You are on page 1of 1

Pendaftar

Pejabat Pendaftar
Tingkat 2, Bangunan Canselori
Universiti Malaysia Kelantan
16300 Bachok
Kelantan Darul Naim 15 November 2021

Puan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN DI UMK

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya Mohd Zulfadli Mat Husin, pelajar pascasiswazah UMP (Master of Science in
Technology-Integrated Language Studies), KBL 20003. Saya sedang menjalankan kajian bagi
projek akhir saya yang bertajuk “INVESTIGATING PUBLIC UNIVERSITY
ADMINISTRATIVE STAFF’S ENGLISH COMMUNICATION APPREHENSION AT
WORKPLACE”. Kajian ini dijalankan dibawah penyeliaan Dr. Nor Yazi Binti Khamis,
Pensyarah Kanan di Pusat Bahasa Moden, Universiti Malaysia Pahang.

3. Sehubungan itu, saya dengan hormatnya ingin memohon kebenaran untuk menjalankan
kajian dengan mengumpul maklumat menerusi borang kaji selidik dan temubual daripada
pegawai-pegawai skim pentadbiran di UMK.Kajian ini akan bermula pada 15 November 2021
sehingga 1 Disember 2021 dan akan dijalankan secara atas talian bagi soal selidik dan juga
temu bual.

4. Bersama ini saya lampirkan bersama link kepada borang soal selidik kajian saya untuk
rujukan pihak puan. https://forms.gle/5n2PgC8Wm8FwBoSv9

4. Sebarang pertanyaan berkenaan kajian ini pihak puan menghubungi saya menerusi emel
atau telefon di 017.985.3833. Pihak saya amatlah berbesar hati sekiranya pihak puan dapat
meluluskan kebenaran bagi menjalankan kajian ini.

Kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh puan dalam hal ini amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih

Sekian terima kasih

Yang Benar

Mohd Zulfadli Mat Husin


KBL 20003

You might also like