You are on page 1of 3

KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERKEMBANGAN SEMASA VARIAN BAHARU OMICRON (B.1.1.529)


DAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN SERTA PENCEGAHAN DI
MALAYSIA

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa


melalui tindakan pencegahan dan kawalan jangkitan penyakit COVID-19
di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan survelan makmal yang
dilaksanakan secara berterusan, kes pertama positif varian yang
dibimbangi (variant of concern - VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.

Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian yang


dibimbangi (variant of concern - VOC) Omicron pada 24 November 2021,
IMR mula menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas semua
sampel positif yang disaring di pintu masuk antarabangsa (PMA) KLIA
sebagai inisiatif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom
penuh (whole genome sequencing - WGS).

Sehubungan itu, IMR telah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke


atas 74 sampel positif COVID-19 yang dikesan di KLIA dari tempoh 11
November 2021 hingga 28 November 2021. Ujian PCR Genotyping Assay
dijalankan bagi mendapatkan keputusan awal jenis varian.

Hasil daripada ujian PCR Genotyping Assay, satu daripada sampel telah
dikesan berkemungkinan besar adalah VOC Omicron. Jujukan genom
seterusnya dilaksanakan mendapati keputusan positif bagi varian
Omicron pada 2 Disember 2021.

Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19


tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November
2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA
KLIA. Beliau merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta di
Ipoh, Perak.

Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah


Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
(Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan
oleh pihak universiti di Ipoh. Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah
menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.

Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan


berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang
dikeluarkan. Kes juga telah menerima vaksinasi lengkap dan tidak
bergejala.

Institut Penyelidikan Perubatan (Institute for Medical Research - IMR)


telah mengesahkan sampel ujian saringan tersebut positif COVID-19
dengan CT Value 26.68 pada 20 November 2021. Kes meneruskan
pengasingan di rumah yang sama selama 10 hari dan diberi pelepasan
pada 29 November 2021.

Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas


dan pemandu iaitu seramai lima (5) orang. Mereka telah menjalani
saringan ujian COVID-19 dan kuarantin wajib. Ujian sampel pertama dan
kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.

STRATEGI KAWALAN

• Pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi di PMA KLIA akan
dipakaikan peranti pengesan digital (Digital tracker device)
sepanjang tempoh Perintah Pengawasan dan Pemerhatian
(kuarantin).

• Gelembung Pelancongan Langkawi: Pengembara yang tiba dari


SEMUA perlu menjalani ujian pengesanan COVID-19 tambahan
iaitu pada hari ke-3 dan ke-5 dari tarikh ketibaan.
o Jenis ujian adalah RTK-Ag secara profesional
• VTL-Singapura: Diteruskan buat masa ini.

• Sekatan perjalanan sementara terhadap 8 negara yang dikenal


pasti sebelum ini dikekalkan.

• Dapatkan suntikan vaksin COVID-19 bagi yang masih belum


menerima lagi vaksin dos pertama dan kedua.

• Penuhi janji temu vaksin dos penggalak apabila telah diberikan janji
temu.

KHAIRY JAMALUDDIN
Menteri Kesihatan Malaysia

3 Disember 2021

You might also like