You are on page 1of 10

TUGASAN INDIVIDU

KOD KURSUS : UQI11202


NAMA KURSUS : FALSAFAH DAN ISU SEMASA
‘PERANAN EPISTEMOLOGI MENANGANI
:
TAJUK TUGASAN CABARAN IDEOLOGI SEMASA’
NAMA PENSYARAH : DR. AHMAD SHARIFUDDIN BIN MUSTAPHA
MUHAMMAD IKMAL BIN ABDUL HADI
:
NAMA PELAJAR KAMEL
NO MATRIK : DF200128
SEKSYEN : 8
:
10 DECEMBER 2021
TARIKH HANTAR

MARKAH
TUGASAN

1.0 Pendahuluan
Pada hari Jumaat 26 November 2021, satu projek akademik yang dinamakan Projek
Wacana Falsafah dan Isu Semasa telah diadakan. Kursus ini disampaikan oleh Pusat
Pengajian Am (PPUK) Universiti Tun Hussain Wong, Malaysia (UTHM). Catatan Facebook
ini sebenarnya berlaku di laman Facebook PPUK kerana wabak Covid19 berlarutan selama
kira-kira dua jam bermula jam 3 petang hingga 5 petang Semua pelajar yang mempelajari
falsafah dan mempelajari topik hal ehwal semasa turut menyertai program ini. Dr Hisham bin
Abdul Rahim menjayakan ucapan ini. Majlis diakhiri dengan doa agar Dr Adnan bin
Muhammad memberkati majlis. Topik syarahan ilmu ini ialah "Peranan Epistemologi dalam
Menyahut Cabaran Ideologi Semasa" yang disampaikan oleh pensyarah terkenal Profesor
Zhang. profesor PhD. Dr Amran Bin Muhammad ialah pengasas Kolej Universiti Yayasan
Pahang. Ini adalah data biologisnya

Professor Dr Amran bin Muhammad merupakan cendekiawan dan sarjana kelahiran


negeri Johor, daerah Kota Tinggi. Beliau merupakan lepasan Sarjana Muda dari University
Alabama US dan kemudiannya menyambung pelajaran Sarjana dalam bidang Sejarah Islam
dan Falsafah Sains di ISTAC (International Institute of Islamic Thought and Civilization) di
Kuala Lumpur. Beluai merupakan pemegang Dr Falsafah dalam bidang sains dan teknologi
polisi di University of Manchester dan pernah bertugas sebagai dekan di pusat pengajian
sastera kemanusiaan dan sains sosial di Asia E University. Bukan itu sahaja, beliau juga
banyak terlibat dalam program antarabangsa berkaitan ilmu kalam, teknologi, tamadun,
falsafah serta akidah ahli sunah waljamaah dan merupakan panel pakar dalam pembangunan
subjek falsafah dan isu semasa kementerian pengajian tinggi. Tambahan pula, beliau ialah
pengarah kalam research dan media bagi Asia Tenggara dan kini berkhidmat di Kolej
Universiti Yayasan Pahang di Institut Peradaban Islam Antarabangsa. Beliau sangat terkenal
dengan tulisannya yang banyak dipaparkan di akhbar-akhbar tanah air.

2.0 Isi Syarahan


Dalam wacana tersebut, panel menerangkan epistimologi sebagai cabang falsafah
yang mengkaji teori teori ilmu. Konsep dekolonisasi juga ditakrif sebagai menyahkan
penjajahan dalam pemikiran kita. Hal ini dapat dikaitkan dengan orang kita yang mudah
terpengaruh dengan pemikiran barat yang semakin meluas. Falsafah mengajak kita untuk
berfikir secara kritikal, analitikal dan refleksif. Manusia menjadi manusia kerana mempunyai
cara berfikir yang berbeza dengan yang lain. Manusia berfikir secara analitikal, dengan
melihat dari A sehingga Z. Selain itu, manusia juga menilai mana betul atau salah iaitu dari
segi analitikal. Bukan itu sahaja, manusia juga membuat pertimbangan sama ada betul ke
salah, iaitu dari aspek refleksif. Panel juga mengingatkan kita untuk belajar mendalami
falsafah supaya tidak mudah ditipu oleh orang lain, supaya tidak menjadi pak turut, dan
berani dalam pertahankan kebenaran.

Dalam dunia ilmu, terdapat banyak tahap sebelum sesuatu perkara itu menjadi ilmu.
Dari hipotesis, kemudian menjadi teori, lalu barulah kemudiannya menjadi hukum yang kita
anggap sudah tepat ataupun prinsip. Manakala dalam Islam ialah waham banyak yang tak
pasti, lepastu syak 50 betul 50 salah, lepastu zan lebih banyak betul dari salah, lepastu
barulah tahap yaqin iaitu qat’i. Ilmu itu ialah kepercayaan yang kita yakin dengannya dan
mempunyai asas dan ada bukti yang kukuh. Syarat pertama ialah kepercayaan, iaitu
mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang dan percayai sebagai ilmu itu sendiri.
Misalnya kalau kita merujuk kepada sesuautu teori sains, maka kita mesti mempunyai
kepercayaan terhadapnya dan mempercayainya kerana kita menganggap teori sains itu
sebagai ilmu.Yang kedua ialah ilmu terselbut mestilah mempunyai kebenaran. Yang ketiga
ialah ilmu itu perlu mempunyai justifikasi dan bukti yang jelas.

Aliran empirisisme dapat didefinisikan dengan ilmu yang sahih diperolehi melalui
penggunaan deria yang lima pancaindera. Seperti contoh, deria mata untuk kita melihat, deria
rasa merasakan keenakan makanan, deria bau untuk kita menghidu wangi atau busuk melalui
hidung, deria telinga untuk kita mendengar dan deria sentuhan kita mengetahui pepejal
ataupun benda lembut atau keras melalui sentuhan tangan kita. Kebanyakan ilmu sians dating
dari pancaindera, Sesetengah individu tidak mempercayai ideologi empirisme. Kita harus
tahu sumber yang diperolehi itu dating dari mana, misalnya hukum adat (law of nature) yang
dipraktikkan dalam Islam.

Aliran rasionalisme pula membawa pengertian ilmu yang sahih itu diperolehi dan
terbit daripada penggunaan akal yang rasional. Aliran rasionalisme tidak bergantung kepada
penggunaan deria dan aplikasi penggunaan deria yang lima. Asas dan tonggak bagi aliran
Rasionalisme ialah sifat akliah (akal fikiran) dalam menjana teori ilmu. Teori Rasionalisme
emnyangkal pandangan aliran Empirisme bahawa ilmu itu hanya terbit daripada deria kita
atau mana mana penggunaan deria kita yang lima. Aliran Rasionalisme mengatakan bahawa
deria kita boleh menipu kita. Seperti contoh, kita melihat sesuatu itu namun sesuatu yang kita
lihat itu berbeza daripada reality yang sebenarnya. Disinilah peranan ilmu akidah memainkan
peranan yang sangat penting bagi membendung puak puak extreme terhadap sesuatu perkara.
Golongan liberal bersikap extreme dan golongan yang mendakwa atas dasar mistik misalnya
ilmu yang pelik atau ideologi contohnya kebatinan.

Asas dan justifikasi itu adalah berpandukan kepada tiga teori kebenaran, iaitu teori
kebenaran koresponden, teori kebenaran koheren, dan teori kebenaran pragmatik. Bagi teori
kebenaran koresponden, dalam istilah Bahasa yang lebih mudah ialah teori kebenaran
kesepadanan. Teori kebenaran koresponden itu adalah kebenaran sesuatu pernyataan atau
ayat yang ditentukan oleh apa yang dinyatakan oleh ayat atausepadan dan serupa dengan apa
yang terdapat di luar sana. Hakikat yang terdapat di alam nyata itu adalah sepertimana yang
digambarkan dalam pernyataan tersebut. Manakala bagi kebenaran koherens ataupun
keselarsan, ia merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu
pernataan itu benar ataupun palsu.

Dalam teori koherens, ia memerlukan hubungkait dan mencari hubungan di antara


sesuatu ayat itu dengan ayat ayat yang berkaitan dengannya dan juga perlu melihat sama ada
terdapat konsistensi atau percanggahan di antara ayat ayat tersebut. Sekiranya pernyataan itu
adalah konsisten atau selari dan tidak terdapat percanggahan dengan yat ayat yang lain, maka
pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar. Kebenaran itu ditentukan dengan
membandingkan ayat itu dengan ayat ayat lain dan sekiranya mempunyai perkaitan
dengannya maka diterima sebagai benar. Ini hampir kepada kes penyiasatan yang
memerlukan banyak bukti. Untuk teori kebenaran pragmatik, ianya biasanya terdapat dalam
ilmu sians yang digunakan berkaitan dengan teori-teori sains. Kebenaran pragmatic boleh
digunakan dalam konteks yang lain, tetapi lebih kepada sains.Teori kebenaran pragmatic
ialah sesuatu tindakan yang dilakukan itu berasakna kepada konsep konsep yang digunakan
dalam ilmu sains. Dengan ini, kita dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau nyata dan
mempunyai kegunaan. Kebenaran ini adalah ukuran dan tidak boleh diagak dan ada tiga jenis
teori kebenaran jadi ia harus mempunyai bukti yang jelas.
Teori koresponden ialah kebenaran sesuatu pernyataan ditentukan sama ada sepadan
dengan hakikat di alam nyata atau tidak. Sebagai contoh, jikaAminah berada dalam kelas, dan
pernyataan ersebut adalah benar, jika memang Aminah berada di dalam kelas paa
hakikatnya.Teori koherens pula ialah sesuatu pernyataan itu ditentukan sama ada selari atau
konsisten atau bercanggah dengan ayat lain berkaitan. Misalnya, Siti mengatakan bahawa
Arif telah mengambil bukunya manakala pernyataan lain yang dikatikan ialah buku Siti ada
di dalam beg Ali. Maka, pernyataan Siti bahwa Ali mengambil bukunya adalah benar. Ini
kerana pernyataan Ali mengambil Siti adalah selari/konsisten dan tidak bercanggah dengan
pernyataan bahawa buku Siti ad adi dalam beg beg Ali. Teori pragmatic ialah apa yang
penting ialah pernyatan tersebut dapat menghasilkan sesuatu nyata. Kebenaran sesuatu
sesuatu teori mungkin tidak boleh disahkan secara langsung kerana tidak kelihatan. Sebagai
contoh, kita tidak boleh melihat angin, tetapi kita boleh mengesahkan bahwa angin itu wujud
kerana terbukti dengan fenomena sepertinya sepertinya tumbang pokok yang ditiup oleh
angin. Secara umumnya, ideologi adalah gabungan antara idea (pemikiran,cetusan pemikiran)
+ logik (ilmu). Permulaan ideologi ini dikaitkan dengan idea idea yang bersifat falsafah.

Jika ianya hanya sekadar di peringkat falsafah idea, ia masih di bersifat theoretical.
Tetapi apabila idea ini cuba dipraktikkan dalam kehidupan terutamanya politik, sosial dan
ekonomi maka idea tersebut menjadi ideologi. Bukan itu sahaja, idea juga akan menjadi
ideologi apabila digerakkan menjadi sesuatu kebangkitan ataupun Gerakan politik, ekonomi,
sosial melibatkan mobilisasi manusia, rakyat dan negara. Dialetical idealisme Hegel diambil
oleh Karl Max menjadi Dialetical Materialism. Daripada Dialetical Idealism dipindahkan
menjadi Dialetical Materialism. Seterusnya Karl Max mencetuskan Karl Marxis kemudian
ditejemahkan untuk Negara dan dinamakan Komunis. Jadi, komunisme itu adalah suatu
bentuk ideologi. Begitu juga dalam agama, untuk mendapatkan kuasa politk untuk
mendapatkan kuasa.

Teosentrik ialah fasa perubahan pemikiran ideologi barat. Pada ketika itu, masyarakat
barat berpegang teguh dan berpaksikan kepada tuhan. Kehidupan beragama ini menjadi
kehidupan yang dominan bagi masyarakat Eropah terdahulu. Pemikiran barat yang dominan
menguasai peradaban dunia ketika ini. Idea idea besar dan mencuba menserap dalam manusia
kerana meraka ada kuasa kerana ada fasiliti tersendiri. Boleh bercanggah dengan kepercayaan
dengan masyarakat tempatan. Contohnya dalam Gerakan LGBT yang dpromosikan dalam
negara barat dan cuba dipromosikan dalan negara islam. Barat tidak lagi memandang serius
dalam agama. Mereka bersifat sekular. Perkara yang lebih halus misalnya sains dan
teknologi, perlu untuk kemajuan tetapi mempunyai ideologi tertentu dan kta harus berhati-
hati. Atheis iaitu menolak tuhan dan bercanggah dengan kefahaman islam. Proses
perkembangan itu bersifat random sekali lagi bercanggah dengan islam. Kita harus berhati
hati supaya tidak terjebak dengan pemikiran barat. Masyarakat menolak dari berpaksi kepada
tuhan ke berpaksikan kepada manusia. Pengalaman barat bersifat antroposentrik.

Modenisme pula berlaku akibat daripada keangkuhan dan keegoan terhadap agama,
masyarakat barat berusaha mencari alternatif baru untuk menggantikan nilai agama yang
sekian lama mendasari kehidupan mereka dengan corak hidup moden lalu muncul pelbagai
kaedah ilmu seperti rasional, sanis, emoirikal dan logik. Maka, timbullah fahaman
modenisme yang berpaksikan kepada sains sebagai kebenaran mutlak, rasionaliti pemikiran
merupakan satu-satunya cara untuk mencari kebenara dan kemajuan merupakan matlamat
kehidupan. Perang dunia pertama berlaku di atas nama sains di mana juga dikenali sebagai
peperangan ahli kimia yang guna gas beracun untuk membunuh. Pada perang kedua juga
dapat dilihat peperangan ahli fizik yang menggunakan bom atom sebagai senjata dan
peperangan masa kini dianggap peperangan ahli biologi kerana terdapat teori mengatakan
pandemik ini sebagai senjata.

Pascamodenisme lahir hasil penentangan terhadap modenisme. Rasionaliti bukanlah


satu yang mutlak dalam mencari kebenaran hidup dan sains tidak lagi merupakan satu
satunya ilmu pengetahuan yang patut diiktiraf. Apa yang disebut sebagai kemajuan
pembangunan oleh modenisme tidak mendatangkan hasil seperti yang dihajati, lalu
terwujudlah fahaman modenis bermula mungkin di sekitar abad ke 18. Fahaman ini
digerakkan oleh Gerakan dan pemikiran Enlightenment dan dibawa oleh golongan ahli
falsafah enlightenment seperti Immanuel Kant di negara Jerman dan John Locke dan David
Hunne di Brittain. Fahaman modenisme menekankan pentingnya akal dan fikiran rasional
dan sangat mengagungkan kejayaan sains dan kaedah saintifik dan menganggap ianya
kemajuan dalam pencapaian ilmu manusia.

Gerakan Enlightenment menekankan konsep bahawa kemajuan manusia boleh dicapai


dengan hanya menggunakan akal fikiran yang ada pada dirinya sahaja. Mereka juga percaya
manusia mampu mencipta suatu kehidupan dan masyarakat yang baru dengan meninggalkan
ciri ciri lama yang berteraskan kepada keagamaan seperti yang terdapat dalam masyarakat
Medieval. Kemajuan akal fikiran dan rasionaliti telah melahirkan kehidupan dan masyarakat
baru di mana masyarakat membuang agama dengan tuhan, dan menganggap bahawa sains
satu satunya cara untuk mencapai kebenaran.

Pada abad ke 20, setelah hampir 250-300 tahun berlalu ternyata ini semua hanya janji
palsu kerana terbukti tidak dapat capai matlamat yang dihajati. Akal fikiran tidak boleh
menjadi satunya pengukur dalam cari kebenaran dan ilmu sains tak boleh dianggap sebagai
satunya ilmu yang boleh diterima. Hal ini kerana kemajuan khususnya kemajuan material tak
dapat menjamin kebahagiaan kehidupan manusia. Ini mengakibatkan ideologi modenisme
telah runtuh sebab orang barat tidak lagi ingin menerima ideologi modenisme.

Fahaman pascamodenis kemudiannya menjadi ideologi yang sedang berleluasa dan


memberi kesan terhadap kehidupan kita pada hari ini yang datang dari falsafah barat yang
dinamakan sebagai pascamodenisme. Ini jelas kita dapat lihat pada hari ini menerusi
perbandingan seperti satu dunia boleh mendapatkan vaksin, namun kenapa sampai ke hari ini
maslah konflik di Palestin masih belum selesai dan masih ramai orang di Syria yang tidak
cukup makan. Kekecewaan barat terhadap kegagalan sains, rasionaliti dan kemajuan.
Pascamodenis telah ada di barat pada tahun 1960-an dan mula dirasai dalam ilmu sains sosial
pada tahun 70an dan pertengahan 80an sebagai tanda reaksi atau penentangan terhadap
ideologi modenisme.

Modenisme amat yakin bahawa hanya akal sains dan kemajuan boleh tentukan
kebenaran dan hakikat. Pascamodenisme bersikap anti memusuhi kepada kebenaran dan
hakikat kesan dari kegagalan ideologi modenisme. Di Malaysia sendiri kita masih dapat
melihat bahawa masih ramai kelompok orang politik yang masih totok mengamalkan
modenisme, yang hanya apabila pilihan raya ingin dijalankan baru bertempik di sana sini
ingin memasang jambatan, memasang paip air padahal perkara seperti itu merupakan benda
asas yang patut kita dapatkan. Politik pembangunan yang bodoh ini tidak sesekali pun
membantu rakyat kebanyakan dan hanya memberi harapan palsu untuk meraih undi dari
rakyat untuk terus kekal berkuasa dan mengaut semua keuntungan apabila mendapat jawatan
dan pangkat, akhirnya yang kaya jadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin
miskin.
Ciri ciri pascamodenisme ialah kehilangan kepercayaan terhadap sejarah, jati diri,
agama dan tradisi. Fahaman ini menentang moderniti yang dibawa golongan enlightenment
dal positivisme logical, dan juga menentang rasionaliti objektiviti dan kaedah saintifik.
Bukan itu sahaja, Meraka juga menentang dan mengadakan suatu pemberontakan terhadap
logocentricism. Konsep konsep asas pascamodenisme ialah tidak ada kebenaran yang hakiki
dan tetap di mana kebenaran hanya bergantung pada konstruksi budaya semata-mata. Selain
itu, kesemua hakikat kewujudan hanyalah sebagai konstruk sosial seperti jantina kini tidak
lagi ditentukan berdasarkan biologi dan medical report, tetapi minda kita sendiri yang
menentukan sesuatu jantina itu. Bukan itu sahaja, mereka juga mempercayai bahawa bahasa
juga sebagai konstruk sosial yang berbicara tanpa apa apa makna. Mereka juga dengan
sekeras kerasnya menolak grand narratives (cerita besar) tentang kehidupan seperti metafizik.
Grandnarrative ialah perkara perkara besar kebenaran, morality, etika, ketuhanan, adat tradisi
dan juga sejarah. Fahaman pascamodenisme juga mempunyai kesangsian terhadap kemajuan,
dan menganggap tuhan itu sebagai relative semata-mata bagi mereka di mana hidup ini tiada
makna dalam kehidupan yang tiada kebenaran dan realiti hanya sekadar imej keraguan.

Dari falsafah pascamodenisme, muncul teori relativisme. Relativisme ialah teori


menolak sesuatu kebenaran yang objektif, yang mutlak. Fahaman relativisme wujud pelbagai
cara untuk menentukan memahami dan menerima kebenaran. Sebagai contoh sekiranya
LGBT satu hari nanti diizinkan di Malaysia, masyarakat akan dibolehkan untuk berkahwin
dengan sama jantina ataupun menjadi norma baharu dalam masyarakat, definisi keluarga juga
akan berubah, definisi perkahwinan akan berubah.

Dalam falsafah pascamodenisme, terdapat teori relativisme (menolak sesuatu


kebenaran yang objektif dan mutlak). Implikasi dari fahaman pascamodenisme boleh
menyebabkan keruntuhan akhlak yang serius terhadap nilai manusia dan ketamadunan
manusia. Dari sini, jelaslah bahawa peranan agama sebagai menegakkan kebenaran dan
akhlak dalam agama. Cara yang terbaik untuk bercakap atau berhadapan dengan golongan
pascamodenisme adalah dengan memberikan pendedahan kepada mereka tentang jenis jenis
ideologi, dan mengajak golongan berikut untuk menapis pemikiran terhardap setiap jenis
ideologi yang datang.
3.0 KEPENTINGAN KANDUNGAN WACANA DIAMALKAN DALAM
KEHIDUPAN

Di antara kepentingan-kepentingan yang dapat dipelajari dan diambil contoh dari


wacana ini adalah terwujudnya falsafah postmodernis ini, yang kemudian melahirkan teori
lain yang disebut teori relativisme. Relativisme adalah teori yang menolak kebenaran objektif
dan absolut. Kelompok ini memiliki cara yang berbeda dalam menilai, memahami, dan
menerima kebenaran. Namun, postmodernisme dapat menyebabkan runtuhnya moralitas,
nilai-nilai kemanusiaan dan peradaban. Dalam konteks ini, agama sendiri harus bertindak dan
berperanan dalam mendukung kebenaran dan moralitas seluruh pemeluk agama itu sendiri.
Selain itu, cara terbaik untuk mendekati pemahaman postmodernis tentang kelompok adalah
dengan bebas menjelaskan jenis idealisme dan implikasinya terhadap kelompok. Dan
tentunya sudah menjadi rahasia umum bahwa banyak ideologi baru yang akan muncul seiring
dengan era modern. Penting bagi seluruh masyarakat untuk selalu menyikapinya dengan
serius dengan ideologi yang bisa membawa kehancuran.

4.0 PERKARA YANG DAPAT DIPELAJARI

Dalam wacana ilmiah, hal-hal yang berbeza dapat dipelajari dan ditambahkan sebagai
pengetahuan baru. Ini tentang mengungkap konsep epistemologi itu sendiri. Tujuan
epistemologi adalah untuk mengembangkan keterampilan yang memungkinkan individu
menghadapi kehidupan duniawi secara umum, dan kebahagiaan di akhirat. Sebagai individu,
penting bagi kita untuk menyadari pentingnya epistemologi itu sendiri. Namun, jika kita salah
memahami konsep epistemologi, muncul kesan yang jelas. Kesan salah paham terhadap ilmu
ini menyebabkan hilangnya adab di masyarakat. Kesan yang akan muncul dari acara ini
adalah para pemimpin yang muncul tidak akan cocok untuk memimpin masyarakat atau
kurang memiliki kemampuan intelektual untuk memimpin masyarakat. Saat ini, beberapa
kelompok pakar politik tidak bersikap adil terhadap konsep epistemologis ini, melainkan
mempraktikkan gagasan modernisme. Sebab separuh dari mereka hanya peduli dengan
modernisasi dalam arti pembangunan, namun secara ekonomi masyarakat masih terbilang
ketinggalan zaman. Hal ini tidak akan membuat orang menjadi baik dan menimbulkan
harapan palsu, sebaliknya yang kaya tetap kaya sedangkan yang miskin semakin susah.
Selain itu, dalam konteks wacana ilmiah ini, satu pelajaran lagi yang bisa diambil adalah
bahwa kita sebagai manusia harus selalu berpaling pada semua fakta dan proposisi sains
dalam segala keadaan. Orang yang menentang vaksin harus benar-benar memikirkan apakah
mereka harus bereaksi negatif terhadap vaksin yang baru dibuat atau tidak. Setiap masyarakat
harus membaca lebih banyak fakta dan pengetahuan ilmiah, dan tidak hanya percaya apa
yang mereka lihat di media sosial. Tidak hanya itu, mata pelajaran seperti filsafat tidak hanya
mengajarkan kita untuk berpikir lebih tepat setiap saat agar kita tidak mudah tertipu dan
ditipu oleh dunia luar, tetapi juga mengajarkan kita untuk berpikir dengan cara yang lebih
tepat dari sebelumnya. Ilmu falsafah seperti ini juga mengajarkan kita untuk terus mencari
kebenaran dan mempertahankan kebenaran yang ada.

You might also like