You are on page 1of 22
Unit Penyelarasan Pelaksanaan, (mplementation Coordination Unit) Jabatan Perdana Menteri, Aras 3 Timur, Bangunan Perdana Putra, 62502 PUTRAJAYA. Tel No. : 03-8872 3900 Ketua Pengarah 03-8872 3901 @irector General) Fax No. 03-8888 3528 UPP:KRT/177/909/1 KLT. 12 (I ) ©3 November 2021 SEPERTI SENARAI EDARAN YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan, GARIS PANDUAN PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILIT| DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN BAGI RMKe-12 Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara di atas dan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 September 2021 adalah berkaitan. 2. Selaras dengan pelaksanaan projek pembangunan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) yang pesat, banyak isu berkaitan pengalihan dan pemasangan semula uliliti dan rizab jalan telah berbangkit. Demi kelancaran pelaksanaan projek-projek Kerajaan, isu-isu berkaitan perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula kemudahan utiliti perlu ditangani. Bagi tujuan tersebut, satu (1) garis panduan baru perlu disediakan bagi menggantikan Garis Panduan Pengalihan Dan Pemasangan Semula Ultiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 telah tamat tempoh kuatkuasa dengan berakhirnya RMKe-11 sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan tersebut. 3. Beberapa siri libat urus telah diadakan oleh Kementerian Kerja Raya bersama agensi-agensi Kerajaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (EPU JPM), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Kementerian Tenaga, Sumber Asli (KeTSA), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan syarikat-syarikat utili, bagi membincangkan isu dan masalah berkaitan pengalihan dan pemasangan semula utili 4. Bersama-sama surat ini dikemukakan Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan RMKe-12 yang telah diluluskan dan dipersetujui berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025 untuk dipanjangkan ke semua Jabatan/ Agensi di bawah seliaan YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri Dato’ Seri/ Dato’ Sri/ Datuk/ Dato!/ Tuan/ Puan. Garis panduan baharu ini juga boleh dimuat turun melalui laman sesawang ICU JPM, www.icu.gov.my. 5. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan Perlindungan, Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan RMKe-12 hendaklah dirujuk kepada: (i) Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur (u.p.: Setiausaha Bahagian Perancang Jalan) (ii) Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 30, Blok G, Jalan Sultan Salahuddin 50582 KUALA LUMPUR (u.p.: Pengarah Kanan Cawangan Jalan) (iii) Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra 62502 PUTRAJAYA (up: Timbalan Ketua Pengarah - Sektor Pemantauan Penilaian Pembangunan) 6. _ Kerjasama pihak YBhg. Tan Sri Datuk Seri/ Dato’ Serif Dato’ Sri/ Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan adalah sangat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, os (DATUK HAJI RUJI BIN HAJ! UBI) Salinan Kepad. YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali Ketua Setiausaha Negara Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya SENARAI EDARAN: 1 Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Aras 10, Blok Tengah Kompleks Kementerian Kewangan No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62592 PUTRAJAYA Peguam Negara Jabatan Peguam Negara Aras 16, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Aras 1, Blok F11 Kompleks Parcel F Lebuh Perdana Timur, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara Jabatan Audit Negara Aras 9, Blok F2, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi Aras 17, No. 2, Menara 2 Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Aras 35, Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tingkat 28, Menara MITI No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri Aras 3, Wisma Putra No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62602 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Aras 11 (Menara) No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62623 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Blok E4/5, Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62668 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Tingkat 5, Blok A Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Aras 17, Wisma Sumber Asli No. 25, Persiaran Perdana Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62574 PUTRAJAYA Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Aras 1, Setia Perdana 6 Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Aras 9, No.26 Jalan Tun Hussein, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Aras 4, Setia Perdana 8 Kompleks Setia Perdana Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Tingkat 5, Wisma Pertahanan Jalan Padang Tembak 50634 KUALA LUMPUR Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Aras 17, No. 2, Menara 1 Jalan P5/6, Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62200 PUTRAJAYA Akauntan Negara Malaysia Jabatan Akauntan Negara Malaysia Aras 8, Bahagian Pengurusan Tertinggi Kompleks Kementerian Kewangan No. 1, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA 20. 21 22. 23. 24. 25. Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Aras 6, Blok C5, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62662 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Aras 12, Blok E7, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 PUTRAJAYA Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri Aras 14, Menara Usahawan Persiaran Perdana, Presint 2 62652 PUTRAJAYA Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Bahagian Kabinet, Perlembagaan Dan Perhubungan Antara Kerajaan Jabatan Perdana Menteri Aras 4 Timur, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Aras 12, Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62546 PUTRAJAYA.62100 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aras 36, No. 55, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Ketua Pengarah Kerja Raya Tingkat 33, Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia Jalan Sultan Salahuddin 50480 KUALA LUMPUR 26. 27 28. 29. 30. 31 32 Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan Aras 7, Blok 2 Menara Seri Wilayah, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Aras 10, No. 15, Persiaran Perdana, Presint 2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62654 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Aras 8, Blok E8, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62204 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aras 18, No. 51 Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar Aras 30, No. 47, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 PUTRAJAYA, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Aras 15, Menara 4G1, Wisma Tani No. 28, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62624 PUTRAJAYA Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Aras 9, Blok D3, Kompleks D. Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA 33, 34. 365. 36. 37. 38. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Aras 10, Blok F9, Kompleks F Lebuh Perdana Timur, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62000 PUTRAJAYA, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Aras 15, Menara KBS No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62570 PUTRAJAYA Setiausaha Persekutuan Sarawak Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak Tingkat 17, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga 93300 Kuching SARAWAK Setiausaha Persekutuan Sabah Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah Jabatan Perdana Menteri Blok A, Aras 7, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah Beg Berkunci No. 2063, Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu SABAH Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tingkat 20, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya 93502 Kuching SARAWAK Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Jabatan Ketua Menteri Tingkat 28, Blok A Pusat Pentadbiran Negeri Sabah Jalan UMS, Teluk Likas 88400 Kota Kinabalu SABAH 39. 40. 4. 42 43. 44. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Aras 3, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar 79000 Iskandar Puteri JOHOR Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Aras 4, Mabna MBI (Blok 8) Kompleks Kota Daruinaim 15503 Kota Bharu KELANTAN Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Tingkat 2, Blok A Wisma Sri Pahang 25503 Kuantan PAHANG Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Aras 4, Blok B Wisma Darul Aman 05503 Alor Setar KEDAH Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu Tingkat 15, Wisma Darul Iman 20503 Kuala Terengganu TERENGGANU Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Aras 3, Blok Bendahara Seri Negeri Hang Tuah Jaya Ayer Keroh 75450 MELAKA 45 46. 47. 48. 49 50. 51. Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Aras 2, Kompleks Dewan Undangan Negeri Persiaran Wawasan 01000 Kangar PERLIS Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tingkat 25, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) 10503 PULAU PINANG Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Tingkat 5, Blok A, Wisma Negeri Jalan Dato’ Abdul Malek 70503 Seremban NEGERI SEMBILAN Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tingkat 19, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam SELANGOR Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh PERAK Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Jalan Sultan Salahuddin 50626 KUALA LUMPUR Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Malaysia Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Aras 11, Wisma JUPEM, Jalan Sultan Yahya Petra 50578 KUALA LUMPUR 52. 53. Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Tingkat 6, Menara Pelita Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub 93050 Petra Jaya, Kuching SARAWAK Pengarah Tanah dan Ukur Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Jalan Perwira, Pusat Bandar Kota Kinabalu 88100 Kota Kinabalu SABAH LAMPIRAN A KERAJAAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILITI DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN RMKe-12 Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri 01 Januari 2021 10 GARIS PANDUAN PERLINDUNGAN, PENGALIHAN DAN PEMASANGAN SEMULA UTILITL DALAM PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK KERAJAAN RMKe-12 TUJUAN 4 Garis Panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan berhubung skop pematuhan, kaedah pembiayaan dan pelaksanaan dalam prosedur kerja terkini bagi kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti di dalam semua tanah milik dan rizab kerajaan 2. Garis Panduan ini juga bertujuan menggantikan Garis Panduan Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 yang telah dikeluarkan pada 1 Januari 2016 LATAR BELAKANG 3. Garis Panduan Pengalihan dan Pemasangan Semula Utiliti Bilangan 1 Tahun 2016 yang diguna pakai dalam RMKe-11 menetapkan bahawa kos pengalihan dan pemasangan semula dibiayai sepenuhnya oleh pemilik aset/syarikat utiliti berkenaan_ kecuali pengalihan sistem bekalan air dan pembetungan. Penetapan garis panduan tersebut juga adalah bertujuan supaya pelaksanaan projek dapat mengikut perancangan yang ditetapkan dan mengurangkan beban kos yang perlu ditanggung oleh pihak kerajaan. 20 Walau bagaimanapun, setelah 5 tahun Garis Panduan tersebut diguna pakai, didapati pelaksanaannya perlu _ditambahbaik. ‘Sehubungan itu, satu Garis Panduan baharu yang lebih sesuai adalah diperlukan bagi mengatasi kelemahan-kelemahan sedia ada. Garis Panduan ini akan menggantikan Garis Panduan Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program Dan Projek Kerajaan Bilangan 1 Tahun 2016 yang akan tamat tempoh kuat kuasa apabila RMKe-11 berakhir pada 31 Disember 2020. SKOP PEMATUHAN 4. Skop yang dimaksudkan dalam Garis Panduan ini melibatkan kerja- kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula bagi semua jenis aset utili yang terlibat dalam pelaksanaan program dan projek kerajaan di bawah RMKe-12 (baharu dan sambungan) yang terletak di dalam kawasan tanah milik atau rizab kerajaan, 5. Semua aset utili yang merangkumi struktur dan jaringan utiliti yang dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk syarikat kerajaan negeri, swasta dan individu bagi tujuan komersil atau kegunaan persendirian, sama ada di bawah atau di atas permukaan tanah adalah termasuk di dalam skop pematuhan garis panduan ini. Aset utiliti yang terlibat seperti berikut (i) Sistem bekalan tenaga elektrik; (i) Sistem rangkaian telekomunikasi; (ii) Sistem saluran bekalan gas, cecair atau kimia; (iv) Sistem saluran air mentah; 3/10 (v) Sistem bekalan air; (vi) Sistem pembetungan; (vii) Sistem pengawasan keselamatan CCTV; dan (vill) Sistem pemantauan keselamatan jalan raya JENIS DAN KAEDAH PEMBIAYAAN 6. Pembiayaan kos perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti seperti yang dinyatakan di Perkara 5 adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemilik aset/syarikat utiliti tertakluk kepada perkara seperti berikut: () bagi semua projek yang melibatkan kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti di dalam kawasan tanah seperti Perkara 4; dan (ii) bagi projek sambungan, di mana tarikh Surat Setuju Terima (SST) adalah di dalam RMKe-12. 7. Bagi program dan projek sambungan, di mana kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti sedang dijalankan di tapak, ia perlu dilaksanakan sepertimana persetujuan asal dengan pemilik aset/syarikat utiliti semasa Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) tersebut. ano PENGECUALIAN 8. Tanggungan kos dan Garis Panduan ini adalah dikecualikan bagi projek kerajaan yang dilaksanakan sepenuhnya secara Private Finance Initiative (PFl) atau Public Private Partnership (PPP). KAEDAH PELAKSANAAN Pemilik/pelaksana program dan projek perlu mendapatkan persetujuan dan pengesahan skop kerja awalan dan anggaran kos yang diperlukan daripada pemilik aset/syarikat utiliti di peringkat perancangan bagi tujuan penyediaan anggaran kos awalan dan penetapan kos projek. |. Semua kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti perlu dilaksanakan oleh pemilik aset/syarikat utiliti sama ada dengan melaksanakan sendiri kerja tersebut atau melantik Kontraktor Panel (KP) masing-masing. Pemilik aset/syarikat utili perlu mengemukakan program kerja dan melaksanakan mengikut program kerja yang dipersetujui oleh Pegawai Penguasa/Pengarah Projek/pelaksana program dan projek. . Kos kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula utiliti akan dibiayai terlebih dahulu menggunakan peruntukan kerajaan mengikut kaedah atau peraturan kewangan kerajaan yang berkuatkuasa sito 13. Setelah kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti disahkan penyiapannya, pemilik aset/syarikat utlliti hendaklah menyediakan As-Built Drawing pemetaan utili yang mematuhi Surat Pekeliling KPUP Bilangan 2 Tahun 2016 berkaitan spesifikasi format GIS Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)/Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak/Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah atau peraturan semasa yang berkuatkuasa. 14, As-Built Drawing tersebut hendaklah dikemukakan kepada pemilik/pelaksana program dan projek, JUPEM/Jabatan Tanah Dan Survei Sarawak/Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah bagi tujuan rekod selewat-lewatnya tiga (3) bulan selepas Certificate of Practical Completion (CPC) dikeluarkan KAEDAH TUNTUTAN 15. Pemilik program dan projek hendaklah memulakan proses permohonan tuntutan kos kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti kepada pemilik aset/syarikat utiliti selepas penyiapan kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti berkenaan atau selewat-lewatnya enam (6) bulan selepas tarikh CPC 16. Kos sebenar kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti adalah merangkumi : (i) Kos yang dibayar kepada pemilik aset/syarikat utiliti; dan (ii) Yuran Attendance kepada Kontraktor Utama (KU). 6/10 17, Pemili/pelaksana program dan projek hendaklah menyediakan dokumen tuntutan dan dikemukakan kepada pihak pemilik aset/syarikat _utiliti berkenaan dan selanjutnya pihak pemilik aset/syarikat utili! berkenaan hendaklah membuat bayaran kepada kerajaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas menerima dokumen tuntutan yang lengkap. PEMATUHAN TAMBAHAN 18. 1 o 20. Pelaksana program dan projek berhak membuat tuntutan tanggungan kerugian kepada pemilik aset/syarikat utiliti jika berlaku kelewatan penyiapan projek dan tuntutan kerugian oleh KU akibat kegagalan pemilik aset/syarikat utiliti melaksanakan kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti mengikut perancangan yang telah dipersetujui oleh pelaksana program dan projek. Pemilik aset/syarikat utiliti tidak dibenarkan mengenakan sebarang syarat-syarat tambahan kepada kerajaan seperti Jaminan Bank dan sebagainya. Pemilik aset/syarikat utili, atau KP yang melaksanakan kerja perlindungan, pengalihan dan pemasangan semula aset utiliti hendaklah mematuhi apa-apa peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuklah akta, enakmen atau ordinan atau undang- undang kecil atau apa-apa pekeliling, peraturan dan kaedah-kaedah yang sedang berkuatkuasa 710 21. Kenaan penalti atas sebab kegagalan pemilik aset/syarikat utiliti/KP. mematuhi Perkara 20, adalah perlu ditanggung pemilik aset/syarikat utilit/KP berkenaan. PERTIKAIAN 22. Sebarang pertikaian berhubung pemakaian Garis Panduan ini hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Penyelesaian Pertikaian yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) atau pegawai yang diturunkan kuasa dengan keanggotaan tetap daripada beberapa agensi kerajaan lain. PERTANYAAN 23. Pertanyaan berkaitan dengan Garis Panduan ini hendaklah dirujuk kepada: () Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Tingkat 5, Blok A, Kompleks Kerja Raya Jalan Sultan Salahuddin 50580 Kuala Lumpur (U.P.: Setiausaha Bahagian Perancang Jalan) ano (ii) Ketua Pengarah Kerja Raya Jabatan Kerja Raya Malaysia Ibu Pejabat JKR Malaysia Tingkat 30, Blok G Jalan Sultan Salahuddin 50582 KUALA LUMPUR (U.P.: Pengarah Kanan Cawangan Jalan) (iil) Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 PUTRAJAYA (U.P.: Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pemantauan Dan Penilaian Pembangunan) PEMBATALAN 24. Dengan berkuatkuasanya Garis Panduan ini, maka Garis Panduan Pengalihan Dan Pemasangan Semula Utiliti Dalam Pelaksanaan Program dan Projek Kerajaan Bil. 1 Tahun 2016 adalah dibatalkan. TARIKH KUAT KUASA 25. Garis Panduan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021 hingga 31 Disember 2025 bagi tempoh RMKe-12. 910 PEMAKAIAN 26, Pemakaian Garis Panduan baharu ini adalah meliputi semua program dan projek RMKe-12 (baharu dan sambungan) yang dibiayai secara penuh atau perkongsian daripada kerajaan mengikut kesesuaian akta, pekeliling dan peraturan yang sedang berkuatkuasa. 10/10

You might also like