You are on page 1of 5

TUGASAN

1.0 PENGENALAN 1
Menurut Kamus dewan edisi keempat nilai bermaksud kualiti,mutu,taraf dan sifat.
Namum, nilai universal pula bermaksud suatu sifat yang boleh didapati dalam semua
tamadun. Sifat-sifat tersebut termasuklah nilai kepercayaan, nilai ekonomi dan
kebendaan, nilai kerja, nilai kemanusian, nilai keilmuan, nilai akhlak, nilai keadilan,nilai
kekeluargaan dan nilai alam sekitar. Nilai-nilai ini diterima oleh semua tamadun secara
umumnya. Meniti arus permodenanan nilai-nilai universal merupakan salah satu elemen
yang penting untuk masyarakat zaman kini. Setiap agama mempunyai nilai-nilai
universal tersendiri. Jika kita teliti nilai-nilai universal ini berasakan kitab veda
masyarakat india, ia menitihberatkan nilai-nilai tersebut dalam pembinaan insititusi
keluarga yang bahagia. Salah satu nilai universal yang diamalkan oleh semua agama
secara amnya ialah nilai kekeluargaan. Nilai tersebut merupakan asas bagi sesebuah
keluarga yang bahagia dan. Nilai yang akan dihuraikan dalam kajian ini daripada nilai
kekeluargaan ialah nilai hormat-menghormati . Nilai ini sangat termasyhur dalam semua
agama yang terdapat di dunia awi ini.

2.0 MAKSUD

Maksud nilai hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan seseorang


dan institusi sosial dengan memberi layanan yang sopan serta khidmat dan takzim.
Tambahan pula, nilai ini didefinisikan sebagai ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih
tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin dan juga melalui hormat kepada raja dan
negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.

3.0 Kepentingan

Kepentingan pengamalan nilai hormat menghormati dalam kalangan masyarakat yang


pertama ialah nilai ini akan mewujudkan perpaduan serta keharmonian dalam kalangan
rakyat. Masyarakat yang bersatu serta harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di
Malaysia dapat menerima dan menghormati antara satu sama lain tanpa wujud prasangka
dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik antara kaum. Pengalaman 13 Mei
1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya menjadikan perpaduan kaum
sebagai keutamaan. Dengan pengamalan nilai ini kita dapat menggelakkan peristiwa ngeri
itu tidak berulang lagi. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu
padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Keterbukaan pemimpin negara dalam
bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah perpaduan kaum.  Sebagai buktinya, di
Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing menggunakan bahasa ibunda, tetapi
pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua
kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana  perasaan prejudis kepada
kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang harmoni mampu
diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan. Secara tegasnya, perpaduan
dalam kalangan masyarakat dapat diwujudkan dengan wujudnya nilai hormat-menghormati
dalam kalangan msyarakat.

Jika diteliti lebih dalam tentang kepentingan pengamalan nilai hormat-menghormati


dalam kalangan masyarakat Malaysia, menaikkan imej negara di pentas dunia juga menjadi
salah satu kepentingan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa  negara pada masa kini
sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang
berterusan membina negara yang mampu disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada
pada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk menaikkan
Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau
telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh
bersuara untuk membela nasib mereka di pentas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia
juga dikenali di pentas antarabangsa adalah kerana kesatuan dan amalan hormat-
menghormati ada pada masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya,
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktirafkan Malaysia sebagai negara
yang ke-9 paling aman dan damai di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah
badan bebas yang berpengkalan di  Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan
bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu
sehingga keadaan menjadi aman dan damai. Secara tegasnya, nilai hormat-menghormati
dapat menjadikan negara ini berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara lain.
4.0 PERANAN

Pada kebelakangan ini isu perselisihan faham antara masyarakat semakin menular.
Masa ke masa kecanggihan teknologi semakin meningkan seiras dengan sifat
kezaliman pun semakin meningakat dalam kalangan masyarakat. Nilai hormat
menghormati semakin pudar dalam masyarkat. Terdapat beberapa isu yang utuh dapat
dihujahkan sebagai bukti. Antara isu ialah pergaduhan dan rusuhan berlaku di Kuli Sri
Maha Maria amman, Seafield, Subang jaya, Selangor pada 26 dan 27 November 2018.
Beberapa orang lelaki telah menceroboh tempat ibadat tersebut. Isu ini menjadi amat
sensetif dalam kalanga masyarakat. Hal ini telah mengakibatkan konfrontasi nasional.
Pencerobohan ini telah mengakibatkan beberapa orang cedera serta mengalami
kerugian yang besar. Namum begitu pencerobohan ini juga telah menyebabkan seorang
wira bomba meninggal dunia. Persoalannya, apakah punca perkara ini tercetus di bumi
Malaysia? Jawapannya ialah kekurangan nilai hormat-menghormati dalam kalangan
masyarakat.

Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menyemaikan sikap hormat-
menghormati dalam diri remaja sejak kecil. Hal ini demikian kerana anak-anak akan belajar
semua sifat yang baik mahupun sifat buruk. Situasi ini dapat dikaitkan degan peribahasa
melayu iaitu kemana tumpahnya kalau tidak ke nasi. Ibu bapa perlu tegas dalam mendidik
cara menghormati kepercayaan,agama orang lain serta orang yang lebih tua daripada kita.
Ibu bapa juga perlu menghantar anak-anak mereka ke kelas agama dari keci lagi. Hal ini
demikian kerana di kelas agama mereka akan mengajar tentang nilai hormat –
menghormati. Remaja dapat menjadikannya sebagai suatu amalan dari kecil. Tamabahn
pula, Ibu bapa juga perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana anak-anak akan
mengikut segala tingkah laku ibu bapanya ibarat bagaimana acuan begitulah kuihnya. Ibu
bapa perlu menghormat adat dan istiadat kaum lain masyarakat setempat. Contohnya,
sebagai tanda penghormatan ibu bapa tidak boleh mengkritik adat istiadat kaum lain.
Sebaliknya mereka perlu bertoleransi dengan tidak membuat bising ataupun menjadi
penhalang semasa upacara adat dan istiadat dijalankan. Hal ini akan menunjukkan tanda
penghormatan ibu bapa tehadap masyarakat sejagat.

Tambahan pula, apa yang ingin diketengahkan ialah dalam penulisan ini ialah peranan
seorang guru sebagai warga pendidik dalam memupuk nilai hormat menghormati antara
masyarakat pelbagai kaum. Guru berperanan memberikan pendidikan formal dalam
memupuk nilai-nilai murni dalam sukma kanak-kanak, dalam erti kata lain guru memupuk
nilai hormat-menghormati melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Sebagi contohnya,
guru boleh menyelitkan nilai murni tersebut semasa mengajar. Guru boleh memberi tugasan
kumpulan yang yang melibatkan pelbagai kaum murid dalam satu kumpulan. Hal ini akan
menyebabkan murid-murid berkolaborasi antara satu sama lain dan akan berlaku proses
pertukaran pendapat. Mungkin juga akan berlaku percanggahan pendapat dalam kalangan
mereka.

Sejurus dengan itu,untuk mencapai misi yang komprehensif dan konkrit, nilai-nilai murni
haruslah diamalkan secara berkesan. Menjurus kepada itu, pihak sekolah boleh
menganjurkan minggu Budi Bahasa Budaya Kita dan memberi anugerah Pelajar Sopan
kepada pelajar yang bersikap sopan santun, menghormati guru-guru dan berhemah tinggi
sepanjang berada di sekolah supaya boleh menjadi teladan dan panduan kepada pelajar
lain. Anugerah tersebut bukan sekadar pemberian kepada pelajar yang menunjukkan sikap
yang baik, tetapi sebagai pemangkin semangat murid-murid yang lain untuk turut menanam
serta mengamalkan nilai hormat-menghormati tersebut dalam diri masing-masing. Murid-
murid bukan sekadar dapat memupuk nilai tersebut, bahkan dapat menjadi ikutan pada
sahabat-sahabat yang lain. Kata orang, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi,
kita akkan turut terpalit wangiannya. Kita juga harus sedar, pengaruh rakan sebaya sangat
kuat dalam kalangan kanak-kanak dan kita boleh gunakan pengaruh tersebut untuk
menyampaikan unsur-unsur hormat-menghormati dalam kalangan murid-murid yang lain.
Perkara biasa yang harus para pendidik lakukan ialah dengan memberi fokus utama tentang
amalan nilai murni dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dengan cara
mengajar murid-murid terutama pelajar sekolah rendah tentang adab sopan ketika berada di
dalam kelas, adab sopan ketika berkomunikasi dengan guru dan semestinya rakan yang
berbilang bangsa. Hal ini penting kerana misi pendidikan negara kita bukan sahaja untuk
melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum, malah juga untuk
melahirkan modal insan yang mengamalkan nilai-nilai murni, bermoral dan bertatasusila,
sejajar dengan prinsip kelima Rukun Negara, yakni Kesopanan dan Kesusilaan. Sudah
terang lagi bersuluh bahawa pendidikan di dalam kelas merupakan senjata yang utama
untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
5.0 Perkara yang menjadi penghalang

Perkara yang dominan menjadi pen perkataan sahaja yang boleh duighalang ialah
pengaruh budaya barat. Masyarakat sanggup mengikut budaya barat yang tidak
menujukkan nilai hormat-menghormati. Contohnya masyarakat sukan menonton filem barat.
Lanjutan dengan itu masyarakat juga suka mengikut aksi yang tidak moral serta kurang nilai
hormat menghormati. Di Malaysia, bahasa yang digunakan oleh masyarakat mengandungi
sifat nilai hormat menghormati tesendiri tetapi bahasa barat bukan begitu. Contohnya, Kita
akan menggunakan perkataan ‘beliau’ untuk orang yang lebih tua daripada kita tetapi di
bahasa barat mempunyai satu pekataan sahaja yang perlu digunakan untuk semua lapaisan
masyarakat iaitu ‘You’.Disamping itu masyarakat juga tidak mengambil berat tentang
kepentingan nilai hormat-menghormati. Selain itu, kekurangan pendedahan tentang amalan
hormat-menghormat juga menjadi salah satu faktor. Pada era pasca modensasi ini, ibu bapa
tidak pedulikan pembinaan akhlak seseorang remaja. Ibu bapa tidak mengajar mereka cara
menghormati orang lain. Mereka juga membiarkan anaknya lebih bersosial berbanding
daripada berakhlak. Tambahan pula masayarakat juga banyak terdedah unsur negative di
laman sosial. Hal ini menyebabakan perselisihan faham anatara satu sama lain. Isu sensetif
yang ditularkan dalam laman sosial ini menyebabkan masyarakat kurang hormat
menghormati anatara satu sama lain. Masyarakat juga berasa tidak puas hati akibat isu
yang ditularkan.

6.0 Kesimpulannya

Secara konklusinya, Felo Utama dan Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam (IKIM), Dr. Mohd Sani Badron ada mengatakan
bahawa rakyat Malaysia perlu benar-benar menghayati nilai kesopanan dan kesusilaan
dalam berinteraksi antara kaum dan agama dengan mengamalkan sikap hormat-
menghormati supaya keharmonian dapat dipelihara. Perkataan tersebut menghuraikan
bahawa nilai hormat-menghormati yang diterapkan dalam semua lapisan masyarakat tidak
kira kaum dapat menyatukan masyarakat di Malaysia. Kita perlu menghayati nilai hormat-
menghormati ini dan perlu mengamalkan sehingga nadi akhir kita demi kebaikan bersama.

You might also like