You are on page 1of 12

PENGENALAN

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke
hadapan. Perubahan–perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan bertujuan
memenuhi kehendak negara serta merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.

Keberhasilan murid juga banyak bergantung kepada kualiti guru yang mendidik murid
di alam persekolahan selama 11 tahun (sekolah rendah dan menengah). Kualiti guru ini tidak
hanya merujuk kepada kemampuan mereka dalam pengajaran ataupun membimbing murid
ke arah kecemerlangan tetapi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) lebih dari itu.
Peningkatan kualiti guru secara berterusan dengan membudayakan kecemerlangan
berasaskan teladan rakan setugas di mana guru akan membimbing satu sama lain, saling
memberi inspirasi, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mengamalkan
nilai kebertanggungjawaban untuk memenuhi standard profesional.

Oleh hal demikian, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM)


telah dilancarkan. PPPM memberikan penekanan kepada lima aspek iaitu akses, kualiti,
kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan. Pelan ini terdiri dari 11 anjakan yakni setiap
anjakan mempunyai transformasinya yang tersendiri.. Tujuan utama kerajaan merangka
PPPM adalah untuk mengaspirasikan sistem dan murid supaya standard pendidikan
antarbangsa dapat dicapai. Dalam sebelas anjakan ini kerajaan telah memberikan perhatian
terhadap profesion perguruan melalui anjakan keempat. Melalui anjakan keempat,
terkandung enam transformasi yang ingin dilakukan kerajaan untuk meningkatkan profesion
perguruan antaranya mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013, merombak IPG,
meningkatkan kualiti CPD mulai 2013. Di samping itu, melaksanakan laluan kerjaya guru
berasaskan kompetensi dan prestasi menjelang 2016, dan memastikan guru memberikan
tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013.

Guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci
kepada peningkatan kualiti (Jemaah Nazir, 2001). Kualiti yang dimaksudkan merujuk kepada
kualiti proses dan yang lebih penting ialah kualiti produk (output). Dengan ini, sumber
manusia (modal insan) perlu dibangunkan secara bersepadu melalui latihan-latihan bagi
memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap yang optimum.
Program–program pembangunan professional sudah tentu dapat mengupayakan guru demi
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Dalam konteks ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah berusaha dengan
bersungguh–sungguh untuk menjadikan profesion keguruan sebagai profesion yang unggul
dan disegani ramai. Hal ini termasuklah dalam teras Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013–2025 iaitu memartabatkan profesion keguruan antara agenda
utamanya selain daripada “kemenjadian” murid. Para guru sebenarnya mempunyai
tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek profesionalannya dengan
melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan
kehendak teras PPPM.

11 anjakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ( PPPM 2013 – 2025 )

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

2. Memastikan setiap murid profisiensi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

3. Melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai.

4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.

5. Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

6. Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.

7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

8. Mentransformasi kebolehupayaan dan kapasiti penyampaian kementerian.

9. Bekerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

10.Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

11. Meningkatkan ketelusan untuk akauntabiliti secara langsung.


ANJAKAN KE-4 : Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan

Dalam anjakan ke-4, Pelan Pembangunan Pelajaran Malaysia ialah ‘Transformasi


Keguruan sebagai Profesion Pilihan’ kerajaan berusaha keras kerana guru yang diambil
untuk dilatih hari ini akan membuahkan hasil empat atau lima tahun lagi.

Kualiti pendidikan Malaysia dapat dipertingkatkan sekiranya syarat lantikan guru


diketatkan mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas. KPM juga berupaya
meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan
latihan berasaskan sekolah. Seterusnya, memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi
teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran.

Usaha – Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memartabatkan dan


Meningkatkan kualiti profesion keguruan.

Mengetatkan syarat lantikan guru

Bagi merealisasikan anjakan ini, Kerajaan telah membuat keputusan untuk


mengetatkan syarat lantikan guru mulai tahun 2013 supaya guru yang dilantik adalah
dalam kalangan 30 peratus graduan yang terbaik. Bakal guru di negara ini telah
mendapat latihan perguruan di beberapa buah universiti awam dan Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM) yang menawarkan program perguruan. Calon yang memohon untuk
menduduki program perguruan ini perlu melalui ujian kompetensi perguruan terlebih dahulu
iaitu Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia atau Malaysian Educators Selection Inventori
(MEdSI) bagi kemasukan ke Universiti Awam dan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
untuk mengikuti program ijazah sarjana muda di IPGM. Usaha ini cuma satu langkah bagi
meningkatkan profesion keguruan dengan lebih berprestij dan elitis. 30 peratus graduan
yang dipilih akan diserap dalam perkhidmatan pendidikan manakala yang selebihnya akan
menjadi calon simpanan. Graduan-graduan yang terpilih adalah daripada kategori yang
terbaik antara keseluruhan dalam pelbagai bidang Langkah ini merupakan petanda baik ke
arah amalan sistem berprestasi tinggi seperti Finland, Singapura dan Korea Selatan.
Keadaan ini juga pasti dapat menaikkan daya saing dan mewujudkan persaingan yang sihat
dalam kalangan bakal guru. Ini akan memastikan bahawa guru yang dilantik nanti sudah
bersedia dan memiliki segala kemampuan. Oleh itu, masyarakat akan memandang tinggi
terhadap profesionalisme guru. Guru bukan mengajarkan subjek tertentu sahaja, bahkan
guru merupakan ejen perubahan minda masyarakat (Haziah, 2014). Sebenarnya,
kementerian pelajaran berusaha menjaga kualiti guru. Hal ini dapat dilihat dari awal lagi
melalui proses pengambilan pelajar yang akan memenuhi profesion perguruan. Sebanyak 42
peratus pengambilan merupakan pelajar dengan sekurang-kurangnya 7A dan 70 peratus
dengan sekurang-kurangnya 5A sebelum ditawarkan ke bidang perguruan, ini membuktikan
bahawa kerajaan begitu komited dan teliti dalam melahirkan guru yang terlatih serta
berkualiti bagi melahirkan minda murid kelas pertama pada masa hadapan. Usaha ini
penting kerana kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan
dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru.

Calon yang lulus ujian kompetensi ini seterusnya disaring melalui temuduga. Proses
ini membolehkan hanya calon yang terbaik dan memenuhi syarat kelayakan minimum
akademik akan dipilih untuk memasuki program latihan perguruan. Selain itu KPM telah
bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memastikan standard yang sama
dengan IPGM digunakan dalam latihan perguruan.  bagi memastikan standard yang sama
Langkah ini dapat mempastikan calon guru yang berkualiti dan berkompetensi sahaja yang
dipilih bagi mengikuti program perguruan dan seterusnya ditempatkan di sekolah.

Meningkatkan Kualiti Pembangunan Professional Berterusan ( CPD )

Disamping pemilihan guru berkualiti tinggi, para guru terus diberi sokongan agar
mereka mencapai potensi diri sepenuhnya. Perkara ini dilaksanakan melalui peningkatan
kualiti program Pembangunan Profesionalisme Berterusan atau Continous Professional
Development (CPD) mulai tahun 2013 dengan tumpuan diberikan ke atas keperluan individu
dan latihan berasaskan sekolah. Program CPD bertujuan memastikan para guru
melengkapkan diri atau dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran profesional dan
nilai serta amalan profesional keguruan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan.

KPM juga akan terus memberikan tumpuan kepada usaha mengukuhkan laluan dan
kemajuan kerjaya guru dengan mamastikan kualiti guru pelatih yang lestari serta
memantapkan aktiviti CPD. Pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD) akan terus memberikan sokongan berfokus dari segi pelaksanaan
kurikulum, penyusunan jadual, dan pentaksiran berasaskan sekolah. Ini bertujuan
membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan
mulai 2025. Perancangan ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti CPD bagi membolehkan
guru membimbing satu sama lain, membangunkan dan menyebarluaskan amalan terbaik,
dan sama-sama bertanggungjawab bagi mencapai standard profesional.
Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia pada tahun 2020

Dalam transformasi ketiga, iaitu usaha merombak Institut Pendidikan Guru.


Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia
menjelang 2020. Menurut Muhyidin Yasin(2014) “keutamaan Kementerian adalah untuk
meningkatkan kualiti guru bermula dengan Transformasi IPG.” Setakat ini, Kementerian
telah berjaya menaikkan standard IPG setanding dengan universiti tempatan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui penawaran program pensiswazahan guru untuk guru-guru kumpulan
terdahulu kerana pada ketika itu standard IPG hanya pada tahap diploma. Semua kurikulum
latihan praperkhidmatan semasa akan dinilai semula oleh kerajaan. Idea merombak IPG
adalah tepat untuk menghasilkan produk guru novis yang berkualiti agar bersedia untuk
mengajarkan kemahiran baharu yang diterapkan kepada pelajar iaitu kemahiran berfikir aras
tinggi. Pada masa yang sama, IPG turut menerapkan beberapa kurikulum bagi membentuk
peribadi guru yang utuh iaitu dengan program Bina Insan Guru. Guru zaman kini harus
mempunyai modal insan yang terpuji agar dapat memberikan lebih daripada modul yang
digariskan malah menjadi figura kepada anak murid sebagai seorang yang berilmu dalam
pelbagai bidang termasuk kokurikulum. Guru bukan sahaja mengajarkan perkara yang
digariskan malah lebih daripada itu(Azam, 2014). Selain itu, kriteria pengambilan pensyarah
baharu IPG akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan melalui
kursus-kursus profesionalisme. Langkah drastik telah diambil bagi tujuan merombak IPG
iaitu dengan memberikan dana kepada beberapa IPG untuk menaiktarafkan frasarana yang
sedia ada agar pembelajaran di IPG menjadi lebih kondusif. Tambahan, memberikan
kemudahan frasarana yang terbaik adalah satu keperluan kerana persekitaran yang baik
dapat meningkatkan minat untuk belajar. Objektif pengajaran, kebolehan individu,
keberkesanan alat bantu mengajar, iklim persekitaran kelas, pengatahuan sedia ada dan
umur antara faktor pengajaran dan pembelajaran berkesan(Marzuki, 2009). Hal ini juga
dapat menarik minat dan mengubah pandangan masyarakat luar terhadap status IPG.
Malahan juga dapat membuatkan kerjaya guru menjadi rebutan dalam kalangan pelajar
lepasan sekolah menengah.
Melaksanakan laluan kerjaya guru melalui kompetensi dan prestasi

Di samping itu, KPM juga melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi
dan prestasi mulai 2016 serta meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar
pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang 2016. Akhir sekali, budaya kecemerlangan
berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025 bakal dilaksanakan.

Kementerian telah menguji tahap kemahiran 70,000 guru bahasa Inggeris menjelang
akhir tahun 2012 menggunakan Cambrige Placement Test (CPT). Guru akan diklasifikasikan
mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka, iaitu cekap, memerlukan latihan
tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih setahun untuk mencapai tahap kemahiran,
dan memerlukan latihan tambahan separuh masa berbentuk imersif lebih dua tahun untuk
mencapai tahap kemahiran. Guru yang tidak mencapai tahap kemahiran akan diberi kursus
intensif bahasa inggeris pada tahun 2013. Kursus intensif ini melibatkan lapan minggu
program imersi dan lapan minggu kursus pembelajaran kendiri.

Oleh hal demikian, guru akan dinilai secara tahunan oleh pengetua/guru besar
mereka dengan input yang diberikan oleh rakan sejawat. Penilaian ini memberikan tumpuan
kepada keupayaan guru menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan di luar
bilik darjah. Guru berprestasi tinggi akan menikmati kemajuan kerjaya yang lebih pantas.
Guru yang cemerlang mungkin akan dinaikkan pangkat daripada gred DG41 kepada DG54
dalam tempoh lebih singkat, iaitu kurang 25 tahun. Guru yang menghadapi kesukaran dalam
mencapai tahap kualiti minimum akan diberi bimbingan tambahan bagi membantu mereka
berada pada landasan yang betul. Kaedah ini sangat tepat kerana bimbingan yang diberikan
mampu menaikkan kualiti guru bagi mendepani cabaran. Seperti profesion yang lain, bidang
keguruan juga tidak terkecuali mendepani cabaran yang cukup besar(Haziah, 2014). Walau
bagaimanapun, Guru yang masih gagal mencapai tahap kualiti minimum, walaupun telah
diberi bimbingan tambahan, akan ditugaskan semula untuk menjalankan fungsi berasaskan
sekolah yang lain seperti membantu pentadbiran, pengurusan disiplin atau pengurusan
kokurikulum. Kenaikan pangkat guru merupakan salah satu cara menghargai usaha guru
tersebut selama ini dan juga sebagai ganjaran untuk memotivasikan guru tersebut. Menurut
Burns(dalam Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahyudin & Zakiah Noordin.
2014)Kepimpinan transaksi memberikan fokus kepada yang asas dan memberikan ganjaran
entrinsik sebagai motivasi. Oleh itu, pendekatan baharu dalam PPPM adalah lebih telus dan
saksama. Instrumen baharu ini memberikan gambaran bahawa tugas utama guru adalah
untuk membantu pembelajaran murid. Transformasi ini juga dapat mengekalkan integriti
dalam diri setiap guru selain meningkatkan kualiti kepimpinan ketelusan kepimpinan dalam
organisasi sekolah. Menurut Wan Mohd Zahid Mohd Nordin(dalam Noriati A Rashid, Boon
Pong Ying & Wong Kiet Wah, 2014) seperti salah satu aspek Wawasan Pendidikan Negara
iaitu stail pengurusan dan kepimpinan yang berkualiti mencapai tahap tiada kecacatan.

Memastikan guru memberikan tumpuan kepada fungsi teras pengajaran mulai 2013

Guru akan menikmati pengurangan beban tugas pentadbiran supaya mereka boleh
menumpukan sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras pengajaran. Perkara ini
akan dapat dicapai dengan memperkemas dan mempermudah proses pengumpulan dan
pengurusan data sedia ada. Sesetengah tugas pentadbiran akan diserahkan kepada pusat
perkhidmatan terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus di peringkat sekolah.
Transformasi ini sangat bertepatan bagi mengelakkan tekanan emosi kepada guru yang
mengganggu dirinya dan proses pengajaran.Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana
guru berhadapan pelbagai tanggungjawab(Noriati A Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah
Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.Majid,2010). Hal ini memandangkan tugas guru pada
hari ini mempunyai skop tugas yang sangat luas bukan sekadar mengajar namun
merangkumi pelbagai aspek. Guru pada masa ini diharapkan dapat melaksanakan pelbagai
tanggungjawab selain mengajar seperti fasilator(Noriati et al, 2010). Oleh itu, pengurangan
beban tugas guru ialah langkah terbaik bagi memastikan mutu pengajaran yang berkualiti
dan memberikan kesan positif terhadap peningkatan prestasi akedemik murid-murid.
KESIMPULAN

Hasrat KPM bagi memartabatkan profesion keguruan sebagai profesion pilihan


merupakan satu langkah wajar. Ini penting bagi melahirkan guru berkualiti bagi merangsang
sistem pendidikan di negara ini. Perancangan dalam Anjakan Ke -4 ini membolehkan guru
pelatih menerima latihan yang sebaik mungkin selain daripada peluang pembangunan
kerjaya yang menarik merentas beberapa laluan kerjaya melalui kemajuan berasaskan
prestasi dan kompetensi. Perancangan ini merangkumi budaya bimbingan rakan sejawat
untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan
perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan sejawat
dalam memenuhi standard profesional kerjaya
RUJUKAN

Ahmad Marzuki Abdul Rahman (2009). Faktor-faktor ke arah pengajaran dan pembelajaran
yang berkualiti. Lestari Pendidik IPGM KDRI. Kuala Terengganu : IPGM Kampus
Dato’ Razali.
Haziah Che Husin.(2014, Mei). Peranan Guru dalam tuntutan kemajuan. Dewan Siswa, 1.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kartini Baharun, Mohd Nasrudin Basar, Mahanom Mat Sam & Lee Leh Hong (2010).
Kelestarian Kualiti Guru : Satu Model Kontinuum Pembangunan Guru. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Guru, 5, 247-255
Kementerian Pendidikan Malaysia(2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya : Kementerian Pendidikan Malaysia. Diakses daripada
http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf
Muhyidin Yasin. (2014). Teks ucapan oleh tpm pada majlis pelancaran laporan tahunan 2013
pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013-2025. Diakses dari
http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?id=4261
Noor Azam Abdul Rahman.(2014, Mei). Guru Hebat Individu yang terpilih. Dewan Siswa, 5-
7. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkufli Mahyudin & Zakiah Noordin. (2014). Falsafah
dan pendidikan di Malaysia. (Ed. Ke-2). Shah Alam , Oxford Fajar Sdn. Bhd.
LAMPIRAN

i) Mengetattkan syarat lantikan guru


ii) Ujian CEFR Readiness untuk semua guru Bahasa Inggeris
iii) Borang skor penilaian PBPPP

You might also like