You are on page 1of 2

RUMUS

AN
Berdasarkan pengurusa grafik, Kita dapat mengetahui tentang ciri-ciri personality, etika dan
perwatakan guru sebagai pembina negara bangsa. Terdapat beberapa aspek yang dapat
menonjolkan etika seseorang guru. Etika yang perlu ada dalam diri guru yang pertama ialah
memupukan perhatian kepada setiap murid. Murid perlu diberikn mendapat layanan dan
tumpuan yang sama rata tanpa mengira rupa paras, bangsa, dan agama. Lanjutan ini, guru
dapat memikat perhatian murid. Guru perlu membimbing dalam perkembangan murid. Guru
memainkan perananan yang penting dalam pembimbingan murid. Guru mempersiapkan
murid dengan kemahiran tertentu agar murid menonjol dan mempunyai lebih berkeyakinann.
Guru sahaja seorang yang berkebolehan untuk membentuk seorang murid. Mereka juga
dapat meningkatkan kemahiran diri seorang murid. Guru perlu menjadi suri teladan ‘role
model’ kepada murid-murid. Hal ini disebabkan oleh murid akan mengikut setiap tingkah
laku guru. Guru perlu menunjukkan sifat yang positif terhadap murid-murid. Murid akan
menjadikan guru sebagai ikutan sepanjang hayat. Sejurus dengan itu, guru tidak boleh
mengongkong pemikiran murid. Guru perlu memberi peluang kepada mereka untuk meluah
idea masing-masing. Guru perlu menghormati pandangan dan pendapat murid dengan hati
terbuka. Contohnya, guru perlu membincang idea yang diluahkan oleh murid di kelas serta
memberikan justifikasi.

Tambahan pula, guru perlu ada perwatakan yang baik. Perwatakan yang pertama
ialah mudarris. Maksudnya guru yang mengajar, iaitu menyambaikan ilmu. Guru menjadi
suatu mediam penyampaian ilmu. Perwatakan seterusnya ialah Mu’allim. Maksudnya, guru
yang mengajar tanpa mengharapkan balasan. Guru sentiasa perlu berusaha untuk memberi
ilmu kepada murid sehingga murid faham. Murshid juaga menjadi salah satu perwatakan.
Maksudnya, guru yang mendidik murid ke arah jalan yang benar Guru yang mempunyai
perwatakan yang baik serta dicontohi oleh murid dari segi akhlak, pengetahuan dan lain.
Guru juga perlu ada perwatakan Muaddib. Maksudnya, guru yang membimbing dan
membentuk akhlak murid. Guru perlu mengajar tentang nilai murni dan adab sebagai
seorang murid dan manusia. Selain itu, guru menyemai perwatakn murabbi dalam dirinya.
Maksudnya guru yang mengajar dan membimbing murid serta menyayangi mereka. Mereka
juga perlu membimbing dari segi sahsiah.
Disamping itu, guru perlu ada personaliti yang tertentu dalam profesionnya.
Personaliti yang pertama ialah professional dan berpengetahuan. Guru perlu mempunyai
pengetahuan yang luas sebelum dan semasa mengajar supaya pengajaran dapat
disampaikan dengan efektif. Hal ini akan menyebabkan murid menjadi lebih
berpengetahuan. Guru perlu mempunyai perwatakan fizikal yang menarik. Mereka juga
perlu menjaga kebersihan diri. Contohnya, guru perlu berpakaian kemas dan terurus. Hal ini
akan memikat perhatian murid. Sejurus dengan itu, guru perlu ada kualiti peribadi tersendiri.
Seorang guru perlu memppunyai sahsiah yang positif dan optimis serta ceria. Mereka perlu
menjadi cotoh yang positif kepada pelajar. Selebihnya, guru perlu mempunyai emosi yang
stabil. Mereka perlu pandai dalam mengatasi tekanan dan sentiasa terang di hadapan
murid. Mereka perlu menyemai sikap mengambil berat dan prihatin terhadap murid. Mereka
tidak boleh meluahkan kemarahan terhadap pelajar. Mereka perlu mengetahui cara untuk
mengatasi kemarahannya. Seorang cikgu perlu ada kualiti sosial yang positif supaya
menjadi guru yang professional. Contoh kualiti sosial ialah merendah diri, peramah, berbudi
pekerti dan menyumbang kepada peningkatan motivasi pelajar.

Walaubagaimanapun, terdapat bebrapa cabaran kepada guru pada abad ke-21 ini.
Guru perlu ada mempunyai kemahiran dan berketerampilan dalam pedagogi. Guru juga
perlu memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka. Walaupun murid itu nakal
atau degil, guru tetap perlu menyayangi mereka dan memberi tunjuk ajar yang betul. Guru
perlu menyediakan diri dengan sejurus psikologi pembelajaran. Hal ini akan menjadikan
prosess pengajaran dan pelajaran lebih progresif. Guru perlu menguasai sesuatu subjek itu
lebih mendalam dan signifikan sebelum mengajar di kelas. Tambahan pula, guru perlu
menguasi teknologi terkini. Hal ini akn menjadikan proses pengajaran dan pelajaran lebih
menarik. Guru perlu membeli dan menggunakan perantian canggih di kelas. Guru juga perlu
menguasai kemahiran kaunseling. Hal ini akan membantu guru mengawal kelas dan emosi
murid.

Konklusinya, Guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri personaliti, etika dan
perwatakan guru tersebut bagi membina negara bangsa yang bersahsiah tinngi dalam
mendepani cbaran pendidikan. Guru perlu menyediakan diri untuk meniti arus permodenan
ini dengan memberi pengajaran yang efektif dan progresif kepada murid.

You might also like