Tugasan Pendidikan Inklusif

You might also like

You are on page 1of 10

HBEF3503

SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN


KEPUJIAN

SEMESTER MEI / 2021


PEPERIKSAAN AKHIR (ESEI)

HBEF 3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI : 890809075072001

NO. KAD PENGENALAN : 890809-07-5072

NO. TELEFON : 010-5640284

E-MEL : thiru5072@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SEBERANG JAYA

THIRUCHELVI 0
HBEF3503

BAHAGIAN A

SOALAN 1.a).

Pendidikan Inklusif bermaksud pendidikan yang diberikan kepada murid-murid yang


berkeperluan khas yang ditempatkan di sekolah harian untuk belajar bersama-sama dengan
murid lain yang normal. Bagi menjayakan matlamat Program Pendidikan Inklusif,pihak
sekolah perlu melaksanakan beberapa kaedah bagi meningkatkan tahap professional
keguruan yang mengajar murid keperluan khas yang belajar bersama murid-murid lain.

Kaedah yang pertama adalah, pihak sekolah perlu mengadakan latihan perkhidmatan
Pendidikan Inklusif kepada para guru bagi meningkatkan tahap kemahiran guru untuk
mengurus murid keperluan khas. Hal ini kerana, murid sebegini akan memerlukan
kemudahan istimewa ataupun cara pengajaran yang lain. Guru mata pelajaran tidak pasti akan
mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Maka,latihan sebegini akan membantu
meningkatkan tahap keyakinan para guru.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu melantik seorang penyelaras yang merupakan
seorang guru pendidikan khas. Hal ini, akan membantu guru mata pelajaran untuk bertanya
sebarang masalah yang dihadapi sewaktu aktiviti pengajaran di bilik darjah. Justeru itu, guru
tersebut boleh membetulkan cara pengajaran dan mampu melakukan tugas dengan penuh
komited.

Seterusnya, pihak sekolah turut perlu menyediakan bahan bantu mengajar kepada para
guru. Maka,guru-guru dapat merancang aktiviti dengan rapi serta menarik dengan
menggunakan bahan bantu mengajar. Ia secara tidak langsung akan menarik minat murid
serta guru dapat meningkatkan tahap kualiti pengajaran.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan bengkel seperti penggunaan Bahasa
isyarat, penyediaan bahan bantu mengajar secara grafik yang memantapkan lagi tahap
profession keguruan.

THIRUCHELVI 1
HBEF3503

Pihak sekolah juga perlu mamantau kerja guru di bilik darjah melalui penilaian
berbentuk interaksi seperti soal jawab. Dengan ini,pihak pentadbir dapat mengenali kekuatan
dan juga kelemahan seorang guru. Ia akan membantu guru dan juga ketua pentadbir untuk
menyediakan latihan ataupun bengkel yang diperlukan oleh guru tersebut.

Selain itu, pihak sekolah perlu mewujudkan kerjasama antara guru mata pelajaran dengan
guru pendidikan khas dan juga dengan guru resos. Guru resos merupakan guru sumber.
Mereka perlu bekerjasama untuk mengenali tahap dan juga keperluan murid khas dan juga
membolehkan guru resos untuk menyenaraikan bahan bantu pengajaran yang diperlukan.

Pihak sekolah juga boleh menganjurkan satu lawatan ke sebuah sekolah khas untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai proses pengajaran kepada murid –murid keperluan khas.
Guru-guru juga boleh berkongsi maklumat mengenai aktiviti rancangan pengajaran di bilik
darjah dan juga cara pengendalian murid-murid tersebut.

Secara kesimpulanya, guru mata pelajaran perlu bersedia untuk menimbah ilmu pada
setiap masa dan pihak sekolah harus peka terhadap keperluan guru dengan menyediakan
kaedah kaedah yang disebut di atas.

THIRUCHELVI 2
HBEF3503

SOALAN 1.b).

Kelas bimbingan dan aktviti sampingan kepada murid keperluan khas merupakan satu
usaha yang amat perlu dialu-alukan. Kelas sebegini pasti akan dapat membantu para murid
untuk memahami secara terperinci.

Guru-guru perlu mengadakan kelas bimbingan kepada murid kurang upaya yang akan
menduduki Peperiksaan Awam. Ianya kerana, murid kurang upaya perlukan perhatian yang
lebih terperinci. Sewaktu aktiviti pengajaran, guru tidak boleh tertumpu kepada murid kurang
upaya sahaja. Oleh itu,kelas sebegini akan membantu murid tersebut untuk memahami lebih
terperinci.

Selain itu aktiviti tambahan seperti kelas ICT turut membantu para murid kurang upaya
untuk berminat mempelajari perisian teknologi maklumat dan komunikasi terkini supaya
mereka tidak ketinggalan. Perkara sebegini akan menarik minat mereka untuk melanjutkan
pelajaran dan mereka juga boleh mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan ICT.

Aktiviti tambahan kokorikulum juga turut memainkan peranan yang amat penting untuk
membina sahsiah dan keyakinan diri murid kurang upaya. Guru-guru harus memberi
pendedahan kepada mereka mengenai aktiviti kokurikulum seperti kawad,pembinaan
khemah, menyanyi lagu badan beruniform. Justeru itu, mereka boleh berbincang dengan
murid-murid normal berkenaan hal sebegini. Jadi mereka tidak akan tercicir.

Kelas bimbingan juga memberi peluang kepada para guru untuk mengenali murid
kurang upaya dan membantu mendiognosis masalah yang dihadapi oleh mereka. Dengan
ini,guru dapat merancang aktiviti yang bersesuaian dengan tahap mereka supaya mereka tidak
bimbang untuk mengikuti pembelajaran.

Semasa kelas bimbingan, guru juga boleh menilai tahap pengetahuan murid-murid
tersebut. Ianya kerana, semasa kelas bimbingan guru hanya akan mengajar kumpulan murid
yang terdiri daripada beberapa orang sahaja. Justeru,guru boleg mengadakan ujian dan juga
boleh menilai pada masa itu juga. Dengan ini,guru dapat mentafsir tahap pengetahan murid-
murid tersebut.

Akhirnya, guru-guru harus mengadakan kelas bimbingan dan aktivti tambahan kepada
murid kurang upaya bagi meningkatkan tahap pemahaman murid-murid tersebut.

THIRUCHELVI 3
HBEF3503

SOALAN 2.a).

Pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi


Bangsa-Bangsa bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan ,keharmonian
kepada dunia dengan mengalakkan kerjasama dalam bidang Pendidikan,Sains dan
Kebudayaan. Program pendidikan Inklusif di sekolah Perdana merupakan salah satu idea
UNESCO. Pada pandangan UNESCO,Pendidikan Inklusif merupakan satu pendekatan
dinamik dalam memberi tindak balas yang positif kepada kepelbagaian murid. UNESCO
juga melihat perbezaan individu bukan sebagai masalah ,tetapi sebagai peluang untuk
memperkaya pembelajaran. Berikut merupakan idea-idea utama UNESCO bagi program
Pendidikan Inklusif. Antaranya,

I. Satu kementerian perlu mengambil amanah bagi melaksanakan program pendidikan


untuk semua kanak-kanak.
II. Satu system sekolah harus bertanggungjawab untuk memberi pendidikan kepada
semua kanak-kanak di setiap daerah tanpa sebarang pengecualian.
III. Murid kurang upaya perlu belajar di sekolah perdana bersama-sama dengan murid-
murid yang pelbagai di dalam kelas supaya murid kurang upaya dapat meningkatkan
perkembangan mental dan fizikal mereka.

THIRUCHELVI 4
HBEF3503

SOALAN 2.b).

Pelancaran program Pendidikan Inklusif merupakan satu cabaran kepada sekolah aliran
perdana kerana mereka perlu bertimbang berat keperluan murid-murid normal dan juga murid
kurang upaya. Oleh itu, pihak sekolah perlu merancang persediaan yang rapi untuk
menjayakan program ini.

Pihak sekolah yang terlibat perlu menubuh sebuah jawatan kuasa sebelum memulakan
program ini. Jawatan kuasa tersebut perlu berbincang dan mengkaji untuk mengumpul data
lalu menganalisis data tersebut supaya mereka bersedia dengan prasarana yang secukupnya
untuk menjemput murid-murid yang pelbagai. Seterusnya, mereka perlu menetapkan guru
untuk kelas inklusif dan juga menyediakan jadual waktu yang fleksibel. Setelah memastikan
keberadaan tenaga pengajar dan juga kemudahan prasarana, maka pihak sekolah perlu
membuat hebahan maklumat melalui PIBG sekolah, melalui guru, melalui FACEBOOK dan
juga iklan dalam surat khabar. Pihak sekolah,perlu mengurus penempatan murid berkeperluan
khas lalu merancang strategi pengajaran. Demikianlah,proses-proses yang harus dilaksanakan
sebelum pelaksanaan program Inklusif.

Semasa pelaksanaan program ini,pihak yang bertanggungjawab perlu tumpu perhatian


terhadap aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam bilik darjah. Guru besar,guru
pendidikan khas perlu memantau guru mata pelajaran lalu membantu guru tersebut untuk
merancang aktiviti pengajaran yang berkualiti. Selain itu, guru sumber juga perlu memastikan
penyediaan bahan bantu mengajar dan guru perlu menggunakan secara optimum bagi
mencapai objektif pengajaran. Pihak sekolah juga, perlu mewujudkan hubungan yang mesra
dengan ibubapa murid keperluan khas supaya mereka yakin terhadap pihak sekolah dan guru.

Selepas pelaksanaan aktiviti ini, pihak sekolah masih lagi perlu buat beberapa perkara
untuk mengetahui kesahihan program ini. Guru kelas perlu menyediakan rekod pencapaian
murid lalu menyerahkanya kepada waris murid-murid. Pihak sekolah boleh menganjurkan
satu sesi penyerahan rekod prestasi supaya guru berpeluang mewujudkan hubungan mesra
dengan ibubapa disamping menjelaskan tahap anak muridnya. Guru juga boleh menyediakan
Khidmat Kaunseling kepada murid yang tidak berkeyakinan semasa aktiviti pengajaran
ataupun murid yang enggan hadir ke sekolah.

Secara kesimpulannya, pihak sekolah perlu menetapkan satu garis panduan untuk setiap
proses iaitu sebelum,semasa dan selepas pelancaran Program Pendidikan Inklusif supaya
program ini dapat Berjaya.
THIRUCHELVI 5
HBEF3503

BAGAGIAN B

SOALAN 1

Penguasaan kemahiran asas Numerasi menjadi matlamat pertama dan berperanan utama
bagi membina modal insan yang cemerlang. Untuk itu, Kementerian Pelajaran Malaysia
merangka satu proses pelaksanaan kelas numerasi di sekolah Pendidikan Inklusif. Bagi
menjayakan proses pelaksanaan ini, pentadbir sekolah dan guru memainkan tanggungjawab
sepenuhnya.

Pertamanya, guru perlu memahami dan mengaplikasikan konsep matematik dalam


pelbagai konteks. Sebagai contohnya, KPM telah menyediakan satu buku panduan untuk
mengenali lebih lanjut mengenai konstruk yang akan dinilai dan contoh aktiviti bagi setiap
penilaian. Guru perlu menyediakan bahan bantu mengajar ataupun aktiviti yang
membolehkan murid bertindak. Sebagai contohnya, guru boleh mewujudkan satu situasi jual
beli untuk mengajar tajuk nilai mata wang. Sebelum penilaian ujian Numerasi, guru perlu
memastikan murid mempelajari kesemua konstruk yang hendak dinilai.

Proses seterusnya adalah, bagi memastikan program ini berjalan dengan lancer, Pejabat
Pendidikan Daerah melantik pegawai Fasi Linus yang bertindak sebagai fasilitator. Tugas
beliau adalah untuk membimbing para guru untuk merancang aktiviti pengajaran dan juga
menyediakan bengkel bagi mengetahui cara mentadbir ujian linus di bilik darjah.

Seterusnya adalah, KPM menentukan jadual pentaksiran linus iaitu tiga kali dalam setahun
iaitu pada bulan Mac,Jun dan September. Pegawai linus dan guru-guru perlu menjalankan
pada masa yang ditetapkan dan menyimpan rekod prestasi murid. Bagi murid yang masih
tidak menguasai akan diberi latihan pemulihan secara berterusan oleh guru pemulihan. Selain
itu, murid-murid tersebut turut akan dihantar ke pemeriksaan doctor untuk mengetahui lebih
lanjut masalah yang dihadapi oleh murid tersebut.

Selain itu, KPM juga merangka beberapa langkah semasa pelaksanaan ujian Linus. Guru
perlu melakukan ujian lisan Matematik dahulu dan tidak boleh melakukan ujian lisan untuk
semua konstruk pada satu masa sahaja. Guru perlu mengagihkan pada waktu pengajaran.
Selepas itu, guru perlu menjalankan saringan bertulis numerasi. Formatnya tetap sama, guru
tidak boleh menjalankan saringan pada satu hari sahaja.

THIRUCHELVI 6
HBEF3503

Selepas itu, guru perlu memfailkan rekod penilaian murid dalam fail Linus untuk
dihantar ke pamantauan Guru Besar dan juga Pegawai Linus. Murid yang tidak menguasai
beberapa konstruk akan mengikuti kelas Pemulihan. Selain itu, guru juga perlu menyimpan
rekod mereka untuk tiga tahun dan tidak boleh melupuskannya.

Disamping itu, KPM turut menyediakan latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru
untuk meningkatkan tahap pengetahuan konsep Numerasi. Dengan pengetahuan yang
diperolehi, guru-guru dapat menjalankan program Linus ini dengan jayanya. Secara
kesimpulanya, proses pelaksanaan Numerasi memainkan peranan yang amat penting bagi
meningkatkan tahap penguasaan para murid Inklusif.

THIRUCHELVI 7
HBEF3503

SOALAN 2

Numerasi merupakan satu penilaian yang amat penting untuk menilai tahap pengetahuan
murid dari segi pengenalan nombor dan juga operasi asas matematik. Manakala,murid kurang
upaya pula memerlukan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi mempertingkatkan tahap
pemahaman mereka. Untuk itu, pihak sekolah perlu menyediakan bahan bantu mengajar
yang bersesuaian dengan keupayaan murid kurang upaya. Terdapat beberapa kategori bahan
bantu mengajar yang boleh digunakan.

Antaranya, guru boleh menggunakan Teknologi Elektronik seperti ‘youtube’,video


klip,power point, permainan animasi dan sebagainya. Sebagai contoh, guru boleh
menggunakan video di youtube untuk mengajar tajuk urutan nombor bagi murid Autisme.
Hal ini kerana, mereka cepat hilang minat dan tidak sabra untuk duduk di satu tempat untuk
tempoh yang lama. Maka,apabila guru memainkan video yang berwarna warni dengan bunyi
yang menarik dapat menarik perhatian murid. Dengan ini, guru boleh mencapai objektif
pengajaran. Seterusnya, guru juga boleh menyediakan latihan di computer juga seperti
menggunakan aplikasi Kahoot,quizizz dan juga boleh menyediakan lembaran di powerpoint.
Ia pasti akan membantu murid untuk memahami lebih mendalam.

Kaedah seterusnya adalah, penggunaan bahan maujud,pembilang, kad gambar dan


sebagainya. Murid-murid kurang upaya lebih cenderung kepada bahan yang menggunakan
kad nombor yang berwarna-warni. Justeru itu, guru boleh menggunakan barangan maujud
seperti kotak untuk menghasilkan nombor-nombor yang berwarna-warni dan juga boleh
menyeru murid-murid untuk menyusun mengikut urutan secara menaik dan menurun. Selain
itu,bagi mewujudkan penglibatan murid,guru boleh menyuruh murid-murid untuk
menghasilkan ruang untuk melekat nombor yang hendak disusun. Mereka boleh
menggunakan kad board ataupun cawan plastik untuk menghasilkannya. Dengan ini ,para
murid akan lebih seronok untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran.

THIRUCHELVI 8
HBEF3503

Kaedah ketiga pula, penggunaan perkataan bergambar. Seperti sedia maklum, modul
buku latihan yang disediakan oleh KPM turut mengandungi aktiviti jenis sebegini, ianya
kerana perkataan bergambar boleh dilihat dan diulang berkali-kali semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran dilaksanakan. Sebagai contohnya, guru boleh menyediakan perkataan
bergambar untuk aktiviti nilai mata wang. Guru boleh meminta murid untuk memadankan
barang yang sama nilainya dengan mata wang yang diberikan. Guru boleh laminate perkataan
bergambar ini, dan boleh guna pada bila-bila masa. Apabila, murid berulang kali melihat
bahan ini, maka ia lebih efektif dalam peningkatan daya hafalan. Lama-kelamaan murid dapat
menguasai konstruk-konstruk numerasi dengan baik.

Kaedah seterusnya adalah, bahan matematik iaitu bahan seperti bentuk. Sebagai
contohnya, banyak produk seperti pemasangan nombor dalam bentuk ‘puzzle’, nombor-
nombor yang dibuat dari kayu yang berwarna-warni. Guru boleh menggunakan bahan seperti
ini untuk pengajaran Numerasi. Guru juga boleh merancang aktiviti permaian ular. Guru
boleh menyediakan dadu dan suruh murid mengguingnya. Murid perlu mengalih tempatnya
di papan permainan mengikut nombor yang didapat. Proses ini juga mampu meningkatkan
pengetahuan para murid kurang upaya untuk mengingat konsep Numerasi.

THIRUCHELVI 9

You might also like