You are on page 1of 1

SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac
1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan
TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang
ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet
Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin
khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja
Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan
TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada
pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di
peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta
perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada
awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam
Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet
Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya
telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b.
Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac
2006.

You might also like