You are on page 1of 4

PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN DAN PERTUMBUHAN

EKONOMI MALAYSIA WAWASAN 2020

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak
5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar
Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat
kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar
adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu
merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan
pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020,
sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion
dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini
memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% setahun untuk 30 tahun akan
datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah
2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda, berbanding
dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan
2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun
2020 berbanding 1990.
WAWASAN 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia yang keempat ketika merangka Rancangan Malaysia Keenam pada 28 Februari
1991, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan
negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Malaysia tidak harus dibangunkan dalam
bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara yang maju sepenuhnya dalam semua bidang:
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata
ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup,
nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa dan keyakinan.

Kerajaan juga berharap bahawa dengan wawasan ini rakyat Malaysia yang dilahirkan hari ini
dan pada tahun-tahun akan datang akan menjadi generasi terakhir warganegara kita yang
tinggal di negara yang digelar ‘membangun’. Matlamat utama yang tujui ialah Malaysia yang
menjadi negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 menggariskan hala
tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada
kadar 7% setahun sehingga tahun 2020. Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan
mengatasi sembilan cabaran strategik. Sembilan cabaran strategik ialah:

i. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu.


ii. Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan.
iii. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang.
iv. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
v. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi.
vi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik.
vii. Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
viii. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.
ix. Memupuk dan membina masyarakat Makmur
MATLAMAT UTAMA WAWASAN 2020

i. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupadan


dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di
peringkatwilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara
adil dandidokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan
dedikasikepada negara.
ii. Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengankeyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagahmenghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melaluiusaha
mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalahkepada
sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
iii. Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yangmatang, mengamalkan
satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasiMalaysia berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada banyak negaramembangun.
iv. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang
manawarganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh
tahapetika paling tinggi.
v. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebasmengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
padamasa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
vi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahantinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistemsosial yang
mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dankebajikan insan
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistemkekeluargaan
yang kukuh.
viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakatyang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di manawujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi.Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan
kaumberdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan
kaum.
ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat
dan kental.

STRATEGI PELAKSANAAN WAWASAN 2020

 Kerajaan berusaha memotivasi masyarakat agar dapat bersaing dengan negara-negara


asing
 Kerajaan mengadakan program-program mengubah sikap Bumiputera agar bersikap kritis
dan berpemikiran lateral
 Bidang vokasional dan teknik diusahakan untuk merealisasikan Wawasan 2020
 Menekankan pendidikan Islam dan Moral dalam pendidikan untuk membentuk
masyarakat yang memiliki nilai-nilai murni
 Menggalakkan perkembangan penyelidikan dan pembangunan (P&P) agar teknologi
tempatan diusahakan dan kurang mengimpot teknologi luar.

You might also like