You are on page 1of 1

Pada pendapat saya, dengan terbitnya Buku Modul Hubungan Etnik Edisi Kedua (2012) dapat

mengubah pandangan atau persepsi hubungan etnik dalam kalangan pelajar UUM. Hal ini
kerana, buku ini mengandungi silibus terbaru yang berkaitan isu semasa yang berkaitan etnik.
Selain itu, dengan adanya pelbagai kaum yang terdapat di UUM ternyata bahawa peranan
pendidikkan amat dominan dalam proses sosialisi pelajar bagi bergaul antara satu sama lain
tidak mengira bangsa. Di Malaysia, pada peringkat sekolah rendah lagi terdapat perpecahan
sekolah mengikut bangsa iatu sekolah rendah jenis kebangsaan bagi bangsa Melayu, sekolah
jenis cina bagi bangsa Cina dan sekolah jenis tamil bagi bangsa India. Walaubagaimanapun,
selepas masuk di peringkat universiti tiada istilah perpecahan bagi kaum kecuali Universiti
Teknologi Mara (UITM) yang menjaga hak bumiputera Malaysia. Dengan adanya subjek
hubungan etnik sebagai subjek teras universiti UUM yang perlu di ambil oleh semua pelajar
dapat memberi anggapan negatif kepada positif tentang hubungan etnik di Malaysia. Di UUM,
bagi mahasiswa buku sebagai sumber ilmu dan panduan untuk mendapatkan pengetahuan jika
sumber diperoleh dengan cara negatif maka maklumat yang diperoleh di manipulasi dan tidak
bermakna. Pada akhirnya, buku ini dapat mengubah sedikit sebanyak walaupun pada mulanya
tidak mengenali lebih dalam dan terperinci tentang hubungan etnik.

You might also like