You are on page 1of 10

Hari : Ahad Tarikh : 01.08.

2021

Kemahiran mendengar dan bertutur

1.2.2 – Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan
menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

Objektif : Murid dapat bertutur dan menjelaskan tiga maklumat tersurat dan
tersirat dalam dialog menggunakan idea kritis dan kreatif dengan betul.

Tajuk : Uniknya Rumah Kutai

Nota dan panduan tugasan ;

1. Penerangan tentang maklumat tersirat dan tersurat murid-murid boleh rujuk

Modul 3 dan Modul 4.

2. Murid-murid kenal pasti maklumat tersurat dalam bahan yang diberikan.

(Rujuk buku teks Jilid 1 muka surat 69.)

3. Kemudian, kenal pasti maklumat tersirat daripada maklumat tersurat.

4. Lengkapkan jadual maklumat tersurat dan tersirat pada jadual yang diberikan.

5. Jawab latihan dalam buku aktiviti Jilid 1 muka surat 77 dan 78.
Lengkapkan jadual di bawah dengan maklumat tersirat berdasarkan maklumat
tersurat yang diberikan.

Maklumat tersurat Maklumat tersirat

Rumah Kutai diperbuat daripada kayu


dan dindingnya daripada anyaman buluh

Bumbung rumah ini menggunakan atap


daun rumbia yang dianyaman dengan
cantiknya.

Rumah ini bertiang tinggi.


Hari : Isnin Tarikh : 02.08.2021

Kemahiran

2.3.1 (i) – Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai daripada bahan sastera
dan bukan sastera ; lagu kanak-kanak.

Objektif : Murid dapat mengenal pasti dan menyatakan lima nilai berdasarkan
lirik lagu Katak Si Katak Lompat dengan betul.

Tajuk : Lompat Si Katak Lompat

Nota dan panduan tugasan ;

1. Nilai ialah perkara baik atau sifat baik yang ada pada diri seseorang.

2. Contoh – baik hati, jujur, sopan santun dan sebagainya.

2. Baca dan fahami lirik lagu. (Rujuk buku teks Jilid 1 muka surat 70)

3. Kenal pasti nilai yang terdapat dalam setiap rangkap lagu.

4. Lengkapkan jadual yang diberikan dengan nilai yang dikenal pasti dalam lirik

lagu.

5. Jawab latihan dalam buku aktiviti Jilid 1 muka surat 79 dan 80.
Lengkap jadual di bawah dengan nilai yang betul

Lirik lagu Nilai


Hari : Selasa Tarikh : 01.08.2021

Kemahiran menulis

3.2.4 (i, ii) – Menulis sesuatu yang diimlakkan ; perkataan dan frasa.

Objektif : Murid dapat menulis lima perkataan dan frasa yang diimlakkan dengan
betul berdasarkan bahan bacaan yang diberikan.

Tajuk : Sedapnya Amplang

Nota dan panduan tugasan ;

1. Imlak bermaksud murid menulis huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat

yang disebut oleh guru.

2. Murid-murid baca dan fahami bahan bacaan yang diberikan. (Rujuk buku teks

Jilid 1 muka surat 66.)

3. Lengkapkan petikan yang diberikan dengan perkataan berwarna dalam bahan

bacaan yang diberikan.

4. Jawab latihan dalam buku aktiviti Jilid 1 muka surat 74.


Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang betul.

Sedapnya Amplang

Rahisin dan keluarganya ____________________ke Sabah. Nenek

Rahisin menghidangkan _________________________________

masyarakat Sabah, iaitu __________________. Nenek Rahisin

menerangkan cara-cara membuat amplang.

Mula-mula sediakan ______________________. Antara

bahannya, 300 gram ikan tenggiri. 280 gram tepung ubi dan 20 gram

tepung _____________________. Selain itu, satu biji telur, 30

______________________________ minyak masak, lima ulas

bawang putih yang _________________dan garam dan gula

secukup rasa. Bahan akhir yang diperlukan ialah serbuk perasa yang

dibenarkan.

Kemudian, __________________________ dan ambil isinya.

Campurkan isi ikan dengan telur dan _____________________.

Gaulkan bahan tersebut dengan air, tepung gandum dan tepung ubi.

Jadikan _______________ berbentuk _____________________.

Kemudian bebola itu direbus dan dikeringkan.

Akhir sekali, goreng bebola dan ______________________

panas-panas. Rasanya enak dan sedap dimakan.


Hari : Rabu Tarikh : 04.08.2021

Kemahiran aspek tatabahasa

5.1.4 (iv) – Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata tugas mengikut
konteks ; kata tanya.

Objektif : Murid dapat memahami, mengenal pasti dan menggunakan lima kata
tanya mengikut konteks ayat dengan betul.

Tajuk : Baju Kurung Kedah

Nota dan panduan tugasan ;

1. Kata tanya ialah kata yang digunakan untuk menyoal atau bertanya sesuatu

perkara.

2. Contoh kata tanya – siapa, apa, bila, mana, mengapa, bagaimana dan berapa.

3. Contoh ayat :

a) Siapa nama awak ? c) Apa hobi awak ?

b) Nama awak siapa ? d) Di mana awak tinggal ?

4. Baca dan fahami bahan bacaan yang diberikan.(Rujuk buku teks Jili 1 muka

surat 68.)

5. Bina soalan dengan kata anya yang betul.

6. Jawab latihan dalam buku aktiviti Jilid 1 muka surat 76.


Bina soalan dengan kata tanya yang betul.

1. ________________________ program yang mereka sertai ?

2. ________________________ murid-murid itu pergi melawat ?

3. Murid-murid pergi melawat ke sana _____________________ ?

4. ________________________ peserta lawatan ini ?

5. ________________________ pakaian ini dipakai ?

6. Nama baju itu ______________________ ?


MODUL 9 PDPR
BAHASA MELAYU TAHUN 2 M

TEMA : Kebudayaan Kita

SUBTEMA : Uniknya Budaya Kita/Kesenian Dihargai

Tajuk : 1. Uniknya Rumah Kutai

2. Lompat Si Katak Lompat

3. Sedapnya Amplang

4. Baju Kurung Kedah

KEMAHIRAN :

1.2.2 – Bertutur dan menjelaskan maklumat yang tersurat dan

tersirat dengan menggunakan idea yang kritis dan kreatif.

2.3.1 (i) – Membaca, mengenal pasti dan menyatakan nilai daripada

bahan sasteran dan bukan sastera ; lagu kanak-kanak.

3.2.4 (i, ii) – Menulis sesuatu yang diimlakkan ; perkataan dan frasa.

5.1.4 (iv) – Memahami, mengenal pasti dan menggunakan kata tugas

mengikut konteks ; kata tanya

Nama : _______________________

You might also like