You are on page 1of 6

SJK(T) LADANG CAIRO, MANTIN

71700 MANTIN , NSDK

Kepada,

Semua Guru Bahasa Inggeris SJKT Ldg Cairo, Mantin.

Tuan,
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 03/2020

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut diatas akan


diadakan dalam talian seperti berikut :

Tarikh : 17 Disember 2020


Tempat : Kediaman masing-masing
Masa : 10.45 pagi

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:


1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 Mengesahkan minit yang lalu
3.0 Perkara berbangkit
4.0 Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR)
5.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah
6.0 PLC/Peningkatan Profesionalisme Guru Dalam Panitia
7.0 Hal-hal lain

4. Segala kerjasama daripada pihak tuan dalam menjayakan mesyuarat ini amatlah dihargai dan
disanjung tinggi.

“BERKHIDMAT DEMI KECEMERLANGAN SEKOLAH”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................
(En.DR Kalimuthu)
Guru Besar
SJK(T) Ldg Cairo, Mantin

Sk.
Fail GPK1
Guru Besar
Senarai Kehadiran,
Guru Bahasa Inggeris
SJK(T) LADANG CAIRO, MANTIN

71700 MANTIN, NS

Senarai Kehadiran

Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris yang ketiga sesi 2020

Tarikh : 17 Disember 2020


Hari : Khamis
Masa : 10.45
Tempat : Kediaman masing-masing

Senarai Kehadiran Guru

Bil Nama Guru Tandatangan


1. En.C.L.Maran (Guru Besar)
2. Pn. G. Tamilchelvi (GPK 1)
4. Pn. K. Kasthuri
5.

“BERKHIDMAT DEMI KECEMERLANGAN SEKOLAH”

Saya yang menjalankan amanah,

...........................................
(En.DR Kalimuthu)
Guru Besar
SJK(T) Ladang Cairo, Mantin

Sk.
Fail GPK1
Guru Besar
Guru Bahasa Inggeris
SJK(T) LADANG CAIRO, MANTIN
71700 MANTIN, NSDK.
_____________________________________________________________________________
MINIT MESYUARAT
PANITIA BAHASA INGGERIS BIL. 3/2020
______________________________________________________________________________
TARIKH : 17.12.2020 (Khamis)
MASA : 10.45 pagi
TEMPAT : Kediaman masing-masing
PENGERUSI : En.DR Kalimuthu (Guru Besar)

KEHADIRAN GURU :

EN.DR. KALIMUTHU (GURU BESAR)


PN.G.TAMILCHELVI (GPK 1)
PN.K.KASTHURI (GURU BI)

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pn.K. Kasthuir selaku ketua panitia Bahasa Inggeris mengalu-alukan kedatangan
semua guru ke mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris ketiga sesi 2020.

1.2 Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar, Guru Penolong
Kanan Kurikulum dan guru-guru lain yang turut membantu memberikan komitmen dan
kerjasama dalam menjayakan PDP sepanjang bulan.

2.0 Ucapan Penasihat (Guru Besar)

2.1 Guru Besar En.DR Kalimuthu mengucapkan tahniah kepada Panitia Bahasa Inggeris
kerana mengadakan mesyuarat dalam talian melalui Google Meet dan juga telah
menjalankan pengajaran dan pembelajaan dalam talian dengan baik.

2.2 Beliau meminta setiap guru memberikan keutamaan serta komitmen penuh untuk
meningkakan kemahiran membaca di kalangan murid-murid.
2.3 Beliau berharap guru–guru terus mempertingkatkan kualiti pengajaran dan
Pembelajaran serta pengurusan panitia mata pelajaran di samping merancang dan
melaksanakan program-program /intervensi dengan lebih teratur dan berkesan.

2.4 Guru-guru dikehendaki patuh kepada prosedur yang ditetapkan oleh pihak kerajaan
(SOP)seperti memastikan menyemak mendaftar nama dan suhu, memakai penutup
muka dan masuk ke kawasan sekolah melalui pintu utama.

2.5 Beliau juga berharap agar panitia dapat menjalankan tanggungjawab serta
bersifat proaktif dalam melaksanakan tugas agar objektif dan hala tuju sekolah dapat
dicapai walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan sentiasa bersedia
bekerja dalam norma baharu.

Tindakan : Makluman

2.0 Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Pn.K. Kasthuri telah mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan disokong oleh
Pn. G. Tamil

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Pengajaran dan Pembelajaran

4.1 Guru-guru disarankan memberikan tugasan dalam waktu persekolahan bermula 7.40
hingga 1 atau 1.30 tengah hari melalui Whatsapp atau telegram.

4.2 Elakkan memberi latihan selepas waktu persekolahan terutamanya pada waktu malam.
Semakan atau penghargaan kepada murid-murid dibenarkan mengikut waktu semasa

4.3 Latihan yang diberikan hendak dalam bilangan yang sedikit contohnya 10 soalan sahaja.

4.4 Hadkan bilangan soalan agar tidak membebankan murid dan ibu bapa.

Tindakan : Makluman
5.0 Pentaksiran Berasaskan Sekolah

6.1 Guru-guru diingatkan perlu melaksanakan PBD dengan penuh tanggungjawab dan
berintegriti.

6.3 Guru-guru dikehendaki merekodkan penglibatan murid semasa pengajaran dan


pembelajaran.
6.4 Ketua Panitia BI Pn.Kasthuri telah membentang PBD tahun 1 hingga 6.

6.5 Guru besar menyarankan supaya KP merancang program yang dapat membantu
mengatasi masalah murid-murid yang berada dalam tahap 1 dan 2.
Tindakan : Makluman

6.0 PLC/Peningkatan Profesionalisme dalam panitia.

6.1 PLC adalah bertujuan untuk mempertingkat kualiti Pengajaran dan Pengajaran
Guru yang berfokus kepada pencapaian dan penguasaan murid.

6.2 Guru-guru disarankan untuk sertai WEBINAR atau sertai kursus dalam talian tentang
pembelajaran dalam talian atau peningkat profesion keguruan sepanjang tempoh perintah
kawalan pererakan dikuat kuasakan.

6.3 Guru-guru digalakkan sentiasa mengadakan perbincangan tentang peningkatan akademik


dalam kalangan murid melalui Whatsapp, Telegram atau Google Meet.

Tindakan : Makluman
7.0 Hal-hal lain.

7.1 Penggunaan Google Classroom perlu diaktifkan.


7.2 Pembelajaran dalam talian perlu diteruskan agar murid-murid tidak ketinggalan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………… ……………………
Pn.K. Kasthuri En.DR Kalimuthu
Ketua Panitia Bhs Inggeris Guru Besar
SJKT LDG CAIRO, MANTIN SJKT LDG CAIRO, MANTIN

You might also like