You are on page 1of 1

Falsafah mengikut Russell (1946 ) bermaksud sesuatu fahaman di antara teologi dan sains.

Ini
adalah kerana, seperti teologi, falsfah mengandungi spekulasi terhadap perkara yang belum
tepat dibukti. Manakala, maksud falsafah menurut Buku Questions That Matter (1984) yang
ditulis oleh E.D Miller ialah usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-
perkara yang penting. Sehubungan ini, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai satu usaha
berfikir yang rasional dan kritis terhadap perkara yang penting mengenai pendidikan. Keperluan
kewujudan falsafah dalam dunia pendidikan ialah dengan adanya falsafah pendidikan, maka
sistem pendidikan sesebuah negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan
dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk
sistem pendidikan (contohnya sistem pendidikan Malaysia) daripada peringkat yang paling
rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat
pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan
yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang
warganegara yang baik. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan
yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahayudin, Zakiah Noordin, (2016), Falsafah Dan
Pendidikan Di Malaysia, Shah Alam, Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like