You are on page 1of 4

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM

PERINGKAT DAERAH KOTA SETAR


TAHUN 2022

KATEGORI

1) Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2) Bahasa Inggeris Sekolah Rendah
3) Bahasa Melayu Sekolah Menengah
4) Bahasa Inggeris Sekolah Menengah

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan ini dibuka kepada murid-murid Tahun 5 dan Tingkatan 4 2021 yang
menuntut di sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia, termasuk sekolah berasrama penuh, kolej vokasional,
sekolah teknik dan sekolah agama bantuan kerajaan.

2. Pemilihan Tokoh NILAM PERLU memenuhi kriteria berikut :

2.1 CALON SEKOLAH RENDAH :

Calon terdiri daripada murid TAHUN 5 2021 yang telah mencapai


pengiktirafan sekurang-kurangnya 3 BINTANG iaitu minimum bahan
bacaan 360(BUKU + BUKAN BUKU) dan ke atas.

2.2 CALON SEKOLAH MENENGAH :

Calon terdiri daripada murid TINGKATAN 4 2021 yang telah mencapai


pengiktirafan sekurang-kurangnya 3 BINTANG iaitu minimum bahan
bacaan 388 (BUKU + BUKAN BUKU) dan ke atas.

2.3 Komposisi minimum bahan bacaan bagi kategori Bahasa Melayu


adalah 60% iaitu 216 bahan bacaan (Sekolah Rendah) dan 173 bahan
bacaan (Sekolah Menengah).

2.4 Komposisi minimum bahan bacaan bagi kategori Bahasa Inggeris


adalah 60% iaitu 216 bahan bacaan (Sekolah Rendah) dan 173 bahan
bacaan (Sekolah Menengah).

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2022| 1


2.5 Pernah membaca buku-buku Karya Agung oleh penulis-penulis
terkemuka seperti Othman Puteh, Usman Awang ,A. Samad said,
Shakespeare dan lain-lain

2.6 Murid aktif menjalankan AKTIVITI PENGAYAAN

2.7 Calon telah menyertai pelbagai aktiviti galakan membaca di peringkat


sekolah atau daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa (Sila
sediakan salinan sijil sebagai bukti )

2.8 Calon berkebolehan mengemukakan justifikasi kepada sesuatu


isu/masalah dan mampu mewajarkan cadangan penyelesaian
(Pemikiran Aras Tinggi).

2.9 Calon mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan berkebolehan untuk


membimbing rakan lain.

TATACARA PENILAIAN AKHIR

1. Penilaian Akhir pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Tahun 2022


terbahagi kepada 2 iaitu:

a) Lisan Individu - 60%


b) Lisan Berkumpulan - 40%

2. Skema pemarkahan adalah seperti berikut:

2.1 LISAN INDIVIDU


a) Isi kandungan dan pengolahan - 20
markah
b) Bahasa - 15
markah
c) Penyampaian/Keupayaan berkomunikasi - 15
markah
d) Ketokohan/Perwatakan - 10
markah

2.2 LISAN BERKUMPULAN


a) Isi kandungan dan pengolahan - 10
markah
b) Bahasa - 10
markah
c) Penyampaian - 10
markah

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2022| 2


d) Interaksi dan kesepakatan dalam - 10
markah
komunikasi berkumpulan

PENILAIAN LISAN INDIVIDU

1. Soalan penilaian lisan individu berdasarkan kepada buku yang akan


dibentangkan oleh calon .

2. Pemilihan buku hendaklah bersesuaian (utamakan Karya Agong)

3. Calon perlu menyampaikan idea dan pendapat bertepatan dengan buku yang
dipilih

4. Sesi soal jawab oleh hakim/juri semasa atau setelah calon selesai memberi
pendapat/idea.

5. Masa diperuntukkan adalah antara 15 - 20 minit. (mengikut keperluan juri)

PENILAIAN LISAN BERKUMPULAN

1. Soalan penilaian lisan berkumpulan berdasarkan kepada tema semasa yang


akan diberikan sebelum sesi penilaian berlangsung.

2. Ahli kumpulan terdiri daripada 3 hingga 4 orang calon dari kategori yang sama.

3. Setiap kumpulan akan diberikan SATU (1) tajuk/soalan. Masa 2 minit diberi
untuk calon menjana idea sebelum sesi perbincangan bermula.

4. Lisan berkumpulan dijalankan dalam bentuk perbincangan bersama ahli


kumpulan dan sesi soal jawab oleh hakim/juri.

5. Masa diperuntukkan adalah antara 15 - 20 minit. (mengikut keperluan juri)

NOTA:

1. Keputusan penilaian hakim/juri adalah MUKTAMAD.

2. Sekiranya terdapat markah seri antara calon dari kategori yang sama untuk
menentukan kedudukan, maka beberapa faktor lain akan diambil kira dalam
penilaian, antaranya adalah perkara berikut;
i. Sesi saringan khas.
ii. Folio Calon Tokoh NILAM.

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2022| 3


iii. Personaliti yang baik, penampilan, kepimpinan, sikap bekerjasama dan
ketepatan waktu sepanjang sesi penilaian dan program.

3. Guru Pembimbing tidak dibenarkan berada bersama-sama calon semasa sesi


penilaian .

GARIS PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH 2022| 4

You might also like