You are on page 1of 27

7.

0
INSTRUMEN
PENGUMPULAN
DATA
INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA BERHUBUNG TUGASAN PBS

7.1 Pemerhatian

Dalam menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), selama 2 minggu di


sekolah saya berkhidmat iaitu SK Kompleks Uda, saya diberi tugasan untuk mengenalpasti dan
mengumpul maklumat tentang pelaksanaan pihak pengurusan sekolah dari aspek pentadbiran
kurikulum, kokurikulum, penyediaan prasarana sekolah, amalan budaya dan komuniti serta
disiplin sekolah dalam menjayakan pembentukan sahsiah dan akademik murid secara
menyeluruh dan berkesan. Saya telah menggunakan pelbagai kaedah seperti kaedah
pemerhatian, senarai semak dan kaedah temu bual bagi melengkapkan tugasan saya.
Kaedah pemerhatian dan temubual adalah bertujuan untuk pengumpulan data yang telah
saya aplikasikan sepanjang 2 minggu penyempurnaan tugasan PBS. Dalam dapatan saya
sepanjang pemerhatian ini, saya dapat mengenali amalan budaya yang dilaksanakan dalam
pengurusan pentadbiran sekolah yang menjadi tunjang dalam suatu organisasi sekolah. Saya
telah berkesempatan untuk meluangkan masa berjumpa serta menemubual guru besar sekolah
saya dan hasil dari dapatan saya adalah beliau merupakan seorang yang sangat aktif,
bersemangat dan sudi membantu serta tidak lupa beliau merupakan seorang individu yang
penuh dengan karisma. Dalam menjayakan organisasi sekolah yang terbaik, beliau tidak
keseorangan malah dibantu oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penyelaras Petang dan
guru-guru lain.
Pengurusan sekolah yang diketuai beliau sangat disenangi guru-guru dan kakitangan di
sekolah dan beliau sangat mempertimbangkan serta memudahkan urusan terutama dalam
keseimbangan kebajikan, perkembangan pelajaran murid dari segi kognitif, fizikal dan afektif di
sekolah serta tidak lupa juga tentang kebajikan guru-guru lain. Selain itu, saya juga telah
membuat pemerhatian tentang keadaan prasarana di sekolah SK Kompleks Uda. Hasil daripada
dapatan saya, keadaan prasarana di sekolah ini berada dalam keadaan amat baik meskipun
sekolah ini melaksanakan dua sesi persekolahan. Tambahan pula, dengan kedatangan Guru
Besar baharu ke sekolah ini, banyak prasarana yang ditambah baik dan akan bertambah baik
pada masa akan datang. Antara prasarana yang ada ialah bilik kesihatan, makmal sains,
makmal komputer, bilik RBT, tapak perhimpunan, dewan, bilik J-Qaf dan sebagainya. Tidak
lupa juga, sekolah ini akan menambah baik prasarana sedia ada dengan mewujudkan Smart
TV pada setiap kelas. Saya juga dapati, guru-guru di sekolah ini menjalankan amanah dengan
baik sekali serta mereka mengamalkan amalan budaya yang rajin, teguh dan konsisten selari
dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
7.2 Senarai semak
Saya telah menyediakan jadual – jadual untuk mengumpul data sekolah terutama tentang
persekitaran sekolah dan murid. Data juga diproses dengan baik dan disimpan dengan cara yang
efektif.

SENARAI SEMAK CIRI – CIRI PERSEKITARAN SEKOLAH

BAHAGIAN A : KEADAAN SEKOLAH 1 2 3 4 5


1) Aspek keselamatan /
a) Patuh arahan lalu lintas /
b) Latihan keselamatan/ kebakaran /
c) Tugas guru keselamatan /
d) Peti kecemasan /
e) Alat pencegah kebakaran /
f) Poster SOP Covid-19 /
g) Label arahan laluan ‘in’ dan ‘out’ /
2) Aspek kemudahan /
a) Air /
b) Elektrik /
c) Lampu /
3) Aspek kebersihan /
a) Bilik darjah /
b) Bilik-bilik khas /
c) Tandas /
d) Kawasan sekolah /
4) Aspek keselesaan /
a) Kondisi kerusi dan meja murid /
b) Susun atur kerusi meja dengan /
betul
c) Pencahayaan yang baik /
d) Pengudaraan yang baik /
e) Ruang dan ketenteraman bilik /
darjah
5) Aspek keceriaan /
a) Pokok bunga / pepohon /
b) Perhiasan (kata-kata hikmah / /
mural)

BAHAGIAN B : KEADAAN SOSIAL 1 2 3 4 5


1) Kerjasama /
a) Bekerjasama dalam kumpulan /
b) Tolong-menolong / saling /
membantu
2) Hormat-menghormati /
a) Ucapan selamat, terima kasih & /
minta maaf
b) Mematuhi peraturan /
c) Menghormati hak orang lain /
d) Mendengar, bertukar pandangan /
dan perbincangan
3) Bertanggungjawab /
a) Mengambil berat tentang tugas /
yang dijalankan
b) Menjaga kebersihan alam sekitar /
c) Berdikari dan yakin /
4) Semangat perpaduan dan patriotik /
a) Pergaulan murid pelbagai kaum /
b) Kakitangan pelbagai kaum /
c) Pergaulan murid dan warga /
sekolah
d) Budaya berbudi dan cintakan /
sekolah
BAHAGIAN C : AMALAN ILMU 1 2 3 4 5
1) Bersemangat terhadap pelajar /
a) Rajin belajar /
b) Pemikiran kritis dan kreatif /
2) Dorongan daripada sekolah /
a) Teknik pembelajaran yang pelbagai /
b) Bilik darjah yang kondusif /
c) Bimbingan dan kaunseling kepada /
murid
3) Penggunaan bahasa /
a) Penggunaan Bahasa Melayu yang /
baik dan utuh
b) Penggunaan Bahasa Inggeris yang / /
sesuai
SENARAI SEMAK

(i) Umum

Nama Sekolah : SK Kompleks Uda

Bilangan Pelajar : 1049 pelajar

Bilangan Guru : 77 guru

ITEM YA TIDAK
Pengawal /
Pejabat /
Perpustakaan /
Makmal Sains /
Makmal Komputer /
Padang /
Tandas /
Pelan kecemasan /
Kantin /
Bilik Mesyuarat /
Taman Sains /

(ii) Kantin

ITEM PERATUS (%)

Kebersihan kantin 90

Keceriaan kantin 90

Keselamatan kantin 90

Kebersihan kantin 80

Kualiti makanan di kantin 80


(iii) Senarai semak kelas

ITEM YA TIDAK

Kerusi dan meja murid dan guru /

Kipas /

Papan putih /

Sudut belajar /

Sudut maklumat /

Sudut matapelajaran /

Suasana yang selesa untuk PdPC /


7.3 Temubual

Bagi kaedah temubual, saya telah menemubual beberapa orang guru seperti Ketua Panitia
Bahasa Inggeris dan Guru Bahasa Melayu. Antara maklumat yang saya perolehi melalui
temubual ini adalah bagaimana strategi guru dalam menghadapi PdPR secara atas talian
sekaligus menjalani PdPc di sekolah bersama dua kumpulan murid yang berbeza. Amnya,
melalui kaedah ini, sangat membantu saya melengkapkan tugasan terutama dalam pengajaran
dan saya juga mendapat suatu pengetahuan baru serta berkesan dalam amalan kerjaya guru.
Dengan bantuan alat peranti seperti telefon bimbit, komputer riba, pembesar suara dan talian
internet, saya dapat mengambil gambar, merakam video temubual, melaksanakan sendiri
amalan PdPR secara dalam talian serta menyempurnakan aktiviti-aktiviti lain dalam
menyempurnakan tugasan PBS dengan baik. Antara kriteria pemerhatian yang saya dapat
perihalkan selama program ini berjalan ialah nilai-nilai murni yang diamalkan guru dan
kakitangan sekolah, kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah, kekemasan dan kod pakaian
warga sekolah, fasiliti dan prasarana sekolah, amalan tugas dan tanggungjawab guru, budaya
hormat-menghormati dan bekerjasama, menepati dan menjaga masa, bertanggungjawab
terhadap harta benda sekolah, pergaulan sosial guru-guru dan ketekunan murid belajar yang
menjalani PdPR secara atas talian. Sebelum berinteraksi bersama warga sekolah, saya
menyediakan soalan yang berkaitan seterusnya untuk menemubual guru mata pelajaran
pendidikan.

Nama :
Umur :
Tempat Asal :
Kelayakan Akademik :
Tahun mula berkhidmat :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah atau strategi pembelajaran yang
berkesan?
2. Bagaimana guru mengaplikasikan gaya kepimpinan dalam sesi pembelajaran?
3. Kongsikan cara yang terbaik untuk melaksanakan PdPR matapelajaran Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan dengan bermakna.
4. Terangkan pelaksanaan PBD bagi subjek Pendidikan Jasmani.
7.4 Soal selidik
Saya telah melakukan soal selidik berkenaan dengan 2 orang murid. Di sini saya sertakan bentuk-
bentuk soal selidik dalam bentuk perbandingan jadual.
BIODATA MURID 1 MURID 2
1. Nama Penuh
Ana Nur Malaika Binti Mohd Mohamad Hafiy Darwisy Bin
Masri Mohamad Hasrul
2. Gambar Seperti Lampiran Seperti Lampiran
3. Jantina Perempuan Lelaki
4. Umur 10 Tahun 10 Tahun
5. Tarikh Lahir 10/07/2011 02/04/2011
6. Bangsa Melayu Melayu
7. Agama Islam Islam
8. Alamat 08-06, Apartmen Cenderasari, Lot 60-00, Jalan Padi Emas
Jalan Cenderasari 2, Taman 4/1, Bandar Baru Uda,
Perbadanan Islam Larkin, 81200, Johor Bahru,Johor
80350,Johor Bahru, Johor
9. Kelas 4 Bestari 4 Bestari
10. Persekitaran Sekolah Baik Baik
11. Persekitaran Bilik Darjah Baik Memuaskan
12. Nama Ibu Juliah Binti Mohd Siti Nur Syahida Binti
Mohamad
13. Nama Bapa Mohd Masri Bin Mohamad Ali Mohamad Hasrul Bin Awang
14. Pekerjaan Ibu Pelukis plan Tidak bekerja
15. Pekerjaan Bapa Kerani Peniaga
16. Status Ibu Bapa Warganegara Warganegara
17. Tinggal Bersama? Ibu Bapa Ibu Bapa
8.0
KOLABORASI
8.0 Kolaborasi

Semua kolaboratif yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam lampiran 4 yang disediakan
oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak
beserta jawapannya sekali. Kolaboratif yang dilakukan oleh saya ialah:

8.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah


8.2 Perbincangan dengan guru-guru lain
8.3 Perbincangan dengan warga sekolah
8.4 Perbincangan dengan wakil komuniti
8.5 Interaksi dengan murid
8.1 Perbincangan dengan pengurus sekolah

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 8 November 2021 Masa : 8.00 pagi

Tajuk / Perkara : Mendepani cabaran PdPR & Pengurusan Organisasi

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Sentiasa menerima kekurangan & kekangan 1. Guru perlu bijak menarik perhatian
yang dihadapi oleh murid-murid dengan murid supaya supaya dapat penglibatan
pemikiran yang terbuka seperti masalah aktif dari murid.
capaian internet dan kekangan peranti atau 2. Perancangan yang rapi dari guru
gajet. supaya penyampaian maklumat yang
2. Menjalankan kepimpinan demokratik dan sistematik dapat dilaksanakan
autokratik iaitu Guru Besar menggalakkan sepanjang PdPR dan sesi PdPc yang
perbincangan bersama warga sekolah berjalan serentak.
supaya suatu keputusan yang wajar diambil. 3. Guru memainkan peranan penting
3. Guru besar sedang merancang dan bersama barisan pentadbir untuk
melakukan persediaan untuk merealisasikan menghadapi dan mencari jalan
transformasi ts25. penyelesaian yang sewajarnya.
4. Guru besar mengambil langkah ke arah
meningkatkan kemenjadian murid dan
sekolah yang berkualiti tinggi agar
selaras dengan keperluan semasa
pendidikan.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Rafidah Binti Mohd Yussup

Jawatan : Guru Besar SK Kompleks Uda


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 8 November 2021 Masa : 9.00 pagi

Tajuk / Perkara : Pengurusan Sekolah & Pelaksanaan PdPr dan PdPc

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Bagi memastikan guru-guru sekolah ini 1. Untuk merealisasikan hasrat Falsafah
melaksanakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), pihak
Pendidikan Kebangsaan, bagaimanakah sekolah telah membina struktur
pihak sekolah mentadbir pengurusan organisasi sekolah yang tersendiri yang
perjalanan sekolah? membolehkan guru-guru menjalankan
2. Cabaran PdPR bukan sahaja dihadapi amanah yang dipertanggungjawabkan.
oleh murid malah kemahiran guru-guru 2. Pihak sekolah telah membuat kursus
veteran dalam menggunakan teknologi online kepada semua guru tentang
digital merupakan antara cabaran pembelajaran dalam talian. Guru-guru
pembelajaran dalam talian ini kerana tidak veteren terutamannya telah menuntut
semua warga pendidik mahir dalam ilmu dengan guru-guru muda berkaitan
bidang teknologi ini. cara menggunakan teknologi digital.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Salina Binti Ishak

Jawatan : Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Kompleks Uda


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 14 November 2021 Masa : 9.00 pagi

Tajuk / Perkara : Kehadiran murid dan pengurusan murid mengikut sistem penggiliran

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Murid menghadapi masalah dan 1. Guru-guru perlu menggunakan pelbagai
kekangan masa dalam mengikuti kaedah dan teknik pengajaran bagi
pembelajaran dalam talian ini. menarik minat murid untuk hadir ke
Antaranya ialah ibu bapa bekerja di kelas PdPR ini. Sebagai contohnya,
siang hari, tiada peranti, murid malas menggunakan video, gambar yang
masuk kelas PdPR, murid tidak menarik, membuat aktiviti / permainan
berminat dengan pembelajaran dan online seperti Quizizz, Wordwall dan
sebagainya. sebagainya yang boleh diakses pada
2. Program apakah yang biasanya bila-bila masa mengikut kesesuaian.
dijalankan pada awal tahun yang 2. Beberapa program kebajikan terhadap
berfokuskan kebajikan murid di bawah murid yang kurang berkemampuan
Unit HEM? seperti Bantuan Awal Persekolahan,
3. Keberkesanan sistem penggiliran? bantuan RMT dan KWAPM.
3. Murid dapat menyesuaikan diri dengan
sistem penggiliran dengan mudah
bersama kerjasama daripada ibu bapa.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Sayyidah Binti Abdullah

Jawatan : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Kompleks Uda


8.2 Perbincangan dengan guru-guru lain

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 17 November 2021 Masa : 10.00 pagi

Tajuk / Perkara : Amalan budaya dan disiplin sekolah

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Pengalaman budaya sekolah dan 1. Budaya dan amalan bekerja yang
amalan bekerja yang diamalkan warga diamalkan oleh warga sekolah ialah
budaya bekerjasama, amanah,
SK Kompleks Uda.
toleransi, bersatupadu tanpa mengira
2. Perbezaan amalan pembelajaran kaum dan bangsa. Dapat dilihat dalam
amalan sambutan perayaan mengikut
bersemuka dan dalam talian secara
agama dan kaum masing-masing
PdPr. warga sekolah sangatlah meraikan dan
menghormati kepelbagaian kaum dan
agama.
2. Sebagai guru yang berpengalaman,
dapat dilihat jurang perbezaan
pembelajaran bersemuka dan dalam
talian. Masing-masing mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Namun tidak dinafikan bahawa,
pembelajaran bersemuka adalah lebih
berfokus dan amalan yang paling
berkesan, namun PdPr juga
memainkan peranan di dalam melatih
guru dan murid untuk mahir
penggunaan teknologi.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Nurul Hana Binti Mohd Nazri

Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Inggeris SK Kompleks Uda


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN
(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 11 November 2021 Masa : 10.00 pagi

Tajuk / Perkara : Penggunaan Google Classroom dalam proses P&P

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Penggunaan Google Classroom 1. Guru ICT perlu membuat satu kursus
atau ceramah kepada semua murid-
dalam kalangan murid-murid agak
murid serta ibu bapa berkaitan cara
kurang memuaskan disebabkan penggunaan Google Classroom ini.
murid-murid tidak pandai Selain itu, mengenal pasti murid yang
pandai menggunakan teknologi
menggunakannya serta terdapat maklumat. Murid celik IT akan
ibu bapa yang tidak mahir dengan memberikan manfaat kepada sekolah.

IT.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Shamsiah Binti Mohd Nor

Jawatan : Ketua Panitia Bahasa Melayu SK Kompleks Uda


8.3 Perbincangan dengan warga sekolah

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 15 November 2021 Masa : 11.00 pagi

Tajuk / Perkara : Pengurusan keselamatan sewaktu pandemik

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Bagaimana prosedur sepanjang 1. Menjaga SOP kepada setiap pelawat
yang masuk ke kawasan sekolah
mengawal keselamatan sekolah di
seperti mengambil suhu dan mengisi
musim pandemik? data MySejahtera. Memastikan
2. Apakah masalah yang selalu pelawat mengisi buku daftar tujuan
urusan di sekolah. Menjaga dan
timbul sepanjang mengawal mengawal kawasan sekolah seperti
keselamatan sekolah dan biasa mengikut jadual.
2. Masalah komunikasi di antara pelawat
cadangan untuk tentang tujuan urusan pelawat yang
penambahbaikan? sebenar. Masalah kawalan trafik
terutama kenderaan ibu bapa yang
menurunkan anak mereka di depan
pintu masuk sekolah. Memberi
maklumat jelas kepada ibu bapa.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Che Zaini Binti Awang

Jawatan : Pengawal keselamatan SK Kompleks Uda


8.4 Perbincangan dengan wakil komuniti

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 16 November 2021 Masa : 1.30 petang

Tajuk / Perkara : Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran atas talian

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Ibu bapa meluahkan perasaan 1. Guru perlu mempelbagaikan kaedah
berkaitan isu keberkesanan dan menggunakan strategi yang
pengajaran dan pembelajaran berkesan bagi menarik minat murid
dalam talian ini. Ibu bapa risau dalam pembelajaran dan
sekiranya anak-anak mereka tidak menyakinkan ibu bapa akan
dapat memahami pembelajaran keberkesanan pengajaran dan
yang diterangkan oleh guru pembelajaran dalam talian ini. Guru
tersebut serta akan menyebabkan perlu berbincang dengan ibu bapa
anak-anak mereka ketinggalan. sekiranya terdapat pelbagai isu dan
masalah yang dialami oleh murid-
murid serta menyelesaikannya
dengan baik.

Tandatangan : __________________________

Nama : Pn. Siti Nur Syahida Binti Mohamad

Jawatan : Wakil Ibu Bapa Murid SK Kompleks Uda


8.5 Interaksi dengan murid

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN


(Pengurus sekolah / guru / warga sekolah /wakil komuniti/ murid yang ditemu bual)
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Tarikh : 16 November 2021 Masa : 11.00 petang

Tajuk / Perkara : Refleksi murid selepas sesi PdPR

Isi Perbincangan Cadangan Tindakan


1. Murid membuat refleksi selepas sesi 1. Tindakan yang boleh dilakukan oleh
PdPR mata pelajaran Bahasa Melayu guru Pendidikan Jasmani adalah
dan Pendidikan Jasmani pada hari ini. dengan membuat penambahbaikan
Rata-rata murid mudah memahami mata dan mempelbagaikan kaedah dan
pelajaran Bahasa Melayu berbanding strategi pengajaran yang lebih
Pendidikan Jasmani yang memerlukan menarik minat murid untuk belajar
penguasaan sesuatu kemahiran. Berbeza dan memudahkan murid untuk
pula dengan mata pelajaran Bahasa menguasai sesuatu topik.
Melayu yang hanya menggunakan
pendekatan seperti video, muzik dan
membuat aktiviti permainan online seperti
Quizizz.

Tandatangan : __________________________

Nama : Muhammad Naqib Fahim Bin Azmi

Jawatan : Murid SK Kompleks Uda


9.0
PEMERHATIAN
9.0 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap sekolah dari beberapa aspek. Antaranya ialah:

(a) Kebersihan Kawasan Sekolah

Warga sekolah peka terhadap kebersihan kawasan sekolah, sedar akan kepentingan
memelihara kebersihan persekitaran sekolah. Pengurus Sekolah sentiasa menasihati pelajar
agar menjaga kebersihan sekolah dan sentiasa mengambil berat tentang kebersihan kerana
kebersihan mewujudkan suasana yang tenang dan aman di dalam bilik darjah. Peranan penting
pekerja kebun sekolah juga adalah untuk menjaga kebersihan sekolah. Selain itu, pengusaha
kantin sekolah bertanggungjawab untuk sentiasa menjaga kebersihan kawasan kantin sekolah
agar warga sekolah terhindar daripada sebarang penyakit.

(b) Keceriaan Sekolah

Sekolah sentiasa berada dalam keadaan ceria dan Pengurus sekolah mengawal keadaan
emosi pelajar dalam usaha memperkembangkan unsur JERIS dalam FPK.

(c) Kebersihan pakaian warga sekolah

Guru sekolah mesti berpakaian kemas mengikut kod etika pemakaian guru supaya menjadi
contoh kepada semua murid manakala kakitangan sekolah yang lain seperti kerani sekolah,
pengawal keselamatan sekolah dan pengusaha kantin juga mestilah sentiasa dalam keadaan
bersih dan kemas ke sekolah.

(d) Tingkah laku

Memupuk sifat bersopan santun, memberikan respon yang baik, mengamalkan sikap
bekerjasama antara satu sama lain dan bantu-membantu dalam sebarang aktiviti yang
dijalankan. Kakitangan sekolah juga turut sentiasa bersopan santun dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Tidak lupa juga amalan memberi salam antara guru dan guru, murid dan
guru serta semua kakitangan.
(e) Disiplin

Setiap warga sekolah mematuhi disiplin sekolah dan menggunakan aspek disiplin sekolah
sebagai garis panduan apabila di sekolah. Warga sekolah juga perlu sentiasa memelihara
tingkah laku berdasarkan peraturan dan undang-undang sekolah serta menghormati disiplin
yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memelihara disiplin
sepenuhnya dengan rasa bertanggungjawab.

(f) Perlaksaan tugas dan tanggungjawab

Para pendidik bertanggungjawab ke atas tugasan yang diamanahkan manakala murid-murid


pula tekun berusaha untuk menyiapkan kerja atau tugasan yang diamanahkan kepada mereka
dalam masa yang ditetapkan serta patuh kepada arahan. Semua pihak berusaha
melaksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh dan komited terhadap setiap tugasan
yang diberi.

(g) Hormat-menghormati

Murid dididik supaya sentiasa menghormati orang lain dari pelbagai golongan dan sentiasa
melakukan amalan bertegur sapa antara satu sama lain. Sikap hormat-menghormati, seperti
senyuman dan tunduk hormat juga diterapakan ke dalam diri murid terutama penerapan sikap
menghormati orang yang lebih tua dan juga rakan sebaya.

(h) Sikap bekerjasama

Dalam Pendidikan Abad ke-21 ada menerapkan nilai kerjasama antara semua murid dan
guru di mana murid-murid boleh dinilai berdasarkan semangat kerjasama yang ditunjukkan
semasa melakukan aktivti berkumpulan. Murid-murid juga telah diterapkan unsur kerjasama
sejak dari awal lagi yang bukan sahaja boleh digunakan semasa melakukan aktiviti
berkumpulan malah semasa di luar bilik darjah juga murid mengamalkan amalan ini tanpa
kekok.

(i) Ketepatan masa

Secara keseluruhannya, warga sekolah dilihat sentiasa menepati masa kecuali jika ada hal
yang tidak dapat dielakkan. Sikap menepati masa amatlah dititik beratkan dalam setiap urusan
organisasi.
(j) Tanggungjawab terhadap harta benda sekolah

Warga sekolah adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas harta benda sekolah dan perlu
mengambil berat tentang kebajikan kemudahan sekolah. Kepercayaan terhadap murid-murid
perlu diletakkan supaya murid-murid sedar akan kepentingan menjaga amanah terhadap harta
awam. Sentiasa mengingatkan warga sekolah untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga
harta benda sekolah seperti hak milik sendiri.

(k) Pergaulan sosial guru-guru

Pergaulan sosial antara guru-guru adalah tidak kira dari pelbagai bangsa, kaum dan latar
belakang. Dapat dilihat guru yang berlainan bangsa tidak kekok untuk bergaul sesama mereka.

Para guru juga sangat rapat antara satu sama lain yang dapat dilihat apabila ada sambutan
majlis hari lahir atau ucapan perayaan mengikut kaum masing-masing tanpa rasa kekok. Rakan
guru juga sangat ramah dan berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan orang lain dan mudah
menyesuaikan diri dalam masa yang singkat serta memiliki pemikiran yang positif serta tidak
ada masalah untuk saling membantu antara satu sama lain. Guru di sini sememangnya
mengamalkan slogan ‘4S’ (senyum, sapa, salam, sayang). Hasil daripada pemerhatian di
bahagian pengurusan sekolah pula, saya mendapat tahu tentang tugas-tugas pihak pengurusan
dan bagaimanakah cara mereka merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan di
sekolah. Guru Besar sekolah ini berganding bahu dan bergerak seiring dengan guru-guru lain
untuk mencapai matlamat sekolah ini. Bahagian pengurusan sering membuat perancangan
awal supaya tidak berlaku sebarang masalah pada masa akan datang. Ini kerana hasil daripada
pemerhatian saya, saya mengetahui bahawa pihak pengurusan tunjang dalam sesebuah
sekolah dan jika mereka tidak melakukan tugas mereka dengan baik, maka sekolah tersebut
akan gagal untuk merealisasikan tuntutan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

9.1 Senarai Semak

Kaedah lain yang saya gunakan ialah kaedah senarai semak. Kaedah ini saya gunakan
untuk mengumpul semua maklumat yang berkaitan dengan tugasan saya dengan lebih
sistematik. Senarai semak adalah untuk memastikan semua aspek yang dinyatakan di dalamnya
dipenuhi di sekolah ini. Melalui pelaksanaan kaedah senarai semak ini saya mendapati semua
kemudahan yang diperlukan oleh murid-murid lengkap di sekolah ini. Penerapan tentang nilai-
nilai murni terhadap murid-murid memang berkesan dan boleh dipuji kerana hampir kesemua
murid-murid mengetahui etika dan peraturan di sekolah dan mengamalkan nilai dan amalan-
amalan murni yang baik dan boleh diteladani. Usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak
pentadbir sekolah dalam membina perkembangan fizikal, kognitif, sosioemosi serta rohani dan
moral yang seimbang berada di tahap yang agak memuaskan. Keseluruhannya, murid-murid dapat
mencapai tahap perkembangan yang baik.

9.2 Temu Bual

Melalui temu bual yang telah dijalankan, terdapat banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan di sekolah ini sendiri. Banyak perkara yang
dapat dirungkai melalui kaedah temu bual ini. Saya telah menemubual beberapa pihak seperti
Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru panitia, kakitangan sekolah dan beberapa
orang murid. Antara perkara yang telah saya perolehi adalah peranan pihak pengurusan dalam
memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) dalam kalangan
pelajar serta bagaimana proses perkembangan pelajar-pelajar di sekolah tersebut diukur sama
ada melalui ujian khas dan ujian yang dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu,
soalan-soalan yang ditanyakan telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut.
Hal ini kerana mengelakkan sesi temu bual terhentu-henti tanpa ada soalan. Antara soalan
yang ditanyakan ialah:

 Apakah peranan guru dalam merealisasiakn FPK?

 Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?

 Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?

 Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?

 Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam


memantapkan akademik pelajar?

 Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru , murid dan ibu bapa dalam menjalani
PdPr?
9.3
 Apakah rancangan dan tidakan yang diambil oleh pihak sekolah dalam
9.4
menagani permasalahan ini?
9.3 Pengalaman Di Bilik Darjah

Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya memperolehi banyak input.
Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi borang senarai semak yang
mengandungi maklumat seperti berikut: Dengan adanya borang senarai semak ini, lebih mudah
cara untuk mengenali persekitaran dan iklim di bilik darjah. Sebagai contoh, melalui
pemerhatian saya, bilik-bilik darjah di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam
menjalankan aktiviti pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan bahan dan sumber
pengajaran yang dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat melihat penglibatan aktif murid-
murid dalam setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah perkara baru yang telah saya perolehi
sepanjang menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.

 Pelan bilik darjah.

 Bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh pelajar.

9.3.1 Pelan Bilik Darjah


(Lampiran)

9.3.2 Bahan dan sumber pangajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh pelajar.

Bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah murid-murid juga turut
dipamerkan di suatu sudut blok bangunan yang menghampiri bilik darjah. Sebagai contohnya,
terdapat himpunan kata-kata mutiara yang dapat membantu menaikkan semangat murid. Adab-
adab yang perlu diikuti dalam kehidupan seharian mereka contonya adab dengan guru, adab
menuntut ilmu, adab bersama rakan, dan banyak lagi turut dipamerkan. Papan kenyataan yang
disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahan-bahan pembelajaran yang berguna
kepada murid-murid. Pada setiap papan kenyataan tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi
dengan maklumat mengikut setiap mata pelajaran yang dipelajari contohnya Sejarah,
Matematik, Pendidikan Islam, Bahasa Inggeris, Sains dan lain-lain.

Selain itu, bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan di bilik
darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Bahandan
sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat memudahkan pelajar untuk
belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar. Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan
dalam bilik darjah kerana ia dapat meningkatkan perkembangan pelajar dari pelbagai aspek.
Pelbagai jenis bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran atau boleh juga dipanggil
bahan bantu mengajar yang terdapat di dalam sesebuah bilik darjah. Bahan–bahan mengajar
yang digunakan perlu dapat menarik minat murid untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Antaranya bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mudah digunakan oleh murid
ialah papan kenyataan. Papan kenyataan adalah satu bahan yang kekal dan tidak berpindah
randah dari satu tempat ke tempat lain. Melalui penggunaan papan kenyataan, murid-murid
dapat belajar dengan lebih cepat tanpa perlu membuang masa bergerak ke tempat lain. Papan
kenyataan yang dilengkapi dengan pelbagai informasi dan nota berkaitan memudahkan pelajar
membuat rujukan. Contonya ruangan Bahasa Inggeris yang dilengkapi dengan gambar. Pada
ruangan Pendidkan Islam pula dipamerkan huruf-huruf jawi, doa harian dan sebagainya.
Dengan adanya papan kenyataan yang berinformasi ini, murid-murid dapat belajar secara
kendiri.

9.3.3 Sejauh manakah penglibatan pelajar dalam pembelajaran secara atas talian.

Murid-murid yang mengikuti kelas secara PdPr digalakkan untuk melibatkan diri secara
aktif dalam setiap mata pelajaran yang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
pelajar mendapat informasi yang sama daripada guru. Ianya juga bagi memastikan pencapaian
yang seimbang antara pelajar. Melalui pemerhatian saya semasa menjalani PBS, para guru
banyak menggunakan teknik penyampaian melalui rakaman video dan dimuat naik ke dalam
aplikasi YouTube dan sebagainya. Teknik ini digunakan supaya murid-murid dapat memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Selain itu, melalui kaedah ini, murid dapat
mengakses pembelajaran pada bila-bila tanpa batas juga memberi kelebihan kepada mereka
jika ingin melakukan ulangkaji.

Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya secara terus jika ada perkara yang tidak
difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih murid untuk berani
meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat
membelenggu diri sesetengah mereka.
Lampiran

You might also like