You are on page 1of 4

Transkrip Temu Bual bersama Rakan (Muhammad Roshan bin Azroy)

Penulis Assalamualaikum Roshan. Apa Khabar?


(Haikal)
Responden Waalaikumussalam Haikal. Alhamdulillah sihat.
(Roshan)
Penulis Seperti mana yang kita sedia maklum, hari ini saya
akan menemubual awak berkenaan dengan beberapa
perkara yang berkaitan dengan etnik Chindian dan
impak kepelbagaian sosiobudaya etnik Chindian
terhadap pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia.
Responden Insya Allah, saya akan bantu kamu sebaik
mungkin.
Penulis Baiklah Roshan. Pertama kali saya akan memberi
sedikit penerangan tentang kepelbagaian
sosiobudaya yang terdapat di Malaysia. Seperti yang
kita tahu, negara kita ini terdiri daripada pelbagai latar
belakang kaum yang berbeza dan pada masa yang
sama kepelbagaian sosiobudaya di negara kita ini
berlaku hasil daripada amalan perkahwinan campur
diantara satu kaum dengan kaum yang lain. Oleh itu,
saya ingin bertanya mengenai pendapat awak
mengenai aspek kepelbagaian sosiobudaya dalam
etnik Chindian itu sendiri?
Responden Dari segi pemerhatian saya, sebenarnya aspek  Kepelbagaian
kepelbagaian sosiobudaya ini terdiri daripada sosiobudaya dari aspek
aspek seperti bangsa, bahasa, serta adat resam bangsa, bahasa, adat
dan kepercayaan. Dari aspek bangsa, etnik resam dan
Chindian ini terbentuk hasil daripada perkahwinan kepercayaan
diantara kaum Cina dan kaum India. Untuk kes
saya, ayah saya adalah berlatarbelakang kaum
Cina manakala ibu saya adalah berlatarbelakang
kaum India. Dari aspek bahasa, kami tidak begitu
menggunakan Bahasa Mandarin mahupun Bahasa
Tamil kerana kesemua ahli keluarga kami duduk
serumah dan terdiri daripada latar belakang kaum
yang pelbagai. Oleh itu, kami menggunakan
Bahasa Melayu sebagai medium pengantara
dalam komunikasi harian. Untuk aspek adat resam
dan kepercayaan, kebanyakan ahli keluarga kami
sudah masuk agama Islam. Namun begitu, seluruh
ahli keluarga kami masih mengamalkan setiap
adat resam kaum Cina dan kaum India selagi ianya
tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam
Haikal.

Penulis Terima kasih Roshan atas respon mengenai aspek


kepelbagaian sosiobudaya bagi etnik Chindian
tersebut. Roshan, tadi awak sudah berkongsikan
mengenai aspek kepelbagaian budaya bagi etnik
Chindian. Saya nak tanya kepada awak, apakah
pendapat awak mengenai kesan kepelbagaian
sosiobudaya etnik Chindian ini terhadap pembentukan
masyarakat majmuk di Malaysia. Seperti yang kita
ketahui, negara kita ini kan terdiri daripada pelbagai
latar masyarakat dan kaum yang berbeza. Mungkin
awak boleh kupas serba sedikit mengenai kesan dari
aspek
-Bahasa
-Adat Resam dan Kepercayaan
Responden Ohh, sudah semestinya boleh Haikal. Kesan Kesan:
kepelbagaian sosiobudaya etnik Chindian  Pembelajaran Bahasa
terhadap pembentukan masyarakat majmuk di Mandarin/Tamil dapat
Malaysia dari aspek bahasa dapat dilihat dengan dipelajari oleh segenap
jelas apabila ramai orang dapat mempelajari lapisan masyarakat
bahasa yang seringkali digunakan oleh etnik  Memperoleh ilmu
Chindian iaitu Bahasa Mandarin dan Bahasa pengetahuan berkaitan
Tamil. Menerusi pendedahan kepada bahasa adat resam dan budaya
tersebut, masyarakat Malaysia dapat menghayati kaum yang lain
dan mempelajari bahasa tersebut agar kita dapat
bersama-sama menggunakan bahasa tersebut
dalam komunikasi harian selain menggunakan
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai
medium pengantara. Bagi aspek adat resam dan
budaya pula, kesan yang paling jelas kita dapat
lihat apabila masyarakat Malaysia dapat bersama-
sama untuk meraikan hari perayaan kaum yang
lain seperti perayaan Tahun Baru Cina dan Hari
Deepavali. Dalam hal ini, masyarakat dapat
memperoleh ilmu pengetahuan berkaitan adat
resam dan budaya kaum yang lain agar dapat
menghormati hak adat dan budaya supaya dapat
mengelakkan perselisihan faham diantara satu
sama lain. Hal ini amat penting untuk memberi
pendedahan kepada generasi budaya mengenai
kepentingan kepelbagaian sosiobudaya dalam
kehidupan harian.

Penulis Saya setuju dengan pandangan awak, tetapi


bagaimana pula pendapat awak mengenai implikasi
kepelbagaian sosiobudaya bagi membentuk
masyarakat majmuk di negara kita?. Seperti kita tahu,
usaha untuk membentuk sebuah masyarakat majmuk
bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia
memerlukan usaha yang proaktif dan berterusan
daripada pelbagai pihak. Sebagai rakyat Malaysia,
kita seharusnya berasa bangga kerana terdiri
daripada masyarakat majmuk yang bebas
mengamalkan kepercayaan, adat resam dan budaya
tanpa dihalang oleh sesiapa sahaja. Jadi, apakah
pendapat awak mengenai implikasi kepelbagaian
sosiobudaya bagi membentuk masyarakat majmuk di
negara kita?
Responden Dalam hal ini, saya beranggapan bahawa peranan
yang besar harus dimainkan oleh institusi
pendidikan di Malaysia. Dari aspek peranan yang
dimainkan guru, seseorang guru saharusnya bijak Implikasi:
untuk menerapkan elemen kepelbagaian  Guru menerapkan elemen
sosiobudaya seperti adat resam, kepercayaan dan kepelbagaian budaya
bangsa ketika menjalankan aktiviti PdP di dalam dalam pelaksanaan PdP
bilik darjah. Hal ini kerana penerapan elemen ini  Sistem pendidikan
adalah dapat diterapkan dalam setiap subjek yang mengamalkan amalan
diajar oleh guru dimana murid dapat melibatkan keterbukaan dalam
diri secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan petempatan murid di
oleh guru. Dari aspek peranan yang dimainkan sekolah
oleh sistem pendidikan, sistem pendidikan negara
kita telah mengamalkan konsep keterbukaan
berkaitan penempatan murid di sekolah sama ada
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK), Sekolah Pendidikan
Khas serta lain-lain. Saya nak berkongsikan
pengalaman saya berkaitan penempatan saya
semasa di bangku persekolahan. Ibu bapa saya
telah menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan
(SK) berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC) mahupun Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil (SJKT) walaupun mempunyai pilihan untuk
berbuat demikian, Hal ini kerana apabila ibu bapa
diberi kebebasan untuk membuat pilihan dalam
menempatkan anak mereka di sekolah, hal ini
membolehkan kepelbagaian kaum di sesebuah
sekolah dapat dipertingkatkan dan tidak hanya
dominan kepada satu-satu kaum sahaja.
Penulis Betul itu Roshan. Saya amat bersetuju dengan
pendapat yang dikemukakan oleh awak berkaitan
aspek, kesan dan implikasi kepelbagaian sosiobudaya
terhadap pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia. Apa-apa pun, terima kasih kepada awak di
atas sumbangan masa dalam temubual ini untuk
membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Saya
akan cuba memanfaatkan isi-isi perbincangan kita
pada hari ini untuk menyempurnakan laporan
temubual. Jutaan Terima Kasih kepada awak,
Roshan.

Responden Alhamdulillah. Sama-sama

You might also like