You are on page 1of 3

SJKT(T) KEMAYAN

MINIT MEYUARAT JAWATANKUASA LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN


BIL 2 /2021

Tarikh : 9 Mac 2021 (Selasa)


Masa : 1.30 pm
Tempat : Google Meet

Kehadiran :

Bil. Nama Guru/Pegawai


1. SIVAGAMI A/P SINNATHAMBY
2. RAGUNATHAN A/L GANESAN
3. JANAKI A/P MOKMUDAC VERAN
4. KANAGA A/P ENGAN DURAI
5. PRISINTA A/P SELLADORAI
6. PADMINI A/P ARUMUGAM
7. VINOTINI A/P SUBRAMANIAM
8. OSHANYA NAIR A/P RAVI
9. KANNIYA KUMARI A/P SUBBIAH
10. RAJESWARY A/P RAMACHANDIRAN
11. SARASWATHY A/P PALANIAPPAN
12. KUMARESAN A/L MUTTAPPAN

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis

1.1. Tuan Guru Besar selaku Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih di atas
kehadiran semua ahli mesyuarat bagi membincangkan pencapaian guru dan
staf dalam Latihan Dalam Perkhidmatan di SJKTK pada tahun ini.

1.2. Tujuan mesyuarat ini juga untuk membincangkan pelaporan semasa untuk
suku pertama 2021

1.3 Buat makluman, Penolong Kanan Pentadbiran telah menghadiri Taklimat


LDP yang diadakan di PPD sebelum ini
1.4  Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia supaya kursus diadakan terus di sekolah
ataupun dalam lingkungan 25 km dari kawasan sekolah.

1.5 Semua guru dan staf diminta melengkapkan 5 hari berkursus sebelum penggal
kedua berakhir.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.0 Mesyuarat dicadang untuk disahkan oleh Cik Vinotini dan


disokong oleh En. Ragu.

3.0 Pelaporan Kursus

3.1. Guru yang telah cukup 5 hari

SULDP membentangkan bilangan guru yang telah cukup 5 hari berkursus.


Nota : belum ada guru yang telah cukup 5 hari berkursus sehingga tarikh 8
Mei 2021

3.2 Kursus yang tidak direkod

Semua guru dan staf diminta meneliti modul masing-masing di laman


sesawang SPLKPM untuk melihat dan mengemaskini kursus yang telah
dihadiri tetapi tidak direkod. Guru dan staf diminta membuat aduan sekiranya
kursus masih belum direkod 14 hari daripada tarikh kursus dihadiri melalui
modul individu.

3.3. Surat arahan menghadiri kursus

SULDP meminta pembantu tadbir supaya menyerahkan satu salinan surat


arahan keluar berkursus untuk direkod.

Tindakan : PT, SULDP, semua guru dan staf

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Ketua Panitia BI mencadangkan penambahan kursus HIP kepada semua
guru.
4.2 Guru Penyelaras NILAM mencadangan Kursus NILAM kepada semua guru
dalam masa terdekat.

4.3 SULDP meminta semua guru melengkapkan profil masing-masing di laman


sesawang SPLKPM untuk disahkan.

Tindakan : SULDP dan semua guru

5.0 Ucapan penangguhan

5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua guru yang hadir dan
memberikan kerjasama yang sangat baik.

5.2 Pengerusi berharap agar guru dapat bersama-sama melengkapkan 7 hari berkursus.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... .........................................
(VINOTINI A/P SUBRAMANIAM) (SIVAGAMI A/P SINNATHAMBY)
SULDP, Guru Besar,
SJK(T) KEMAYAN SJK(T) KEMAYAN

You might also like