You are on page 1of 21

TEMA 3: SEJARAH TEMPAT

TAJUK: SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PEKAN BELURAN DARI TAHUN 2005

HINGGA TAHUN 2015.

PENGENALAN

Masyarakat di Sabah telah mengalami proses transformasi sejarah yang besar dan mendalam,

dalam beberapa abad ini khususnya semenjak mencapai kemerdekaan dan menyertai persekutuan

Malaysia pada tahun 1963. Antara proses yang telah merombak struktur masyarakat dan

kehidupan penduduk ialah pembukaan banyak kawasan yang berfungsi sebagai pusat petempatan

dan pusat pelbagai kegiatan seperti ekonomi dan sosial. Pekan ialah satu petempatan manusia

yang biasanya lebih besar daripada Kampung tetapi lebih kecil daripada bandar. Pekan ini

mengalami perkembangan dari segi infrastruktur dan jumlah pertambahan penduduk. Terdapat

pelbagai pekan yang berada di Malaysia antaranya ialah pekan Beluran. Beluran terletak di

bahagian Sandakan di pantai timur sabah, yang menghadap Laut Sulu di sebelah Timur. Ia

terletak kira-kira 88 kilometer dari bandar Sandakan. Daerah Beluran ini juga mempunyai

keluasan sebanyak 3,316 km2 atau (1,280 sq mi) Daerah Beluran sebelum ini juga dikenali

sebagai daerah Labuk sugut. Terdapat pelbagai jenis kumpulan etnik seperti Tidong, Sungai,

Kadazandusun dan Suluk, Bajau, Brunei dan Dumpas.

Selain itu, pekan ini juga merupakan sebuah petempatan kecil yang bercirikan kawasan luar

bandar dengan jumlah penduduk kurang daripada 10,000 orang dan menempatkan aktiviti

perdagangan berskala kecil, kemudahan awam dan mempunyai aktiviti mingguan seperti pasar

tani.

1
Pembukaan banyak kawasan seperti pusat petempatan dan pusat kegiatan ekonomi dan sosial

menggiatkan lagi perkembangan pekan-pekan ini. Walaupun perkembangan sosial dan ekonomi

pekan-pekan ini tidak sepantas dan tidak secekap perkembangan bandar, namun semua

kemudahan ini mampu menampung keperluan yang cukup untuk penduduk di pekan.

Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk merintis sejarah penubuhan asal-usul Pekan

Beluran. Selain itu, penulis ingin mengkaji tentang perkembangan dari segi sosio-ekonomi serta

kepentingan pekan Beluran kepada penduduk setempat.

ISI KAJIAN

SEJARAH ASAL-USUL PENUBUHAN PEKAN BELURAN, SABAH DARI TAHUN

2005- 2015.

Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak

awal pentadbiran British North Borneo Chaterd Company, ia merupakan antara daerah yang

terawal di Negeri Sabah. Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi “ Land

Mark” pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk ,sungai dan tidong disebut “BULUDAN”

pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh

warga ingeris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan

BULUDAN bertukar kepada “BELURAN” Dan kekal sehinga kini.

Selain itu, pada masa dahulu “Buludan”/ “Buudan” yang bermaksud bukit. Nama tersebut

digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidong sambel “buud” atau

“buulud” bagi Tidung bangaweng bermaksud bukit, manakala “buudan//’/”buludan bermaksud

merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kdudukan balai polis sekarang ini.

2
Pada masa yang sama juga Perkataan “Bulud” merupakan kata dasar kepada perkataan

“Buludan”. “Bulud” adalah kata nama di bahagian kaki manusia mahupun binatang atau dalam

bahasa Dusun Talantang bermaksud tulang betis. Jadi secara mudahnya perkataan “Buludan” ini

dapat diseertikan sebagai “membetis” dalam bahasa Melayu atau dalam konteks pemaknaan

dalam bahasa Dusun Sugut adalah “hanya dapat sampai dengan berjalan kaki bertongkatkan

tulang betis” dengan penambahan kata “an” pada kata “Bulud”.

Menurut kalangan orang tua-tua dari masyarakat Dusun di Sugut khususnya di Kaingaran

ataupun di Kampung Iran Baru, Beluran dan juga sebahagian masyarakat Dusun setempat sekitar

Sungai Sugut mengatakan bahawa apabila pihak penjajah membuka pejabat pentadbirannya di

kawasan ini menyebabkan ramai dalam kalangan penduduk tempatan khususnya yang tinggal

atau berasal dari pedalaman datang ke kawasan tersebut bertujuan untuk memperdagangkan hasil

hutan dan pertanian mereka manakala sebahagian besar daripada mereka ingin mendapatkan

pekerjaan seperti buruh balak dan buruh untuk mencari rotan.

Masyarakat pedalaman khususnya dari pedalaman Sugut dan Paitan tidak mempunyai

banyak pilihan untuk ke tempat tersebut selain daripada berjalan kaki walaupun mereka boleh

sahaja menggunakan perahu untuk ke tempat tersebut. Namun, mereka tidak boleh menggunakan

perahu kerana perahu yang mereka gunakan adalah perahu bulat dan mudah terbalik apabila

sampai di laut selain daripada jarak yang akan diambil adalah lebih lama berbanding dengan

berjalan kaki.

Penduduk pedalaman dari Sugut akan sampai ke Buludan melalui dua cara iaitu berperahu

ke sungai Lingkabau atau menggunakan laluan laut yang akan tembus ke Terusan Sugut,

kemudian mereka akan berjalan kaki atau dengan memikul perahu sehingga ke Sungai Tongod

yang akan memakan masa lebih kurang 3 hari 2 malam ke Buludan malahan ada yang lebih dari

3
itu manakala perjalanan pulang pula mengambil masa hampir 4 hari 3 malam. Dari Sungai

Tongod, mereka akan berperahu jika terdapat perahu ataupun menggunakan jangkar namun

sangat dikhuatiri kerana mudah terdedah dengan ancaman buaya. Namun, selalunya mereka akan

membuat perahu dan menyimpannya di tempat tersebut yang dipanggil “Wasai”.

Cara lain yang digunakan oleh mereka ialah berjalan kaki selepas menyeberangi sungai

Tongod. Apabila mereka hampir tiba di kawasan tersebut, petanda pertama yang dikenal pasti

adalah bukit yang digelar “Buludan” dan akan berkata “U’dih lo’nulou pongobuludan tokou

kasasari…”, hal ini kerana bukit itu adalah satu-satunya tempat yang paling tinggi di kawasan

tepi muara tersebut. Oleh itu, bukit itu pun dinamakan “Buludan” sebagai tanda keperitan

mereka berjalan kaki untuk ke tempat tersebut.

4
PERKEMBANGAN PEKAN BELURAN DARI SEGI KEGIATAN SOSIAL DARI

TAHUN 2005 HINGGA 2015.

Melalui kajian ini, penulis akan mengemukakan beberapa perkara mengenai penduduk di

pekan Beluran seperti peningkatan taraf hidup penduduk disebabkan oleh wujudnya peluang

pekerjaan seperti dari sektor pertanian dan perniagaan serta kemajuan kemudahan-kemudahan

sosial yang ada seperti sekolah, pusat perkhidmatan internet, jeti, balai bomba, bekalan elektrik,

Bank, Pejabat Pos dan lain-lain lagi.

JETI

Di daerah Beluran, terdapat banyak jeti yang telah dibina, tetapi terdapat dua buah jeti

utama yang popular di Pekan Beluran iaitu Jeti Petronas Beluran dan Jeti Pasar Beluran. Jeti-jeti

ini merupakan kawasan untuk bot-bot kecil berlabuh dan berlepas untuk ke Terusan Sugut. Jarak

dari Pekan Beluran ke Terusan Sugut adalah sejauh 170km. Hanya dengan menggunakan bot

sahaja untuk sampai ke Terusan Sugut kerana tiada jalan darat yang melalui Laut Sulu lebih

kurang 2 hingga 3 jam. Selain daripada Terusan sugut ia juga merupakan tempat untuk berlabuh

bagi bot-bot dari perkampungan lain seperti Keniogan, Tatabuan, Bukit Besi dan banyak lagi Jeti

5
juga merupakan salah satu kawasan di mana penduduk kampung yang bekerja sebagai nelayan

membawa hasil tangkapan serta menjadi tempat rehat bagi penduduk kampung yang ingin

menikmati keindahan alam.

SEKOLAH

Antara sekolah yang ada di daerah Beluran adalah termasuk sekolah rendah dan

sekolah menengah. Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran merupakan salah sebuah sekolah

menengah yang sudah lama ditubuhkan. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1969. SMK

Beluran pada masa itu ia lebih dikenali dengan nama government Junior Secondary School dan

menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Di awal penubuhannya SMK Beluran

berkongsi tempat dan bangunan bersama dengan SRK Pekan Beluran selama lebih kurang 12

tahun. Bilangan pelajar pada masa itu, kira-kira 95 orang dan 2 orang guru sahaja.

Setelah bangunan sekolah menengah siap dibina pada tahun 1981, SMK Beluran akhirnya

telah berpindah ke bangunan baru yang terletak kira-kira 2 km dari Pekan Beluran. Pada tahun

1982 bangunan baru SMK Beluran mula beroperasi. Di dalam bangunan sekolah ini, terdapat 3

blok sekolah, 3 blok asrama, 3 blok flat guru dan pelbagai kemudahan bilik khas lain. Bangunan

sekolah ini telah dirasmikan oleh Dato Khalil Yaakob, timbalan Menteri Pendidikan ketika itu.

Menjelang tahun 2005 mempunyai 50 buah bilik darjah termasuk lapan kelas Tingkatan 6

dan dua kelas PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi). Perubahan fizikal juga dapat dilihat

melalui bahan binaan yang digunakan apabila bangunan sekolah ini adalah konkrit dan simen

dan bukannya papan.

BALAI BOMBA

6
Beluran mengalami perubahan dari segi perkhidmatan bomba apabila balai bomba di daerah

Beluran mula dibina dengan peruntukan kerajaan bernilai RM7 juta pada 21 September 2015 dan

mula beroperasi pada 29 Oktober 2017. Majlis perasmian Balai Bomba ini telah disempurnakan

oleh Timbalan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Pembinaan balai bomba ini dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dalam menangani

musibah atau perkara yang tidak diingini kepada penduduk setempat. Jentera bomba juga

bergerak dengan pantas untuk tiba di tempat kebakaran ataupun penyelamatan. Sesebuah

kebakaran juga dapat dikawal dan dipadamkan dengan lebih cepat sekali gus mengelakkan

kerugian yang besar. Selain itu dengan adanya penubuhan balai bomba ini ia telah memberikan

peluang pekerjaan kepada 21 pemuda tempatan di daerah itu selepas diserap sebagai Pegawai

Bomba Bantuan (PBB)

TALIAN INTERNET

Menjelang tahun 2005, perkembangan teknologi maklumat juga membolehkan talian internet

diwujudkan di daerah Beluran. Terdapat banyak pusat internet yang dibuka di sekitar daerah

Beluran bagi kegunaan masyarakat setempat antaranya seperti di Pejabat Daerah Beluran. Pusat-

pusat internet ini dibuka atas kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia

untuk memudahkan kehidupan seharian penduduk setempat melakukan urusan-urusan harian

mereka. Disamping itu dengan adanya talian internet yang disediakan ini penduduk setempat

tidak perlu lagi ke bandar Sandakan kerana kemudahan tersebuat telah disediakan di daerah

Beluran.

PETEMPATAN PENDUDUK

7
Bagi Petempatan penduduk di daerah Beluran telah berubah dan berkembang dari masa

ke masa iaitu dari tahun 2005 hingga tahun 2015. Perubahan struktur binaan rumah-rumah

penduduk setempat dapat kita lihat melalui penggunaan konkrit dan simen kerana separuh dari

rumah penduduk di Beluran tidak lagi menggunakan kayu sepenuhnya. Kebanyakan perubahan

guna tanah juga lebih ekonomik apabila segelintir tanah yang dijadikan kawasan pertanian

berubah menjadi kawasan perumahan penduduk dan kawasan kilang.

BEKALAN ELEKTRIK

Setiap kawasan petempatan, kawasan perniagaan dan perindustrian telah dilengkapi oleh

pelbagai kemudahan asas iaitu elektrik. Elektrik yang dibekalkan dari Sabah Electricity Sdn Bhd

(SESB) dapat disalurkan ke semua kawasan-kawasan ini dengan baik. Semua penduduk tanpa

mengira latar umur dapat menggunakan bekalan elektrik secara bersama dan diagihkan kepada

setiap kawasan yang berada di Beluran dengan sama rata serta dapat dinikmati oleh setiap

penduduk.

PEJABAT POS

Menjelang tahun 2005, dengan adanya perkembangan yang pesat kemudahan pejabat pos

diwujudkan di Pekan Daerah Kecil, 90100 Beluran. Terdapat satu pejabat pos di Beluran yang

dibuka di sekitar daerah Beluran bagi kegunaan masyarakat setempat. Nama pengurus cawangan

pejabat pos ini ialah En. Jabin Bin Sarungkai. Pejabat pos ini beroperasi isnin hingga jumaat

bermula 8.00 pagi hingga 4.30 ptg. Dengan adanya penubuhan pejabat pos ini ia dapat

memudahkan lagi urusan penduduk setempat di Pekan Beluran.

BANK

8
Dengan adanya perkembangan yang pesat kemudahan seperti bank diwujudkan di Pekan

Beluran. Bank yang dibuka di sekitar daerah Beluran ini ditubuhkan bagi kegunaan masyarakat

setempat. Dengan adanya kemudahan Bank, masyarakat tidak lagi pergi ke bandar Sandakan

untuk urusan pengeluaran wang.

HOSPITAL BELURAN

Beluran juga mengalami perubahan dari segi perkhidmatan hospital, yang merupakan salah

sebuah hospital kerajaan yang terdapat di sabah dan terletak di jalan Beluran Lama, Beluran

sabah. Hospital ini di bina untuk memberikan perkhidmatan perubatan kepada penduduk di

sekitar daerah Beluran. Hospital beluran juga tidak mempunyai perkhidmatan doktor pakar, oleh

itu sekiranya terdapat pesakit yang memerlukan doktor pakar maka pesakit tersebut akan

dipindahkan ke Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Antara perkhidmatan yang diberikan di

Hospital Beluran adalah seperti Unit Kecemasan, Jabatan Farmasi, Unit kerja Sosial, Unit

patologi, dan Unit Rekod Perubatan.

PERKEMBANGAN PEKAN BELURAN DARI SEGI KEGIATAN EKONOMI DARI

TAHUN 2005 HINGGA 2015.

Melalui kajian ini, penulis akan mengemukakan beberapa perkara mengenai peningkatan

taraf ekonomi daerah Pekan Beluran serta ekonomi penduduk setempat. Semua penduduk

mengalami perubahan pekerjaan dari pelbagai sektor pekerjaan seperti sektor pertanian,

perikanan, perkhidmatan dan sebagainya.

PERIKANAN

9
Hampir semua penduduk di Beluran mencari sumber pendapatan melalui penglibatan diri

sebagai nelayan. Dengan adanaya perkembangan jaringan pengangkutan dan jaringan

komunikasi yang semakin laju ia menggalakkan lagi para nelayan untuk memasarkan sendiri

hasil perikanan mereka de daerah-daerah lain seperti daerah Sandakan dan Telupid. Aktiviti

perikanan menjadi sumber ekonomi utama di daerah Beluran terutamanya bagi penduduk yang

tinggal berhampiran dengan sungai. Kedudukan pasar yang berhampiran dengan jeti juga amat

menggalakan kegiatan perikanan. Hal ini kerana jeti yang berdekatan menjadi tempat bagi

nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka dan menjualnya di pasar. Segelintir penduduk juga

tidak lagi menggunakan bot-bot kecil untuk menangkap hasil laut tetapi menggunakan kapal-

kapal besar

PENTERNAKAN SARANG BURUNG WALIT

Perkembangan industri penternakan sarang burung walit di Pekan Beluran sejak beberapa

tahun lalu, dilihat amat berpotensi meningkatkan ekonomi masyarakat setempat. Pekan Beluran

merupakan salah sebuah pekan yang terkenal yang mempunyai penternakan sarang burung walit

yang bermula tahun 2005 dan berkembang sehingga tahun 2015. Penternakan ini semakin

berkembang dan mendapat banyak permintaan dari orang ramai. Sebelum tahun 2005,

kebiasaannya burung walit bersarang secara bermusim dan semulajadi di gua-gua batu namun

telah diternak secara meluas di Sabah seperti di Beluran untuk mendapatkan sarangnya.

Sebahagian penternak mengeksport sarang burung walit ke luar negara dan mendapat pendapatan

yang lumayan sehingga ada yang mencecah RM5,000 sekilogram.

10
PERTANIAN

Dalam sektor pertanian di Pekan Beluran pula, pertanian kelapa sawit merupakan sektor

pertanian utama, kewujudan kilang-kilang memproses kelapa sawit dibeluran banyak

mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan sekaligus meningkatakan sosioekonomi penduduk

setempat. segelintir penduduk tidak lagi sepenuhnya bergantung dengan kaedah tradisional. Hal

ini disebabkan kerana peningkatan teknologi yang semakin berkembang luas dan maju. Jentera-

jentera yang digunakan semasa melakukan aktiviti pertanian semakin moden dan mudah untuk

digunakan. Para petani tidak lagi perlu mengambil masa yang lama menunggu tahap kematangan

tanaman. Baja yang digunakan oleh para petani juga semakin berkualiti dan baik untuk kegiatan

pertanian menyebabkan pendapatan mereka semakin meningkat kerana terdapat banyak

permintaan dari orang ramai

PERKHIDMATAN

Perkembangan pekan Beluran yang agak pesat menyebabkan hampir semua jenis

perkhidmatan dalam bentuk awam dan swasta wujud di sana. Antara perkhidmatan yang semakin

ketara berkembang adalah seperti penubuhan Balai Bomba, peningkatan infrastruktur di Hospital

Beluran serta pertambahan bilangan guru di sekolah-sekolah. Jenis perkhidmatan yang pelbagai

menyebabkan peningkatan jumlah pendapatan penduduk setempat yang menceburkan diri dalam

sektor perkhidmatan kerana ramai penduduk tempatan terlibat dalam sektor perkhidmatan awam

dan swasta. Di samping itu juga perkhidmatan kenderaan yang dikenali sebagai “PAIRIT” di

pekan beluran juga telah memudahkan penduduk setempat untuk pergi ke Sandakan pergi dan

11
balik mahupun untuk berbelanja di Pekan Beluran. Hal ini telah memudahakan lagi urusan

penduduk Pekan Beluran.

PENDAPATAN PENDUDUK PEKAN BELURAN

Setelah pekan Beluran mengalami perkembangan yang agak pesat, jumlah pendapatan

penduduk juga semakin meningkat. Hal ini disebabkan oleh pekerjaan yang semakin

berkembang dan persaingan yang begitu tinggi, maka pendapatan yang dikenakan adalah relevan

dan seiring dengan peningkatan ekonomi daerah Beluran.

KEPENTINGAN PEKAN BELURAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT PADA

TAHUN 2005 HINGGA 2015.

Dalam kajian ini juga pengkaji akan menghuraikan tentang kepentingan Pekan Beluran

kepada penduduk setempat. Hal ini kerana perkembangan yang amat pesat di Pekan Beluran

mampu memberikan kepentingan yang amat bermanfaat dan berguna kepada penduduk

setempat.

MENINGKATKAN EKONOMI PEKAN BELURAN

12
Melalui perkembangan pekan Beluran ini, ramai penduduk setempat yang berminat

menjalankan sektor perniagaan dengan membuka kedai-kedai dan juga kilang-kilang bagi

menghasilkan barangan siap atau separuh siap untuk memenuhi permintaan penduduk Beluran.

Perkembangan pekan juga menggalakkan pertambahan penduduk yang memerlukan permintaan

barangan yang banyak. Pembukaan kedai dan kilang juga akan membawa kepada kemasukan

teknologi seperti alat komputer yang canggih dan mesin. Hal ini dapat meningkatkan permintaan

penduduk secara maksimum dalam pengeluaran barangan.

MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN

Seterusnya, Perkembangan pekan Beluran ini juga dapat membuka banyak peluang

pekerjaan kepada penduduk setempat melalui pertambahan fizikal seperti kilang, kedai dan

sebagainya dan memerlukan jumlah pekerja yang banyak. Oleh itu, pembukaan kilang dan kedai

akan menggalakkan peluang pekerjaan dan memberikan pekerjaan kepada penduduk setempat

untuk mencari sumber pendapatan dan punca rezeki kerana kebanyakan penduduk Beluran amat

bergantung kepada pekerjaan yang wujud di sekitar daerah Beluran.

SUMBER PERBELANJAAN PENDUDUK

Melalui perkembangan pekan Beluran ini, Pekan Beluran telah menjadi tumpuan kepada

penduduk setempat yang tinggal di Pekan Beluran. Dengan adanya sektor perniagaan dengan

membuka kedai-kedai dan juga kilang-kilang bagi menghasilkan barangan siap atau separuh siap

untuk memenuhi permintaan penduduk Beluran, ia telah menjadikan Pekan Beluran menjadi

sumber utama perbelanjan penduduk dan menjadi tempat pencarian pendapatan penduduk.

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN ASAS

13
Akhir sekali, Perkembangan Pekan Beluran ini juga akan menyebabkan jumlah penduduk

semakin meningkat dan kemudahan asas seperti pejabat pos, Bank dan pusat Internet semakin

berkembang selaras dengan kemajuan teknologi. Kemudahan-kemudahan asas yang sedia ada

juga dibaik pulih serta ditambah oleh pihak kerajaan bagi meningkatkan keselesaan penduduk

setempat untuk menggunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, penduduk tidak perlu berjalan jauh

untuk mendapatkan perkhidmatan seperti sebelum ini mereka perlu pergi ke bandar Sandakan.

MENJADI PUSAT PENTADBIRAN UTAMA

Kepentingan pekan Beluran kepada penduduk setempat ialah menjadi pusat pentadbiran

utama. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan kemudahan perkhidmatan terletak di

pekan Beluran. Selain itu, pekan Beluran juga menjadi tumpuan para nelayan untuk menjual

hasil tangkapan mereka manakala petani menjual hasil tanaman sepeti sayur-sayuran dan buah-

buahan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat merumuskan bahawa Pekan Beluran sememangnya

mempunyai sejarah yang menarik untuk dikaji. Pelbagai aspek yang menarik seperti sejarah asal-

usul penubuhan pekan Beluran, sejarah perkembangannya dari sosio-ekonomi dan kepentingan

Pekan Beluran kepada penduduk setempat. Bagi sejarah asal-usul penubuhan Pekan Beluran

14
dapat dilihat bahawa mempunyai sejarah penubuhannya yang amat mudah difahami. Selain itu,

bagi sejarah perkembangan pula Perkembangan ini juga membolehkan penduduk setempat dapat

hidup dengan selesa di samping dengan kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh pihak

kerajaan. Dari segi kepentingan, terdapat banyak faedah yang telah diperolehi oleh penduduk

Pekan Beluran seperti dapat membuka peluang pekerjaan yang luas, meningkatkan ekonomi

pekan dan banyak lagi.

Pengkaji berharap agar kajian ini dapat menjadi rujukan pada generasi akan datang. Selain

itu, pengkaji juga berharap agar kajian ini akan membantu untuk memberi kesedaran kepada

penduduk Pekan Beluran tentang betapa pentingnya penubuhan Pekan Beluran ini kepada

penduduk setempat. Disamping itu juga, pengkaji berharap supaya orang ramai dapat

mengetahui tentang sejarah pembukaan Pekan Beluran dan perkembangan pekan ini dengan

lebih mendalam.

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur.

Buku Laporan daerah Beluran

http://amiriati.blogspot.com/2012/10/situasi-22-bandar-atau-pekan_23.html

15
Blogspot ASAL USUL BULUDAN ATAU BELURAN. Dicapai pada 28 ogos 2021. Dari

http://cikguharthono.blogspot.com/2016/03/asal-usul-buludan-atau-beluran.html

Portal Rasmi Majlis Daerah Beluran. Dicapai pada 28 ogos 2021. Dari

http://ww2.sabah.gov.my/md.bln/index.php?

option=comcontent&view=article&id=4&Itemid=129

Wikipedia. Dicapai pada 28 ogos 2021. Dari: https://ms.wikipedia.org/wiki/Beluran

Wikipedia. Dicapai pada 28 ogos 2021. Dari

https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Beluran

www.pressreader.com

Temu bual bersama Linah binti Tanuh, penduduk Pekan Beluran pada 25 ogos 2021

Temu bual bersama Roslan bin Nurdin, penduduk Pekan Beluran pada 25 ogos 2021

Temu bual bersama Alaysius Suadi, penduduk Pekan Beluran pada 28ogos 2021

Temu bual bersama Sarina Takoing, penduduk Pekan Beluran pada 28 ogos 2021

Temu bual bersama Sicca Apang, penduduk Pekan Beluran dan guru SMK Beluran pada 29

ogos 2021.

LAMPIRAN

16
17
Gambar 1: Jeti Pekan Beluran

Gambar 2: SMK Beluran

18
Gambar 3: Balai Bomba daerah Beluran

Gambar 4: Pusat Internet

19
Gambar 5: Kawasan Beluran

Gambar 6: Pejabat Pos

20
Gambar 7: Bank (BSN)

Gambar 8: Hospital Daerah Beluran

21

You might also like