You are on page 1of 6

BAB 1

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

American Society of Mechanical Engineers (ASME) adalah sebuah badan


professional persatuan kejuruteraan mengkhususkan di dalam kejuruteraan
mekanikal. ASME telah ditubuhkan pada sekitar tahun 1880 oleh Alexander Lyman
Holley, Henry Rossiter Worthington, John Edison Sweet dan Martias N. Forney
sebagai jawapan kepada pelbagai kegagalan tekanan dandang stim. Persatuan ini
dikenali kerana peranannya di dalam menyediakan kod dan standard untuk peralatan
mekanikal. Kod, standard dan spesifikasi lazimnya dibangunkan oleh kumpulan
pakar yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang berkenaan.
Biasanya dokumen ini sah diguna pakai di negara di mana dokumen tersebut
dihasilkan sahaja.

Namun begitu, sebahagian kod, standard dan spesifikasi yang dihasilkan di


negara maju seperti America, Britain, dan Kesatuan Eropah diguna pakai di negara-
negara ketiga yang masih belum membangunkan standard mereka sendiri. Selepas
sekian lama, kebiasaannya negara-negara tersebut akan membangunkan kod,
standard dan spesifikasi bagi memenuhi kehendak dan keperluan tempatan. Terdapat
beberapa cara menguji dan menentukan mutu bagi sesuatu sambungan kimpal.
Terdapat beberapa jenis ujian dan prosedur ujian telah dipiawaikan daripada
organisasi seperti American Welding Society, British Standard Institution dan lain-
lain. Ujian boleh dilakukan secara musnah atau tanpa musnah. Dalam konteks projek
ini memfokuskan kepada kod dan standard dalam menjalankan ujian musnah bagi
ujian bengkokkan (bend test).

1
Standard panduan ujian bengkokkan ini biasanya digunakan dalam ujian
pengimpal dan kelayakan prosedur untuk menentukan keupayaan pengimpal untuk
menyediakan hasil kimpalan yang berkualiti. Ujian ini dilakukan dengan
membengkok specimen daripada satu ukuran tertentu dan kebiasaannya dinyatakan
dalam kod dalam jig khas, ukuran jig akan berbeza dengan ketebalan specimen dan
bahan. Specimen ujian diletakkan di seluruh penyokong yang dinamakan acuan
(Die). Plunger, dikendalikan dari atas oleh pam hidraulik digunakan untuk memberi
tekanan pada specimen ke dalam acuan.

Dengan melakukan ujian yang terhadap specimen dan jejari selekoh dipilih
mengikut kemuluran logam yang diuji. Pemanjangan dalam gentian luar 20 peratus
boleh dicapai dengan mudah pada kimpalan keluli lembut. Ujian bengkokkan
konsisten akan gagal jika specimen berterusan berada berdekatan dengan permukaan
bahan. Selepas membengkok, kimpalan diperiksa. Banyak standard kimpalan dan
spesifikasi menganggap bahawa specimen bengkok telah gagal jika atas pemeriksaan
permukaan cembung selepas lenturan dan mempunyai keretakan serta kecacatan
terbuka melebihi 2 mm atau 3 mm (1/8 in.). Justeru itu adanya panduan ujian
bengkok dapat memastikan prosedur dalam menentukan kualiti logam kimpal pada
bahagian muka dan punca sambungan kimpal dapat ditentukan dengan tepat.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Kebanyakan kajian atau projek yang dilakukan sebelum ini hanya


memfokuskan berkaitan dengan membezakan kekuatan kimpalan berdasarkan ujian
yang dijalankan. Salah satu kaedah ataupun ujian yang sesuai digunakan untuk
menentukan kecacatan pada kimpalan ialah, melalui ujian musnah. Dalam projek ini
memfokuskan kepada ujian musnah bengkok yang merupakan satu ujian di mana
tekanan akan dikenakan pada bahan kerja kimpalan untuk mengenal pasti kecacatan
kimpalan secara pandangan mata kasar (Visual). Melalui kaedah atau cara sesuatu
bahan kimpalan yang diuji untuk melihat kekuatan suatu kimpalan itu menunjukkan
bahawa terdapat perbezaan cara sesuatu ujian bengkokkan itu dilakukan mengikut
jenis-jenis ujian bengkok tertentu.
Oleh yang demikian, setiap jenis ujian bengkokkan mempunyai kriteria yang
berbeza-beza serta menggunakan mesin-mesin yang tertentu untuk menjalankan ujian
tersebut. Setiap jenis ujian bengkokkan pasti ada keburukan dan juga kekuatan yang
tersendiri. Sebagai contohnya, jenis ujian bengkokkan bebas lebih mudah digunakan
dan murah kos kerana dapat menggunakan pelbagai jenis mesin untuk melaksanakan
ujian tersebut berbanding dengan jenis ujian bengkok yang lain. Namun begitu
perbezaan antara semua jenis ujian bengkokkan melibatkan posisi ketika melakukan
bengkokkan, teknik bengkokkan sama ada menggunakan pam hidraulik atau manual
dan kesesuaian jenis kerja yang hendak dilakukan berdasarkan ketebalan specimen.

Dalam konteks projek ini lebih memfokuskan kepada keperluan penggunaan


mesin ujian bengkok di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, bagi
penggunaan di Makmal Fabrikasi dan Kimpalan. Ini kerana tiada mesin ujian
bengkokkan yang khusus bagi kegunaan Makmal Fabrikasi dan Kimpalan. Di
samping itu, kebanyakan mesin yang ada di pasaran ini bersaiz besar, memerlukan
kos yang tinggi sekitar RM10,000.00 ke atas dan sekiranya mesin tersebut
menggunakan sistem pam hidraulik 10 ton ke atas harganya hampir mencecah
RM95,000.00.

Oleh demikian, berdasarkan permasalahan yang wujud satu reka bentuk


mesin ujian musnah bengkok (Bend Test) Menggunakan motor 3 fasa ini direka
bentuk bagi menjalankan Ujian Musnah (Destructive Testing) kaedah Ujian
Bengkokkan atau Lentur (Bend Test) pada hasil kimpalan. Ujian ini merupakan salah
satu kaedah mengukur kualiti hasil kimpal yang ditekankan di dalam Kod dan
Standard Kimpalan seperti ASME, API, AWS, ISO dan sebagainya. Projek ini
dihasilkan dengan mematuhi Standard Antarabangsa bagi Ujian Bengkokkan / Lentur
iaitu ISO 5173 (Destructive Tests On Welds In Metallic Materials - Bend Tests).
Mesin ini akan beroperasi secara semi-automatic, dengan menggunakan silinder jack
hidraulik yang digerakkan menggunakan motor 3 Fasa untuk melakukan kerja ujian
bengkokkan pada hasil kimpalan. Dengan demikian, ia akan memudahkan
penggunaan dalam proses bengkokkan yang lebih konsisten (sekata), kos yang lebih
rendah berbanding mesin yang berada di pasaran, menjimatkan masa operasi dan
mudah untuk dibawa ke mana- mana.
1.3 OBJEKTIF PROJEK

Antara objektif projek ini ialah;


i. Mereka bentuk mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor
3 fasa.
ii. Menghasilkan mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor
3 fasa berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan.
iii. Menguji kebolehfungsian mesin ujian musnah bengkokkan dengan
menggunakan motor 3 fasa yang beroperasi dengan mudah cekap dan selamat
untuk dikendalikan serta mempunyai kapasiti maksimum mampu
membengkokkan plat keluli karbon berketebalan 12 mm.

1.4 SKOP PROJEK

Penghasilan projek ini hanya memfokuskan kepada beberapa perkara yang


telah dihadkan dalam memastikan penggunaan projek ini dalam skop tertentu sahaja
iaitu;
i. Projek ini memfokuskan kepada mereka bentuk dan menghasilkan mesin
ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa bagi kegunaan
ujian bengkokkan muka (Face Bend) dan bengkokkan punca (Root Bend).
Mesin ini hanya bagi kegunaan untuk spesimen plat keluli karbon
berdasarkan AWS, D1.1 (Structural Steel Welding Code) berketebalan
maksimum 12 mm sahaja. Spesimen yang digunakan adalah bagi menguji
ketahanan sambungan kimpalan kedudukan 1G (penembusan).
ii. Standard rujukan yang digunakan dalam mereka bentuk dan penghasilan
projek ini adalah melibatkan standard BS EN 910 (Destructive Tests on
Welds in Metallic Materials - Bend Tests), ASME IX (Welding and
Brazing Qualifications), ASTM E190-92 (Guided bend Test for Ductility of
Welds). Di samping itu juga, mesin ujian musnah bengkokkan dengan
menggunakan motor 3 fasa digunakan untuk menjalankan ujian bengkokkan
muka kimpalan (Face Bend) dan ujian bengkokkan punca kimpalan (Root
Bend) bagi ketebalan maksimum plat keluli karbon rendah 12 mm.
iii. Projek ini hanya terhad bagi kegunaan pelajar dalam bidang kimpalan dan
fabrikasi logam di Makmal Fabrikasi Logam, Fakulti Pendidikan Teknikal
dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia sahaja.

1.5 KEPENTINGAN PROJEK

Kepentingan projek ini untuk menghasilkan mesin ujian musnah bengkokkan


dengan menggunakan motor 3 fasa bagi kegunaan pelajar di Makmal Fabrikasi dan
Kimpalan, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Di samping itu, penghasilan
mesin ini juga mengambil kira faktor dengan kualiti yang tinggi dan kos yang
berdaya saing (competitive) berbanding mesin ujian musnah bengkokkan yang sedia
ada di pasaran. Nilai komersial (commercial) yang ada pada mesin ini juga diambil
kira bagi memastikan ianya boleh dikeluarkan secara komersial kelak. Justeru itu,
agar mesin ini dapat dimiliki oleh pelbagai pusat latihan kemahiran, syarikat atau
makmal yang berkaitan ujian dan pengujian dengan harga mampu milik.

Mesin ujian musnah bengkokkan dengan menggunakan motor 3 fasa ini telah
berjaya menghasilkan satu mesin yang bercirikan inovasi dan kreativiti yang
memenuhi objektif pembinaannya iaitu berfungsi untuk melakukan Ujian
Bengkokkan/Lenturan (Bending Test), beroperasi dengan mudah, cekap dan selamat
untuk dikendalikan, mematuhi Standard Antarabangsa dan sesuai untuk dikeluarkan
secara komersial dan dengan kos yang kompetitif. Perkara utama yang perlu
dipertimbangkan semasa penghasilan sesuatu produk ialah kos pengeluaran.

Oleh yang demikian salah satu kepentingan penghasilan projek ini ialah
menghasilkan mesin dengan kos yang kompetitif supaya mampu bersaing dengan
produk yang setara di pasaran maka satu pertimbangan yang teliti telah dibuat bagi
menganalisis kos dan nilai produk yang setara di pasaran. Berdasarkan pengiraan dan
perlaksanaan yang dibuat, kos pengeluaran mesin ujian musnah bengkokkan dengan
menggunakan motor 3 fasa hanya RM4514.57 sahaja.
Nilai ini amatlah kompetitif berbanding harga pasaran bagi mesin yang setara
yang dijual di pasaran adalah di antara RM10,000.00 hingga RM95,000.00 seunit.
Oleh itu mesin ini berpotensi untuk dikeluarkan secara komersial dengan anggaran
harga untuk dipasarkan di antara RM4,000.00 hingga RM5,000.00 seunit.
Berdasarkan kos pengeluarannya dan testimonial daripada pembekal mesin yang
setara, adalah diyakini mesin ini mampu dikeluarkan secara komersial untuk
dipasarkan kepada institusi latihan kemahiran.

1.6 RUMUSAN

Bab ini telah menerangkan dengan jelas berkaitan kajian reka bentuk yang
dijalankan iaitu objektif projek, skop projek, pernyataan masalah dan kepentingan
projek. Berdasarkan pada huraian yang dinyatakan iaitu latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif kajian di atas diharap dapat memberi garis panduan serta
pemahaman yang mendalam dalam penyediaan projek ini.

You might also like