You are on page 1of 8

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/333210004

AL-ARQAM : Ringkasan Awal

Article · May 2019

CITATIONS READS

0 6,248

1 author:

Hafiz Ramli
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5 PUBLICATIONS   2 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

review View project

All content following this page was uploaded by Hafiz Ramli on 20 May 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


AL-ARQAM : Ringkasan Awal

Hafiz Ramli

Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan,

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Pengenalan
Abad ke-20 memperlihatkan kegolakan politik Malaysia yang dicorakkan oleh PAS dan

UMNO. Pada tahun 1968, muncul satu gerakan Islam dikenali sebagai Al-Arqam yang

dipimpin oleh ustaz Ashaari Muhammad yang memberi pengaruh dan kesan yang cukup

mendalam melalui gerakan dakwah mereka yang berusaha menarik semula masyarakat

sekular kepada ajaran Islam yang sebenar dengan membentuk jemaahnya sendiri untuk

mengamalkan cara hidup Islam.1

Darul Arqam memberi perhatian istimewa kepada persoalan kehidupan secara syumul. Ini

dapat dilihat dalam penulisan Abdul Rahman Haji Abdulllah mengenai pernyataan ustaz

Ashaari Muhammad yang telah menggariskan haluan perjuangan Darul Arqam sebagai

berikut:

“Matlamat perjuangan kita ialah menegakkan kalimah Allah dalam


diri, keluarga, rumah tangga , jemaah, kampung halaman, dalam
masyarakat, dalam pergaulan, pendidikan, dakwah, ekonomi
perubatan, perbidanan, politik, dalam cara hidup harian, dalam
kenduri kendara, dalam pertanian dan penternakan, dalam
ketenteraan, dalam perusahaan makanan dan lain-lain. Kalimah
Allah ialah hukum Allah (ahkamullah). Hukum Allah terbahagi
kepada lima: wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Jadi
menegakkan hukum Allah ialah menegakkan kelima-lima hukum
Allah dalam seluruh aspek kehidupan kita”.2

1
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam masa kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
hlm. 205.
2
Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Gerakan Islam tradisional di Malaysia: sejarah pemikiran Tabligh dan
Darul Arqam. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd, hlm. 64.
Berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan, Al-Arqam sangat komited dengan perjuangan

dalam membentuk Islamic State berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi tunjang

utama dalam gerakan dakwah mereka. Bagi mencapai matlamat tersebut, al-Arqam

menjadikan sunnah Nabi Muhammad s.a.w sebagai cara hidup umat Islam. Hal ini

kemudiannya turut disentuh oleh Farish Noor di dalam bukunya Islam Embedded:

“Darul Arqam was an Islamic revivalist movement whose activities


and approach to Islam were very much couched in terms of a
discourse of authenticity. Its leaders hoped to bring their followers
(and the rest of society, by extension) back to the golden age of
Islam by following a literal interpretation of Sunnah.”3

Justeru, ahli-ahli al-Arqam dilibatkan dalam bidang ekonomi, pendidikan kebudayaan,

kesihatan, dakwah, dan sebagainya. Proses ini dilakukan dengan melibatkan diri dalam

masyarakat sama ada sebagai pengguna, peniaga, pendidik ataupun pendakwah. Darul Arqam

menggerakkan jemaahnya menerusi aktiviti-aktiviti agama seperti usrah, kuliah, kelas fardu

ain dan ceramah agama kepada pembentukan iman dan takwa individu. Bagi Al-Arqam, fardu

ain dan fardu kifayah perlu berjalan seiring serta menjadi amalan penting dalam kehidupan

muslim.4 Meninggalkan salah satu daripada fardu itu menyebabkan proses melahirkan

masyarakat Islam gagal.

Sungai Penchala dijadikan sebagai sebuah perkampungan Islam yang dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan bagi menjalankan segala aktiviti mereka. Mereka hidup secara berdikari

dengan mengeluarkan bahan makanan sendiri bagi kegunaan jemaah Al-Arqam serta

masyarakat Islam. Mereka dianggap sebagai pelopor makanan Islam yang halal. Ini dilakukan

kerana, mereka percaya bahawa hati yang bersih lahir daripada makanan yang suci.5

3
Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian Islamic Party PAS
(1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological Research Institute. hlm. 245.
4
Seng, A.W. (2005). Rahsia Al-Arqam. Pahang: PTS Millennia Sdn. Bhd, hlm. 17
5
Ibid., hlm. 17.
Pengikut-pengikut Al-Arqam mengamalkan poligami sebagai salah satu cara hidup

mengikut sunnah nabi. Selain itu, mereka juga makan setalam dan berdakwah dengan cara

yang terbaik seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka tidak menghentam dan

mengkritik, sebaliknya menceritakan kebaikan orang yang mengamalkan sunnah. Ahli-ahli

Darul Arqam sangat keras menjaga hukum hijab dan menutup aurat. Bagi wanita, mereka

diwajibkan memakai jubah dan berpurdah. Manakala bagi lelaki, mereka digalakkan memakai

serban dan jubah, kerana ia merupakan pakaian Islam yang dikatakan berasaskan ajaran

sunnah. Bagi Darul Arqam, inilah bentuk kebudayaan Islam, bukannya kebudayaan Arab. 6

Fasa perkembangan Al-Arqam

‘If individuals were moral and upright, society would also


become clean and wholesome. There would be justice and
fair play…’7

Bagi Al-Arqam, untuk membangunkan negara, ia perlu dimulakan pada peringkat diri,

kemudian keluarga sebelum berkembang ke peringkat jemaah. Individu perlu dididik terlebih

dahulu dengan iman supaya lahir anggota masyarakat yang baik dan menjadi wadah kepada

sebuah pembentukan negara Islam. Menurut Al-Arqam, setiap individu perlu menjalani

proses pendidikan (tarbiyah) iman dan akhlak bagi membangunkan sebuah Negara Islam.

Perkembangan Darul Arqam dapat dilihat melalui beberapa fasa. Tahap yang terawal

adalah ‘membina insan dan memperbaiki diri dan keluarga’ (1968-72) melalui latihan ibadah

secara berjemaah. Darul Arqam berjaya menawan hati segenap lapisan masyarakat, termasuk

golongan profesional dan teknorat yang memainkan peranan penting sehingga tercetusnya

sekolah, pusat perubatan, perkhidmatan media dan projek-projek ekonomi yang secara

6
Kamarul Nizam Abdullah. (2003). The politics of Islam in contemporary Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia, hlm. 100.
7
Candra Muzaffar. (1987). Islam resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, hlm. 46.
keseluruhannya mempamerkan sistem kehidupan Islam yang syumul. Setiap ahli Al-Arqam

bekerja kerana bekerja dianggap sebagai ibadat. Apabila dilakukan dengan bersungguh-

sungguh, akan mendapat pahala. Di dunia mungkin tiada mendapat apa-apa, tetapi

ganjarannya adalah di akhirat. Indoktrinasi ini mendorong ahli-ahli Al-Arqam bekerja kuat

dan berkorban apa sahaja untuk jemaah.

Fasa kedua dipanggil ‘era khidmat masyarakat dan membina Jemaah dengan kesyumulan

Islam’(1973-1979) melalui interaksi dengan masyarakat yang diperhebatkan menerusi

program ziarah, ceramah dan kursus kefahaman Islam. Kamarul Nizam dalam bukunya, The

Politics of Islam in Contemporary Malaysia:

‘Its weekly religious talk held on Sundays attracted thousands of


people from all over Peninsular Malaysia to commute to its base
at Sungai Penchala.’8

Hal ini memperlihatkan ahli-ahli Al-Arqam sering melakukan muhasabah diri dan

bermujahadah melawan hawa nafsu. Ia bertujuan menyingkirkan sifat-sifat mazmumah yang

negatif dalam diri dan digantikan dengan sifat-sifat mahmudah yang positif.

Tahap ketiga ‘era antarabangsa dan Dunia Baru Islam’ (1980-90) memperlihatkan

produk Darul Arqam seperti makanan, bahan penerbitan dan persembahan hiburan mendapat

sambutan sehingga ke luar negara dengan penggunaan teknologi sendiri yang terkini.

Cawangan Darul Arqam menampakkan diri ke luar negara, melalui usaha pelajar tajaan Darul

Arqam yang mengikuti perjuangannya, khususnya ke Pakistan, Jordan , dan Mesir. Liputan

media tentang Darul Arqam mula kelihatan di negara-negara jiran seperti Singapura,

Indonesia, Thailand, dan Australia. Aspek antarabangsa menjadi lebih penting apabila Ustaz

8
Kamarul Nizam Abdullah, (2003). op. cit., hlm. 107.
Ashaari Muhammad mengambil keputusan untuk merantau ke luar negara untuk satu jangka

masa yang tidak dapat ditetapkan pada akhir tahun 1988.9

Syukbah al-Tijarah Wal-Sina’ah atau Biro Perusahaan merupakan antara penyumbang

utama yang menggerakkan ekonomi Darul Arqam. Melalui Biro ini, didirikan kilang-kilang

untuk memproses dan mengeluarkan barang-barang seperti kicap, cili sos, tomato sos, cuka,

mi, bedak, minyak, sabun, ubat gigi dan sebagainya. Selain itu, terdapat kedai-kedai runcit

dan pasar mini al-Arqam yang dibina di merata tempat. Disamping itu wujud juga Biro

Pertanian, Biro Kewangan dan Biro Penerangan menjalankan tugas menyebarkan dakwah.

Selain memiliki teknologi yang tinggi dalam bidang media cetak, Darul Arqam juga memiliki

Syukbah perubatannya sendiri, iaitu Klinik al-Arqam yang bertempat di Desa Minang Batu

Caves.

Secara keseluruhannya, sehingga tahun 1993, Darul Arqam telah mengendalikan 417

projek ekonomi, meliputi 56 buah kilang perusahaan yang mengeluarkan 60 jenama barangan

yang berlainan, 20 pasar mini, 52 kedai runcit, 36 kedai buku, 21 kedai jahitan, 12 bengkel

kenderaan, 18 restoran, 33 bas dan 20 teksi. Darul Arqam juga merupakan perintis kepada

industri makanan halal di Malaysia. Aset tetap Darul Arqam dalam negeri berjumlah RM300

juta.10

Pada awal tahun 1990-an memperlihatkan krisis yang berlaku dalam Darul Arqam

mengenai Aurad Muhammadiyah dan isu messianisme yang dikatakan sesat dan menyimpang

dari agama Islam yang sebenar. Pada 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan

pengharaman menyeluruh ke atas semua aktiviti Darul Arqam termasuk kegiatannya

menyebarkan Aurad Muhammadiah, sekolah, perkampungan, entiti perniagaan dan kegiatan

9
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001, Januari-Mac). Pemerintah dan gerakan Islam di Malaysia. (Pemikir:
Membangun Minda Berwawasan), (iii), Pemikir diterbitkan empat kali setahun oleh Utusan Melayu (Malaysia)
Berhad dengan kerjasama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Jurnal Foreign Affairs.hlm. 114.
10
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001). op. cit., hlm. 115.
sosiobudayanya. Menyimpan barang-barang Darul Arqam yang mempamerkan logonya juga

dianggap satu kesalahan.11 Ustaz Ashaari dan pengikutnya juga ditahan dibawah tahanan ISA

pada 2 September 1994 dan dibebaskan pada 28 Oktober 1994 di bawah perintah kediaman

terhad.12 Secara keseluruhannya, walaupun dari sudut negatif Darul Arqam dilihat sebagai

sebuah kumpulan ajaran sesat, namun sumbangannya dalam membangunkan ekonomi Islam

sangat membanggakan terutamanya dalam hub makanan halal di Malaysia sehingga hari ini.

11
Nagata, J. (2010). Authority and democracy in Malaysian and Indonesian Islamic movements, dalam Johan
Saravanmuttu, (Eds.), Islam and politics in Southeast Asia. New York: Routledge Taylor & Fracis Group, hlm. 31.
12
Means, Gordon P. (2009). Political Islam in Southest Asia. Selangor: Vinlin Press Sdn. Bhd, hlm. 132.
Bibliografi

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1992). Gerakan Islam tradisional di Malaysia:


sejarah pemikiran Jama’at Tabligh dan Darul Arqam. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Haji Abdullah. (1987). Pemikiran Islam masa kini: sejarah dan aliran.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid. (2001, Januari-Mac). Pemerintah dan gerakan Islam di
Malaysia. (Pemikir: Membangun Minda Berwawasan), (iii). Pemikir diterbitkan empat
kali setahun oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dengan kerjasama Institut Kajian
Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Jurnal Foreign Affairs.

Chandra Muzaffar. (1987). Islamic resurgence in Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.

Farish A. Noor. (2004). Islam Embedded: The Historical Development of the Pan-Malaysian
Islamic Party PAS (1951-2003), Vol I. Kuala Lumpur: Malaysian Sociological
Research Institute.

Kamarul Nizam Abdullah. (2003). The politics of Islam in contemporary Malaysia. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Means, G.P. (2009). Political Islam in Southeast Asia. Selangor: Vinlin Press Sdn. Bhd.
Nagata, J. (2010). Authority and democracy in Malaysian and Indonesian Islamic
movements, dalam Johan Saravanmuttu, (Eds.), Islam and politics in Southeast Asia.
New York: Routledge Taylor & Fracis Group.

Seng, A.W. (2005). Rahsia Arqam. Pahang: PTS Millenia Sdn. Bhd.

View publication stats

You might also like