Professional Documents
Culture Documents
Ahli Zikir Akan Selamat
Ahli Zikir Akan Selamat
Ini adalah blog pengenalan kepada maksud kehambaan sebenar kepada Allah Subhanahu Wa Taala.
Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita semua.
Saya jawab politicians lah. (Saya tahu itu bukan jawapannya, saja bagi jawapan tipikal)
Kata beliau, yang kuasai dunia moden pada hari ini ialah para hartawan, billionaire dan business man.
Raja, menteri, presiden, semuanya terpaksa tunduk pada mereka. Sebab ahli politik bukan ada duit
banyak pun, semuanya duit rakyat. Tapi billionaire banyak duit, dan ahli politik kena tunduk kepada
mereka untuk mereka pun dapat "rasa" duit tu.
Katanya, orang-orang kaya nak bisnesnya berjalan. Kilang senjata, kilang peluru, kilang jet pejuang,
kilang kereta kebal semuanya akan mereput berkarat kalau tak ada pengguna. Jadi macam mana nak
ada pengguna kalau semuanya aman?
Tiupkan sentimen agama, kaum, bangsa, mazhab, anti kerajaan, liberalisme, athéisme dll hingga
cetuskan perang. Beli media, bayar media untuk buat liputan atas isu sentimen supaya seluruh dunia
percaya perang itu berlaku kerana sentimen ni semua.
Maka semua akan percaya yang perang di Syria dan Yaman adalah kerana sentimen "Syiah-sunni"
misalnya.
Masa ni lah negara² besar macam Amerika dan Russia akan campur tangan.
Sebab apa?
Sebab dibelakang mereka ada banyak lagi orang kaya dan syarikat besar yang berselindung di sebalik
ahli politik untuk "business strategy" mereka.
Di negara kucar kacir ni lah mereka boleh offer "hutang" dan jadikan negara tu hamba mereka dengan
ikatan riba.
Di negara seperti itu lah mereka boleh offer "bantuan" dan ikat kontrak untuk "bina" semula negara tu
dengan syarikat-syarikat pembinaan dari negara mereka sebagai "balas budi".
Di negara inilah para syarikat kereta, syarikat makanan, restoran, livestock, dried food dll boleh jual
produk mereka.
Di negara itu jugalah undang-undang dicabuli dan yang kuat boleh kuasai telaga² minyak.
So syarikat bank, syarikat senjata, syarikat kereta, syarikat makanan,, syarikat syarikat pembinaan,
syarikat hotel, syarikat pasir, simen dll
Dan seluruh dunia terus percaya yang perang itu disebabkan sentimen. Para Ruwaibidhoh terus
berkempen dan meniupkan benci sehingga wujudlah kumpulan² militan tak sah yang sememangnya
sangat diingini oleh para mastermind perang supaya mereka boleh terus jadi sensasi di media.
Jadi sebab itu jugalah para ulama sufi dilihat begitu tenang dan teruskan usaha mereka dalam
dakwah, zikir dan mengajar tanpa berbicara pun tentang fitnah ini. Sehingga para Ruwaibidhoh yang
menjadi mangsa media memfitnah mereka sebagai syaitan bisu, ulama sesat, anti politik, anti jihad,
penjilat pemimpin zalim dll.
Merekalah golongan paling takut pada Allah. Siang dan malam mereka dalam tangisan kerana
takutkan Allah.
Dan kerana takutkan Allah lah mereka berdiam diri. Kerana itu adalah perintah RASULNYA.
Jadi dengan semua strategi ni. Para hartawan yang jadi mastermind tidak akan dibenci.
Dalam masa yang sama, mereka taja ribuan penghibur, artis, fesyen, new trending, pelawak dan lain-
lain program hiburan untuk distraction supaya kita berhenti berfikir. Berhenti berfikir. Berhenti berfikir
dan taatlah apa kata media. Media Kata lihatlah kehidupan indah mereka. Lihatlah betapa gembiranya
mereka dengan dunia mereka.
Media kata, Berusahalah untuk jadi seperti para artis, selebriti, pergi melancong, famous, Insta
famous, FB famous. hatta buatlah cerita fake, video fake dan lain² content fake untuk tarik perhatian,
untuk kumpul followers dll.
ok lebih separuh dari populasi dunia pun termakan sihir media. Maka para mastermind gembira dan
terus mengaut untung.
Persoalannya.... Kenapa?
Kenapa para billionaire dunia ni terlampau nak kan harta yang banyak?
Dan mereka tidak ada negara. Semua negara adalah puppet mereka. Mereka gunakan Amerika, China,
Russia dll.
Mereka adalah Satu. Mereka bergerak berkumpulan dan dipimpin oleh seorang supreme leader.
Ahli politik dunia terpaksa taat padanya untuk terus bertakhta, fame, kemewahan.
Yang mana cuba mengganggu bisnes mereka seperti Saddam dan Gadaffi yang cuba nak hidupkan
muamalat emas.... akan dibunuh.... dengan sentimen. Dan para Ruwaibidhoh mempercayainya.
Mereka perkenalkan duit kertas yang mungkin cuma berharga 20-30 sen dan letak nombor besar²
supaya semua percaya ianya bernilai?
Sesuatu perkara kalau disepakati, akan jadi fakta. Hitam kalau kita semua kata putih , akan jadi putih.
Jadi strategi psikologi mereka berjaya.
Lupa ke ada hadis nabi suruh simpan emas dan Perak di akhir zaman?
Supaya seluruh dunia jatuh miskin dan mereka paling kaya. Bila mereka paling kaya, mereka akan jadi
"tuhan".
Sekarang sistem duit kertas semakin rapuh. Mereka beralih pulak ke duit digital.
Rata² manusia sekarang kalau kita tanya mana duit? Mereka akan jawab, dalam bank.
Apa bukti?
Ya, nombor digital tu lah harta mereka. Itu belum masuk debit kad, kredit kad, online transfer dll.
Kertas pun semakin pupus.
Bila dah sampai zaman sepenuhnya digital, masa tu lah supreme leader mereka dah ready untuk
zahirkan diri.
Dan ditangannya ada satu suis.
Satu klik.
SATU KLIK.
Kau kaya? Kau ada sejuta? 5 juta? Tapi di mana? Dalam bentuk data? Digital? Nombor yang boleh
ditaip sesiapa pun?
Maka tunduklah manusia pada supreme leader yang menguasai seluruh harta, emas, Perak dan
makanan.
Makanan?
Apa kaitan?
Ya, dengan duit, mereka beli ribuan saintis dan cerdik pandai untuk "rosakkan" tanaman seluruh dunia,
semua makanan diracun, semuanya kucar kacir dan disorder. Penyakit pelik muncul.
Ubat? Ya ada.
Saya nasihatkan supaya banyak berpuasa dan kurangkan bergantung pada harta digital.
Sebab nabi dah pesan. Mereka akan kuasai gunung makanan dan perlu murtad untuk sesuap
makanan.
Hanya ahli zikir akan survive. Nabi telah khabarkan, makanan orang beriman ketika itu hanya zikir.
Sekian dan selamat menempuh tahun 2019. Tahun² yang semakin sukar buat orang beriman dan ahli
mata hati wahai orang berharta digital sekalian termasuklah saya.
"Ya Allah jadikanlah aku miskin dan dibangkitkan bersama orang miskin dan masuk syurga awal
bersama orang miskin."
Cpf
hawari di 1:35 PG
Kongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
‹ Laman utama ›
Papar versi web
Mengenai Saya
hawari
Lihat profil lengkap saya