You are on page 1of 4

LAPORAN SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK

Tarikh : 14 November 2018

Hari : Rabu

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada hari 14 hari
bulan November (Rabu). Pada pukul 7.30 pagi murid-murid dan guru-guru sekolah
terlebih dahulu berhimpun untuk membaca doa. Sambutan dirasmikan oleh Puan C.
Santhi, guru besar sekolah.

Pada pukul 8.30 murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan untuk sesi


senamrobik. Murid-murid berserta dengan guru-guru sekolah telah melaksanakan
senaman dengan iringan lagu yang rancak. Acara seterusnya ialah Permainan
mengikut keas masing masing. Murid- murid prasekolah bermain permainan
memecahkan belon, seterusnya murid tahun 1 bermain permainan “musical chair”
seterusnya murid tahun 2 bermain aktiviti meniup belon. Bagi murid tahun 4, 5 dan 6
murid bermain mengikut stesen yang disediakan oleh guru.

Pada pukul 10.10 pagi, murid-murid telah diberikan sarapan pagi. Semua murid
mendapat makanan percuma pada hari tersebut. Menu pada hari tersebut ialah nasi,
kari ayam dan sayur. Selepas makan murid berkumpul semula di dataran perhimpunan
dan makan aiskrim mengikut giliran masing-masing. Selepas itu murid dibawa ke
dewan sekolah. Pada jam 11.00 pagi murid dikejutkan dengan persembahan badut.
Murid-murid berasa sangat seronok mendapat belon daripada badut tersebut. Selepas
itu sesi bergambar bersama badut turut diadakan.

Selepas sesi bergambar , acara seterusnya ialah persembahan murid. Murid


tahun 1 hingga tahun 6 membuat persembahan. Dua orang murid iaitu murid tahun 3M
Sanjita dan tahun 4A Arwin membuat persembahan bermain alat muzik ( piano).
Seterusnya nyanyian solo daripada seorang murid tahun 2M Vithiswary juga mendapat
tepukan gemuruh daripada ibu bapa, gru-guru dan murid-murid. Seterusnya majlis
diterusnya dengan ucapan perasmian dan penutupan hari kanak-kanak oleh Guru
Pen.Kanan Kurikulum iaitu Cik Vijaiya. Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa
disiplin amat penting bagi seseorang murid. Sambutan diteruskan dengan penyampaian
sijil dan hadiah kepada tokoh kanak-kanak. Tokoh kanak-kanak pada tahun ini ialah
adik Ruhan dari tahun 6M dan Divyasre 6A.

Sambutan ini berakhir pada pukul 1. 30 petang dan sebelum pulang murid-
murid dan guru- guru menanyikan lagu sambil menari. Sambuatan hari kanak-kanak
pada tahun 2018 sangat meriah dan semua murid berasa sangat seronok.

Disediakan oleh,

________________

(L. SUBASHINI)
Penyelaras
Sambutan Hari Kanak-kanak 2018
SJKT Bandar Indera Mahkota
Laporan bergambar

You might also like