You are on page 1of 1

LATIHAN KARANGAN BAHAGIAN B

SOALAN
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500
patah perkataan.

Soalan 1:Domain Peribadi

Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama
dalam kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara. Tanpa disedari, corak
pengambilan makanan harian menunjukkan secara jelas tahap kesihatan seseorang pada
masa depan. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar
tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.

Sumber: Sinar Harian, 21 Februari 2020

Petikan di atas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan dalam kehidupan seseorang dan
menuntut kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Huraikan cara-cara yang boleh anda lakukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat.

(BERDASARKAN JAWAPAN YANG TELAH DIBERIKAN, MURID DIMINTA UNTUK MENULIS SATU
KARANGAN LENGKAP)

JAWAPAN
Pendahuluan
Kesihatan merupakan aset penting dalam kehidupan manusia dan menjadi aspek utama dalam
kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat atau negara.

Isi-Cara-cara yang boleh anda lakukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat

1)Menjaga pemakanan seharian- mengambil makanan yang seimbang - mengikut piramid makanan -
mengambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat,protein dan mengurangkan makanan yang
mengandungi banyak lemak – banyakkan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam hidangan -
kesihatan terjamin

2)Bersenam dan beriadah - dilakukan tiga kali seminggu secara konsisten - dapat membakar kalori
dalam badan – mengurangkan masalah peningkatan berat badan - mengeluarkan sisa toksin dalam
badan - mengelakkan daripada penyakit berbahaya seperti jantung dan darah tinggi -badan sihat otak
cerdas

3)Menghindari diri daripada aktiviti yang kurang sihat - Jauhi aktiviti negatif seperti merokok /
ketagihan arak / seks rambang dan pengambilan dadah- menyumbang kepada penyakit seperti
jantung, HIV dan paru-paru - berlakunya masalah sosial seperti kecurian dan pembuangan bayi.

Kesimpulan
Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin
meningkat dari sehari ke sehari - Gaya hidup sihat perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup /
Hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

You might also like