You are on page 1of 2

Soalan 1.

Cuba jelaskan dan huraikan bagaimana penjimatan tenaga dapat dilaksanakan


berdasarkan peta minda di atas.

- Jika anda masih menggunakan lampu mentol yang berwarna kuning, tukarlah kepada lampu
kalimantang (fluorescent) . Ianya bukan sahaja menjimatkan elektrik, malah lampu fluorescent
ini mempunyai jangka hayat sehingga 10 tahun lamanya dan ianya juga menghasilkan haba
yang sedikit.

- Jika anda masih menggunakan peti sejuk yang berumur 10 tahun atau lebih, tukarlah kepada
peti sejuk yang terbaru. Ini kerana kebanyakkan alat elektrik pada masa sekarang lebih cekap
tenaga. Beli alat elektrik yang mempunyai rating Energy Star yang tinggi.
- Penghawa dingin yang tidak diservis terpaksa bekerja dengan lebih kuat untuk menyejukkan
bilik anda sekaligus menaikkan kadar tenaga elektrik yang digunakan. Cuci filter penghawa
dingin sekurang-kurangnya setahun sekali.
Soalan 2. Berdasarkan peta minda di atas jelaskan bagaimana pemanasan global dapat
diselesaikan/diatasi.

- Menanam pokok di kawasan atau sekitar rumah turut dapat mengatasi masalah ini. Selain
mewujudkan suasana yang nyaman dan sejuk, penanman pokok turut akan mengurangkan
ketumpatan gas karbon dioksida yang terkumpul di sekeliling rumah.
- Beli barangan yang boleh dikitar semula. Selain dapat meminimumkan penggunaan bahan
mentah untuk penghasilan barangan baru, barangan yang boleh dikitar semula akan memberi
keuntungan apabila barangan tersebut dijual untuk dikitar semula.
- Tanggalkan plak wayar elektrik pada soketnya apabila tidak digunakan. Hal ini demikian
kerana plak wayar elektrik yang masih bersambung pada soket akan menyebabkan arus
elektrik masih mengalir walaupaun suis telahpun dimatikan

You might also like