You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT GURU

KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG


BIL. 05 TAHUN 2021

Mesyuarat : Mesyuarat Unit Kimpalan kali ke5


Tarikh : 7 Oktober 2021
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 Pagi
Tempat : Bengkel Kimpalan Asas

Kehadiran:

BI JAWATAN
NAMA GURU
L
1En. En. Asrulnishah Bin Abdul Wahap Ketua Jabatan
2En. Pn. Ayu Artini Bt Alif Lee Ketua Program
3En. En. Azizal Bin Che Rus Ketua Bengkel
4En. En. Hashimi Bin Hashim Pensyarah
5En. En. Megat Redzuan Bin Osman Pensyarah
6En. En. Ahmad Abu Naim Bin Awang Pensyarah
7En. En. Mohd Rozi bin Awang Pensyarah
8Cik En. Md Zahimi Bin Abu Bakar Pensyarah
1. Ucapan Pengerusi

1.1 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa.


1.2 En. Hashimi selaku pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli
yang hadir ke Mesyuarat Unit Kimpalan Kali Ke-5 bagi tahun 2021

Tindakan: Makluman
2. Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 2.1 Minit mesyuarat Unit Kimpalan kali ke-4 Tahun 2021 telah disahkan tanpa
pindaan.
Pencadang: En Ahmad Abu Naim Bin Awang
Penyokong: En. Mohd Rozi bin Awang

3. Agenda Mesyuarat

3.1 Pengurusan Akademik

3.1.1 Pn. Ayu Artini Binti Alif Lee selaku Ketua Program unit kimpalan
memaklumkan bahawa semua penyelaras kursus perlu menyelesaikan
Penilaian Berterusan (PB) kerana pelajar bakal menduduki Penilaian Akhir (PB
Khas)

Penyelaras kursus diminta mula mengisi markah penilaian berterusan PB ke dalam


ADOB bagi tujuan menghantar kepada KJPP (Jabatan Penilaian dan
Pentaksiran)..
Tindakan: Penyelaras Kursus

3.1.2 Semua penyelia PTA diminta memantau dan menyelia projek dan penulisan
laporan PTA yang dipertanggungjawabkan.
Tindakan: Pensyarah

3.2 Pengurusan Bengkel


3.2.1 En. Azizal selaku Ketua Bengkel unit kimpalan memohon semua guru
untuk memberi taklimat keselamatan bengkel kepada pelajar sebelum memulakan
kerja amali di bengkel.

Tindakan: Pensyarah
3.3 Isu Disiplin

3.3.1 En. Megat meminta semua pensyarah supaya memberi arahan untuk
mengosongkan bengkel semasa waktu rehat pada pukul 1.00 tghari bagi tujuan ke
surau untuk solat Zohor.

Tindakan: Pensyarah
4. Ucapan Penangguhan

4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tghri dengan ucapan terima kasih
daripada Pengerusi kepada semua ahli yang hadir dan tarikh mesyuarat akan
datang akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ..............................………......
(En. Mohd Rozi Bin Awang ) (Pn. Ayu Artini Binti Alif Lee)
Setiausaha Unit Kimpalan Ketua Program Unit Kimpalan

You might also like