You are on page 1of 12

HSM 210

SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA


SIDANG AKADEMIK 2020/2021
SEMESTER 2
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

NAMA : NUREEN SYAUQEEN BT MOHD SHUKRI

NO MATRIK : 140741

KAD PENGENALAN : 980519-07-5460

PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN

NAMA PENSYARAH : DR NORASMAHANI HUSSAIN

WAKTU TUTORIAL : SELASA (1-2 PM)

TAJUK SOALAN : 2

“ FAKTOR EKONOMI IALAH FAKTOR UTAMA DALAM PELUASAN


KUASA BRITISH KE TANAH MELAYU SELEPAS 1870 ”.
TERANGKAN PERNYATAAN INI.
1.0 PENGENALAN :

Sejarah yang berlaku di Tanah Melayu mempunyai kaitan yang sangat rapat

dengan sejarah luar terutamanya kuasa Eropah. Antara kuasa jajahan Eropah yang

paling memberi kesan mendalam terhadap penduduk dan negara ini ialah kuasa

British. Sebelum penjajahan British secara rasmi di Tanah Melayu, kuasa ini sedikit

demi sedikit mencampur tangan sehingga mempengaruhi aspek politik, ekonomi dan

sosial di Tanah Melayu. Persoalannya, apakah yang menyebabkan kuasa Eropah ini

bertindak untuk datang ke Tanah Melayu ? Sebelum penulis menajwab persoalan ini

di bahagian perbincangan, haruslah terlebih dahulu kita melihat ‘kedatangan’ mereka

dapat dilihat dalam dua istilah iaitu ‘imperialisme’ dan ‘kolonialisme’. Namun apakah

perbezaannya ?

Kedua-dua istilah ini sering wujud kekeliruan bagi pembaca sejarah kerana

mereka beranggapan bahawa kedua-dua istilah tersebut membawa makna yang sama.

Namun makna dan konsepnya adalah berbeza sama sekali.1 Penjelasan yang sangat

berguna dibuat oleh George Nadel dan Perry Curtis tentang istilah ‘imperialisme’

dapat dilihat apabila mereka menyatakan maksudnya ialah, perkembangan kuasa atau

kawalan, sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi, oleh sesuatu

kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat lain dan proses ini

didukung oleh idea tersendiri.2 Manakala maksud istilah ‘kolonialisme’ pula ialah satu

istilah terhadap sistem yang merujuk kepada pengembangan kekuasaan sesebuah

negara ke atas wilayah dan manusia serta masyarakat di luar batas negaranya. Istilah

‘kolonialisme’ ini lebih dekat dengan diri kita atau dengan kata mudahnya ialah

‘penjajahan’ menurut kamus Dwibahasa, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.3

Maksud istilah ini lebih mesra dalam kalangan rakyat Malaysia yang rata-rata

1
Cheah boon keng ms 1.
2
Ibid ms 2
3
Ibid ms 13
memahaminya sebagai eksploitasi dan penindasan tanah jajahan oleh sesebuah

kerajaan, sama ada Barat atau Asia yang mempunyai tanah-tanah jajahan.

Setelah melihat kepada maksud kedua-dua istilah tersebut, apa yang penulis

faham ialah ‘kolonialisme’ itu merupakan penjajahan rasmi atau langsung sesebuah

kuasa besar yang mempunyai pengaruh keatas negara yang dijajahnya manakala

‘imperialisme’ pula hanyalah pengembangan kuasa besar secara rasmi atau tidak

rasmi bergantung kepada kepentingan yang akan mereka peroleh sama ada dalam

aspek ekonomi dan politik ke atas negara yang ingin dijajahnya. Proses ‘kolonialisme’

tidak akan berlaku tanpa wujudnya ‘imperialsme’. Pernyataan ini boleh disokong

dengan takrifan yang diberikan oleh Nadel dan Curtis dalam buku Kolonialisme di

Malaysia dan Negara-Negara Lain yang menyatakan

Bagi sebahagian orang, kolonialisme bermaksud


imperialisme seperti yang dilihat daripada kaca mata penting
penjajah; malahan, semua kolonialisme dimengertikan sebagai
perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan
imperialisme bererti kolonialisme, dan ini tidak dapat dinafikan.
Tetapi ‘kolonialisme’ kini secara amnya digunakan sebagai seerti
dengan penindasan, penghinaan atau ekploitasi orang-orang
peribumi.4

1.1 Pendapat Imperialisme Lama dan Imperialisme Baru :

Proses berlakunya imperialisme untuk meluaskan kuasa ini mempunyai beberapa

pandangan yang dapat dilihat dalam imperialisme lama dan imperialisme baru.

Namun wujud perbezaan pandangan yang dibawa oleh kedua-dua konsep

imperialisme ini. Dalam melihat permasalahan ini, Cheah Boon Keng ada

mengetengahkan tentang kedua-dua pandangan imperialisme ini dalam penulisannya. 5

Imperialisme lama dikatakan berlangsung pada zaman empayar-empayar silam yang

begitu jelas menonjolkan sifat-sifat hegemoni sesuatu bangsa ke atas bangsa yang

4
Ibid ms 13 tengok rujukan
5
Imperialisme botani ms 1
lain. Manakala imperialisme baru pula dijelaskan sebagai satu tahap di mana

persaingan antara bangsa-bangsa telah berlaku hingga melahirkan pencerobohan

secara fizikal, membawa kepada penindasan, peperangan dan sebagainya. 6

Imperialisme baru sebagaimana yang di terangkan oleh Cheah Boon Kheng tersebut

kelihatan telah memberi kesan langsung kepada kemunculan idea-idea baru mengenai

imperialisme yang bermula sekitar 1870-an.

Tokoh sejarawan yang mula mengutarakan tentang perubahan imperialisme lama

kepada imperialisme moden ini, ialah John Atkinson Hobson. Beliau menegaskan

imperialisme baru atau moden ialah satu keadaan yang berbeza daripada imperialisme

lama apabila Britain, Jerman, Perancis, Itali, Belgium dan Amerika Syarikat bersaing

diantara satu sama lain untuk memperoleh jajahan-jajahan di Afrika dan Asia.7 Tujuan

utama persaingan yang berlaku diantara kuasa besar ialah atas desakan ekonomi yang

menggalakkan mereka keluar dari negara sendiri untuk mengaut kepentingan ekonomi

yang terdapat pada negara-negara Asia dan Afrika. Berbeza dengan imperialisme

lama apabila penggerak bagi imperialisme baru ini didukung oleh golongan kapitalis

dan bank-bank Eropah yang mencipta imperialist adventures. Harus juga kita ketahui,

mereka yang keluar dari negara sendiri ini adalah bukan dari golongan pentadbir

malah daripada golongan kapitalis seperti yang dinyatakan sebelumnya yang

bertujuan untuk mengeksploitasi sumber yang terdapat di negara-negara tropika

terutamanya bagi menampung kepesatan pengeluaran serta untuk menempatkan

lebihan pasaran.8 Imperialisme ini membuktikan mereka yang keluar dari negara

sendiri ini didorong oleh kepentingan ekonomi semata-mata.

Kenapa pula imperialisme baru ini dikatakan berbeza dengan imperliasme lama ?

Imperialisme lama menyatakan kebertanggungjawaban kuasa Eropah untuk

6
Ibid ms 1
7
Cheah Boon Kheng ms 4
8
Ibid ms 10
mentamadunkan bangsa lain (The White Man’s Burden) dan beranggapan mereka ini

bangsa yang unggul (superior), iaitu orang Barat harus membantu bangsa-bangsa

yang mundur dalam pembangunan negara mereka yang mendorong mereka ini keluar

dari negara sendiri untuk menyelamat bangsa lain.9 Namun adakah pernyataan ini

benar ?

Pada pandangan penulis, penulis bersetuju dengan pandangan yang dibawa oleh

imperialisme baru iaitu dari sudut pandangan Hobson yang menyatakan desakan

ekonomi semata-matalah yang menggesak mereka keluar dari negara sendiri dan

dapat dilihat mereka yang keluar ini adalah daripada golongan kapitalis dan pemodal

bank yang berhasrat untuk menjaga kepentingan ekonomi masing-masing. Tambahan

pula, penulis juga tidak menolak pandangan imperliasme lama berkaitan dengan

penyebaran agama Kristian, tangungjawab negara Eropah dalam mentamadunkan

bangsa lain, dan faktor-faktor anarki yang berlaku di tanah jajahan serta faktor-faktor

lain yang mendorong kuasa Eropah keluar dari negara sendiri. Namun pada

pandangan penulis, faktor-faktor ini menyusul selepas berlakunya desakan ekonomi

terhadap kuasa Eropah dan ini mengukuhkan bahawa faktor-faktor lain merupakan

faktor sampingan yang menjadikan alasan tambahan bagi kuasa Eropah.

Perbincangan seterusnya akan penulis perlihat dan buktikan tentang aspek

ekonomi yang mendesak kuasa Eropah terutamanya British keluar dari negaranya.

Persoalan-persoalan seperti apakah keadaan yang berlaku di Eropah yang mendorong

perluasan kuasa British di Tanah Melayu dalam aspek ekonomi ?, apakah yang

diperlukan oleh pihak British bagi menjamin kelangsungan ekonominya ? dan

bagaimanakan British datang ke Tanah Melayu untuk memenuhi keperluannya ? akan

dijawab dibahagian perbincangan.

2.0 PERBINCANGAN :
9
Ibid ms 8
2.1 BUKTI MENGAPA FAKTOR EKONOMI MENDESAK KUASA BRITISH

DATANG KE TANAH MELAYU :

Dalam perbincangan ini, sekali lagi penulis ingin menegaskan bahawa dengan

berlakunya desakan ekonomilah yang mendorong kuasa Eropah terutamanya British

meluaskan jajahannya ke Tanah Melayu. Perbincangan pada bahagian penulisan ini

juga akan berpaksi kepada pandangan Hobson tentang apa yang diperkatakan dalam

imperialisme baru. Disamping itu, penulis akan bermula dengan menjawab persoalan-

persoalan yang dikemukakan di bahagian sebelumnya, dengan memberi fokus

terhadap faktor yang mendorong kuasa Eropah atau lebih spesfik negara Britain untuk

keluar menjajah di sekitar Asia dan Afrika. Antara faktor yang mendorong British

untuk keluar dari negaranya untuk menjajah dapat penulis senaraikan iaitu faktor

perkembangan revolusi perindustrian, keperluan bahan mentah, pembukaan Terusan

Suez dan penciptaan kapal wap.10 Sekiranya dilihat dengan teliti, kesemua faktor yang

dinyatakan ini, ianya saling berkait antara satu sama lain. Mengapa penulis berkata

demikian ?

Buktinya, berlakunya perkembangan revolusi perindustrian di Eropah secara

pesat memerlukan bahan mentah yang mencukupi untuk menampung keperluan bagi

kepesatan tersebut. Peluang juga diambil oleh kuasa British demi mendapatkan bahan

mentah tersebut dapat dilihat apabila pembukaan Terusan Suez pada abad ke 19, telah

memudahkan perjalanan mereka untuk meluaskan jajahan di negara tropika yang kaya

dengan hasil galian bumi.11 Seterusnya, jumlah bahan mentah yang dikaut dari negara

Asia atau dalam kata lain fokus terhadap Tanah Melayu, melalui aktiviti import dan

eksport, memerlukan pengangkutan air yang mampu membawa jumlah muatan bahan

mentah yang maksimum. Faktor yang saling berkait inilah yang merancakkan lagi

10
Cheah ms 6
11
ibid
British untuk keluar dari negaranya bagi menperoleh bahan mentah sebanyak yang

mungkin dan juga untuk meluaskan pasaran barang-barang yang ‘berlebihan’. Harus

diingatkan sekali lagi, kesemua faktor yang dinyatakan tersebut adalah desakan

British bagi mengaut keuntungan dalam aspek ekonomi semata-mata seperti yang

diperkatakan oleh Hobson.

Bagi menjawab persoalan yang pertama iaitu, apakah yang berlaku di Eropah

yang mendorong perluasan kuasa British ke Tanah Melayu dapat dibuktikan apabila

pada abad ke-17 telah berlakunya perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah

dengan sangat pesat disebabkan perkembangan industri tekstil.12 Negara-negara

Eropah seperti Britain, Jerman, Perancis, Itali, Belgium dan Amerika Syarikat

bersaing diantara satu sama lain untuk memperoleh jajahan di Afrika dan Asia serta

mendapatkan bahan mentah.13 Perkembangan ekonomi di Eropah telah mewujudkan

industri besar-besaran yang memerlukan kawalan tetap ke atas kebanyakkan bahan-

bahan mentah yang tidak dibekalkan oleh orang tempatan.14 Di Britain juga, kepesatan

demi kepesatan dalam industri bermula apabila berlaku corak perubahan dalam

ekonomi iaitu daripada berasaskan tenaga manusia kepada pembuatan menggunakan

mesin. Perkembangan yang berlaku ini atau dalam erti kata lain berubah daripada

corak tradisional kepada bentuk moden.

Kemodenan yang berlaku di Britain iaitu melalui perkembangan peralatan mesin

yang dibuat daripada besi telah mempercepatkan proses pengeluaran produk dan

mesin-mesin yang diperbuat daripada besi ini turut diperlukan dalam industri-industri

lain misalnya industri tekstil. Kerancakkan yang berlaku inilah yang menggalakkan

golongan kuasa-kuasa penggerak imperialisme ini keluar untuk mendapatkan bahan

mentah bagi menampung keperluan kilang dan juga untuk mendapatkan tempat
12
Paul Kennedy. 1988. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi dan Konflik
Ketenteraan dari Tahun 1500-2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 192.
13
Ibid ms 4
14
Ibid ms 6
memasarkan hasil keluaran kilang yang berlebihan. Mislanya, permintaan utama

bahan mentah adalah seperti bijih timah untuk proses pengetinan makanan, membuat

enjin, mesin, kereta, serta getah diperlukan untuk membuat tayar. Oleh sebab

kepesatan pengeluaran kilang berlaku dan keperluan bahan mentah bagi memenuhi

sektor ini, negara-negara Eropah berlumba-lumba dalam meluaskan jajahan di negara

Afrika dan Asia untuk mengaut keuntungan masing-masing. Dan oleh sebab ini

jugalah yang mendorong kuasa Eropah terutamanya negara Britain menjajah di Tanah

Melayu untuk kepentingan ekonominya.

Seterusnya, penulis akan membincangkan faktor yang kedua iaitu bekalan bahan

mentah sebagai faktor utama yang mendorong negara Eropah seperti Britain untuk

keluar dari negaranya. Kekayaan bahan mentah yang terdapat di negara-negara Asia

dan Afrika merupakan peluang terbaik bagi kapitalis-kapitalis British untuk

mengeksploitasi bahan mentah yang ada pada negara tersebut. Buktinya, alam Melayu

yang terkenal dengan kekayaan hasil bumi seperti bijih timah, emas, perak, tembaga

dan lain-lain telah menarik perhatian kuasa British ke alam Melayu. 15 Hal ini

dikatakan demikian kerana, kekayaan bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu

ini dapat menjamain bekalan bahan mentah yang berterusan bagi menampung

keperluan dalam sektor industri.16 Tambahan pula, dengan terbukanya peluang dan

galakkan perusahaan di Eropah melalui sistem Laissez Faire, kuasa Barat mula

mencari idea untuk mendapatkan bahan-bahan mentah berterusan bagi memenuhi

permintaan kilang-kilang di Eropah pada waktu itu supaya produk yang dihasilkan

dapat terus diperdagangkan untuk memenuhi keperluan pasaran barangan keperluan

mereka.17

15
Raja Masitah Raja Ariffin. 'Konsep Merantau Ke Alam Melayu: Serampang Banyak Mara' International
Journal of the Malay World Civilization, 1:2 (2013), 115-125 (hlm. 118)
16
Ibid ms 6
17
Raja Masitah Raja Ariffin. 'Konsep Merantau Ke Alam Melayu: Serampang Banyak Mara' International
Journal of the Malay World Civilization, 1:2 (2013), 115-125 (hlm. 118)
Seterusnya, di Tanah Melayu juga, terdapat dua aktiviti ekonomi utama yang

menarik perhatian British iaitu perlombongan bijih timah dan kemudiannya

perladangan getah. Penemuan lombong-lombong bijih timah yang baru pada 1840 dan

1850 di lembah-lembah sungai di Perak dan Selangor adalah seiring dengan Revolusi

Industri yang sedang berlaku di Eropah. Oleh sebab itu dikatakan keperluan bahan

mentahlah yang menggalakkan Britain keluar dari negaranya untuk mengaut sumber

atau hasil bumi yang terdpat di negeri-negeri Tanah Melayu. Kawasan-kawasan

penting perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada masa itu ialah di Sungai

Ujong, Perak dan Selangor. Tambahan pula, dengan melihat kepada hasil keuntungan

yang boleh diperolehi daripada aktiviti perlombongan, British telah menggalakkan

kemasukan dan penghijrahan Cina dan India untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai

buruh. Golongan imigran ini diberi peluang untuk bekerja di kawasan perlombongan

bijih timah kerana pada ketika itu bilangan orang Melayu yang sedia ada untuk

dikerah tenaga tidak mencukupi. Persoalannya, apakah manfaat keamsukan imigran

Cina dan India ini kepada British ?

Dengan kehadiran ramai orang asing di Tanah Melayu, Britain


memperoleh beberapa faedah sekaligus. Ia bukan sahaja
menjamin kecukupan tenaga buruh dan perkembangan pasaran
untuk barangan British, tetapi juga khazanah kekayaan Tanah
Melayu dapat diangkut dengan sebanyak mungkin dalam waktu
yang sesingkat-singkatnya, dan kuasa serta daya lawan orang
Melayu dibendung.18

Terbuktilah bahan mentah telah menjadi salah satu tarikan utama British ke negeri

Melayu ekoran daripada tuntutan Revolusi Perindustrian kerana tanpa bahan mentah

yang mencukupi, pengeluaran daripada sektor perindustrian akan merosot. Oleh itu,

bagi mengelak sebarang masalah berlaku ketika kerancakan yang memuncak,

keperluan bahan mentah telah mendorong Britain keluar untuk menjajah.

Seterusnya, faktor pembukaan Terusan Suez juga merupakan peluang penting


18
Cheah ms 86
yang didorong oleh desakan ekonomi di Britain. Pembukaan Terusan Suez pada tahun

1869 memberi kesan besar terhadap kegiatan perkapalan dunia yang mendorong dan

mempercepatkan imperialisme kuasa Eropah. Hal ini disebabkan, pembukaan Terusan

Suez pada tahun 1869 telah menjadikan perhubungan antara Eropah dan Asia semakin

pesat. Terdapat hanya dua laluan pelayaran sahaja dari Barat untuk pergi China dan

lautan di sebelah Timur iaitu melalui Selat Melaka dan Selat Sunda. Selat Melaka

menjadi penyambung laluan kapal atau dikatakan 'highway' British dari Suez, Aden,

India dan Ceylon untuk belayar ke Timur. Kelebihan pembukaan Terusan Suez yang

menggalak Britain keluar menjajah apabila ia telah memendekkan jalan dan masa

pelayaran dari Eropah ke Asia dan seterusnya ke Timur Jauh melalui Selat Melaka

dan Singapura. Oleh itu, kapal-kapal dagang dari Eropah tidak perlu lagi mengelilingi

benua Afrika untuk belayar ke Timur. Dengan itu, laluan pelayaran dapat dikurangkan

sehingga beberapa ribu batu.

Tambahan pula, penggunaan Terusan Suez ini juga telah memudahkan kapal-

kapal yang lalu untuk mengangkut jumlah kargo yang maksimum. Keadaan ini dapat

dilihat dengan jelas melalui jumlah kargo yang diangkut melalui laluan tersebut

semakin meningkat dan mendatangkan keuntungan dalam sektor ekonomi. Buktinya,

“ I appeal to interests and I am content to rely on the


judgement formed by the East India Company, the traders with
Australia, Singapore, Madras, Calcutta, and Bombay, the
merchant of the City, the shipowners of London and Liverpool
the manufactures of Manchester, the ironmasters, the makers of
machinery, the P.&.O. Steam Navigation Company, the
managers of banks and other large businesses, the commercial
associations, and the owners of the coal mines who in 1854
exported nearly four and half million tons of coal, representing
a value of $2,147,156 and who, by the opening of the Suez
Canal, would find these enormous exports considerably
increased.”
Terbuktilah pembukaan Terusan Suez 1869 menggalakkan Britain dan kuasa-

kuasa Eropah lain untuk terus meluaskan jajahannya khususnya di Tanah Melayu.
Apabila laluan menjadi lebih singkat, sudah semestinya kos perjalanan dapat

dijimatkan. Hal ini telah menguntungkan pihak Britain apabila tujuan utama mereka

untuk mengaut bahan mentah tempatan seperti bijih timah menjadi lebih senang dan

memudahkan pihak mereka. Hal ini menunjukkan, British hanya mementingkan

ekonomi negaranya semata-mata. Sekiranya laluan Terusan Suez ini tak di

buka,berkemungkinan peluasan ke Tanah Melayu mengambil masa yang lama dan

tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Faktor yang terakhir ialah penciptaan kapal wap secara besar-bearan. Pembukaan

Terusan Suez 1869 dan perkembangan zaman perindustrian di Eropah telah memberi

kesan terhadap kegiatan perkapalan terutamanyanya dengan pengenalan kapal wap

(steamships) secara besar-besaran yang mula mendominasi perdagangan dunia dan

perkhidmatan penumpang pada 1860-an. Sebelum penggunaan ini, pelayaran

hanyalah menggunakan kapal layar yang dibina menggunakan kayu. Kapal layar ini

menjalankan perkhidmatan belayar hanya apabila ia mempunyai muatan atau kargo

yang penuh serta tidak mempunyai jadual perjalanan ke sesuatu destinasi secara tetap.

Akibatnya, pedagang terpaksa memastikan bahawa bahan muatan yang dihantar

adalah dalam jumlah maksimum dan kadang kala bersifat spekulatif kerana

perkhidmatan kapal yang tidak tetap. Dengan penghasilan enjin wap, penggunaan

enjin tersebut telah digunakan di dalam aktiviti perkapalan bagi menggantikan

penggunaan kapal kayu yang bergantung kepada tenaga angin sahaja.

Dengan penggunaan kapal wap, pelayaran kapal tidak lagi bergantung kepada

musim dan tiupan angin menjadikan bebas belayar pada bila-bila masa. Kekayaan

bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu membolehkan kegiatan pdagangan

berbentuk import dan eksport dapat dijalankan dalam skala yang besar bagi menjana

pendapatan besar kepada kuasa Britain. perkembangan teknologi perkapalan wap juga
telah memberi kesan ke atas jenis komoditi yang dibawa misalnya, arang batu dan

petroleum merupakan dua jenis komoditi utama di import manakala eksport pula

terdiri daripada timah, getah dan kopra. Oleh itu, Kewujudan kapal wap yang

menggunakan enjin pada abad ini telah menjadi pemangkin kepada negara Britain

untuk keluar dari negaranya kerana negara Eropah ini mempunyai tahap kecanggihan

teknologi yang maju dan kaya dengan ilmu, namun mereka tidak mempunyai sumber

bahan mentah untuk menampung keperluan ekonomi mereka. Oleh itu penggunaan

kapal wap ini telah mendatangkan keuntungan dan tidak akan dipersia-siakan peluang

ini.

Dah habis ekonomi, masukkan tokoh yg ckp politik sama penting dgn ekonomi. Buat

pertikaian. Cakap politik tu just alasan british nak duduk terus di tm.

You might also like