berkaitan dengan
kefahaman dan
amalan masyarakat

19
Islam berkaitan
tasyabbuh
dirumuskan.
Menghubungi X
pihak-pihak untuk
membuat temu janji
Menjalankan kajian X
Lapangan:
temubual ulama &
autoriti agama (Zon
utara)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
temubual ulama &
autoriti agama (Zon
barat)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
temubual ulama &
autoriti agama (Zon
timur)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
temubual ulama &
autoriti agama (Zon
selatan)
Menjalankan kajian X
Lapangan:
temubual ulama &
autoriti agama (Zon
Sabah/Sarawak)
Menganalisis data X
temubual
Dapatan awal X
kajian
diperkukuhkan lagi
dengan temu bual
ulama. Satu kriteria
tasyabbuh
disenergikan.
Laporan akhir dan X X
menyiapkan
penerbitan artikel
(6 bulan akhir)

20
Lampiran 3: Bajet

OKTOBER 2014- MAC 2016


VOT11000 GAJI DAN UPAH
ITEM UNIT JUMLAH
Pembantu Penyelidik RM1800.00 x 1 orang x 18 RM32400.00
bulan
Upah Enumerator RM 2500.00
JUMLAH GAJI DAN UPAH
RM34900.00

VOT21000 PERBELANJAAN PERJALANAN DAN SARA HIDUP


ITEM UNIT JUMLAH
Perjalanan KL-(Perlis-Kedah- 700KM x 2 x RM1400.00
domestik untuk Pulau Pinang-Perak)- RM0.60
kerja lapangan KL
KL-(Kelantan- 860KM x 2 x RM1032.00
Terengganu-Pahang)- RM0.60
KL
KL-(Selangor- 150KM x 2 x RM180.00
Putrajaya-Negeri RM0.60
Sembilan)-KL
KL-(Melaka-Johor)-KL 700KM x 2 x RM840.00
RM0.60
KL-Sabah-KL RM500(tiket) x 2 RM2000.00
x 2 orang
KL-Sarawak-KL RM400(tiket) x 2 RM1600.00
x 2 orang

Pengangkutan RM1000.00
domestik- RM1000
teksi/ERL
Hotel & RM180.00 x 2 hari x 1 orang x 13 negeri RM4680.00
Penginapan
Elaun makan RM60.00 x 2 orang x 60 hari RM7200.00
Tol RM500.00 RM500.00
JUMLAH RM20432.00
PERBELANJAAN
PERJALANAN
DAN SARA
HIDUP

21
VOT 26000 BEKALAN DAN BAHAN-BAHAN LAIN
ITEM UNIT JUMLAH
Kertas A4 putih RM13.00 x 20 ream RM260.00
DVD-R RM5.00 x 50 unit RM250.00
Toner pencetak RM350.00 x 4 unit RM1400.00
Alat tulis/stationeries RM2000.00 RM2000.00
Fail kulit keras RM8.00 x 20 unit RM160.00
Fail kulit nipis RM1.00 x 100 unit RM100.00
Fotokopi dan penjilidan RM5000.00 RM5000.00
Fotokopi soal-selidik 4000 set x 10 hlmn x RM0.05 RM2000.00
Cenderamata (RM3 x 200orang) RM600.00
JUMLAH BEKALAN DAN RM11770.00
BAHAN-BAHAN LAIN

VOT29000 PERKHIDMATAN IKHTISAS


ITEM UNIT JUMLAH
Kos mesyuarat projek RM150.00 x 12 mesyuarat RM1800.00
Analisis Data - RM4600.00
(SPSS)/Terjemahan/Proofread
JUMLAH PERKHIDMATAN RM5800.00
IKHTISAS

PERALATAN
ITEM UNIT JUMLAH
Laptop RM3000.00 x 1 unit RM3000.00
Printer RM900.00 x 1 unit RM900.00
Thumb drive (32GB) RM70.00 x 5 unit RM350.00
External hardisk (1TB) RM500.00 x 1 unit RM500.00
Perakam suara mp4 RM500.00 x 2 unit RM1000.00
JUMLAH PERALATAN RM1850.00

JUMLAH KESELURUHAN RM34900.00 + RM20432.00 + RM11770.00 +


(RM) RM5800.00 + RM1850.00= RM74752.00

22

You might also like