You are on page 1of 3

KERTAS KERJA AKTIVITI SUDUT PIDATO

SMK SERI TUALANG ,TEMERLOH, IBWS

PENGENALAN

Sudut Pidato atau dalam bahasa Inggeris ialah Speaker’s Corner , bermaksud suatu kawasan
khas yang bersesuaian untuk melaksanakan aktiviti pengucapan awam. Di sini, murid-murid
diberi peluang untuk menyatakan pendapat, idea atau perasaan tentang sesuatu topik atau
perkara di khalayak ramai, tanpa mengira umur, latar belakang dan kebolehan.

RASIONAL

Arahan mewujudkan sudut pidato ini merujuk surat daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
bertarikh 6 Jun 2018. Setiap sekolah diarahkan untuk mewujudkan Sudut Pidato(Speaker’s
Corner) di sekolah masing-masing. Hal ini adalah untuk merealisasikan aspirasi murid menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015,KPM. Setiap sekolah perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti berbentuk pengucapan awam sebagai salah satu kemahiran yang perlu digilap
dalam kalangan murid sekolah.

Hasrat untuk mengetengahkan kemahiran pengucapan awam ini adalah selari dengan
Konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pengucapan awam merupakan proses pembelajaran
berpusatkan murid. Aktiviti ini pastinya berpaksikan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kreatif serta aplikasi nilai murni dan etika.

OBJEKTIF

I.Mengesan murid-murid yang mempunyai bakat dalam pengucapan awam.


ii.Melatih dan melahirkan lebih ramai murid yang mampu berucap di khalayak.
iii.Membina keyakinan dalam diri murid-murid.
iv.Mendidik murid berucap dan berkomunikasi dengan beretika.
v.Melatih murid menghormati pendapat orang lain.
vi.Memberi peluang kepada murid menjalankan aktiviti pembelajaran dalam suasana berbeza.
vii.Sebagai alternatif kepada guru mempelbagaikan persekitaran dan kaedah pdp.

TARIKH,MASA DAN TEMPAT

Tarikh: Waktu rehat (setiap hari-bermula April 2021)


Tempat: Sudut Pidato/Chivalric Corner (di kantin SMK SERI TUALANG)
PENGLIBATAN
Guru:
1. Panitia Bahasa Melayu
2. Panitia Bahasa Inggeris
3. Panitia Bahasa Perancis
4. Panitia Bahasa Arab
5. Panitia Bahasa Tamil
6. Pendidikan Islam

Murid :
Pelajar Sekolah Menengah & Rendah SMK SERI TUALANG
Pelajar Sekolah SISP

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL JENIS BARANG ANGGARAN (RM) SEBENAR (RM)

1 MAKANAN RM5 X 40 RM 200

2 Air Mineral RM50 RM 50

TOTAL ANGGARAN RM250 RM250

PENUTUP

Semoga dengan adanya sudut pidato ini, lebih ramai lagi pelajar yang berani untuk tampil ke
hadapan sebagai contoh kepada murid-murid lain. Malah, objektif sekolah adalah untuk
melahirkan pelajar yang menepati ciri-ciri Learner Profile memandangkan sekolah kita
merupakan sekolah bertaraf antarabangsa.
Besarlah harapan kami agar bajet perbelanjaan Sudut Pidato ini diluluskan demi kelangsungan
dan keselesaan para pelajar dalam menyampaikan bakat-bakat mereka di waktu rehat sekolah.

Disediakan oleh,

……………………….
(Pn Nuramalina binti Mt Khalil)
SMK SERI TUALANG

Disahkan oleh,

………………………
(Pn Sarimah binti Muhamed Said)
Pengetua
SMK SERI TUALANG.

You might also like