You are on page 1of 3

Muhtaramin wa Mukarramin Ahbab Dakwah

Waffaqanallaahu waiyyaakum lima yuhibbuhuu wayardhaah, Wazaadanallaahu waiyyaakum jiddan wasa’yan fi


sabiilihi, Waja’alana waiyyaakum sababan linuzuulin nusratil ghaibiyyati walisyuyu’it tariqatil
muhammadiyyati fi masyariqil ardhi wa magharibiha.

Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh

Diharapkan tuan-tuan semua berada dalam keadaan yang baik, dan sedang sehabis sibuk bertungkus-lumus di
dalam usaha memartabatkan, mengharumkan serta mengembangkan agama mulia Baginda Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT menerima usaha tuan-tuan serta menjadikannya asbab tersebarnya hidayat untuk seluruh
manusia sekelian alam insyaAllah.

Tuan-tuan yang mulia – tunggak, asas serta pasak kepada usaha suci murni Baginda SAW serta agama ini ialah
naqlo harkat (pergerakan) di jalan Allah SWT. Agama bersama segala keindahan serta kecantikannya hanya
tersebar dengan naqlo harkat (pergerakan) para penganutnya (orang-orang Islam sendiri). Kerana itulah
khalifah Rasulullah SAW yang pertama, Saidina Abu Bakar al-Siddiq RA berkata ketika beberapa individu umat
mengingkari secebis bahagian agama: “Kalaulah ada sesiapa yang tidak mahu membayar tali kekang unta
bersama semasa membayar zakatnya, sedangkan di zaman Rasulullah SAW dahulu dia membayarnya, maka
saya akan berperang dengannya.” Beliau juga telah memutuskan penduduk Madinah untuk mengosongkan
Madinah al-Munawwarah dan beliau sendiri bersedia untuk keluar sambil berkata: “Kalaulah tiada sesiapa
yang tinggal di Madinah untuk mengebumikan jenazah isteri-isteri Nabi SAW pun, Madinah tetap akan
dikosongkan.” Bahkan perkataan-perkataan yang lebih keras daripada ini telah diucapkan oleh beliau. Oleh itu
satu perkara yang saya dan tuan-tuan semua perlu renung dan fikirkan ialah di sana (di zaman Saidina Abu
Bakar RA), hanya kerana mengingkari tali kekang unta Madinah telah dikosongkan, dan di zaman kita kini
agama sebesar tali pun sudah tiada lagi dalam diri umat, bayangkan betapa bertambahnya ahammiyyat
(kepentingan) serta keperluan khuruj di jalan Allah SWT sekarang.

Hazrat Maulana Muhammad Ilyas RAH pernah berkata: “Melengahkan khuruj di jalan Allah SWT adalah
sebenarnya menjemput kemurkaan Allah SWT.”

Hazrat Maulana Muhammad Yusuf RAH pula ada berkata: “Sebanyak mana secara umum adanya naqlo harkat
(pergerakan) di jalan Allah SWT, pintu-pintu kemurkaan Allah SWT akan tertutup dan pintu-pintu keamanan
dan keafiatan serta nusrat dan rahmat akan terbuka.”

Beliau juga ada berkata: “Dari satu arah, kita ada masalah-masalah serta keperluan infiradi, dan dari arah yang
lain ialah masalah-masalah umat. Sesiapa yang tidak menganggap masalah umat lebih penting daripada
masalah infiradinya, maka dia tidak mungkin boleh menjadi naib/penyambung tugas Baginda SAW, dan tidak
juga seorang da’ie..”

Oleh itu, kalaulah rakan-rakan seusaha kita, khususnya ahbab lama dan orang-orang tanggungjawab, tidak
memiliki mizaj siddiqi (perasaan serta jazbah Saidina Abu Bakar RA) ini maka arah tuju usaha kita sendiri akan
menyimpang. Kita menunggu keadaan menjadi baik untuk menjalankan usaha sedangkan Allah SWT sedang
menunggu usaha dan nusrat untuk agama daripada pihak kita untuk membetulkan keadaan. Di mana-mana
negara yang tidak menjalankan usaha sebanyak kelonggaran dan keizinan yang ada, maka ini sebenarnya
adalah tidak mensyukuri nikmat kemudahan yang diberi serta akan menjadi punca tidak terbukanya jalan
untuk langkah usaha berikutnya – dan tidak mensyukuri nikmat -ali’yazu billaah- adalah punca azab dan
tertariknya kembali nikmat tersebut.
Bentuklah jemaah-jemaah 4 bulan, 40 hari juga jemaah-jemaah ke luar negara. Mana-mana negara yang akan
diputuskan jemaah kepada mereka, insyaAllah Allah SWT akan membuka pintu ke negara tersebut. Apabila
orang yang keluar di jalan Allah SWT dengan fikir dan jazbah (semangat) nabi, serta kerunsingan dan
ketidaktenangan menghidupkan agama, telah menyebabkan Allah SWT membuka jalan untuk mereka di
tengah-tengan lautan, maka tidakkah Allah SWT juga akan memudahkan kenderaan untuk mereka yang (di
zaman kita ini) keluar di jalan Allah dengan fikir dan jazbah sama? Allah SWT akan melakukannya dan pasti
akan melakukannya.

“Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah SWT.” (Surah Ibrahim, ayat 20)

Oleh itu tuan-tuan seluruh negara hendaklah mengambil berat beberapa tertib berikut:

Dengan mengambilkira dan menjaga undang-undang dan peraturan, tuan-tuan kumpulkanlah orang-orang
lama tanggungjawab seluruh negara di satu tempat, 2 tempat atau kurang lebih beberapa tempat mengikut
mesyuarat tuan-tuan serta melihat kepada kelonggaran dan ruang yang diizinkan di negara dan kawasan
masing-masing. Bentuklah jemaah mereka yang terdiri dari dua atau tiga orang, atau kurang lebih bilangan
tersebut dan hantarlah mereka ke kawasan-kawasan tuan-tuan di seluruh negara. Di kawasan yang mereka
diputuskan untuk membuat usaha nanti, mereka juga hendaklah dengan tertib yang sama, mengumpulkan
orang-orang lama tanggungjawab kawasan tersebut dengan mengambilkira undang-undang dan peraturan, dan
bentuk jemaah-jemaah mereka dan hantarlah mereka ke bandar-bandar, kampung-kampung, rumah-rumah
serta individu-individu untuk sampaikan dakwah kepada mereka, juga menyediakan mereka untuk keluar ke
jalan Allah SWT dengan memberi targhib dan semangat keberanian kepada mereka dengan perantaraan fadhail
khuruj serta memahamkan kepentingan khuruj yang semakin bertambah. Berusaha bersungguh-sungguh
untuk mewujudkan amalan-amalan dakwah secara sempurna, serta menghidupkan masjid-masjid 24 jam
dengan amalan-amalan kenabian di setiap kawasan. Di mana-mana kawasan yang masjid-masjidnya hanya
dibuka untuk solat sahaja, maka dengan mesyuarat bersama putuskanlah satu tempat untuk sementara waktu,
dan di sana jalankanlah amalan-amalan masjid serta berhabis-habisan berusahalah untuk menghubungkan
setiap individu umat dengan amalan-amalan tersebut. Ini adalah kerana masjid-masjid adalah tempat hidayat
dan segala amalan yang dijalankan di dalamnya adalah amalan-amalan hidayat, dan jauhnya umat dari masjid
serta amalan-amalannya akan menyebabkan umat ini tidak akan mungkin dapat kekal di dalam hidayat dan
khair.

Jemaah-jemaah ini perlulah menjalankan usaha dengan meletakkan taqaza-taqaza kerja di hadapan dan pulang
memberi karguzari. Satu faedah yang besar daripada tertib seperti ini juga ialah orang-orang lama
tanggungjawab dan ahli syura yang sabiquun di negara tuan-tuan akan mendapat peluang untuk melihat
sendiri ahwal usaha dengan perantaraan naqlo harkat (pergerakan) ini.

Satu syarat yang asas supaya Allah SWT menurunkan bantuan ghaib-Nya sepanjang masa kepada kita ialah
ahbab tanggungjawab sendiri perlu turun ke medan usaha. Dalam peperangan Khandak, Baginda SAW sendiri
telah turun ke medan untuk memecahkan batu besar dan bersabda:

“Saya akan turun.” Natijahnya ialah batu besar itu pecah, kemenangan serta bantuan untuk orang-orang
beriman dan berita gembira untuk masa akan datang juga disampaikan kepada mereka, yang Allah SWT dengan
qudrat-Nya yang sempurna telah sempurnakan perkara tersebut berlawanan dengan asbab zahir.
Hazrat Maulana Muhammad Yusuf RAH pernah berkata: “Sebanyak mana orang-orang barisan hadapan dan
penting bergerak aktif (mutaharrik) untuk menjalankan usaha di waktu yang meruncing seperti ini, sebanyak
itulah istiqbal dan penerimaan umum terhadap kemajuan dan haqnya usaha ini akan zahir di hadapan kita.”

Kami berharap daurah dan safar tuan-tuan ke seluruh negara pada ketika ini akan sangat membantu untuk
memberi semangat kepada rakan-rakan, serta untuk membawa kembali kerja ke tahap asalnya insyaAllah.

Sambil menjalankan usaha seperti tertib yang telah disampaikan, tuan-tuan hantarlah karguzari kepada kami.
Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua serta menerima usaha susah payah kita dengan fadhal dan
karam-Nya insyaAllah.

Wassalam

Banda (Maulana) Muhammad Saad


Dan ahbab mesyuarat Bangla Wali Masjid, Nizamuddin, Delhi.

28 Muharram 1442 / 17 September 2020

You might also like