You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PELANGI INDAH,

81800 ULU TIRAM, JOHOR.

KERTAS KERJA
PROGRAM LALUAN KESIHATAN

ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN KESIHATAN
SK TAMAN PELANGI INDAH

1
KERTAS KERJA PROJEK LALUAN KESIHATAN

1. PENGENALAN
Program Laluan Kesihatan merupakan program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan
Kesihatan untuk memberikan pengetahuan kepada murid-murid berkenaan jenis dan
tanda sesuatu penyakit, zat-zat makanan dan kepentingan terhadap tubuh badan, dan
mengenal pelbagai emosi dan reaksi yang berkait rapat dalam kehidupan manusia pada
masa kini. Melalui program ini, murid didedahkan dengan perkara-perkara yang
berkaitan dengan Pendidikan Kesihatan di luar bilik darjah. Dengan ini, murid-murid
tidak hanya bergantung dengan buku teks semata-mata, malah boleh belajar secara
kendiri berkenaan Pendidikan Kesihatan.

2. MATLAMAT
2.1 Memberi pengetahuan kepada murid berkenaan Pendidikan Kesihatan
di luar bilik darjah.
2.2 Menambah dan meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.
2.3 Menerap unsur KBAT dalam setiap mata pelajaran.

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan maklumat berkaitan kesihatan kepada murid-murid.

3.2 Memberi peluang kepada murid agar sentiasa cakna berkenaan isu
kesihatan.

4. ANJURAN
Panitia Pendidikan Kesihatan Sekolah.

5. TARIKH PELAKSANAAN
1 hingga 14 November 2021

2
6. AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Cg. Miskiah binti Jalaludin
(Guru Besar, SK Taman Pelangi Indah)

Timbalan Pengerusi : Cg. Katijah binti Abu Bakar


(GPK Pentadbiran, SK Taman Pelangi Indah)

Penyelaras : Cg. Mohd Asyraf Safwan bin Jalaluddin


(Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan)

Ahli Jawatankuasa : Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan Kesihatan


7. BARANG-BARANG KEPERLUAN

BIL JENIS BARANG KUANTITI JUMLAH


1. Cat dinding / nippon 2 tin RM 500.00
2. Banner - RM736.98
JUMLAH RM1236.98

8. PERUNTUKAN
Panitia Pendidikan Kesihatan RM1236.98
PENUTUP

Diharapkan Program Laluan Kesihatan dapat dilaksanakan dan mencapai objektif


program seperti yang diharapkan dan  seterusnya menggalakkan murid untuk menimba
ilmu pengetahuan di luar bilik darjah dengan cara santai. Semoga program ini juga
dapat meningkatkan usaha ke arah pembentukan personaliti diri murid dan sentiasa
cakna menambah ilmu pengetahuan.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh,

................................................... ........................................
(Cg. Mohd Asyraf Safwan bin Jalaluddin) (Cg. Miskiah binti Jalaludin)
Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan Guru Besar,
SK Taman Pelangi Indah SK Taman Pelangi Indah

Disahkan Oleh,

................................................... ........................................
Cg. Miskiah binti Jalaludin)
Guru Besar,
SK Taman Pelangi Indah
3
4

You might also like