You are on page 1of 3

NEGARA-NEGARA SELATAN ( KUMPULAN G-15)

Negara-negara selatan (Kumpulan G-15) ditubuhkan sebagai mesyuarat peringkat kumpulan


negara membangun pada September 1989, berikutan daripada kesimpulan daripada mesyuarat
Ninth Non-Aligned Summit di Belgrade, Yugoslavia.Kumpulan G15 dikemukakan oleh Tun Dr.
Mahathir di sidang Kemuncak NAM di Zimbawe untuk menjadi ‘suara’ NAM yang menghadapi
masalah ekonomi. Ahli-ahli kumpulan asal adalah terdiri daripada Algeria, Argentina, Brazil,
Chile, Egypt, India, Indonesia, Jamaica, Kenya, Malaysia, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Sri
lanka, Venezueia dan Zimbabwe.Sidang kemuncak pertama diadakan di Kuala Lumpur , Malaysia
pada tahun 1990 dan Tun Dr Mahathir menjadi ketua pengurusi bagi persidangan ini.

Terdapat beberapa matlamat pertubuhan Kumpulan G15.Antaranya ialah menggunakan potensi


kerjasama untuk bermanfaat bersama antara negara-negara membangun.Sidang Kumpulan G15
juga berfungsi sebagai sebuah forum nasihat dalam kalangan negara membangun untuk
menyelenggarakan polisi dan tindakan.Kumpulan G-15 juga bermatlamat untuk mengenalpasti
dan mengguna pakai skim kukuh untuk kerjasana antara rantau Global South serta menghalang
sokongan meluas.Sidang Kemuncak Negara-negara Selatan juga mendorong kepada suatu
kerjasama antara negara-negara membangun dan maju yang positif dan produktif serta mencari
cara baru mengatasi masalah semasa dalam cara yang kooperatif, membina dan saling
menyokong.

Salah satu faktor yang mendorong Malaysia untuk mencadangkan penubuhan Kumpulan G15
adalah untuk mengatasi masalah eksport bahan mentah yang dihadapi oleh NAM. Selain itu,
Kumpulan G15 ditubuhkan untuk mengenalpasti cara-cara untuk membaiki kedudukan ekonomi
negara anggota.Selanjutnya , Kumpulan G15 juga mempercepatkan pelaksanaan program dan
projek kerjasama antara negara anggota. Kumpulan G15 juga bermatlamat untuk mengkaji cara
pembayaran balik hutang negara anggota dan juga untuk memecahkan monopoli negara Barat.
Persidangan pertama menubuhkan Talian Maklumat Perdagangan(Trade Information
Network-TIN ). Selain itu dalam persidangan pertama juga perbincangan untuk mengukuhkan Sistem
Perdagangan Islam Sedunia (Global System of Trade Preferences ,GSTP) dibincangkan. Dalam
persidangan pertama Pusat Pertukaran Data Pelaburandan Teknologi Selatan (SITTDEC) juga
ditubukan serta mengadakan forum perniagaan dan pelaburannegara Selatan dengan bantuan
PBB.

Dalam persidangan kedua anggota negara bersetuju untuk membentuk perdagangan


antarabangsa dan juga meluluskan Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan. Dalam
persidangan kedua juga mengadakan mesyuarat Kumpulan Pakar bagi Pertukaran Maklumat
(EINAP).

Antara pencapain Kumpulan G15 telah menyusun Mekanisme Kewangan Pembiayaan


Perdagangan yang melibatkan penghapusan cukai berganda antara dua buah negara yang
berdagang.Selain itu persidangan negara-negara selatan juga mewujudkan Forum Perniagaan dan
Pelaburan.Melalui Kumpulan G15 , Pusat Pertukaran Data Pelaburan,Perdagangan, dan
Teknologi Selatan(SITTDEC) telah diwujudkan untuk menjalin kerjasama urusanperniagaan
dan menyebarkan maklumat ekonomi.G-15 juga telah mempersetujui penubuhan pusat
kecemerlangan pendidikan dalam pelbagai bidang.Malaysia dipilih untuk menjadi negara
penggerak bagi melaksanakan institusi tersebut. Universiti Malaya, Institut Tadbiran Awam
Negara dan Institut Aminuddin Baki telah dikenal pastisebagai pusat kecemerlangan pendidikan.
Pada tahun 1997 INTAN telah menganjurkan kursus Metodologi Antarabangsa. Pada tahun 1998
dua biasiswa peringkat sarjanadiberi kepada anggota G-15 untuk mengikutikursus dalam bidang
pentadbiran awam di Universiti Malaya. Menubuhkan Talian Maklumat Perdagangan(TIN).
Mengukuh Sistem Perdagangan Islam Sedunia(GSTP).Mengadakan Mesyuarat Kumpulan Pakar
bagi Pertukaran Maklumat (EINEP)

You might also like