You are on page 1of 2

Muhammad Aiman Bin Mohd Mutazar Sec01

ME0105587

Quiz 2 (KDKB)

Berikan ulasan anda apa yang dimaksudkan elemen asas dalam perniagaan dan apakah yang
anda faham maksud keuntungan dan kerugiaan dalam satu perniagaan.

= Definisi elemen asas perniagaan ialah perkara utama dan asas yang membolehkan
wujudnya proses urus niaga antara penjual dengan pembeli. Selain itu, ia merangkumi 4
komponen utama iaitu menyediakan barangan dan perkhidmatan. Barang ialah produk fizikal
yang boleh dilihat yang dikeluarkan untuk kegunaan pengguna akhir manakala perkhidmatan
ialah produk bukan fizikal yang memberi kepuasan atau nilai faedah kepada pengguna dan
perniagaan lain. Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan manusia. Yang kedua adalah memuaskan keperluan dan kehendak
pelanggan. Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan
manusia seperti tempat tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya manakala kehendak
merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti
hiburan, peralatan rumah dan sebagainya. Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu
menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memuaskan keperluan
dan kehendak pelanggan. Yang ketiga adalah mewujudkan pertukaran nilai. Merujuk kepada
semua aktiviti urus niaga dengan pembeli bersetuju memberikan sesuatu yang bernilai kepada
penjual sebagai pulangan kepada barang atau perkhidmatan yang didapatinya yang
melibatkan pertukaran nilai wang. Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan
pembeli. Yang keempat adalah mendapatkan keuntungan perniagaan. Ia merupakan matlamat
bagi setiap aktiviti perniagaan dan merupakan ganjaran kepada peniaga yang menjalankan
perniagaan. Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan
setelah ditolak kos-kos pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu
bersaing di pasaran.

Keuntungan dalam perniagaan yang bermaksud untung yang diperolehi setelah hasil
atau pendapatan ditolak dengan kos-kos yang terlibat. Kerugian dalam perniagaan pula
bermaksud kekurangan hasil setelah diperolehi ditolak atau berbanding dengan kos-kos yang
terlibat. Kos-kos yang terlibat seperti kos bahan mentah, kos belian stok, kos gaji, kos upah,
kos sewa, kos utiliti, kos pendaftaran, kos pemasaran, kos pembungkusan, kos penghantaran
dan lain-lain lagi.

You might also like