You are on page 1of 1

KATA GANDA

 Kata ganda merupakan kata yang diulang sebutannya untuk menunjukkan maksud
tertentu.
 Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada
sebahagian atau seluruhnya
 Terdapat sedikit perbezaan bagi penulisan kata ganda dalam jawi
 Jenis kata ganda:
 Kata ganda penuh
 Kata ganda separa

Kaedah lama mengeja kata ganda ada dua:


1. Menggunakan angka dua Arab (Kata ganda penuh)
Contoh:

kuat-kuat ٢ ‫كوات‬
murid-murid ٢‫موريد‬

2. Menggunakan tanda sempang (-) (Kata ganda separa)


Contoh:

mencari-cari ‫چاري‬-‫منچاري‬
berlari-lari ‫الري‬-‫برالري‬

Namun, kaedah ini dianggap kurang sesuai kerana akan mengelirukan pembaca.
Kaedah baharu diperkenalkan bagi semua jenis kata ganda iaitu dengan menggunakan
tanda sempang (-)
Contoh:

kuat-kuat ‫كوات‬-‫كوات‬
murid-murid 6‫موريد‬-‫موريد‬

You might also like