You are on page 1of 4

Slide 2

Video ini dibahagikan kepada dua bahangian iaitu rancangan


perniagaan dan pelaksanaan perniagaan. Saya akan memulakan
pembentangan dengan menjelaskan tentang rancangan
perniagaan.

Slide 5
Dalam aspek pengenalan, informasi perniagaan akan dijelaskan.
Bentuk jenis perniagaan yang dilaksanakan ialah perkongsian.
Lokasi perniagaan yang dijalankan ialah di Ipoh, Perak.
Perniagaan yang dijalankan bermula 19 november 2021
sehingga 10 disember 2021. Corak industri perniagaan yang
dilaksanakan ialah Makanan.

Slide 7
Seperti yang kita semua sedia maklum, rancangan perniagaan
amat penting sebelum melaksankan sesuatu perniagaan.
Rancangan perniagaan memainkan peranan yang penting untuk
menjayakan sesebuah perniagaan. Sekarang, saya akan
menerangkan secara terperinci tujuan rancangan perniagaan ini.
Tujuan yang pertama adalah untuk memberi maklumat atau
keterangan tentang perniagaan yang dijalankan. Tujuan
seterusnya adalah untuk mengenal pasti keberkesanan
perniagaan yang dijalankan. Selain itu, rancangan perniagaan
bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan PTK Popcorn di
sekitar ipoh terutamanya di antara pelajar IPG IPOH.
Slide 9
PTK Popcorn merupakan nama yang diberikan untuk perniagaan
yang dijalankan. Nama ini dipilih berdasarkan huruf pertama
pengasas-pengasas perniagaan ini iaitu diri saya, Thivyah dan
Preyangka serta Kesavan.. Nombor peribadi kami telah
digunakan untuk melaksanakan perniagaan ini. Kegiatan utama
perniagaan yang dilaksanakan ialah menjual popcorn
berkaramel. PTK popcorn tidak memiliki kedai fizikal. Kami telah
memilih kedai maya sebagai platform untuk menjalakan
perniagaan ini. Laman sosial Instagram dan Whatsapp telah
dijadikan sebagai medium utama untuk menjalakan perniagaan
ini. Perniagaan ini dimulakan pada 19 movember 2021 dan
sebanyak 14 ringgit telah dilabur sebagai modal permulaan.

Slide 11
latar belakang pengasas- pengasas PTK POPCORN akan diterangkan.
Saya meruapakan antara pemilik PTK popcorn. Saya,Thivyah A/P
Thiruchelvan berumur 22 tahun. Saya berasal dari Ipoh, Perak dan kini
sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan di IPG Kampus
Ipoh. Saya merupakan seorang yang berkemahiran dalam membuat
biskut dan kek.

Slide 15
4 strategi utama telah digunakan dalam rancangan pemasaran iaitu
produk, promosi, pengedaran serta Harga.
Slide 16
PTK POPCORN Merupakan makanan yang berkebolehan menjadi
tumpuan ramai terutamnya di kalangan muda. Hal ini demikian
kerana ia boleh di makan mana-mana sahaja dan mempunyai
kualiti makanan yang tahan lama. Penjualan popcorn juga ialah
salah satu trend terkenal di masa kini dan mempunyai
persaingan yang hebat. Namun, PTK Popcorn menawarkan harga
yang lebih murah berbanding syarikat lain dan menjadikan ia
sebagai produk makanan mampu milik.

Slide 17
Strategi promosi dilakukan menggunakan laman sosial
perniagaan di mana Mempromosikan barangan dalam bentuk
video yang dapat menarik tumpuan penonton. Selain itu,
Menunjukkan gambar dan maklum balas dari pelanggan
terhadap kesedapan dan kualiti produk PTK Popcorn serta
Menyediakan video ‘review’ yang unik terhadap kualiti produk
PTK Popcorn.

Slide 18
Strategi edaran yang digunakan ialah pengedaran percuma. Di
mana tiada kos yang dicas untuk pelanggan-pelanggan PTK
POPCORN.
Slide 19
Strategi harga yang digunakan ialah Menawarkan harga yang
murah dan mampu milik di mana Harga yang ditawarkan sesuai
dengan kumpulan sasaran syarikat iaitu pelajar di IPG Kampus
Ipoh.
Selain itu, PROMOSI BULAN DESEMBER yang menawarkan
pembelian 2 percuma 1 popcorn juga meruapakan startegi harga
perniagaan PTK POPCORN

You might also like