You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJONG BIDARA

78300 MASJID TANAH, MELAKA.


Telefon : 06-3844839 Fax : 06-3844822
Emel: MBA0002@moe.edu.my
__________________________________________________________________________

Rujukan kami: SKTB/PIBG/2018 (1)


Tarikh: 20 Februari 2018
Kepada,
Tuan Haji Babron Ehsan bin Adam,
Ketua UMNO,
Cawangan Balik Batu,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MEMBAIK PULIH DAN MENYIAPKAN PROJEK GALERI


PPDa YANG TERBENGKALAI DI SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG BIDARA,
MASJID TANAH, MELAKA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak sekolah telah memulakan Projek Galeri PPDa untuk meningkatkan


pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah supaya murid dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Proses pembinaan galeri ini telah
tertangguh kerana pihak sekolah kekurangan dana untuk menyempurnakannya. Justeru itu,
pihak sekolah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada tuan.

3. Untuk makluman tuan, sumbangan tersebut amat besar ertinya kepada seluruh
warga SK Tanjung Bidara bagi meneruskan usaha menyiapkan projek Galeri PPDa yang
terbengkalai ini. Anggaran kos menyiapkan projek ini adalah sebanyak RM3,000.
Sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek atas nama KEDAI BUKU PIBG SEK KEB
TANJUNG BIDARA, No.Akaun 04024010013582 Bank Islam Berhad.

4. Pertimbangan dan keprihatinan tuan terhadap permohonan kami ini dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah SWT memberkati segala jasa baik yang telah
tuan curahkan di SK Tanjung Bidara.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


“MELAKA BERWIBAWA”
“PINTAR, HIJAU, BERSIH”

Saya yang menjalankan amanah,

..............................................
( )

You might also like