You are on page 1of 1

BADAN KEBAJIKAN GURU DAN STAF,

SEKOLAH KEBANGSAAN GURUN (PUSAT),


08300 GURUN,
KEDAH DARUL AMAN Tel: 04 4686249

Ruj. kami : SKGP/BKGS-21(1)


Tarikh :18 Nov 2021
Kepada:
_____________________
_____________________
_____________________

Melalui dan Salinan,


Guru Besar,
Sk Gurun (Pusat),
08300 Gurun, Kedah.

Tuan/ puan
MEMOHON SUMBANGAN BAGI KELAB GURU DAN STAFF SK GURUN (PUSAT)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Saya bagi pihak Kelab Guru dan Staff Sk Gurun (Pusat) ingin memohon sumbangan
berbentuk kewangan/ hadiah/ barangan untuk Jamuan Akhir Tahun yang akan diadakan
pada 8 November 2021 di Cinta Sayang Resort.
3. Untuk makluman, sumbangan ini turut akan digunakan untuk melaksanakan aktiviti-
aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab seperti:
i. Kebajikan guru dan kakitangan
ii. Kursus / Bengkel Perkembangan Guru dan Kakitangan
iii. Jamuan Akhir Tahun
4. Sehubungan itu, saya berharap agar pihak tuan/ puan dapat menghulurkan
sumbangan bagi menampung perbelanjaan untuk menjayakan program tersebut.
5. Diharapkan pihak tuan/ puan dapat mempertimbangkan permohonan ini dan segala
jasa baik pihak tuan, didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
................................................................
( Ridzuan bin Shukri)
Pengerusi Badan Kebajikan Guru & Staf
SK. Gurun (Pusat)

You might also like