You are on page 1of 4

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) KINRARA

47180 PUCHONG, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANDU PUTERI TUNAS BERSAMA GURU


BILANGAN 1 TAHUN 2019

Tarikh : 09.01.2019 (Rabu)


Masa : 1.30– 2.30 ptg
Tempat : Pusat Sumber Sekolah
Kehadiran 1. PN. V. SARASVATHY – PENGERUSI (PENOLONG KANAN KOKU)

2. PN.A.PRIAVATHI (PENYELARAS PERSATUAN)

3 PN.B.KOMATHI (KETUA PENASIHAT)

4. PN.T.KUMUTHA

5. PN.V.REVATHY

6.PN.SIVAVITHYA

7.PN.B.PRAYMA

8. PN.M.VASHUKI

9. PN.P.DEIVAKUMARI

Turut Hadir : EN.P.RAJAKUMARAN (Guru Besar)

Urus Setia Mesyuarat


1. PN.B.KOMATHI (Ketua Penasihat)

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru dan mengucapkan terima kasih kepada semua
guru di atas kesempatan hadir ke mesyuarat Pandu Puteri Tunas bagi tahun 2019.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan sokongan
padu yang diberikan serta berganding bahu dalam melaksanakan segala tanggungjawab
dan amanah yang diserahkan dengan baik dan sempurna bagi tahun 2018.

1.3 Pengerusi juga memohon kerjasama dari semua guru penasihat agar bersama-sama
berganding bahu memikul tanggungjawab dan berkomited hingga membuatkan Pandu
Puteri Tunas berjalan dengan lancar dan sempurna bagi tahun 2019.

1.4 Pengerusi seterusnya berkata terdapat sedikit perubahan di dalam carta organisasi
terutamanya bagi Pandu Puteri Tunas lalu meminta semua guru melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang telah dirancang dengan sebaik mungkin.

1.5 Pengerusi juga berkata penglibatan dalam aktiviti kokurikulum adalah setara dengan
kepentingan akademik kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada
keberkesanan pengajaran.

1.6 Oleh itu, pengerusi meminta guru-guru penasihat supaya menjalankan aktiviti yang
menarik untuk menggalakkan pelajar menyertai dalam kegiatan ini demi kebaikan
mereka. .
Tindakan: Guru-guru penasihat

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2 2.1. TIADA

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:

3.1 TIADA

4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1. Ketua Penasihat Pandu Puteri Tunas bagi Tahap 1, membentangkan aktiviti-aktiviti
yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

4.2. Beliau menyentuh sedikit sebanyak tentang persediaan bagi Pertandingan Inovasi Tunas
Puteri bagi tahun 2019. Beliau berharap semua guru penasihat bekerjasama
dalam merealisasikan kejayaan pelaksanaan aktiviti tersebut.

4.3. Ketua Penasihat juga meminta guru-guru penasihat Pandu Puteri Tunas memberi
pendapat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2019.

4.4. Salah seorang penasihat berkata aktiviti-aktiviti tidak seharusnya berlandaskan aktiviti di
bilik
darjah seperti yang dijalankan semasa PdP malah aktiviti di luar darjah pasti akan dapat ,
menarik minat murid dan seterusnya akan menggalakkan mereka terlibat dalam aktivii
badan uniform dengan lebih giat lagi.

4.5. Ketua Penasihat Pandu Puteri Tunas berkata bahawa aktiviti yang
dirancangkan bukan sahaja bersesuaian dengan kebolehan dan kecerdasan murid malah minat
seseorang murid terhadap aktiviti tersebut.

4.6 .Ketua Penasihat mencadangkan isu-isu yang boleh diambil kira untuk membuat
pelan strategi dan pelan taktikal seperti masalah kehadiran murid dan penglibatan serta
pencapaian murid yang kurang memberangsangkan dan sebagainya.
4.7. Salah seorang penasihat berkata matlamat pelan strategi harus berfokus untuk
meningkatkan peratusan murid yang berminat menyertai aktiviti badan uniform dengan
melibatkan diri dalam semua aktiviti badan uniform dan meningkatkan kesedaran dari segi
kehadiran serta penyertaan pelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum.

4.8..Penasihat bercadang untuk menlancarkan PRA-Persetian Pandu Puteri Tunas 2019. Guru-
guru
yang belum menghadiri kursus PRAWARAN, dinasihatkan supaya melibatkan diri dalam
kursus tersebut.

Tindakan: Guru-guru penasihat

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Guru penasihat harus mengambil kehadiran murid dan menandakan kehadiran di dalam
senarai nama yang disediakan dengan betul.
.
5.2 Pastikan tiada nama murid yang tercicir. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan, guru
penasihat harus memaklumkan kepada penyelaras untuk tindakan selanjutnya.

5.3 Guru-guru penasihat perlu sentiasa menggalakkan murid supaya hadir dan melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum dengan aktif.

Tindakan: Semua Penasihat Persatuan

5.4 Murid-murid harus diingati bahawa sekiranya mereka gagal hadir ke perjumpaan persatuan
tanpa alasan yang munasabah, nama-nama mereka akan diumumkan dalam perhimpunan dan
tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka.

5.5 Sekiranya murid tidak dapat hadir perjumpaan dengan sebab, maka murid tersebut perlu
menyerahkan surat tunjuk sebab kepada guru penasihat.

5.6 Guru penasihat juga perlu meminta semua murid membawa buku log dan alat tulis yang
sewajarnya semasa perjumpaan Tunas Puteri.

5.7 Murid juga perlu diingatkan agar sentiasa menepati masa dan kehadiran mengikut tarikh yang
telah ditetapkan.
Tindakan: Semua Ahli Persatuan
6 PENUTUP

6.1 Pengerusi berharap program atau aktiviti yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Semu guru penasihat juga harus memberikan kerjasama dan sokongan
terhadap usaha murni ini.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Urus Setia

..............................                                                                        
(PN.B.KOMATHI)                                                  
KETUA PENASIHAT TUNAS PUTERI 3&4

Tarikh : 09 Januari 2019

You might also like