You are on page 1of 11

SK SAUJANA IMPIAN

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI, KPM


PERSIARAN IMPIAN PERDANA,SAUJANA IMPIAN
43000 KAJANG, SELANGOR DARUL EHSAN

MINIT MESYUARAT UNIT HEM


BIL 2/2021
_________________________________________________________________________

TARIKH : 25hb Jun 2021


HARI : Jumaat
MASA : 11.00 pagi – 2.18 petang
TEMPAT : Kediaman masing-masing
PLATFORM : Google Meet
_________________________________________________________________________

HADIR

1. Pn. Hjh. Suminah bt. Hj. Kasolang Guru Besar SKSI


2. Pn. Hjh. Zuraida binti Mohamed Omar PK HEM
3. Pn. Norwati bt Zainal Abidin PK Petang
4. Pn. Siti Asbah bt. Bahraldin S/U Unit Kebajikan Murid
5. Ustzh Nursaadah binti Ismail S/U Unit Kantin
6. Pn. Hjh Noryana binti Mahat S/U Unit B&K
7. En. Hamin bin Ahmad Guru Data
8. En. Mohd Rosli bin Abdullah Penyelaras Unit Keselamatan
9. Ustaz Ahmad Sahrul b. Hussin S/U Unit Pengawas
10. Pn. Siti Asiah binti Idris S/U Unit SPBT
11. Pn. Juliana binti Ahmad Zhuki Ketua Unit Pengawas
12. Ustz. Thohirah binti Mohamed S/U Unit Pencegahan Denggi
13. Ustzh. Siti Khadijah bt. Mohamed Nordin S/U Unit Impian Segar
14. Ustzh Khairiah bt. Husin Penyelaras Unit Kebersihan
15. Us. Muhammad Khairil Akmal b. Masduki AJK Unit Keselamatan
16. Pn. Nurul Najieha bt. Md Zaid S/U Unit RMT
17. Ustzh Rohaya binti Md Zin Penyelaras Unit Kesihatan
18. Pn. Muziatilakma Naib S/U Unit B&K
19. Ustzh. Saidah bt. Ibrahim S/U Unit KWAPM
20. En. Mohd Zaidi b. Sulaiman Guru Penasihat Kelab KPJ
21. Pn. Warisah bt. Mohd Daud S/U Unit PPDa
22. Pn. Hasnafizah bt. Che Soh S/U Unit Penyayang

TIDAK HADIR (BERSEBAB)

1. Ustaz Solah Hudin b. Hamat Urusan keluarga

1
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI :PN. HJH. ZURAIDA BT. MOHAMED OMAR (PK HEM)

1.1 Pn. Zuraida mengucapkan salam kepada semua penyelaras dan setiausaha sub
Unit HEM. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua dan mengucapkan terima
kasih atas kehadiran dalam mesyuarat Unit HEM Bil 2/2021.
1.2 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan meminta guru-guru membaca Surah
Al-Fatihah semoga perjalanan mesyuarat pada hari ini diberkati.
1.3 Pengerusi memaklumkan mesyuarat Unit HEM tetap dijalankan walau berada dalam
situasi PKP untuk kelangsungan program Unit HEM.

UCAPAN PN. HJH SUMINAH BT. HJ. KASOLANG (GURU BESAR SKSI)
1.4 Pn. Hjh Suminah mengucapkan terima kepada Pn. Hjh. Zuraida dan semua
setiausaha unit atas kerja buat demi kelangsungan program Unit HEM.
1.5 Beliau mengharapkan Program Kepimpinan Pengawas yang bakal dilaksanakan
mencapai objektif antaranya dapat melahirkan pengawas yang tahu tanggungjawab
sebagai seorang pemimpin.
1.6 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Unit HEM di bawah pimpinan Pn. Hjh.
Zuraida kerana berjaya melaksanakan program seperti kecerian di dalam dan di luar
kel kelas, keceriaan Impian Segar, menghasilkan mural di persekitaran sekolah dan
lain-lain lagi.
1.7 Beliau seterusnya memohon agar perancangan untuk kecerian di dalam Impian
Segar dapat disegerakan apabila sesi bersemuka nanti supaya murid-murid merasa
selesa apabila menggunakan Impian Segar yang kondusif.
1.8 Program Guru Penyayang hendaklah diteruskan dan diterapkan juga dalam sesi
pembelajaran sebagai langkah menyantuni anak-anak didik supaya mereka merasa
seronok untuk datang ke sekolah.
1.9 Sasaran Unit Hem yang perlu dicapai adalah melahirkan anak-anak didik yang
kemenjadiannya sempurna secara holistik merangkumi sahsiah yang terbaik dan
akademik yang cemerlang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan.

UCAPAN PK PETANG (PN. NORWATI BINTI ZAINAL ABIDIN)

1.10 Pn. Norwati mengucapkan terima kasih kerana beliau dijemput untuk sama-sama
terlibat dalam mesyuarat Unit HEM bil 2/2021.
1.11 Beliau menyatakan Unit HEM bergerak seiring bersama Unit Kurikulum dan Unit
Ko-kurikulum yang semuanya hebat dengan guru besar yang juga hebat, cekap
dan pantas bertindak atas segala keperluan.
1.11 Beliau juga menyatakan Unit HEM sangat cemerlang di bawah pimpinan Pn Hjh.
Zuraida antaranya dalam program keceriaan.
1.12 Persekitaran sekolah juga semakin ceria hasil kerjasama guru besar yang turut
menyumbang dari segi tenaga dan wang ringgit. Beliau percaya apabila bermula
sesi persekolahan bersemuka kelak murid pasti akan seronok untuk datang ke
sekolah.

2
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Setiausaha Unit HEM membentangkan minit mesyuarat Unit HEM Bil.1 / 2021
tanpa sebarang pindaan.
2.2 Dicadangkan oleh : Pn. Hjh. Noryana binti Mahat
Disokong tanpa pindaan : Ustazah Khairiah binti Husin

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.3.1 ~ Pn. Hjh Zuraida memaklumkan Unit HEM telah menggunakan
sistem fail baharu dan semua setiausaha sub Unit HEM telah menggunakan
nombor fail baharu untuk urusan surat menyurat.
3.2 Perkara 4.4 ~ Pn. Hjh Zuraida menjelaskan tentang pengurusan kelas sepanjang
sesi persekolahan bersemuka sebelum PKP telah berjalan lancar antaranya
penubuhan KSIB, Pertandingan Keceriaan Kelas dan Taman Mini.
3.3 Perkara 4.5 ~ Sistem e-kehadiran sepanjang PDPR telah di “tagging” oleh PK
HEM atau guru data sebagai PDPR.
3.4 Perkara 4.9 ~ Program Guru Penyayang perlu diteruskan walaupun dalam situasi
PDPR di mana Unit B&K boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-
anak melalui motivasi ringkas.
3.5 Perkara 4.10 ~ Impian Segar telah diceriakan dan akan terus dinaik taraf secara
berperingkat-peringkat. Kos keceriaan Impian Segar adalah sumbangan daripada
Pusat Tuisyen PTTI.
Tindakan : Makluman

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 AUDIT UNIT HEM


4.1.1 Pn. Hjh. Zuraida menjelaskan audit Unit HEM yang sepatutnya dijalankan pada
15 Jun 2021 terpaksa di tangguhkan kerana PKP. Audit akan dilaksanakan
apabila sesi bersemuka kelak.
4.1.2 Setiausaha Sub Unit HEM diingatkan supaya mengemaskini fail dan bersedia
dengan audit yang akan dilaksanakan.
Tindakan : Setiausaha Sub Unit HEM

4.2 PELAN STRATEGIK ORGANISASI 2021 – 2025 (PSO)


4.2.1 Pn. Hjh. Zuraida memaklumkan setiausaha sub Unit HEM telah menyiapkan
PSO dan telah menyerahkannya kepada beliau. Terdapat PSO beberapa
unit perlu ditambah baik
Tindakan : Semua Setiausaha Sub Unit HEM
4.2.2 Pn. Hjh. Noryana menyatakan Unit Bimbingan dan Kaunseling belum
menghantar dan dalam proses melengkapkan PSO.
Tindakan : Setiausaha UBK
4.2.2 Ustazah Junariah memaklumkan terdapat dua unit lagi yang belum menghantar
PSO kerana setiausaha unit tersebut cuti bersalin dan baru sahaja bertugas
semula. Unit tersebut ialah Unit Kantin dan Impian Segar.
Tindakan : Setiausaha Unit Kantin dan Unit Impian Segar

3
4.2.3 Pn. Hjh Suminah memberi tempoh kepada ketiga-tiga setiausaha ini untuk
menyiapkan PSO unit masing-masing.
Tindakan : Setiausaha Unit Kantin, Unit Impian Segar dan Unit B&K

4.3 LAPORAN UNIT PENGAWAS


4.3.1 Pn. Juliana melaporkan program di bawah Unit Pengawas seperti berikut:
1. Majlis Pelantikan Pengawas telah dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan
dan dilaksanakan di Kamar Saujana bagi sesi pagi dan petang. Manakala
pelantikan pengawas Tahun 6 diadakan di Dewan Terbuka.
2. Program Motivasi Pengawas akan dilaksanakan pada bulan Ogos dan akan
dikelolakan oleh jurulatih Faiz secara atas talian. Pengawas Tahun 4, 5 dan 6
sahaja yang akan terlibat dalam program ini.
4.3.2 Pn. Hjh. Zuraida mencadangkan supaya menjemput Ketua dan Penolong Ketua
Pengawas dari 3 buah sekolah yang berhampiran untuk sama-sama terlibat dalam
Program Motivasi Pengawas sebagai jaringan antara sekolah dan pengawas
boleh mendapat sijil peringkat daerah.
4.3.3 Beliau juga mencadangkan supaya melantik Ketua dan Penolong Ketua
Pengawas sesi petang pada tahun hadapan untuk membantu guru menguruskan
hal-hal berkaitan pengawas.
Tindakan : Unit Pengawas

4.4 LAPORAN UNIT DISIPLIN


4.4.1 Ustaz Ahmad Sahrul mewakili Ustaz Solah memaklumkan tiada masalah disiplin
sepanjang sesi persekolahan bersemuka iaitu dari bulan Januari hingga April.
4.4.2 Sistem SSDM juga tidak dikemaskini kerana tiada masalah disiplin dan tiada
kes salah laku berat.
4.4.3 Fail Unit Disiplin sudah dikemaskini dan lengkap manakala PSO Unit Disiplin
juga telah dibuat dan diserahkan kepada PK HEM.
4.4.4 Pn. Hjh Zuraida menjelaskan beliau bersaman Ustaz Solah Hudin telah
memanggil dan menyelesaikan masalah 3 orang murid dari Tahun 5 Musytari
yang melakukan kesalahan ringan iaitu pertengkaran kecil yang berpunca
daripada gurauan yang berlebihan.
Tindakan : Setiausaha Unit Disiplin

4.5 LAPORAN UNIT B&K


4.5.1 Pn. Muziatilasma menjelaskan Unit B&K telah mengadakan Majlis Pelantikan
PRS dijalakan pada 7 April 2021 di Kamar Saujana bergabung bersama
Pengawas Pusat Sumber.
4.5.2 Bermula tahun ini Unit B&K telah melantik PRS dari kalangan murid Tahun 3
seramai 15 orang.
4.5.2 Ujian Psokometrik Tahun 6 telah dijalankan pada 27 April 2021 dan sijil akan
diberi pada hujung tahun.
4.5.3 Sebahagian murid Tahun 6 tidak menduduki Ujian Psikometri kerana pada tarikh
tersebut merupakan hari terakhir persekolahan sebelum PKP bermula yang
menyebabkan ramai murid tidak hadir.
4.5.4 Unit B&K akan menghubungi murid yang belum menduduki Ujian Psikometrik
4
dan meminta mereka menyelesaikan ujian ini sebelum bulan Ogos.
4.5.5 Untuk makluman, pihak PPD boleh memantau Unit B&K setiap sekolah sama
ada menjalankan atau tidak menjalankan Ujian Psikometrik melalui sistem
e-rekod.Guru Besar dan PK HEM juga boleh memantau GBSM melalui sistem ini
4.5.6 Pada 28 April 2021 unit B&K mengadakan Program Ziarah Cakna ke Rumah
Orang-orang Tua di Sungai Sekamat.
4.5.7 Pada 29 April 2021 pula Unit B&K mengadakan Program Ziarah Cakna ke
Rumah Anak-anak Yatim di Sungai Kantan. Mereka turut menyampaikan
sumbangan kewangan dan barang-barang keperluan.
4.5.8 Unit B&K seterusnya mengambil inisiatif untuk mewujudkan talian tele-kaunseling
semasa PDPR ini selaras dengan cadangan daripada KPM. Ibu bapa diminta
mengisi Google Form yang disediakan untuk Unit B&K mengumpul maklumat.
4.5.9 Melalui talian ini Unit B&K telah membuat analisa tentang permasalahan yang
dihadapi sepanjang PDPR.
4.5.10 Terdapat juga ibu bapa yang menghubungi Unit B&K dan berbincang berkaitan
emosi, cara pengurusan belajar anak-anak, pengurusan masa dan berkaitan
masalah kekurangan peranti elektronik.
4.5.11 Penggunaan Google Clasroom Unit B&K setakat ini agak sedikit dan untuk
mengatasinya UBK akan mengadakan Pertandingan Buku Catatan di mana
murid-murid boleh membuat catatan daripada info yang akan UBK
sebarluaskan. Hadiah akan diberi kepada murid yang berjaya menghasilkan
buku catatan yang lengkap dan menarik apabila sesi persekolahan bersemuka.
4.5.12 Perjumpaan bersama PRS hanya sempat dijalankan sebanyak 2 kali. Manakala
Kursus Kepimpinan belum sempat dilaksanakan. UBK bercadang akan
mengadakan Kursus Asas kepada PRS baharu melalui Google Meet pada bulan
Julai.
4.5.13 Program Minda Sihat di bawah anjuran KPM telah dijalankan kepada murid
Tahun 5 dan 6 di mana mereka perlu menjawab soalan yang diberikan melalui
pautan yang telah disebarluaskan pada 24 Jun 2021.
4.5.14 UBK juga telah menjalankan Program Slot Motivasi bersama Cgu Jinggo secara
atas talian pada 19 Jun 2021 bersamaan hari Sabtu. Sasarannya adalah semua
murid Tahun 4, 5 dan 6 manakala murid Tahun 3 amat digalakkan.
4.5.15 Unit B&K akan mengambil tindakan ke atas murid cicir PDPR setelah mendapat
analisa daripada Unit Kurikulum.
4.5.16 Pn. Hjh. Noryana menjelaskan Program Orientasi Tahun 1 telah dijalankan
secara atas talian selama
4.5.17 Beliau seterusnya berhasrat untuk mewujudkan aplikasi Telegram UBK untuk
disertai oleh murid-murid dan pelbagai info akan dikongsikan melalui aplikasi
ini. Pautan Telegram UBK akan di kongsikan kepada guru kelas untuk
disebarluaskan dalam aplikasi Whatsapp kelas masing-masing.
4.5.18 Pn. Hjh Suminah mengucapkan tahniah kepada Unit B&K di atas aktiviti dan
program yang telah dijalankan. Beliau juga sentiasa menyokong apa sahaja
yang dirancang seperti mewujudkan aplikasi Telegram UBK. Unit B&K juga
semakin aktif menjalankan pelbagai program.
4.5.19 Pn. Hjh. Suminah juga mengucapkan tahniah kepada Pn. Hjh. Noryana kerana
bergerak pantas dalam menjalankan tanggungjawab yang pelbagai seperti ketika
mengendalikan Program Motivasi bersama Cgu Jinngo dalam masa yang sama
telah menguruskan Program Catur secara serentak.

5
4.5.20 Pn. Hjh. Zuraida mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pn. Hjh.
Noryana dan Pn. Muziatilasma kerana dapat melaksanakan tugas dengan
sebaiknya.
Tindakan : Unit B&K

4.6 LAPORAN UNIT BANTUAN DAN KEBAJIKAN MURID


4.6.1 Pn. Siti Asbah membentangkan laporan Unit Bantuan dan Kebajikan murid
seperti berikut:
1. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan telah dilaksanakana pada 10 Mac
2021. Seramai 87 orang murid yang menerima bantuan ini.
2. Penyampaian Sumbangan Duit Raya untuk murid kurang berkemampuan dan
murid anak yatim telah diadakan pada 5 Mei 2021 oleh Ph. Hjh. Suminah bt.
Hj. Kasolang. Jumlah sumbangan yang diterima sebanyak RM 14,760.
Seramai 116 murid kurang berkemampuan dan 22 orang murid anak yatim
telah menerima sumbangan ini.
3. Sumbangan Pakaian Raya dan Majlis Berbuka Puasa tajaan Columbia Asia
Hospital. Seramai 30 orang murid asnaf telah dibawa ke Aeon Taman Maluri
untuk pembelian baju raya pada 24 April 2021. Manakala Majlis Berbuka
Puasa diadakan pada 27 April 2021. Sumbangan pakaian raya disampaikan
kepada murid semasa Majlis Berbuka Puasa beserta duit raya.
4. Sumbangan barangan keperluan daripada Pertubuhan IKRAM. Seramai 15
keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 1500.00 ke bawah telah
menerima bantuan ini. Sumbangan disampaikan pada 8 Mei 2021.
5. Sumbangan barangan keperluan Hari Raya daripada Yayasa Budi Ihsan
Malaysia. Seramai 100 keluarga yang berpendapatan RM 3000.00 ke bawah
telah menerima bantuan ini. Sumbangan diagihkan pada 8 Mei 2021 secara
pandu lalu.
6. Sumbangan barangan keperluan sekolah tajaan Kebajikan PDRM Putrajaya .
Seramai 30 orang murid asnaf telah terpilih menerima bantuan ini.
Sumbangan disampaikan oleh Pn. Hjh. Suminah bt. Hj. Kasolang pada 26 Mac
2021 di Kamar Saujana.
7. Sumbangan susu Dugro tajaan Syarikat Susu Dugro. Sumbangan ini diterima
pada 27 April 2021 dan diberi kepada semua murid.
8. Sumbangan Seikhlas Hati. Sumbangan ini diberikan kepada Darwisy b.
Mohammad Radzi murid Tahun 1 Marikh yang kematian bapa pada bulan Mac
2021. Sumbangan diterima daripada ibu bapa, guru-guru dan semua warga
SKSI berjumlah RM 3946 dan telah disampaikan kepada ibunya pada 16 Mac
2021 oleh Pn. Hjh. Suminah bt. Hj. Kasolang di pejabat sekolah.
9. Sumbangan Seikhlas Hati juga diberi kepada 11 keluarga yang mengalami
musibah banjir. Kutipan sumbangan telah diterima daripada guru-guru dan
pentadbir SKSI berjumlah RM 2199.00 dan setiap keluarga menerima RM
200.00 melalui akaun bank masing-masing.
4.6.2 Pn. Hjh. Zuraida mengucapkan terima kasih kepada Pn. Siti Asbah di atas
pelaporan serta menguruskan program bantuan.
4.6.3 Pn. Hjh. Suminah mengucapkan tahniah kepada Pn. Siti Asbah kerana dapat
menyediakan bahan pembentangan dengan cantik dan menarik.
Tindakan : Setiausaha Unit Bantuan dan Kebajikan Murid

6
4.7 LAPORAN UNIT PPDa
4.7.1 Pn. Warisah memaklumkan program di bawah Unit PPDa iaitu Program Hari Anti
Dadah Peringkat Negeri telah berlangsung pada Bulan Februari secara atas
talian. Murid yang menyertai program telah menerima sijil penyertaan.
4.7.2 Beliau juga menyatakan hasrat untuk pergi ke Pejabat AADK Daerah bersama
Pn. Haroha untuk mendapatkan bahan seperti carta atau lain-lain yang berkaitan
tetapi tidak terlaksana kerana PKP.
Tindakan : Setiausaha Unit PPDa
4.8 LAPORAN UNIT SPBT
4.8.1 Pn. Siti Asiah menyatakan berkaitan pengagihan buku teks kepada semua murid
telah selasai pada bulan Januari 2021. Manakala pengagihan buku teks kepada
murid Tahun 1 selepas Program Transisi.
4.8.2 Unit SPBT juga telah melengkapkan buku teks yang tidak mencukupi dan telah
diserahkan kepada murid yang terlibat.
4.8.3 Pesanan buku teks bagi sesi 2022 sudah dibuat tempahan pada bulan April.
4.8.4 Pn. Hjh Zuraida mencadangkan supaya Unit SPBT berkongsi Buku Teks Anyflip
bersama murid-murid untuk kegunaan sewaktu PDPR kerana berkemungkinan
buku teks murid-murid ada di dalam locker kelas masing-masing.
Tindakan : Setiausaha Unit SPBT
4.9 LAPORAN UNIT PENCEGAHAN DENGGI
4.9.1 Ustazah Thohirah memaklumkan tiada kes denggi setakat ini.
4.9.2 Beliau bercadang untuk menjalankan program di bawah Unit Pencegahan Denggi
secara atas talian.
4.9.2 Pn. Hjh Zuraida bersetuju dengan cadangan tersebut dan beliau turut
mencadangkan supaya menyediakan Info berkaitan dan disebarluaskan kepada
murid-murid.
Tindakan : Setiausaha Unit Pencegahan Denggi
4.9.3 Pn. Hjh. Zuraida seterusnya memaklumkan Laporan Bulanan Denggi akan diisi
oleh PK HEM secara atas talian.
Tindakan : PK HEM
4.9.4 Sekolah telah didatangi oleh Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Langat pada hari
Selasa bersamaan 22 Jun 2021 untuk membuat pemeriksaan pembiakan jentik-
jentik dan didapati kawasan persekitaran bersih dan tiada pembiakan jentik-jentik.
Tindakan : Makluman
4.10 LAPORAN UNIT IMPIAN SEGAR
4.10.1 Ustazah Siti Khadijah mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hjh. Zuraida kerana
menyediakan kertas kerja naik taraf keceriaan Impian Segar sewaktu beliau cuti
bersalin.
4.10.2 Ustazah Siti Khadijah seterusnya menyatakan program Unit Impian Segar akan
dilaksanakan apabila sesi persekolahan bersemuka kelak.
Tindakan : Setiausaha Unit Impian Segar
4.10.3 Pn. Hjh Zuraida memberitahu semasa Ustazah Siti Khadijah cuti bersalin, Pn Lim
telah membantu memantau Impian Segar antaranya melaporkan paip pecah dan
sebagainya.
4.10.4 Pn. Hjh. Suminah mengucapkan tahniah kepada Pn. Hjh. Zuraida kerana
melaksanakan Program Naik Taraf Impian segar.

7
4.10.5 Beliau juga menjelaskan sekiranya Impian Segar dalam keadaan tidak
menyenangkan, boleh minta pekerja pembersihan mencuci Impian segar
walaupun jadual mencuci dilakukan 2 kali. Boleh minta mereka mencuci lebih
daripada 2 kali mengikut keperluan.
Tindakan : Makluman
4.10.6 Pn. Norwati mencadangkan supaya menambah informasi seperti cara menjaga
kebersihan Impian Segar, cara penggunaan Impian Segar dengan betul dan lain-
lain yang sesuai untuk meningkatkan ilmu pengetahuan murid-murid.
4.10.7 Pn. Hjh. Suminah juga turut mencadangkan agar mempamerkan kata-kata
hikmah.
Tindakan : Makluman
4.10.8 Pn. Hjh Zuraida mencadangkan supaya menyediakan tandas duduk pada setiap
Impian Segar Murid. Unit Impian Segar diminta menyediakan kertas kerja untuk
naik taraf ini.
4.10.9 Beliau juga meminta Unit Impian Segar menjalankan program secara atas talian
seperti menyediakan info cara penggunaan tandas dengan betul dan lain-lain
yang sesuai.
4.10.10 Pn. Hjh. Suminah bersetuju dengan cadangan naik taraf tandas dan akan sama-
sama membantu.
Tindakan : Setiausaha Unit Impian Segar

4.11 LAPORAN UNIT KWAPM


4.11.1 Ustazah Saidah menjelaskan bilangan murid yang layak menerima bantuan
KWAPM seramai 21 orang.
4.11.2 Murid yang layak menerima bantuan KWAPM di bawah pemilihan KPM dengan
merujuk sistem APDM.
4.11.3 Kelayakan menerima bantuan KWAPM merujuk pendapat keluarga dengan
perkapita RM 230.00. Mereka akan diberi bantuan sebanyak RM 100.00
4.11.4 Murid yang layak menerima elaun EMK pula seramai 2 orang iaitu murid dari
kelas 2 Bumi dan 4 Musytari.Mereka layak menerima elaun sebanyak RM1800.00
setahun.
4.11.5 Bayaran elaun murid EMK telah dijelaskan pada bulan April. Manakala
sumbangan murid KWAPM belum diterima setakat ini.
4.11.6 Pn. Hjh Zuraida memaklumkan sekiranya duit sumbangan telah disalurkan, kita
perlu merancang cara penyerahan bayaran sama ada secara dalam talian atau
lain-lain yang bersesuaian.
Tindakan : Setiausaha Unit KWAPM
4.12 LAPORAN UNIT KECERIAAN
4.12.1 Ustazah Khairiah memberitahu Program Unit Keceriaan yang dirancang telah
dilaksanakan iaitu Program Keceriaan Kelas dan Pertandingan Keceriaan Kelas.
4.12.2 Pada tahun ini juga Unit Keceriaan telah menubuhkan KSIB yang bertujuan
membantu guru kelas menaik taraf keceriaan kelas.
4.12.3 Ustazah Khairiah mengucapkan terima kasih kepada Pn. Hjh Suminah dan Pn.
Hjh. Zuraida kerana banyak membantu dalam menubuhkan KSIB.
4.12.4 Pn. Hjh Zuraida mengucapkan tahniah kepada Unit Keceriaan kerana berjaya
menubuhkan KSIB dan KSIB adalah idea daripada Pn. Hjh. Suminah.
4.12.5 Pada 6 Mac 2021 KSIB setiap kelas telah berjaya mengadakan perjumpaan

8
bersama pentadbir dan PIBG.
4.12.6 Objektif utama penubuhan KSIB adalah untuk meningkatkan peratus keceriaan
kelas dan sekolah, mewujudkan kawasan yang menarik di luar bilik darjah dan
dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah.
4.12.7 Pertandingan keceriaan kelas dan Taman Mini telah dijalankan dan sudah ada
pemenang.
Tindakan : Setiausaha Unit Keceriaan
4.12.8 Pn. Hjh. Suminah mencadangkan untuk mewujudkan Taman Mini di persekitaran
sekolah di bawah tanggungjawab KSIB. Pihak sekolah akan menentukan 6 lokasi
yang sesuai untuk dijadikan Taman Mini Angkat dan KSIB di beri peluang untuk
menamakan Taman Mini Angkat masing-masing. Perkara ini telah dibincangkan
bersama YDP PIBG dan beliau bersetuju dengan progam ini.
4.12.9 Pn. Hjh. Suminah juga mengucapkan tahniah kepada Ustazah Khairiah kerana
berjaya menubuhkan KSIB.
Tindakan : Makluman
4.12 LAPORAN UNIT KESELAMATAN
4.12.1 En. Mohd Rosli membentangkan laporan Program Unit Keselamatan seperti
berikut:
1. Program Basikal Selamat telah dilaksanakan pada 23 Mac 2021 khusus
kepada murid yang datang ke sekolah dengan menunggang basikal dan
hanya 9 orang murid yang terlibat pada hari tersebut. Tujuan utama program
ini menerangkan ciri-ciri basikal selamat dan ciri-ciri menunggang basikal
dengan selamat.
2. Program Latihan Kebakaran yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan April
tidak dapat dijalankan kerana sesi persekolahan dalam waktu PKPP di mana
sekolah tidak dibenarkan menjalankan program secara berhimpun.
4.12.2 En. Mohd Rosli menyatakan cadangan untuk menjalankan Program Latihan
Kebakaran dengan cara memuatnaik video dan disiarkan melalui TV PSS
Channel. Hal ini telah dibincangkan bersama Ustazah Suryani.
4.12.3 Beliau juga mencadangkan apabila PKP tamat dan murid-murid boleh datang
ke sekolah seperti biasa, Unit Keselamatan akan membuat video demonstrasi
penggunaan alat pemadam api.
4.12.4 Pn. Hjh. Zuraida bersetuju dengan cadangan tersebut. Beliau juga
mencadangakan supaya Program Unit Keselamatan di teruskan secara atas
talian dengan menyediakan info-info berkaitan dan disebarluaskan melalui
aplikasi Whatsapp kelas.
4.12.5 Pn. Hjh. Suminah juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh En.
Mohd Rosli. Beliau juga turut mencadangkan supaya Unit Keselamatan
mengadakan kuiz di bawah tajuk keselamatan jalan raya secara atas talian.
Program ini boleh dijalankan pada bulan Julai atau Ogos dan hadiah disediakan
untuk pemenang.
Tindakan : Setiausaha Unit Keselamatan
4.13 LAPORAN UNIT KESIHATAN
4.13.1 Ustazah Rohaya memaklumkan program di bawah Unit Kesihatan belum
dilaksanakan iaitu Program Kenali Makanan Rosak dan Basi untuk murid Tahun
1 dan Program Bebas Kutu untuk semua murid.
4.13.2 Beliau mencadangkan kedua -dua program ini dijalankan secara atas talian
dengan menyediakan info-info berkaitan dalam bentuk Anyflip dan disebarkan
9
melalui aplikasi Whatsapp kelas.
4.13.3 Murid-murid boleh mencatat dalam buku nilam setelah selesai membaca info
tersebut dan menjawab soalan kuiz yang disediakan.
Tindakan : Setiausaha Unit Kesihatan
4.14 LAPORAN UNIT PENYAYANG
4.14.1 Pn. Hasnafizah menjelasakan jadual tugasan guru penyayang telah disediakan,
dicetak dan dibukukan. Buku tersebut di letakkan di pejabat dan guru-guru boleh
menurunkan tanda tangan setelah bertugas.
4.14.2 Jadual tugasan guru penyayang juga di kongsikan bersama semua guru melalui
aplikasi Telegram Rasmi pada setiap minggu.
Tindakan : Setiausaha Unit Guru Penyayang
4.14.3 Pn. Hjh. Noryana selaku penyelaras Unit Penyayang menjelaskan program lain
yang dilaksanakan seperti Mentor Mentee. Guru-guru boleh terus berhubung
dengan beliau sekiranya memerlukan bantuan.
4.14.4 Seterusnya Unit Penyayang telah membuat Video Selamat Hari Lahir dan di
kongsikan kepada semua murid melalui aplikasi Whatsapp kelas.
4.14.5 Unit Penyayang juga telah membeli termometer dan menyediakan kad QR Kod
untuk memudahkan murid membuat imbasan kehadiran mereka.
Tindakan : Makluman
4.15.6 Pn. Hjh Suminah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Pn. Hjh.
Noryana dan Pn. Muziatilasma kerana setiap hari menunggu murid yang datang
lewat dan menjalankan tugas dengan baik.
Tindakan : Guru Bimbingan & kaunseling
4.16 LAPORAN UNIT RMT
4.16.1 Pn. Nurul Najieha memaklumkan menu makanan RMT yang dicadangkan telah
diserahkan kepada pengusaha kantin dan penyediaan makanan RMT amat
memuaskan.
4.16.2 Menu makanan adalah seperti nasi lemak, nasi goreng atau makanan berat yang
yang lain beserta buah dan air dengan harga RM 2.50 seorang.
4.16.3 Pn. Nurul Najieha memberitahu beliau telah merasa makanan RMT terlebih
dahulu sebelum murid makan makanan tersebut.
4.16.4 Beliau juga akan segera memaklumkan kepada pengusaha kantin sekiranya
terdapat aduan daripada murid yang menerima RMT.
4.16.5 Pn. Hjh Zuraida memaklumkan bantuan RMT ditangguhkan sepanjang PDPR.
Tindakan : Setiausaha Unit RMT

4.17 LAPORAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)


4.17.1 En. Mohd Zaidi memberitahu bilangan ahli kelab KPJ seramai 40 orang murid
dan terdiri daripada murid Tahun 4 dan 5.
4.17.2 Perjumpaan kali pertama telah dijalankan tetapi aktiviti kelab belum dapat
dilaksanakan kerana PKP dan murid-murid menjalani PDPR.
4.17.3 PSO Kelab KPJ telah siap dan dalam proses pemurnian setelah dibuat semakan.
4.17.4 Kelab KPJ juga telah mewujudkan aplikasi Telegram KPJ tetapi hanya 5 orang
murid yang menyertainya dan terdapat murid yang bukan ahli.
4.17.5 Pn. Hjh. Zuraida menjelaskan Kelab KPJ adalah di bawah Unit HEM tetapi
pelaksanaan aktiviti di bawah unit Kokurikulu. Segala pemantauan juga di bawah
Unit HEM.
4.17.6 Pn. Muziatailasma menyatakan Kelab KPJ boleh berkolaborasi bersama UBK

10
dan Unit Disiplin untuk menjalankan aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
seperti ceramah yang disampaikan oleh pegawai polis, mengadakan kempen
anti buli atau anti dadah, membuat buletin KPJ dan l ain-lain yang bersesuaian.
4.17.7 Keahlian Kelab KPJ boleh dipilih dari kalangan pemimpin murid.
4.17.8 Pn. Hjh Zuraida mencadangkan pada tahun 2022 ahli Kelab KPJ boleh dipilih
dari kalangan pemimpin murid dan bergabung bersama UBK dan Unit Disiplin
dalam menjalankan aktiviti.
Tindakan : Setiausaha KPJ

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pn. Hjh Suminah meminta guru kelas atau guru mata pelajaran mengenalpasti
murid yang tidak hadir sepanjang PDPR dan menghubungi ibu bapa mereka untuk
mendapatkan maklumat sebagai tanda keprihatinan pihak sekolah.
5.2 Guru-guru juga diminta mengenalpasti murid cicir PDPR dan dilaporkan dalam
Google Form yang disediakan oleh Unit Kurikulum.
5.3 Sekiranya tiada murid cicir kehadiran murid sepanjang PDPR dikira hadir
walaupun kehadiran secara offline atau online tidak sepenuhnya.
5.4 En. Mohd Rosli meminta penjelasan sekiranya murid kerap tidak hadir bagi satu
mata pelajaran tetapi hadir dalam kelas mata pelajaran yang lain adakah murid ini
dikira cicir.
5.5 Pn. Hjh. Suminah menjelaskan maksud cicir apabila murid tersebut tidak hadir
kelas untuk semua mata pelajaran sepanjang PDPR. Jika murid tidak hadir kelas
untuk beberapa mata pelajaran sahaja murid ini tidak dikira cicir.
5.6 Ustaz Muhammad Khairil Akmal memaklumkan semua guru perlu menyenaraikan
nama murid cicir bagi setiap mata pelajaran melalui Google Form yang
disediakan. Beliau bersama jawatan kuasa akan membuat pemilihan semula
murid yang dikategorikan cicir dan senarai nama murid tersebut akan
dipanjangkan kepada UBK untuk tindakan.
Tindakan : Semua Guru
5.7 Pn. Hjh Suminah mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua guru
kerana dapat menjalankan sesi PDPR dengan amat bagus sekali di samping
menggunakan pelbagai aplikasi.

6.0 PENUTUP
6.1 Pn. Hjh. Zuraida mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua
setiausaha dan penyelaras kerana memberi kerjasama, menjalankan tugas
dengan penuh keikhlasan dan beliau amat menghargainya.
6.2 Pn. Hjh. Zuraida mengakhiri mesyuarat Unit HEM dengan meminta semua yang
hadir membaca Surah al-Asr.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.18 petang.

Urus Setia,
______________________
Setiausaha HEM 2020
SK Saujana Impian, SBT
9 JULAI 2021

11

You might also like