You are on page 1of 5

SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION

_________________________________________________________________________________

1.0 Kepimpinan pengajaran pengetua sekolah dan impaknya ke atas prestasi


akademik murid.

2.0 Kepimpinan pengajaran pengetua sekolah

Isu utama yang difokuskan adalah berkaitan dengan kepimpinan pengajaran pengetua

dan kesan keatas pencapaian akademik murid. Kajian oleh Hussein (2008) jelas menyatakan

bahawa kepimpinan pengetua mempunyai kesan secara langsung terhadap pencapaian

akademik murid dan juga merupakan faktor penting dalam menentukan hala tuju serta

kejayaan. Kepimpinan pengajaran yang berkualiti berupaya meningkatkan pencapaian

akademik pelajar. Pemimpin sekolah perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berkualiti

dan mampu mempengaruhi serta menjalinkan hubungan yang baik dengan guru bagi

memastikan pencapain matlamat organisasi sekolah dalam bidang akademik. Kajian ini selari

dengan dapatan oleh Hallinger dan Heck (1998), yang menegaskan tentang hubungkait

pencapaian akademik sekolah dengan kepimpinan pengetua. Sekolah-sekolah yang cemerlang

pada kebiasaanya mempunyai kepimpinan instruksioanal, kepimpinan untuk pembelajaran,

penyeliaan, program pembangunan staf serta memberi pertimbangan ke atas iklim sekolah

yang berkesan.

Kepimpinan pengajaran merujuk kepada segala tindakan yang dilakukan oleh

seseorang pengetua atau oleh pihak-pihak yang diamanahkan bagi menggalakkan

pertumbuhan pembelajaran dalam kalangan murid-murid. Acheson dan Smith (1986)

menjelaskan bahawa kepimpinan pengajaran bermaksud kepimpinan yang berkait secara

langsung dengan proses-proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru , pelajar dan

kurikulum saling berinteraksi. Peranan pengetua sebagai pemimpin pengajaran juga harus

bertanggungjawab kepada pelajar-pelajar sekolah dengan mengenal pasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar dan merangka tindakan untuk mengatasinya.


SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION
_________________________________________________________________________________

Kepimpinan pengajaran sangat penting dalam konteks pendidikan di Malaysia apabila

ia dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan juga merupakan

satu aspek yang dilihat dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia. Pelbagai kajian yang

telah dijalankan samada di dalam atau luar negara menyokong bahawa kepimpinan

pengajaran merupakan antara faktor yang menymbang kepada pencapaian akademik pelajar

seperti yang dinyatakan oleh Hallinger dan Heck (1998), bahawa pencapaian akademik

sekolah dipengaruhi oleh gaya kepimpinan pengetua. Kepimpinan pengajaran memberi impak

besar kepada keberkesanan sekolah yang secara langsung membantu melonjak peningkatan

prestasi akademik para pelajar.

Konsep kepimpinan pengajaran telah menjadi pengukur pencapaian akademik pelajar

melalui amalan kepimpinan pengajaran dan ianya juga merupakan satu konsep di mana

segala tindakan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh seseorang pemimpin dengan niat untuk

meningkatkan dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah (James &

Balasandram, 2012). Kepemimpin pengajaran mengutamakan kualiti pengajaran di sekolah

dan berusaha merealisasikan visi yang mengarahkan matlamat yang jelas untuk sekolah dan

memberi keutamaan kepada perkara yang berkaitan dengan pelajar dan mampu mengenalpasti

apa yang berlaku di bilik darjah dan tahu bagaimana untuk meningkatkan pencapaian dengan

melihat kekuatan dan kelemahan yang ada pada orang bawahannya serta membuat

penambahbaikan terhadap kurikulum dan pengajaran di sekolah.

3.0 Penemuan yang diperolehi

Kecemerlangan sekolah pada umumnya dan prestasi murid secara khususnya

bergantung kepada keupayaan dan kebolehan pemimpin pengajaran melaksanakan fungsinya

dengan menterjemahkan misi sekolah yang jelas dan terang kepada semua warga sekolah
SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION
_________________________________________________________________________________

seperti mana terdapat dalam Model Kepimpinan Pengajaran oleh Hallinger dan Murphy

(1985; 2000).

Selain itu, pengetua juga harus melibatkan diri dalam mengurus program pengajaran

seperti menyelia, memantau dan menyelaras aktiviti pendidikan di sekolah terutamanya yang

melibatkan guru dan pelajar. Pengetua seharusnya mempunyai pengetahuan dan kepakaran

dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana pengetua perlu menguruskan program

pengajaran yang meliputi penyeliaan, menyelaras kurikulum dan menilai kemajuan pelajar.

Sebagai pemimpin pengajaran, pengetua perlu mewujudkan iklim sekolah yang sihat

dan kondusif. Iklim sekolah yang menggalakkan mampu meningkatan prestasi guru dan juga

pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Antara peranan yang harus

dimainkan oleh pengetua dalam mewujudkan iklim sekolah yang positif ialah melindungi

waktu pengajaran dan pembelajaran, sentiasa berada di sekolah, memberi insentif kepada

guru, mempromosikan perkembangan professional dan menyediakan insentif pembelajaran

kepada pelajar. Kajian telah membuktikan bahawa iklim sekolah yang positif menjadi

penyumbang kepada keberkesanan sekolah dan kejayaan akademik (Lehr, 2002)

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya kepimpinan pengajaran adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan

dalam menentukan pencapaian akademik pelajar. Ini kerana kepimpinan pengajaran

memerlukan pentadbir sekolah berperanan memimpin guru ke arah pencapaian

kecemerlangan terhadap program-program pengajaran. Disamping itu, ia juga meliputi

penilaian guru dan pelajar , iklim sekolah , kurikulum, sumber dan alatan pengajaran,

sokongan komuniti , kakitangan , kaedah membuat keputusan , matlamat pengajaran jangka

pendek dan jangka panjang , komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir

sekolah dengan guru dan sebagainya. Pengetua dianggap sebagai pemimpin pengajaran
SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION
_________________________________________________________________________________

apabila mereka melibatkan diri dalam menyediakan matlamat yang jelas, menyediakan

sumber pengajaran, mengurus kurikulum, memantau rancangan pengajaran dan menilai guru.

Menurut Krug (1992) sekolah yang tidak menetapkan matlamat sekolah serta hala

tuju tidak mempunyai ciri-ciri untuk menilai kejayaan sekolah dalam melaksanakan proses

pendidikan. Sehubungan dengan itu, Snyder (1983) menerangkan bahawa matlamat ini

merangkumi matlamat kurikulum atau akademik dan matlamat kemajuan sekolah. Oleh itu,

penentuan, penetapan dan penerangan misi sekolah melibatkan komunikasi yang disampaikan

kepada kakitangan dan murid agar dapat dikongsi serta diaplikasikan dan dihayati bersama-

sama dalam pelaksanaan pelbagai aktiviti yang berlaku di bilik darjah mahupun di seluruh

sekolah.

Walaupun begitu, masih terdapat pelbagai model-model yang dibangunkan untuk

menjelaskan kepimpinan pengajaran antaranya Model Alig-Mielcarek (2003) dan Model

Weber (1996). Setiap model mempunyai pendekatan dan amalan masing-masing. Namun

begitu, secara umumnya model-model kepimpinan pengajaran yang dihasilkan ini berkaitan

dengan hubungan tingkah laku pengetua dengan prestasi murid.

Sebagai rumusan kepada model kepimpinan ini, pengetua perlu mengambil berat

dalam setiap fungsi. Keberkesanan amalan kepimpinan pengajaran adalah berkait rapat

dengan kesediaan dan kesungguhan pengetua melaksanakan setiap fungsi yang dinyatakan.

Peranan, tugas dan tanggungjawab amat sukar dipisahkan. Maka sebagai pengetua beliau

mempunyai pengaruh dan impak ke atas murid.


SGDU5013 INSTRUCTIONAL LEADERSHIP AND SUPERVISION
_________________________________________________________________________________

5.0 RUJUKAN

Alig-Mielcarek, J.M. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic

press, and student achievement. Tesis Doktor Falsafah, The Ohio State University.

Basri, R., Abu Bakar, N., & Fooi., F., S., (2017). Hubungan Kepimpinan Pengajaran

Pengetua dengan Pencapaian Akademik Pelajar. 1(1) International Research Journal

of Education and Sciences

James, A. J. E & R. Balasandran. (2009). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal.

Kuala Lumpur: PTS Professional.

Krug, S. E. (1992). Instructional Leadership, School Instructional Climate, and Student

Learning Outcomes. Project Report. Illinois: National Center for School Leadership.

Lehr, C. A. (2002). Positive School Climate: Information for Educators. National Association

of School Psychologist, 75-78.

Hallinger, P. (2005). Instructional Leadership and the School Principal: A Passing Fancy that

Refuses to Fade Away. Leadership and Policy in Schools. 4, 1–20.

Hallinger, P. (2000). A Review of Two Decades of Research on the Principalship Using The

Principal Instructional Management Rating Scale. Paper presented at the annual

meeting of the American Educational Research Association. Seattle: Washington.

Hussein Mahmood, (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah (Edisi Kedua). Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Snyder, K. J. (1983). Instructional Leadership For Productive Schools. Educational

Leadership. Vol. 40, No. 5.

Weber, J. (1996). Leading the instructional program in Smith SC St Piele PK (eds) School

leadership: handbook for excellence. USA: ERIC Clearinghouse on Educational

Aianagement.

You might also like