PBKK3023 Kuiz

You might also like

You are on page 1of 3

SOALAN 1

A. Visi
 Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
 Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan
berakhlak mulia.
 Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program
bimbingan dan kaunseling.
 Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
 Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan pelajar.

B. Misi

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan


perkhidmatan menolong dan membantu pelajar dari aspek pengayaan, perkembangan,
pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, ketrampilan dan
konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat “MADANI” melalui
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan, beramanah yang berteraskan
Falsafah Pelajaran Kebangsaan.

C. Falsafah

Bahawasannya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara


optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
yang cekap, berkesan dan beramah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi
melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani, emosi dan rohani
serta beriman dan beramal soleh.
SOALAN 2

Sistem fail yang tersusun dan sistematik akan menyenangkan pengurusan dan
pentadbiran guru bimbingan dan kaunseling. Antara kepentingan pengurusan fail ialah :

 Surat dan dokumen yang diterima dan diwujudkan hendaklah dikandung dalam
fail
 Menggunakan kulit fail yang ditetapkan.
 Maklumat dikawal dan dicapai dengan cepat dan tepat
 Mesti diurus dengan sistematik mengikut piawaian dan prosedur pengurusan
rekod

Sebagai penyelaras serta urusetia kepada jawatankuasa aktiviti bimbingan dan


kaunseling, seorang guru bimbingan dan kaunseling juga hendaklah menjalankan kerja-
kerja pentadbiran di bilik bimbingan dan kaunseling, mengadakan sistem fail,
menyimpan rekod, perhubungan awam, surat menyurat, pengelolaan unit bimbingan,
pengendalian bahan bercetak, penyediaan laporan aktiviti dan tugas lain yang diarah
oleh jawatankuasa Penyelaras Aktiviti, Pengetua, Pegawai Pendidikan Daerah, Negeri
dan Kementerian.

Cara menyimpan dan menyusun fail-fail serta rekod perkhidmatan menggambarkan


corak kerja guru bimbingan dan kaunseling yang profesional. Sehubungan dengan ini,
perlulah ditegaskan iaitu mewujudkan sistem fail dan rekod yang baik merupakan satu
langkah untuk mewujudkan infrastruktur bimbingan yang baik dan mantap di sekolah.

SOALAN 3

Perkhidmatan Konsultasi dan Rujukan

 Membantu bekas pelajar sekolah berkenaan dalam hal berkait dengan


soalperibadi, kerjaya, pelajaran dan sebagainya apabila diminta
 Membantu pihak pentadbir dan staf sekolah dalam memahami denganmendalam
mengenai program bimbingan di sekolah
 Membantu ibu bapa atau penjaga dalam hal berkait dengan kebajikan pelajar
 Berunding dan berbincang dengan staf sekolah tentang cara-cara
untukmeningkatkan prestasi perkhidmatan bimbingan di sekolah
Perkhidmatan Konferens Dengan Ibu Bapa

 Mengadakan hubungan dengan penjaga pelajar untuk bersama


mengawasi kemajuan pelajar terutamanya dalam pelajaran
 Mengubungi ibu bapa atau penjaga apabila kemajuan pelajar tidak memuaskan
 Menjadi penyelaras program orientasi untuk pelajar dan ibu bapa
pelajar baru
 Bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga dalam mewujudkan disiplindi
kalangan pelajar

Perkhidmatan Penempatan

 Membantu pelajar memilih aktiviti ko-kurikulum berdasarkan kebolehan, minat


kerjaya pilihan dan kemampuan
 Membantu Bahagian Pendidikan Vokasional dan Teknik dalam mengadakan
sistem memperoleh data atau butiran yang perlu bagi laporan susulan mengenai
pelajar lepasan sekolah vokasional dan teknik (khusus untuk sekolah menengah
vokasional dan teknik)
 Membantu menempatkan pelajar sekolah menengah untukmemasuki
institusi-institusi pekerjaan.

You might also like